Monday, April 21, 2014

after married

Masa begitu pantas berlalu. Kini sudah 8 bulan aku berumahtangga. Dan rupanya aku masih lagi setahun jagung dalam melalui pengalaman hidup berdua ini. Benar, dunia rumahtangga ini banyak cabaran dan dugaannya. Elemen penting ialah kesabaran suami isteri. 

Aku akui diawal perkahwinan aku dapati sedikit kesukaran untuk kami menyesuaikan diri. Bukan bermaksud kami bergaduh atau apa, cumanya untuk hidup berdua bersama dengan orang yang kita tidak berapa kenal memerlukan masa. Ye la, kami bukan bercinta pun sebelum ni. Jadi, ia akan ambil sedikit masa untuk saling memahami.

Lumrah rumah tangga, berselisih faham tu perkara biasa. Kami juga lalui. Benar kata orang, hidup rumah tangga ni bertengkar adalah sesuatu yang normal. Jika difikirkan balik, dari sudut positifnya, kita akan semakin kenal siapa pasangan kita. Persaan juga akan semakin bertambah apabila hubungan menjadi semakin rapat. Saling memahami dan saling bertolak ansur.

Cumanya, alam rumahtangga sedikit kompleks jika hendak dibandingkan dengan alam percintaan. Kita semua tahu, masa bercinta semuanya indah belaka. Engkau ketawa aku ketawa engkau berduka aku juga berduka. Aku pernah melaluinya dan aku faham perasaan itu. Lain pula halnya bila dah halal.

Aku ada seorang kawan. Agak baik dengan aku pada satu masa dulu. Dia bercinta dengan seseorang dan perempuan itu juga merupakan kawan aku. Pada masa itu, kelihatannya hubungan mereka mengalahkan cerita hindustan. Terlalu berlebihan hubungan mereka ketika itu sehinggakan tidak sanggup berjauhan dan berpisah antara satu sama lain. Tetapi selepas berkahwin, sampaikan tak mengaku yang mereka adalah suami isteri dan akhirnya, perkahwinan mereka putus di tengah jalan. Macam orang tua berkata, apabila kita tinggal bersama dengan seseorang, barulah kita mengenali dia dengan lebih dalam. Masa bercinta ni kebanyakan hanya berpura-pura.

Aku sehingga kini masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dan aku juga cuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Aku bersyukur kerana aku kini mempunyai seseorang di sisi aku ketika aku susah dan senang. Andai diberi pilihan samada untuk hidup membujang ataupun apa yang aku ada sekarang, aku akan memilih apa yang aku ada sekarang kerana aku merasakan adalah satu rahmat kehidupan yang tak ternilai. Aku mempunyai seorang isteri yang baik dan pandai masak sehinggakan semua orang menegur aku dah semakin gemuk. Ahh, tak kisah la apa orang nak kata asalkan hati gembira..hehehe