Monday, August 30, 2010

puasa dan merdeka....

ari ni ari isnin.30hb 8 2010 bersamaan dengan 20 Ramadhan.Sedar tak sedar tinggal 10 hari saja lagi untuk berpuasa.Tak sabonya aku..Heheh..So far, aku rasa Ramadhan kali ni lebih bermakna..Lebih epi..Lebih terisi..Dan kali ni jugak aku rasa sikit kelainan dari segi berbuka.Aku kurang makan..Makan sikit saja tapi dah rasa kenyang.Kadang2 makan bubur, kadang2 makan murtabak.Tu pun dh cukup..Mungkin badan keletihan kot.Tambahan pulak minum air banyak..Kalau makan ngan kawan ataupun famili, aku lah orang pertama yang habis dulu..

Kali ni jugak aku kurang berminat nak pg bazar beli2 juadah berbuka.Kuih2 pun tak..Kalau nak dibandingkan dengan tahun2 lepas,agak berbeza.Dulu selalu pergi bazar.Jauh pulak tu.Tengok tu nak, tengok ni nak, sumanya nak.Tapi bukannya makan sangat pun.Nafsu ja lebih..Alhamdulillah tahun ni agak terkawal.Mungkin ekonomi jgk main peranan..Heheh..Tapi apa pun, favourite di bulan puasa ni mst r kerang ngan murtabak.1 lagi, popia goreng..Dan aku masih belum berkesempatan nak merasai popia.Di penang ssh skit nk cari.Kalau ada pun, agak jauh..Balik kampung ni kalau ada kesempatan, aku nak borong.Lepas geram..

Dan esok juga adalah hari kemerdekaan yang ke 53.Aku dapat rasakan suasana sambutan kali ni agak hambar.Tiada lai kemeriahan jalur gemilang..Dan di kenderaan juga tiada.Aku pun tak tahu apa sebabnya.Kalau nak dibandingkan dengan 4 - 5 tahun dulu,jauh sangat bezanya.Sini sana kibaran jalur gemilang.Memang meriah..Mungkin faktor-faktor ekonomi.Tapi walau apapun,semangat patriotik mesti ada dalam diri..n I luv my country...Semoga perayaan kemerdekaan dan aidilfitri akan lebih bermakna kali ini..

Sunday, August 22, 2010

my 1st love story..(Love at 1st sight) part 6

1998 ( tingkatan 3 )

Permulaan pagi yang ceria.Dingin angin masih dapat aku rasakan namun tak dapat mendinginkan perasaan aku yang sedikit hangat.Suasana masih lagi sunyi.Namun tidak di hati aku.Seperti burung-burung yang berkicauan. Terasa tenteram dan nyaman..Begitulah bila rasa gembira bertaut di hati.Sesuatu yang sukar untuk aku gambarkan.Rasa berbunga-bunga. Rasanya kalau ada orang menempeleng aku saat ini aku masih lagi boleh tersenyum..

Aku tidak sabar untuk ke sekolah.Dari awal2 lagi aku sudah bersiap.Aku gembira. Sambil-sambil aku menyanyikan lagu yang sedikit bergenrekan jiwang. Tak lekang senyuman aku yang dah sampai ke telinga. Aku amat bersemangat..Memang benar kata orang, hidup ni adalah sesuatu yang mengujakan.Pelik, aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan diri aku..

