Petang yang agak
terik. Angin bertiup sekali sekala. Suasana agak bising dengan suara
pelajar-pelajar sesi petang. Kedengaran juga pekikan orang bermain bola. Aku
tidak mempedulikan semua itu. Tidak sedikit pun menganggu tumpuan. Suasana
seperti itu tidak dapat menandingi sang hati yang sedang berkocakan..Tumpuan
aku hanya pada satu perkara.
Di kejauhan, aku
hanya melihat pertemuan diantara Nurul dan K.E di hujung parking basikal
pelajar sekolah. Berdiri dan berdepan antara satu sama lain. Angin masih lagi
bertiup sekali sekala. Aku
mehalimunankan diri dari pandangan mereka. Teringin sekali aku mendengar apa
yang mereka bincangkan tapi tak berupaya. Kalaula aku ada alat pendengaran
seperti dalam filem James Bond kan bagus. Boleh aku mendengar setiap patah
perkataan mereka sambil aku memakan keropok lekor pak Harun.
Aku tidak
mendengar apa yang mereka bualkan namun aku tahu tujuan mereka berjumpa. Aku
tahu apa yang akan terjadi. K.E ingin memutuskan perhubungan ataupun dengan
perkataan yang lebih sopan, iaitu break up. Aku dapat melihat reaksi mereka
berdua. Hanya berdiri. Tidak ada senyuman. Serius dengan kata-kata. Bukan hanya
mereka saja yang tidak tersenyum, bah kan aku juga. Aku tidak gembira kerana
aku tahu Nurul akan bersedih. Aku tak mampu lakukan apa-apa. Cuma rasa bersalah
yang bersarang di hati. Mata aku hanya mampu menjadi saksi kesedihan Nurul. Aku
terpaksa merelakan apa yang aku tak relakan.
Selepas beberapa
detik, aku melihat Nurul berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
Melangkah setapak demi setapak dengan
perlahan. Mungkin dimata kasar, langkahnya itu nampak tabah tapi aku
tahu jauh disudut hatinya, langkah Nurul
langkah yang longlai. Adegan itu seperti apa yang aku telah lalui dulu
dan disebabkan itu, aku faham apa yang dia rasai. Ketika itu, mulut tidak dapat
berkata melainkan hanya hati yang berbicara. Satu perasaan yang sukar untuk
digambarkan.
Ingin saja aku
berlari mendapatkan Nurul bagi memujuk hatinya yang lara.Ingin aku memadam
kesedihan dan cuba untuk menggembirakan dia.
Sayang, aku tak berdaya. Aku tahu aku tak mampu lakukan. Aku tak mahu
kehadiran aku hanya menambahkan luka di hatinya. Biarlah dia menenangkan diri
terlebih dahulu. Aku terpaksa membiarkan dia berlalu pergi walaupun dihati aku
ingin berkongsi kesedihan bersamanya.Mungkin, buat masa ini dia mahu
bersendirian. Aku tak mahu menyerabutkan lagi hati dia. Aku tahu, sedikit masa
lagi dia akan menghubungi aku.
Aku faham apa
yang dia lalui. Aku simpati. Dalam masa yang sama juga aku sedikit geram pada
K.E. tergamak dia melukakan hati Nurul. Kalau la ini macam cerita Hindustan,
aku faham mungkin K.E terpaksa berbuat begitu kerana dia menghidap barah otak
tahap 4, tetapi di alam realiti ini, tidak. K.E buat begitu kerana dia dah
kembali berkawan dengan Norizan. Keputusan yang mementingkan diri tanpa
menghiraukan perasaan Nurul. Aku sebagai si hero tak dapat melakukan apa-apa
walaupun teringin sangat untuk mengkarate K.E sampai pengsan.
Mungkin, ini
peluang baik untuk aku kembali mencuri hati Nurul. Tapi, jujurnya bukan
kesudahan begini yang aku minta. Aku hero yang ada sifat-sifat terpuji. Tak
mahu mengambil kesempatan dalam keadaan orang yang tengah frust. Sebab itu aku
biarkan masa tentukan semuanya. Pepatah ada mengatakan, masa akan menyembuhkan
segalanya. Lagipun, aku nak Nurul mempelajari satu perkara.. Menghargai orang
yang menghargai dia.
Bersambung……
No comments:
Post a Comment