Saturday, June 23, 2012

Anganan yang tercapai...

Alhamdulillah..Final exam aku dah  berakhir hari ni..Fuuhhhh..berpeluh gak la..Mana taknya, time exam ni la sibuk nak ada Euro..Dah la aku ni jenis malas nak membaca, tambah ada Euro pulak..Hmm, lagi la jenuh..Esok nak exam ari ni baru baca..Tido pulak tk cukup sbb tgk bola..Macam2 dugaan..Tapi apa pun, dapat gak aku merasa exam taraf Universiti yang dulu aku rasakan cuma angan-angan...

FLASHBACK.....

1999..

Aku baru masuk tingkatan 4. Aku ingat lagi..4K1 kelas aku..Tapi disebabkan ada kawan ajak aku tukar kelas, aku pun memohon. Tak disangka permohonan aku diluluskan. Aku ditukarkan ke kelas 4 Sastera Iktisas..Sedap nama dia..Aku suka kelas ni...Subjek dia lain sikit..Ada Perdagangan, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan..Tapi disebabkan semua student kelas aku dapat markah yg tak memuaskan dalam subjek Matematik Tambahan, maka subjek tu digugurkan dan ditukarkan dengan Ekonomi Asas..Aku suka subjek ni...Cikgu dia pun ok...

Lucu jugak bila aku fikirkan balik, masa tu aku ada berangan-angan nak jadi Akauntan..Hehehe..Memang aku agak berkobar pada mulanya..Tambahan pulak, ada 'seseorang' yang menjadikan aku lebih bersemangat..Tapi lama kelamaan hilang semangat tu..Ya la, kalau dah dasar pemalas tu, pemalas la jugak...Tak dapat dinafikan aku agak mengabaikan pelajaran...Kedudukan aku tercorot walaupun bukan yang terakhir. Memang aku tak dapat nak lawan yang lain memandangkan kelas aku 28 orang perempuan. Lelaki cuma 4 orang ja. Yang perempuannya dah sah sah pandai-pandai..Mana la aku nk boleh lawan..Kami 4 orang ni pulak suka main..Tau nak seronok ja kerjanya...Tapi selalunya diantara 4 orang kami, aku lah yang terbaik...heheh...


2000..

Tahun ni SPM...Aku tak buat persediaan apa pun..Memandang remeh...Petang exam pagi bole lepak2 dengan kawan lagi..Walaupun sedar tu adalah arah tuju hidup tapi aku tak ambil kisah...Natijahnya, keputusan aku tak memberangsangkan..Disini aku nak berkongsi keputusan aku yang teruk...Dah 12 tahun yang lepas, dah tak malu dah pun...(aku tk berapa ingt sngt)...Aku dapat Bahasa Melayu 6C, Bahasa Inggeris 6C, Sejarah 4b, Sains 6C, Matematik 8E, Pendidikan Islam 5C, Perdagangan 6C, Ekonomi Asas 6C dan yang paling sedihnya Prinsip Akuan aku kandas...9E....Aku dapat 7 subjek kredit...1 lulus...Aku agak berpuas hati..Berpadanan dengan prestasi aku yang pemalas ni..Ada jugak aku berniat nak sambung study tapi aku rasa aku tak layak..Bila aku berfikir balik, aku nak menyesal pun dah tak guna sebab semua tu tak kan berulang lagi....


2001

Aku dah tak berapa ingat bila USM Nibong Tebal dibuka..Mungkin awal tahun 2000 rasanya. Masa tu aku kerja di kilang..Bila aku tengok USM tu, dalam hati aku selalu berangan seronoknya kalau aku dapat belajar kat sini....Semangat nak belajar tu tetap ada walaupun aku ni seorang pemalas...Huhu...

