Monday, September 27, 2010

my 1st luv story..(luv at 1st sight) part 8

Aku pulang ke rumah dengan langkahku yang lemah..Dan aku berada dirumah tanpa aku sedari.Waktu2 sebegini aku dah tak pedulikan lagi keadaan sekeliling.Aku nak bersendiri.. Nak melayan perasaan..Ahh, aku tk suka apa yang aku rasa sekarang...Hati ini aku rasakan berat..Kosong..Tak dapat untuk aku fahami..Pelik..Ini kah yang dikatakan frust???Huh..Jiwa kacau...

Saat2 macam ni memang aku lebih suka sendiri..Tak banyak bercakap..Nak senyum apatah lagi..Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk memendam atau melepaskan perasaan masing2..Dan ini cara aku..Sendiri dengan layan perasaan..Dan selalunya aku akan lepak di kawasan belakang rumah aku..Sawah..Tempat yang tenang walaupun waktu itu tanahnya kering kontang....

Sewaktu aku melayan perasaan, dari jauh kelihatan K.E menghampiri aku..Alamak, aku kena cover line..Takkan nak biarkan dia nampak muka monyok aku ni.??Dia belum tahu..Malas untuk aku menceritakan pada dia..Rasa segan untuk berkongsi ending cerita yang tidak begitu gembira..

Dia datang untuk memberikan semangat..Memberikan kata2 nasihat..Ceh,rupa2nya dia dah tahu.Huhu..Tak ada orang lain dah..Mesti Nurul yang ceritakan pada dia..Segannya aku..Aku cuba berlagak cool..Namun sekilas anjing laut di air, sudah tahu jantan betinanya..Dia faham perasaan aku..Dan pada hari itu, aku mendapat sesi kaunseling secara percuma..Dan yang untungnya, tanpa aku meminta...

Nurul juga menghubungi aku..Walaupun aku cuba untuk mengelak, tapi aku tak cukup kuat untuk semua tu..Aku tak dapat nak bercakap..Ntah la..Rasa macam kelu lidah ini..Aku tahu dia rasa bersalah..Namun sedikitpun aku tak menyalahkan dia..Aku faham, soal hati ni tak boleh nak dipaksa..Adalah sesuatu yang menyedihkan jika dia menerima aku kerana simpati..Aku tak mahukan semua itu..Lebih baik kecewa dari aku diperlakukan sebegitu rupa..Aku juga punya prinsip hidup..Dan aku tak mahukan simpati dari orang lain..

Kerap juga Nurul menghubungi aku..Semakin aku cuba elak, makin dia memujuk..Hish, mulut manis betul.Huhu..Walaupun aku cuba endahkan namun aku gagal..Aduh,memang aku lemah..Kata2 hikmah Nurul, frienship forever..Dan aku menerimanya..Tak salah rasanya kalau kami terus berkawan..Dan hari ke hari, aku semakin gembira walaupun kami hanya berkawan..Kami juga tetap meneruskan rutin kami seperti dahulu..Peristiwa itu walaupun terbuku dalam hati namun aku tak kisahkan lagi..Aku kena terima keadaan dan memahami antara kami hanya lah kawan..


bersambung....

Saturday, September 18, 2010

Kaitan Raya Dengan Kahwin.....

Sedar tak sedar, dah seminggu lebih kita menyambut Aidilfitri.. Alhamdulillah..Walaupun sambutan hanya ala kadar namun bagi aku raya tahun ni agak menggembirakan..Sekurang2 nya tidaklah sesuram dan seteruk seperti tahun lepas..Dan raya tahun ni jugak aku banyak program..Tak la mati kutu seperti sebelumnya..heheh...

Seperti selalu, ramai jugak saudara mara aku yang datang bertandang..Kebanyakan saudara mara sebelah ayah..Ntahla, tapi aku rasa adik beradik sebelah ayah lebih rapat ngan kami.Walaupun ayah dh takda, tapi tiap2 tahun diaorang tak jemu2 datang bertandang..Merekalah yang menyerikan Aidilfitri kami..Meriah..

