Tuesday, February 11, 2014

married....

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana aku kini telah menjadi suami kepada seseorang. Tanggal 15hb Ogos 2013 lalu, dengan sekali lafaz telah termaktub perjanjian amanah yang akan aku tanggung seumur hidup aku.  Dari persiapan sehingga ke majlis perkahwinan semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada yang tak seperti dirancangkan. Apa pun, aku gembira kerana semuanya telah berjalan dengan baik sekali. Sekalipun majlis dibuat dengan besederhana namun ianya cukup memuaskan hati. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya keluarga aku mahupun keluarga mentua.

Akhirnya kini tejawab sudah siapa jodoh yang aku cari-cari selama ini. Allah telah mentakdirkan aku dengan seseorang seperti yang aku doakan sejak dulu lagi. Allah telah makbulkan doa-doa aku walaupun aku bukanlah seorang hamba yang baik. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin, dengan jodoh yang ditakdirkan ini akan membuatkan aku menjadi seseorang yang lebih baik dan menjadikan kehidupan aku kembali di jalan yang lurus. 

Benar, jodoh telah ditetapkan oleh Allah sejak loh mahfuz lagi. Sekuat manapun perasaan kita pada seseorang, sekuat manapun niat kita untuk bersama dengan orang yang kita sayang, kalau Allah tidak mentakdirkan bersama, tetap tak akan ada jodoh dengan mereka. Begitu juga sebaliknya. Dan sekarang barulah aku sedar rupanya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan aku percaya Allah telah mengaturkan kehidupan seseorang dengan lebih baik dan bersesuaian dengan keadaan hidup kita. Seseorang yang tidak ada jodoh dengan kita walaupun perasaan kita padanya bukan bermakna dia tidak baik cuma mungkin ada sebabnya Allah tidak mentakdirkan untuk kita dijodohkan dengan orang itu. Macam kata pepatah, berkahwin dengan orang yang kita sayang adalah impian, namun berkahwin dengan seseorang yang kita tak pernah menjangka tu dinamakan jodoh.Yang penting kita kena redha dengan ketentuanNya.

Benar kata orang, jodoh ini kadang-kadang bukan sesuatu yang kita jangka. Sekalipun kita mencari sehingga hujung dunia, kalau tidak ada jodoh, maka bukan lah jodoh kita. Sebaliknya kalau  dinamakan jodoh, masanya akan tiba kadang-kadang dengan seseorang yang kita tak terfikir pun. Kadang-kadang jugak orang yang dekat dengan sekeliling kita. 

Situasi aku boleh dikatakan begitu. Aku bertemu jodoh yang aku sendiri pun tak menjangkakan ianya berlaku. Begitu besar kuasa Allah. Memang pada ketika itu aku tak terfikirpun untuk bertemu dengan seseorang yang seterusnya menjadi tulang rusuk aku. Perkenalan kami boleh dikatakan singkat dan tidak mengambil masa yang lama. Sedar tak sedar kini kami dah menjadi halal. Begitu pantas masa berlalu. Tak mengambil masa yang panjang. Ianya berlaku dalam sekelip mata.

Seingat aku, aku mula mengenali wife aku pada hujung tahun 2010 dulu. Pada masa tu, kami bertemu kali pertama di mesyuarat yang dianjurkan oleh jabatan. Secara jujurnya 1st time aku tengok dia time tu dah dah membuatkan aku rasa nak mengenali dia. Betul. Ntah la napa aku rasa mcm tu. Tapi perasaan aku masa tu memang kuat. Cumanya aku ni jenis tak berani. Lama juga aku pendam. Banyak kali jugak la kami jumpa di mesyuarat. Makin lama makin membuatkan aku nak kenal dia dengan lebih rapat lagi. Aku ingat lg ada satu hari tu di mesyuarat, dia lalu depan aku n finally hadiahkan aku satu senyuman. Fuhhh, time tu gembiranya aku bagai nak lompat. Tapi aku control...huhu..

Aku telah menyiasat maklumat dia dari sistem jabatan. Dari situ aku tahu serba sedikit tentang dia. No tel jugak dah aku dapat. Tapi untuk aku menghubungi dia tidak sekali. Aku segan. Last2 diam macam tu ja. Sehinggalah mac 2011 aku berani setapak lagi dengan add dia di FB.Dan dari situ aku mula tegur dia. Kami pun dah start chat tapi just chat yang biasa-biasa saja. Ada sekali tu aku cuba cal opis dia semata mata untuk tanya sesuatu yang aku dah tahu pun. Bukan apa, nak dengar suara dia ja..Hehe..Sejak tu aku makin berani tegur dia dalam FB. Selalu jugak aku menantikan dia online.

Untuk menambahkan lagi kebetulan dalam cerita ini, aku terserempak dengan dia di USM. Sungguh aku tak sangka dia juga mengambil PJJ. Sempat juga aku berbual sebentar bertanya course yang dia ambil. Sayangnya bukan 1 course dengan aku. Patut la tak jumpa selama ni..huhu...Tapi apa pun, memang aku terkejut dan selepas itu aku mengambil tindakan untuk berhubung dengan dia melalui emel USM. Kami terus berhubung tapi tidak lah terlalu rapat.