Disekolah, kegembiraan aku berkali ganda.Mana taknya, kelas aku kini hanya bersebelahan dengan Nurul. Wah,untungnnya.Macam mendapat durian runtuh. Kini semakin dekatlah hati aku dengan hatinya..Eh,aku dengan dia.hehe..Dan yang seronoknya,untuk ke kantin atau kemana-mana, jalannya hanya dengan melalui kelas aku...1 lagi peluang yang baik.Dapat juga aku tengok dia setiap kali dia keluar..Inilah yang membuatkan aku rasa macam nak melompat.Nasib amat mnyebelahi aku kali ini..

aku tidak merancang strategi baru..Aku rasa taktik tradisional masih boleh dipraktikkan.. Senyuman. Ya, Hanya itu senjata yang aku perlukan bagi memulakan perhubungan yang terhenti agak lama.Walaupun aku masih malu-malu.Tapi, di hati aku ni, aku mahu.. Hehe.. Biasala..Cover line..Dan macam biasa, taktik aku berhasil.Ianya tidak mengambil masa yang lama.Ini mungkin disebabkan senyuman aku..(perasan ja lebih.) Macam biasa, langkah demi langkah, sedikit senyuman yang mana akhirnya akan kembang menguntum..Dan aku yakin hubungan aku dengan dia akan menjadi seperti dulu.Rapat dan selalu berkongsi suka duka.

Dipendekkan cerita ,seperti dulu, aku dikejutkan dengan panggilan dari Nurul.Dan semenjak itu,ia menjadi lebih kerap.Hampir setiap hari.Selepas balik dari sekolah, dia akan menghubungi aku..Dan aku sebolehnya akan balik awal untuk menunggu panggilan dia.Emak aku pun dah lali dan tak kisah pasal ni.Bila ditanya,Jawapan aku tetap sama, kami hanya berkawan. Namun kadang-kadang, perasaan ingin tahu mak tu membuat aku sedikit segan. Aku tidakk memberikan jawapan yang jelas. Memang antara kami tiada apa2. Jd, betullah jawapan aku tu.

Bergayut ditelefon semakin hari semakin menjadi rutin harian kami. Asyik dan melekakan.Rasa tak sedar masa berlalu dengan pantas.Kami menjadi kawan yang amat baik dalam telefon..Tetapi lain di sekolah, aku dan dia jarang bercakap.Kadang-kadang tak ada kesempatan pun.Mungkin sebab agak payah untuk bersemuka..Jadi, bergayut di telefon merupakan cara kami berhubung.Namun aku tetap gembira..Suaranya yang aku nanti-nantikan.Huh, memang melekakan..

Hubungan kami kali ini lebih serius..banyak yang kami kongsi.Dia tahu K.E kawan baik aku dan aku juga tahu kawan baik dia AS..Dan kadang2 juga K.E menjadi posmen antara kami..Menghantar surat-surat rahsia..Kalau nak harap aku,memang segan berbuat macam tu..Jadi, K.E lah yang menjadi pengantara tak bergaji kami..Dia tak kisah.Dia memahami aku..Dari dulu aku tak menyembunyikan apa2 dari dia.Dia paham perasaan aku pada Nurul.Dan dia juga selalu memberi semangat..

Nurul selalu katakan pada aku, tiada rahsia antara kami.Dan aku berpegang pada kata-kata dia..Bagusla begitu.Aku suka bila dia menceritakan tantang masalah2 ataupun perkara yang remeh temeh.Aku tak kisah asalkan dia berkongsi cerita.Ianya membuatkan seolah-olah aku wujud dan penting dalam hidup dia.Terasa seperti di perlukan..Dan aku ingin sangat menjadi teman saat dia gembira dan berduka..

Semakin kami rapat semakin aku dapat memahami Nurul.Dan itu juga membuatkan aku semakin tak dapat mengagak apa yang bermain dalam hatinya.Agak kompleks.Benarlah kata orang, agak susah untuk memahami perempuan.Kadang-kadang kita merasakan dia menghargai kita dan kadang-kadang pula sebaliknya.Ntah.Aku keliru.Mungkin status dia sebagai anak sulung sedikit sebanyak mempengaruhinya.Aku pulak bongsu jadi agak susah untuk aku faham apa yang dia rasa.Mungkin perasaan dia sedikit bergolak..Tapi aku tak kisah, selagi dia mahu aku berkawan dengannya, selagi itu akan aku sandarkan bahu aku untuk dia..Fuhh,Ayat power..heheh..

