permulaan satu perpisahan vol.7
Setiap hari kini aku sangat dekat
dengan Nurul. Bayangkan, tempat dia di hujung depan sebelah kiri manakala aku
pulak nun hujung di belakang sebelah kanan. Kami berdua betul-betul dipenjuru
yang bertentangan. Diakui, tempat kami sangat strategik.Yang paling untungnya
tentulah aku. Manakan tidak, sangat mudah untuk aku memerhatikan dia sepanjang
masa.Tak kan ada orang yang akan perasan. Itulah yang membuatkan aku bertambah
gembira. Aku boleh melihat dia sepuas-puasnya. Kalau sesi kelas ada 7 jam, aku
akan memerhatikan dia selama 7 jam 5 minit. 5 minit tu masa Nurul nak pulang
dari sekolah…Hehe…Kalau aku tengok cikgu didepan pun, aku tetap akan nampak
dia. Bertuah sungguh badan. Inilah yang dikatakan hobi aku yang terindah.
Rupa-rupanya Nurul juga mempunyai
hobi yang sama dengan aku. Dia juga sekejap- sekejap akan berpaling ke belakang
melihat aku. Lagipun dia tahu aku juga selalu memerhatikan dia. Disebabkan itu
kami saling berbalas-balas pandangan. Hehe..Memang satu keterujaan. Sungguh
bombastik sebab dia tak lekang dengan senyuman manis dia. Fuhh…Ingin saja kami
menyanyi lagu industan dalam kelas tu bagi menterjemahkan kegembiraan kami namun
kami masih waras. Tak ada puisi yg dapat menggambarkan rasa hepi ni dengan
kata-kata. Kadang-kadang aku buat kiraan berapa kali dia berpaling kearah aku.
Ada masanya sampai puluhan kali dari pagi sampai waktu rehat. Cuba bayangkan
kalau sampai time balik? Woowww, tak beratus kali jumlahnya?..Aku?? Tak payah
dikira….7 jam full…..hehehe….
Lama-kelamaan, disebabkan Nurul
selalu berpaling belakang untuk melihat si hero, akhirnya rahsia kami
terbongkar. Geng-geng perempuan telah mendapat tahu. Apa lagi,mula lah timbul
gosip. Tak ada sapa yang tahu pasal kami sebelum ni. Ya la, dalam kelas kami
tak berjumpa, tak berbual-bual. Mana lah kawan-kawan boleh syak. Tapi Nurul ni
jenis hati kering, dia tak pedulikan dengan kata2 belakang. Dia tetap dengan hobinya
iaitu melihat wajah si hero. Aku? Dah tentulah super duper hepi. Kalau Nurul
dah tak kisah, aku lagi la tak kisah. Bagi aku, biarlah seluruh dunia tahu.
Lagi ramai lagi bagus. Tak ada lelaki yang akan ganggu Nurul. Yessss….Satu
kemenangan bagi aku….
Gosip antara kami memang telah
menular dengan pantas didalam kelas.Aku hanya mampu tersimpul malu.Tak
mengapala, lagipun kawan-kawan tak ada yang bersikap negatif.Semuanya hanya
membiarkan.Lagipun, didalam kelas aku dan nurul seolah-olah tidak mempunyai hubungan
baik. Tambahan pula kami geng-geng lelaki tidak menyibuk aktiviti pelajar
perempuan. Jadi mereka pun tak menganggu kami. Kelas kami berada dalam keadaan
penuh kesejahteraan. Geng-geng perempuan sporting.Semua buat hal sendiri tak
ada nak menyibuk hal orang lain. Silaturahim antara kami juga dalam kondisi
yang rapat. Saling bekerjasama.nKami selalu meminjam kerja sekolah geng2
perempuan. Sampaikan kami sanggup ke rumah semata-mata untuk meniru. Begitulah
akrabnya hubungan kami.Hehe.
Hal gosip langsung tidak
membuatkan hobi aku dan Nurul terhenti sebaliknya semakin mengasyikkan. Memang
hari yang penuh dengan suasana romantis. Dan disebabkan itu juga kawan aku
ingin menumpang kebahagiaan aku dengan dia menjalinkan hubungan dengan
perempuan kelas kami juga. Banyak yang terjadi dalam kelas kami sebenarnya.
Maklum la, kami hanya berempat. Tambahan
kami mempunyai sifat-sifat terpuji yang membuatkan perempuan mudah cair.
(perasan). Betul, kami berempat ada seseorang dalam kelas tu cuma kami tak
bising-bising. Orang tua-tua kata, carik rambut jangan la sampai tepung berselerak.
(apa aku merepek ni?) Kami berempat masing-masing ada seseorang. Biasala,
dorongan untuk belajar dengan lebih rajin.
Satu hari, aku dan sorang lagi
kawan aku Hafiz telah mengaturkan satu pertemuan antara kami berempat. Biasala,
time tu tempat yang femes mesti la di ban pecah. Bukan apa, tempat tu
berdekatan dengan rumah Nurul dan sorang lagi kawan kami. Jadi tak nak
menyusahkan mereka untuk travel jauh-jauh. Lagi pun zaman kami masa tu
kenderaan yang femes hanyalah basikal. Kami lelaki tak apa, kayuh jauh mana pun
sanggup. Pengorbanan seorang lelaki.hehe…
Bila kami berempat jumpa di satu
tempat, tak sempat kami berbual panjang tiba-tiba Hafiz menjerit. “weh, ayah
fishah lalu. Ayah Fishah lalu”..Kami terkejut dan tergamam. Tanpa cakap banyak
kami pun bertempiaran mengayuh basikal menghilangkan diri entah kemana. Ke
empat-empat kami masing-masing membawa haluan sendiri. Hilang.
Bila keadaan kembali tenang, aku
berjumpa dengan kawan aku tapi kehilangan Nurul. Entah kemana dia pergi. Aku
mengayuh basikal mencari Nurul di sekeliling kawasan namun tak berjumpa. Aku
mengagak dia dah balik rumah tapi aku masih tak berputus asa untuk mencarinya.
Setelah sekian lama mencari, dengan penat lelah dan peluh bercerau satu badan,
akhirnya kami kembali dijodohkan. Hanya aku dan Nurul. Berbual ditepi jalan dan
tidak ditepi pantai yang indah,.nak buat macam mana, dah nasib.Lagipun, bersama
Nurul tak kira dimana pun lokasi ianya tetap indah.
Kami berbual-bual. Sementara itu
kami tersedar kami telah membuat tindakan yang tak sepatutnya. Bila kami
berfikir balik, kami melakukan sesuatu yang orang putih kata silly. Manakan
tidak, yang lalu tadi ayah Fishah. Tak ada kena mengena langsung dengan kami.
Dia kenal kami pun tak tapi kami tetap lari jugak. Huh.Buang masa. Aku dan
Nurul hanya mampu gelak. Dah la bukan mudah nak berjumpa tapi bila berpeluang,
jadi macam ni pulak. Nasib badan….
Kami bukan lah berbual di tempat
sunyi tapi disebelah rumah orang dan di tepi jalan orang lalu lalang. Kalau tak
tak kan la sampai orang sound kami nak bercinta pun jangan la ditepi
jalan.Hehe..malu gak kami time tu. Kami tak berjumpa lama pun. Lepas tu kami
pun balik.
Bersambung……