Wednesday, November 28, 2012

My 1st luv story – luv at 1st sight episode 16



Permulaan satu perpisahan vol. 2

Kini dah tiba di hujung tahun. Peperiksaan PMR telah pun berlalu. Aku sedikit risau dengan keputusan aku nanti. Aku tahu usaha aku tak seberapa jadi bukan lah jadi satu impian yang menggunung untuk aku mendapat keputusan cemerlang. Aku tahu aku pasti kecewakan Nurul, Segala dorongan yg dia berikan, segala semangat yang dia tiupkan, aku hanya sia-siakan. Aku akan menghampakan dia.

Seperti yang selalu dia katakan dulu, kalau boleh dia nak aku berjaya dalam pelajaran. Bersama-sama meneruskan pengajian di sekolah berasrama. Memang besar harapan dia pada aku. Tapi disaat pelajaran aku merosot, aku tak terdaya untuk melakukan apa-apa. Semuanya salah aku sendiri. Aku yang membuatkan aku gagal. Aku tahu aku tak boleh pergi jauh dengan sikap aku seperti ini.Namun dalam masa yang sama aku mengharapkan dia mendapat keputusan yang cemerlang. Itu yang pasti. Aku lebih pedulikan dia dari aku sendiri.

Aku masih ingat lagi, minggu-minggu terakhir sesi perseolahan pada masa itu. Hari yang masih menjadi ingatan aku. Jumaat, 06 November 1998. Esok 07hb November 1998 adalah hari lahir Nurul. Hari sabtu. Cuti sekolah. Jadi ingin aku memberikan hadiah yang aku telah beli untuk dia. Ianya sebuah Kristal dengan hiasan didalamnya. Harganya lebih kurang RM 7. Berpadanan pada tahun itu. RM 7 merupakan harga yang agak mahal tambahan lagi bagi seorang pelajar seperti aku yang mana perbelanjaan harian hanya tak lebih dari seringgit. Sempat juga aku kumpulkan duit untuk aku memberikan dia hadiah. Aku juga nak membalas hadiah yang dia beri pada aku dulu.

Aku akan memberi hadiah hari ini. Aku mencari jalan bagaimana nak menyerahkan pada dia. Di sekolah, aku tak berkesempatan untuk memberikan hadiah itu. Aku mencari-cari waktu yang sesuai namun hampa. Masa balik dari sekolah, aku menunggu Nurul diluar. Aku harap dapat berjumpa dengan dia. Memang aku agak nervous pada masa tu. Segan sangat tapi aku cuba untuk kuatkan semangat. Untuk bertentang mata dengan dia agak mencabar bagi aku. Aku tahu, aku akan lemah. Biasala, pemalu la katakan..Hehehe..Tapi macam manapun, by hook or by crook (tak tau ayat ni betul ataupun tak) aku harus serahkan pada dia.

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Aku nampak kelibat Nurul. Nasib aku memang baik. Kebetulan pada hari itu dia menaiki bas. Dia perlu berjalan ke perhentian bas sejauh 200 meter. Dia keseorangan. Jadi, aku berpeluang untuk bermanja-manja dengan dia..Uhuk..uhuk…Dalam dia berjalan keseorangan aku mengekorinya dari belakang. Dalam hati aku tekadkan semangat. Malu pun malu la asalkan hadiah tu aku dapat berikan pada dia. Dalam perjalanan aku masih lagi berperang dengan perasaan aku.Fuuhhhh…..U can do it….

Dan bila Nurul hampir sampai di hentian bas, aku dengan beraninya memanggil dia. Pedulikan keadaan sekeliling. Pedulikan orang ramai. Yang penting, hajat aku tercapai. Lagipun aku sedar, ini adalah kali terakhir aku akan berjumpa dengan dia sebelum bercuti panjang. Jantung aku berdegup kencang. Aku memberikan hadiah aku padanya dan mengucapkan selamat hari lahir pada dia. Aku sudah lupa detik-detik tu tapi yang pastinya, yang membuatkan aku terbuai, sudah tentunya senyuman dia pada aku….Aku tersimpul malu lalu aku beredar dengan senyuman yang berpanjangan. 

Aku suka melihat dia tersenyum. Harapan aku agar dia gembira memperoleh hadiah yang tak seberapa dari seorang hero maskulin..Hehehehe.…Masa tu panas terik pun tak terasa dah..Mission accomplish….Lega..

Bersambung…..

