Wednesday, October 5, 2016

Kematian Yang Dekat


Kenapa kali ni aku menulis berkenaan tajuk ini??Sebab nya aku pernah merasai sedikit detik-detik kematian yang dekat. Ianya terjadi pada aku dan seharusnya aku mengakui aku sangat bernasib baik dan bertuah. Allah masih memberikan peluang untuk aku menikmati kenikmatan dunia yang sementara. 

Satu hari aku menunggang motosikal sepertimana biasa. Aku tak memandu laju kerana kelajuan adalah salah satu ke ‘traumaan ‘ aku. Aku memasuki simpang untuk ke jalan besar. Aku perasan memang ada kereta Avanza dibelakang aku. Aku membiarkan nya untuk memotong aku. Aku sempat menoleh ke belakang untuk melihat namun tiba-tiba aku nampak ianya semakin dekat dan dekat menghampiri aku. Belum sempat untuk aku menoleh ke depan ……..BAAAAAAAANNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGG. Aku dilanggar dari belakang. Aku dapat merasa diri aku terjatuh dan aku tidak dapat mengawal pergerakan badan dan terpaksa membiarkan saja kekuatan hentaman itu. Dalam keadaan bergolek aku dapat merasakan tayar kereta itu menggesel kepala aku. Saat itu dalam masa yang sepantas kilat memang apa yang dapat aku rasakan adalah kematian. Berlalu dengan sangat pantas. Jantung seolah-olah berhenti...Yang terlintas di fikiran hanyalah mati.....

Degan cepat-cepat juga aku bangun dan sangat merasa lega bila sedar rupanya aku tak mengalami kecederaan yang teruk. Dan yang paling terharunya adalah aku masih hidup…Betapa beruntungnya aku…Kelu lidah aku untuk berkata-kata..Orang ramai mengelilingi aku bertanya keadaan aku. Aku jadi blurr….Ya Allah…Tak dapat aku nak luahkan betapa bertuahnya aku..Masih belum sampai ajal aku waktu itu. Aku bersyukur…Apabila keadaan reda, ada seorang kakak datang kepada aku dan memberitahu sesuatu yang aku rasa ada betulnya juga...Dia kata, "kak sangka adik mati dah tadi"..Aku hanya mampu sengih.Kejadian berlaku di depan matanya..Hanya dia yang tahu macam mana teruknya aku dihentam waktu tu..Alhamdulillah aku selamat...

Rupa-rupanyaa pemandu kereta itu mengalami serangan jantung dan pitam. PAda petang itu aku berjumpa dengan suami kakak itu. Kakak itu dalam keadaan stabil dan menyatakan maaf nya kepada aku..Tidak ada sedikit rasa marah aku kepadanya cuma aku takut keadaan seperti itu berulang lagi kepada kakak tersebut..Kerosakan motor aku hang menelan kos 400 pun dibayar oleh suami beliau..Kes itu habis setakat tu..Namun kesannya amat mendalam kepada aku..Setiap kali aku naik motor, pasti aku akan menoleh kebelakang terutamanya bila nak berhenti..Traumaaaaa...

Mati…Itu pasti..Tapi bila?Dimana?Bagaimana?.Itu persoalannya..Tak kan ada sesiapa yang boleh menjawabnya..Yang pasti  hidup adalah untuk menuju kematian..Imam Ghazali ada berpesan kepada kita semua kematian adalah sesuatu yang sangat dekat dengan kita. Tidak boleh dihindari. Tiada yang terkecuali…

Aku takut dengan kematian. Benar..Aku selalu terfikir pasal mati. Bagaimana dan dimana? Aku sedar orang macam aku takut akan kematian sebab hidup penuh dengan cinta dunia. Walaupun sedar kematian itu dekat, masih lagi lalai dan alpa…

Seringkali kita mendengar berita melalui tv ataupun internet berkenaan kematian yang datang dalam pelbagai cara. Penyakit, bencana dan yang paling kerap adalah kemalangan. Ianya menakutkan. Saban hari kita disajikan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa. Ngeri. Sebab aku pernah merasa...Dulu, setiap kali aku berulang alik pergi kerja dari jawi ke pulau pinang setiap kali juga aku terfikir pasal kemalangan. Memang dah jadi kebiasaan aku untuk membayangkannya..Aku takut….Urusan dunia tidak aku sempurnakan apatah lagi urusan akhirat..Lagi lah aku takut bila mengenangkannya…Nasib disana nanti…

Namun siapalah kita untuk memilih cara kematian kita.....