Bila dah datang beraya tu, Soalan wajib dan paling popular diajukan pada aku, "hang bila lagi nak kawen?"..Huh, soalan tu kadang2 malu jgk aku nk jawab..Dulu bila raya, tanya study lagi ka, pastu keja mana dan sekarang soalan pasai kawen la pulak..Aku tak tahu nk jawab..Jd aku jawab dengan jawapan yg simple.Muda lg, tk da duit lg, lebih kurang cm tu r..

Aku pun malas nak panjang2 cerita dalam soal ni..Diaorang tak kan faham situasi aku..Mungkin belum sampai seru aku lagi..So, berdoa saja lah.Kawin ni bukan benda main2..Ni benda untuk seumur hidup.Kena bersedia..Hidup sorang pun tk teratur ni kan pulak nak menanggung anak orang..Besar tanggungjawab tuh..

Bukan aku tk fikir pasal kawin,ada la jugak..sebelum ni pun aku pernah menemui seseorang.Dan saat tu aku rasa aku macam dh bersedia..Bersungguh pulak tuh..Aku rasa macam aku dh sedia untuk memikul tanggungjawab dan memegang amanah terhadapnya..Aku juga sanggup untuk melalui hari2 dan waktu susah senang bersama. Namun, kita hny merancang.Bukan kita yang tentukan.Sekuat manapun rasa hati ni, klu hanya disebelah pihak, lebih baik berundur..Dah bukan jodoh aku.Aku terima walaupun agak berat..Aku selalu cuba positifkan diri.Aku anggap dugaan yang macam ni akan buatkan aku menjadi lbh kuat.

Aku pegang pada kata2 ni,Kadang2 kita tk dpt apa yg kita nak, tp kita akan dpt apa yg kita perlu..Walaupun bnd tu yg paling kita nak kan, tapi kalau dh tertulis ianya bukan untuk kita, kena la terima dgn redha..Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia.Aku bukan orang yang dia perlukan..Aku tak dpt untuk menyempurnakan dan melengkapkan hidupnya..Aku sedar..Walaupun agak susah untuk aku lupakan apa yang telah aku lalui dulu namun hidup perlu diteruskan..Yang berlalu akan tetap terus berlalu dan tak akan kembali..

Dulu, klu kwn2 frust, dlm hati aku remehkan diaorang..Aku kata buat apa susah2 diri bila frust.Ramai lagi orang. Cari saja yang lain.Tapi bila kena kt aku sndiri, baru lah aku tahu macam mana rasanya.Nk tido pun susah.Tak dapat nk jelaskan dgn kata2. Tak berani dh aku meremehkan bnd2 cm ni..Baru padan dengan muka aku.Dan sekarang aku dah faham macam mana rasa tu..Betul la kata orang, kita tk kan faham selagi kita tak laluinya sendiri..

So, sekarang ni apa yg penting adalah hari2 yang akan mendatang..Hari2 yang perlu aku tempuhi..Yang lepas tetap aku simpan dalam hati dan yang depan akan aku harungi..Aku berharap suatu masa nanti aku akan gembira seperti selalunya dan aku akan tetap menunggu saat itu.Saat syifa ada bersama aku..So, moral of this story, bila adik beradik mai, kita kena sembunyikan diri agar tak ditanya soalan2 macam tu lagi..Amiinnn...

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, September 2, 2010

my 1st love story part 7 (love at 1st sight)

Kini tiba juga hari yang aku nantikan.Aku agak risau.Ntah, susah untuk aku katakan.Banyak benda yang bermain dalam otak aku ni..Kadang-kadang aku fikir,betulkah apa yang aku buat??Ini yang aku nak???Apa natijahnya nanti?Jika kesudahan seperti apa yang aku angankan ataupun sebaliknya?Cukup bersediakah aku untuk menerima sebarang keputusan?Arrggh, buntu..Aku was-was..Maklumlah, aku tak ada pengalaman.Bab-bab hati memang aku surrender..Walaupun saat ini telah aku nantikan sekian lama namun bila sampai waktunya aku jadi gugup..Aku jadi ragu-ragu.

Aku tahu aku akan melakukan satu kerja gila.Kerja yang betul-betul mencabar .Aku akan mencabar fitrah diri aku yang agak alah pada perempuan.Memang betul-betul mencabar keberanian dan kewibawaan aku.Persoalannya,beranikah aku??Aku tak tahu jawapannya.Kalau untuk dinilai, bila bercakap dengannya pun aku dah jadi kaku.Gugup.Kelu lidah.Jantung berdegup kencang.Badan jadi tak keruan.Inikan pula nak meluahkan perasaan...Fuuhh,tenat aku...Memang bukan sehari dua untuk aku ambil masa memikirkan semua ini.