Tuesday, November 27, 2012

circle of life



Kadang-kadang ada masanya dalam hidup, ada satu tika kita akan merasa sangat down. Rasa seperti kehilangan sesuatu yang kita tak tahu untuk menzahirkan. Rasa hampa. Hilang arah tujuan. Hilang semangat. Semuanya ada. Memang susah untuk dicakapkan. Seolah-olah matlamat diri dah tak ada. Merasakan diri kita bukan diri kita.

Mungkin, itu dapat menggambarkan apa yang aku rasa. Tapi ianya masih tak memadai. Ingin saja aku berbicara pada bulan, namun tak tergapai tangan. ingin aku berkata-kata pada bintang, namun ianya tidak kelihatan. Disaat aku mengharapkan ia, ianya tidak ada untuk aku. Pada ketika malam datang, aku mengharapkan cepatnya siang. Dikala siang, aku mendambakan malam segera datang.Memang, berdetik masa itu hanya datang dalam bahasa duka.

Aku merangkak di tengah-tengah perjalanan yang jauh. Sememangnya masih banyak lagi simpang yang terpaksa aku tempuh. Tak mempunyai sesiapa di belakang.Juga tidak ada apa untuk aku menongkat. Cuma megharapkan aku boleh melangkah dengan sempurna. Dan bila sampai masa itu, ketika aku sudah boleh berjalan teguh, aku tidak akan berpaling ke belakang lagi.Aku  Aku perlu memastikan matlamat aku pada landasan yang betul. Aku pasti masa itu akan tiba juga bila sampai waktunya.

Saturday, November 24, 2012

Shamil Aizad...


Ari tu aku ada bertanya pada anak saudara aku. Shamil nama dia. Baru 5 tahun. Saja la dah bosan2 aku pun bertanya pada dia. "Shamil, besar nanti nak keja apa?..Doktor, cikgu, peguam?"..Dia pun tersimpul malu. Sambil menutup muka dan senyum2, ditambah pulak mak dia ada kt sebelah, kami tertunggu-tunggu jawapan dari dia...

Last2 dia jawab, "Chamil nk bawak kubota".....Bila dengar jawapan tu aku ketawa berdekah-dekah...Mak dia pun join sekali...Hehehe...Ikut suka kau la Shamil nk jadi apa pun asalkan kerja yang halal. Aku teringat masa aku sekolah rendah bila cikgu tanya nak jadi apa, jawapan yang senang aku bagi, Polis, Askar. Tu ja yang aku tau. Tapi bila dah makin besar, aku tak minat. Mungkin rezki aku dah tertulis kerja aku macam ni...Walaupun bukan jiwa aku, tapi syukur......

Wednesday, November 14, 2012

my 1st luv story - luv at 1st sight episod 15



PERMULAAN SATU PERPISAHAN VOL. 1

Mungkin, kegembiraan yang aku lalui menyebabkan aku tidak berasa cepatnya masa berlalu. Bunga bunga di taman hati mekar subur dihati. Suka duka yang aku dan dia  lalui mengindahkan lagi sketsa sebuah cinta kami. Disaat bintang menerang malam, Mak aih, apa yang aku melalut nih.?? Itu lah akibatnya kalau jiwang tak bertempat. Aku pun tak tahu apa yang melanda sang hati. Lembut dan sentimental. Lagu bergenrekan rock bukan lagi menjadi pilihan hati.

Walaupun masa pantas berputar, tetapi apabila aku merindui dia, sehari rasa bagaikan setahun lamanya. Dah macam lirik lagu Amy Mastura tu.. Sungguh, aku tak pernah rasakan sebegitu. Owwhhh..Memang gila bunyinya. Aku dok remehkan lirik lagu tu tapi bila kena batang hidung, baru aku tahu rasanya..Ahh, jiwa kacau..Hari-hari yang aku lalui kalau nak di bahasakan dalam erti kata jiwang, hanya satu perkataan boleh menterjemahkan ia..Mengasyikkan..Itulah perkataan yang bisa menggambarkan bagaimana perasaan aku. Seperti yang aku katakan, makan aku lalu, tidur aku lena, mandi aku basah tapi semua itu dalam keadaan mengingati dia.Alamak…jiwang karat lagi…huhuhu...