Lama kelamaan, aku rasa sudah sampai masanya untuk aku memberitahu dia apa yang aku rasa..Walaupun sebenarnya aku takut,tapi aku patut mencuba.Aku tak berapa yakin..Samada dia terima atau tidak, aku pasrah..Aku kena hadapi risiko itu.Aku ingat lagi,Masa tu seminggu sebelum hari lahir aku.Aku mengajaknya berjumpa disekolah pada hari sabtu.Lagipun dia ada program kelas.Dan dia bersetuju..Aku sedikit resah.Aku sedar, kalau dia tak terima ini bermakna perhubungan kami juga akan berakhir..Aku menghitung hari dan hari-hari yang ditunggu itu tiba juga akhirnya....

bersambung....

Tuesday, August 10, 2010

Bulan puasa...

Sedar-tak sedar rupanya dah hampir setahun masa berlalu.Dan tanpa aku sedari, bulan Ramadhan menjelma lagi..Aku cuma berharap kali ini ianya akan lebih bermakna dan meriah dari tahun-tahun sebelumnya..

Dan di bulan puasa jugak,menu wajib di kedai-kedai kampung aku tentunya kerang rebus dan kerang bakar..Menu yang amat popular di bulan puasa.Tambah dicicah dengan kuah kacang, perrgghh...sedap tul..Mungkin, kalau nak dibandingkan dengan sekarang ni, era aku muda-muda dulu lebih meriah.Hampir semua kedai ada menyajikan menu ini.Entah la, aku sendiri pun tak berapa nak faham kenapa kerang ni hanya famous pada bulan puasa.Jawapan yang tak dapat aku jawab..Aku sendiri yang tak minat kerang pun mesti lepas tarawikh cari kerang..Heran aku...

Apa2 pun, sempena bulan Ramadhan ni aku nak memohon maaf kepada sesiapa saja andai aku ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan atau apa2 perbuatan aku yang menyakitkan hati..Dan harapan seandainya ada, maafkan lah aku....

Friday, August 6, 2010

my 1st love story (love at 1st sight) part 5

1997…..( Tingkatan 2 )

Akhirnya, aku kembali kealam persekolahan setelah agak lama bercuti. Entah kenapa kali ini aku merasakan cuti aku terlalu panjang.Tempoh yang sangat lama. Disaat orang lain mahukan cuti yang lebih namun aku pula sebaliknya. Aku begitu mahukan masa pantas berlalu . Rasanya macam tak sanggup untuk bercuti lama-lama dikala aku selalu keresahan. Aku sendiri tak tahu mengapa.Yang aku tahu apa yang aku rasa ni adalah sesuatu yang membebankan. Kalaulah aku dapat mempercepatkan masa…..

Aku tak tahu macam mana caranya untuk menghilangkan apa yang aku rasa. Kini, tak ada lagi senyuman dan gelak tawa Nurul. Tak ada lagi saat-saat gembira bersamanya. Aku cuba untuk membiasakan diri dengan suasana seperti ini. Suasana yang berbeza..Aku berharap sedikit masa lagi keadaan akan kembali seperti sedia kala.

Aku bersekolah pada sesi petang manakala Nurul pula pada sesi pagi. Dan kebetulan kelas kami di blog yang sama.. Untuk aku ke kelas, aku mesti melalui kelas dia terlebih dahulu. Jadi,Aku mempunyai sedikit kesempatan untuk melihat dia. Mencuri pandang dia.Sesuatu yang akan aku lakukan setiap kali untuk ke kelas. Satu lagi hobi aku adalah memerhatikan dia dari kelas aku. Blog kami sama dan ditingkat 2. Jadi, aku akan menunggu di koridor untuk memerhati dia pulang.. Dengan menaiki basikal merah dia. Huhu, sayugia rasanya..Dan aku tahu, aku merindukan dia…..