2008

Aku dah 3 tahun bekerja sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Kesihatan. Satu hari kat opis aku ternampak iklan kemasukan Pengajian jarak jauh Universiti Sains Malaysia yang ditempek kt papan kenyataan. Aku membelek dengan penuh minat. Bila aku tengok kelayakan, aku rasa teruja sebab aku layak untuk memohon cuma kalau menggunakan SPM, aku kena ada pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun...Aku agak terkilan tapi bagi aku 2 tahun lagi bukan satu jangkamasa yang lama..Sejak hari tu aku dah mula simpan angan-angan nak sambung study..2 tahun saja lagi...

2010

Dengan tidak buang masa di akhir tahun aku memohon PJJ di USM. Kebetulan kawan aku pun nak join sama..Lagi la berkobar-kobar aku rasa...Mohon tanpa fikir panjang...Heheh...

April 2011

Aku mendapat surat dari USM...Aku kena hadiri ujian untuk kemasukan PJJ disebabkan aku hanya menggunakan kelayakan SPM..Namun, girangnya aku rasa..Tak sangka angan-angan aku hampir jadi kenyataan..Selangkah saja lagi....

Mei 2011

Aku mendapat mesej dari USM untuk memeriksa secara online sama ada aku berjaya atau tidak..Masa tu memang aku berdebar-debar..Aku berharap aku berjaya..Sebelum check online, aku suruh kawan aku check keputusan mereka dahulu sebab aku rasa macam berat hati..Bila kawan aku check, dia berjaya...Dan aku dengan saspennya check..Perlahan-lahan tengok keputusan..Risau jugak kalau tak dapat sedangkan kawan-kawan aku dapat...Ahirnya keluarlah result...ANDA BERJAYA...........Masa tu nak kata gembira tak la sangat cuma rasa macam tak percaya...Angan-angan aku nak sambung belajar dah tercapai...Aku bersyukur.....

Dan sekarang sudah pun setahun aku bergelar pelajar..Dan rupanya sikap aku masih lagi tak berubah..Aku cuma berharap aku mendapat keputusan yang baik...InsyaAllah....Aku harus berubah sikap.....Aku kena menggunakan peluang ini sebaik-baiknya..

Dalam hidup aku, apa yang aku inginkan sangat dulu telah pun tercapai..Dari segi kerja aku dah dapat apa yang aku nakkan walaupun bidang ni bukan yang aku minat. Dari segi nak sambung belajar juga telah tertunai..Pendek kata aku dah dapat 2 benda yang aku inginkan dalam hidup..Adakah aku patut tak rasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan?..Bagi aku, aku sangat bersyukur...Aku sangat menghargai ats peluang yang diberikan pada aku...Syukur alhamdulillah....





Wednesday, June 13, 2012

Manusia itu hebat

Manusia itu hebat. Kadang2 apabila manusia dilanda musibah mahupun kesukaran yang berat, disaat mereka fikirkan mereka tidak kuat dan tidak mampu untuk meneruskannya, disaat saat kesukaran hinggakan mereka terfikirkan ingin mengaku kalah, namun apabila mereka menguatkan semangat untuk mengharunginya, sesungguhnya mereka akan berjaya. Manusia itu boleh melakukan sesuatu melebihi dari apa yang mereka sangka.Disitulah terletaknya kehebatan makhluk yang bernama manusia ini...

Benar, bukan senang untuk kita meredahi kesukaran hidup..Kita merasakan beban yang ditanggung terlalu berat untuk dipikul. Bebanan itu juga mempengaruhi emosi dan jiwa kita. Namun, kita seharusnya ingat satu perkara.


Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Oleh sebab itu, kekuatan diri dan mental perlu kita tanamkan dalam diri. Cara yang terbaik adalah kita sematkan dalam hati kita boleh melalui semua dugaan itu dengan kekuatan yang ada pada kita. Dan apabila semuanya selesai nanti, disaat sinar cahaya semakin terang, kegembiraan mengulit kehidupan, kita renungkan kembali apa yang telah kita redahi, maka kita sedari kita telah lulus dalam ujian dan kita akan berkata, aku telah melalui semua kepayahan ini dan ianya membuatkan aku menjadi lebih kuat pada hari depan...