Ingin saja aku meluahkan rasa hati pada Nurul tapi bila memikirkan PMR semakin hampir, aku abaikan saja. Aku tak mahu hal ini akan menjejaskan persediaan dia untuk menduduki peperiksaan. Mungkin, masa akan menentukan semuanya nanti. Asalkan dia berada disisi aku, aku tak kisah samada dia mengerti ataupun tidak apa yang aku rasa. Kadang-kadang, soal hati tak kan dapat dijelaskan dengan kata-kata. Cuma aku harap dia akan mengerti dan tahu siapa dia pada aku..(Harapan tinggi seorang hero Hindustan kepada pyar nya…)
Dulu, ada satu komik yang agak popular. Blues untuk aku..Aku mangikuti serba sikit mengenainya. Cara dia menterjemahkan kehidupan dia melalui kartun memberikan aku idea untuk membuat perkara yang sama. Jadi, aku pun membuat satu buku menceritakan hari-hari yang aku lalui dengan ingatan aku pada Nurul.Walaupun penulisan buku tu agak teruk, tapi dah cukup untuk menceritakan betapa dia bermakna bagi aku. Biar tidak meluahkan dengan sepenuhnya, namun mungkin dia akan mengerti dengan kiasan yang aku gambarkan. Aku tak berapa ingat samada bila aku berikan buku tu pada Nurul.

Nurul telah menjadi semangat dan kekuatan aku. Dan kerana adanya dia, aku menjadi semakin gembira. Aku seolah-olah telah lengkap. Pelik. Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa. Kadang2 aku bingung. (Bingung tak sama dengan bengong). Aku masih boleh berfikir dengan waras Cuma kadang-kadang aku merasakan sedikit gila. Apa kejadahnya aku berperasaan sampai macam ni? Aku belum cukup umur. Baru 15 tahun. Sunat pun tak sampai 10 tahun tapi dah galak nak bercintan cintun. Sampai ke tahap berpikir nak kawen.  Aduh. Dah kronik tahap gaban nih. Kalau la mak aku tau, mau gelak guling2 ni. Tak pun, abis kuat aku kena tempeleng kanan dan kiri. Hissshhh…Mengarut betul Mungkin betul orang tua-tua cakap. Cinta budak-budak ni cinta monyet..Tapi masalahnya, aku serius…

Ahhhhhh…Abaikan. Buat masa ni aku tak nak fikir lagi. Idup budak-budak perlu diteruskan terlebih dahulu. Masa depan biarlah ditentukan kemudian. Aku hepi ketika ini. Mimpi aku sempurna. Aku punya keluarga, kawan-kawan, bintang hati..semuanya lengkap. Apa lagi yang aku perlukan?? Kemewahan?? Bagi aku ianya tak penting. Live the life. Enjoy…Masih banyak peringkat kehidupan lagi yang perlu aku harungi. Student, pekerjaan. Dan selepas itu barulah menumpukan pada keluarga….
Bersambung…

Tuesday, November 6, 2012

my 1st luv story..- luv at 1st sight episode 14...



07 November 1983....hepi bestday....something to remember...


Tribute to someone special… Nurul..Walaupun kita dah lama tak bersua, walaupun dah lama tak mengucapkan kata-kata, percayalah aku masih ingat lagi apa yg pernah kita rasa..Setiap apa yg kita lalui suka dan duka..Dan setiap tahun, hari lahir kamu tak pernah aku lupa…Aku nak nyanyikan skit.. - Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Nurul Huda Sukarni...Allah selamatkan kamu…Doakan agar kamu sihat dah bahagia hendaknya……


Disekolah, aku dan Nurul seperti saling tidak mengenali. Kemesraan kami hanya melalui telefon. Namun begitu, sesuatu yang aku sangat suka adalah memerhatikan Nurul dari kejauhan.  Sedikit sebanyak kerinduan aku terubat. Aku selalu mencuri-curi pandang dia terutamanya ketika dia pergi dan balik dari kantin. Untungnya sebab kelas kami bersebelahan. Pergi mana pun, dia akan melalui kelas aku. Memang sangat strategik seolah-olah pengetua sengaja mengaturkannya untuk aku. Dan kadang-kadang, aku akan sengaja pergi ke koperasi untuk membeli apa saja asalkan aku dapat bertemu Nurul.  Ada masanya dia ditugaskan untuk menjaga koperasi. Maklum lah, dia seorang ahli…Dapat tengok dia senyum sekali pun dah memadai untuk aku. Sebab tu aku selalu pesan pada Nurul supaya selalu senyum…

Hubungan aku dengan dia memang dari hari ke hari bertambah rapat namun disebabkan trauma aku direject dulu menyebabkan aku tidak meluahkan apa yang aku rasa pada kali ini. Aku agak takut sejarah akan berulang. Aku bukan berani sangat dalam bab2 luahkan perasaan ni. Memang aku surrender. Tapi aku tahu, secara tersuratnya, Nurul mengerti perasaan aku pada dia. Layanan aku sedikit pun tidak kurang dari dulu. Bagi aku, biarlah aku tidak menterjemahkannya dengan kata-kata asalkan dia dapat merasa apa yang aku rasa terhadap dia.  Kadang-kadang dengan perlakuan juga boleh membuat seseorang mengerti apa yang tersirat dihati. Dan sekarang ni cara layanan dia pada aku juga berbeza dari sebelumnya. Aku dapat merasakan hati aku dan hati dia bersatu…Ceeewaaaahhh….