Sepanjang aku di tingkatan 2, tiada apa-apa yang menarik. Cuma aku sudah boleh biasakan diri dengan suasana baru. Ditambah lagi kawan-kawan pun sudah ramai..Aku bercampur dengan geng-geng yang agak nakal. Ala, bukan nakal yang teruk sangat. Cuma diaorang tu bukan geng2 yang skema. Tak da la ganaz sangat pun..

Bila disekolah petang, pelajar Cina pun agak ramai..Bergaduh antara kaum tu dah menjadi perkara biasa..Cuma di era aku, tiada lagi pergaduhan yang sampai mencederakan.. Habis sangat pun pegang kayu ja. Tak pun lawan maki hamun.Lain la era awal 90an. Aku dengar cerita dari orang-orang lama dulu lagi ganas. Batu bata dan darah menjadi saksi pergaduhan..Hmm..dasyat jugak dulu..Sebab tu aku malas join..(Bukan sebab takut).. Aku tak lah terlibat secara langsung. Sekadar dari jauh. Kiranya back up r..Heheh..Lagi pun I’m not fighter.. Dan aku juga tak menjadi mat bunga time tu.Perempuan tidak menjadi keutamaan.. Enjoy dulu. Namun itu tidak sedikitpun menjejaskan perasaan aku pada dia..Huhu..

Dikelas, aku bersebelahan dengan K.E. Seronok rasanya dapat kembali sekelas dengan dia. Dan di depan kami pula adalah kaum hawa..Yang sorang tu adalah dari kelas aku dulu.Norizan..Jadi, kami tidaklah berasa janggal. Cuma kawan aku K.E tu nampak sedikit mesra dengan dia. Dan dipendekkan cerita, hormon-hormon gatal telah menguasai mereka..Dan dalam masa yang singkat status mereka dari single telah pun berubah ke in relationship..Wah, cepat dan pantas. Aku tumpang gembira dengan keadaan tu..Biarlah mereka berbahagia..Macam kata pepatah, makan paha kiri ayam, paha kanan juga harus dimakan.


Sedar tak sedar, tingkatan 2 sudah hampir ke penghujungnya. Aku masih seperti hari-hari yang dulu. Tidak berubah..K.E dan juga Chenta dia adakalanya pasang surut.. kadang-kadang putus dan kadang-kadang kembali elok.Aku pun tak faham sangat dengan diaorang. Biarlah itu menjadi rahsia mereka..Aku pun tak ambik port sangat.

Aku tak sabar menantikan alam persekolahan yang baru. Aku tahu tahun depan aku akan kembali bersekolah pada sesi pagi. Dan aku juga tahu peluang aku untuk kembali bertemu dengan Nurul kembali cerah…Aku harap tahun depan akan lebih baik dari tahun-tahu sebelumnya.Huhu..


bersambung...

Monday, August 2, 2010

Sudah Sampai Sini



Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya

Antara kau aku ada satu rahsia
Pasti terbongkar di tarikh yang tersedia
Tersenyum dan menangis satu antara dua

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini



Aku suka lagu ni..Lagu lama kumpulan Bumiputra Rockers..Mungkin sekali dengar kita andaikan ini lagu jiwang ataupun lagu cinta. Dulu aku pun macam tu..Tapi kalau kita hayati betul2,lagu ni ada maksud sebaliknya..Maksud yang mendalam..Menggambarkan kehidupan kita yang semakin lama semakin pendek...

antara liriknya:

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi

Apa yang aku faham maksudnya adalah MASA..ya..masa itu akan tetap dan terus pergi..Sedikitpun tidak akan menunggu kita..Tapi tu hanya pendapat aku..Pendapat orang lain aku tak tahu...

Dan lirik lagu selebihnya tu bermaksud sesuatu yang telah dijanjikan pada kita. Sesuatu yang pasti..