Aku muhasabah diri.Fikirkan apa yang patut dibuat..Walau macam manapun aku tetap akan meluahkan apa yang aku rasa pada dia.Aku nekad.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..Alang-alang mandi biar basah.Alang-alang makan biar sampai kenyang.Kalau tak hari ini, bila lagi??Biarlah apa pun yang akan jadi.Aku dah tak kisah.Gembira atau kecewa aku akan terima.Yang penting aku mencuba.Mencuba dapatkan apa yang aku inginkan..Yeahh…Aku cuba kuatkan hati aku yang sedang gugup.

Aku menunggu Nurul ditempat yang kami janjikan.Kantin.Tempat pertama kali aku mengenali dia.Dan diisini jugalah aku akan menyampaikan rasa hati..Suasana tenang..Sunyi..Tiada manusia..Kalaulah hati aku setenang ini.Alangkah seronoknya...Bagus juga keadaan sebegini.Tiada siapa yang akan tahu aku berjumpa dengan dia selain K.E.Tapi kali ini K.E tidak menemani aku.Aku berseorangan .Hati berdebar-debar.Badan rasa seperti panas tak, sejuk pun bukan.Rasa macam nak berpeluh.Ambik exam pun tak nervous cm ni.Huhu..

Kelihatan Nurul sedang menungu aku di hadapan kantin.Di bawah penjuru bumbung.Dengan ber t shirt putih, berseluar slack.Dia kelihatan tenang.Seperti biasa bila memandang aku, dia akan senyum.Senyum yang menjadi penawar. Namun kali ini ianya tidak dapat menyembuhkan kegugupan aku.Sebaliknya senyuman itu menambahkan lagi kacau bilau..Aku menghampirinya. Berjalan perlahan dengan jantung yang berdegup pantas.Dup dap dup dap...Dalam diam Aku cuba mengatur kata agar tak terkelu nanti.Makin aku hampir makin aku sukar nak bernafas..Gelabah..

Aku berlagak cool seperti selalunya.Luaran yang tidak nampak kekacauan didalam.Bak kata pepatah,tangan kanan memberi biar tangan kiri tidak mengetahuinya. Aku memulakan bicara pertemuan.Intro..Dengan harapan gugup aku akan berkurang.Hanya kami berdua disitu.Angin berhembus sekali sekala.Kami hanya berdiri.Berbual-bual dan perlahan-lahan aku meluahkan apa yang tersirat dalam hati.Tak mengambil masa yang lama.Tiada susunan ayat.Tiada kata-kata romantik.Tak ada madah2..Abih ayat berterabur bila face to face..Apa yang aku atur semuanya habis hilang..Akhirnya,hanya ayat yang ringkas.Namun maknanya tetap sama.Malas nak panjangkan cerita.Biar aku tahu keputusannya dengan segera..Mudah dan cepat.

Nurul hanya tersenyum.Sambil memulakan kata, dia berterus terang dengan aku.Ayatnya juga ringkas.Straight to the point..Dia tidak dapat menerima aku.Alasannya dia hanya menganggap kami sebagai kawan baik.Tuppp..Aku seolah-olah kaku.Rasa macam terkena tamparan.Nafas macam terhenti.Sesak..Rasa gelap dengan tiba-tiba..Aku menarik nafas..Namun dengan pantas aku mengangguk tanda faham.Aku senyum kelat.Dengan spontan, segera aku berpaling dan beredar dari situ.Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.Aku tak mahu dia tengok reaksi aku.Biar aku sembunyikannya.Dalam lemah langkah,aku gagahkan juga. Mungkin, kalau ini babak didalam filem,pasti tika ini hujan akan turun mencurah dan diiringi lagu yang sedih bagi menambahkan lagi feel kekecewaan.Namun didunia nyata,walaupun tiada sound effect, ianya tetap sama..Aku terus berlalu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.Dan juga Keadaan Nurul.Dia pasti tahu hati aku yang sedang lara..Saat ini, apa yang aku fikirkan hanyalah rumah…..


Bersambung…..