Hari-hari yang aku lalui cepat berlalu. Sekarang ni dah masuk pertengahan tahun. Peperiksaan percubaan PMR telah pun lepas. Sebelum itu memang Nurul banyak memberi nasihat dan semangat pada aku supaya study bersungguh-sungguh. Aku masih ingat lagi katanya, dia nak kalau boleh biarlah kami nanti masuk ke sekolah berasrama penuh bersama-sama. Memang masa tu aku sangat bersemangat. Kalau time tu ada buku setebal 3 ribu mukasurat sekalipun, aku akan dapat habiskannya dalam masa sejam. Begitu terujanya aku. Tapi biasa lah, semangat itu akan lesap dalam sekelip mata. Aku tak bersungguh-sungguh dalam peperiksaan. Natijahnya, aku mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan.

Nurul tahu keputusan aku tetapi sedikitpun dia tak patah semangat pada aku. Dia tetap memberikan sokongan moral dan kepercayaan yang penuh. Dia tetap di belakang aku walau apa pun terjadi. Begitu tebal sekali harapan dia pada aku. Pendek kata, susah senang bersama..kalau dalam bahasa filemnya seumpama “u jump I jump”.(titanic) .Aku sangat-sangat terharu. Seolah-olah ada satu semangat dalam diri yang memberikan aku kekuatan. Aku tak tahu apa lagi yang patut aku lakukan. Aku takut kalau aku menghampakan dia nanti. Aku bukan dari golongan bijak pandai. Aku sedar  keupayaan aku. Aku lebih suka bersederhana dalam segala hal termasuk bab pelajaran. Kalau semua orang pandai, susah jugak nanti…(alasan abad 21)…

Pada satu hari semasa aku dikelas, aku memberi sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di depan.(kononnya).. Tiba-tiba aku terlihat Nurul. Aku memerhati Nurul yang lalu di tepi kelas aku. Macam biasa, aku akan terus melihatnya sehingga hilang dari pandangan. Tetapi kali ni lain. Tiba-tiba dia berhenti di depan pintu kelas aku. Aku hairan. Lalu dia pun mengetuk pintu. Knock, knock… “Assalammualaikum cikgu”..Sapa Nurul..”Boleh saya berjumpa dengan Sulaiman?”…Semua kawan sekelas aku terdiam. Apatah lagi aku. Terkedu dan terkesima. Aku terkejut beruk..Beruk pun akan terkejut beruk kalau tengok aku terkejut. Kalau la aku sedang meminum air, mau menyembur air tu…Jantung aku seperti berhenti berdegup..aku terkejut yang teramat sangat. Kawan-kawan lain memandang aku. K.E juga..Ahhh, biarkan saja mereka..Bisik hatiku..Aku terharu kerana perempuan comel ingin berjumpa aku bersaksikan keseluruhan kawan sekelas. Baru diaorang tahu siapa aku sebenarnya...hehehehehe...

“Waalaikumsalam..Boleh”..balas cikgu..Dengan kaki aku seolah-olah tak berfungsi, aku terus berlalu  dan berjalan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Bak seorang anak melayu yang sangat bersopan santun aku pun menuju kearah Nurul dan kami berbual di luar kelas..  Rupanya tujuan dia berjumpa aku adalah untuk sama-sama menyerahkan borang belajar di asrama penuh yang telah kami isi kepada cikgu. Aku hanya menurut. Maklumla, Nurul begitu bersungguh walaupun dia tahu keputusan aku tak seberapa. Bukan apa, aku tak berharap sangat sebab aku tahu keputusan aku tak melayakkan aku untuk memohon. Aku tak mau dia berkecil hati kalau aku tak serahkan borang tu..

Apa pun,kejadian tadi membuatkan aku semakin kagum dengan Nurul. Tak sangka dia seberani  dan senekad itu. Jujurnya, aku pun tak berani nak buat macam dia buat. Belum pernah lagi ada seseorang yang sanggup berbuat begitu demi aku. Biarpun tahu aku tak ada harapan, tapi masih terus berharap. Aku rasa kalau dalam filem, si hero mau nangis berbesen-besen nih..Aku sangat mengagumi dia. Dia adalah idola aku..Dia memang layak menjadi heroin dalam cerita ni…Hari ke hari,  semakin menguatkan lagi perasaan aku terhadap dia…Owhhh..meera mann….Teera leye.....

 Bersambung…..