Nak dijadikan cerita kami pun dah makin bertambah baik di FB. Secara jujurnya aku menunggu dia hamper setiap malam. Beberapa kali jugalah kami chatting. Tapi dia ni macam sombong sikit. Layan macam acuh tak acuh ja. Akhirnya aku beranikan diri bertanya samada dia dah ada seseorang atau belum. Malas aku nak tunggu lama-lama. Biar aku cepat dapat keputusan. Lalu aku mendapat berita buruk. Dia sudahpun ada seseorang. Aku agak sedih dan tindakan aku selanjutnya ialah menghilangkan diri.Huhu..Aku sudah tidak mengharapkan dia lagi. Menunggu dia chating pun sudah tidak. 


Tapi benarlah kata orang, walau kita terbang setinggi langit, menyelam didasar lautan, berlari dihujung dunia sekalipun kalau dah dinamakan jodoh, pasti akan bertemu juga.Satu hari tu pada malam tarikh 23 Mac 2013, aku sedang ber FB. Tiba-tiba aku terkejut kerana dia menegur aku. Tapi disebabkan aku tahu dia dah berpunya, aku pun melayan seperti biasa.Tidak lagi keterujaan seperti dulu. Kami berbual-bual kosong sehinggalah dia bertanya sama ada aku dah berkahwin atau belum. Jadi aku pun memberitahu perkara yang sebenar tanpa mengharapkan apa-apa. Aku masih bujang. Hehe..Orang memberi kita merasa, jadi aku pun bertanya samaada dia dah kawin atau belum. Dia menjawab belum dan aku bertanya lagi status dia dengan lelaki itu. Kali ini jawapan yang aku nanti nantikan sejak dari dulu lagi telah aku capai. Yessss...Dia single pada kali ini. Ntah kenapa dengan tiba-tiba seoalh olah dirasuk aku menjadi muka tak malu apabila dengan selamba aku bertanya masih ada lagi tak borang kosong padanya.Dengan jawapan yang tulus dia menjawab ada. Dan ianya ada di jabatan Agama..Woooowwww...Tersentak aku seketika di alam maya. Lalu sekali lagi dengan muka tak malunya aku mengajak dia bersama untuk mengambil borang itu....Dannnnnnnn............ yang menyedihkan ajakan aku itu tidak berbalas. Tiba-tiba aku dengan sendirinya menjadi teramat malu.....

Selang beberapa hari, setelah aku tidak lagi berasa malu tiba-tiba aku dapat mesej dari dia. Kali ini dia bertanya bila nak pergi ambil borang itu? Wooooowww...Sekali lagi aku melompat kegembiraan. Aku terus menjawab dengan kiasan yang aku menunggu dia lapang untuk pergi bersama. Aku melihat mesej dia dan aku tengok mesej itu dihantar dari Jeddah. Barulah aku tahu mengapa dia tak reply mesej aku selama ini. Rupa-rupanya dia pergi menunaikan Umrah.

Dipendekkan cerita, selepas dia pulang ke Malaysia, kami terus bermesej. Dan jawapan dia sangat positif. Lalu aku berterus terang dengan dia.Aku sudah lama meminati dia dan aku berharap hubungan kami menjadi lebih dari sekadar kawan. Aku katakan padanya aku ingin ada jodoh dengan dia dan aku meminta sedikit tempoh masa untuk kenal-kenal terlebih dahulu dan sekiranya dia dapat menerima aku, aku akan menghantar rombongan. Syukur, dipermudahkan jalan dan dia bersetuju. Pada awal bulan April kami berjumpa dan sejak itu kami bertambah baik. Pertengahan bulan April dia datang ke rumah aku dan di hujung bulannya giliran aku pula kerumahnya. Memang sesuatu yang sangat mendebarkan kerana buat pertama kali dalam hidup, aku kerumah seseorang untuk mengenali ibu bapanya. Mak dan  ayahnya begitu sporting. Aku suka. Dan apabila balik kerumah dia bagitahu pada aku bahawa emaknya telah menetapkan tarikh pertunangan kami. 18 Mei 2013. Aku lega kerana semuanya dipermudahkan.

Hari bersejarah aku telah pun tiba. Kami telah pun mengikat tali pertunangan. Tarikh perkahwinan juga telah ditetapkan. Pernikahan pada 15 Ogos 2013 dan kenduri pada 17 dan 18 Ogos 2013. Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraan aku kerana aku akan berkahwin dengan seseorang yang memang aku doakan. Betullah kata orang, tempoh pertunangan adalah tempoh yang menguji kesabaran. Secara jujurnya, aku telah berputus asa namun Allah telah menetapkan jodoh kami. Biar rintangan menggunung sekalipun, kalau dah jodoh, tak kan ada apa yang boleh menghalang. Dan akhirnya pada tarikh yang ditetapkan, aku telah pun selamat menjadi suami kepada seseorang. Dan aku sangat bersyukur kerana semuanya lancar. Aku juga telah berazam pada diri sendiri, sebaik sahaja diijabkabulkan, aku akan menjadi  suami yang baik kepada isteri. InsyaAllah. Aku tak akan sia-siakan hubungan ini.