PERMULAAN SATU PERPISAHAN VOL. 1
Mungkin, kegembiraan yang aku
lalui menyebabkan aku tidak berasa cepatnya masa berlalu. Bunga bunga di taman
hati mekar subur dihati. Suka duka yang aku dan dia lalui mengindahkan lagi sketsa sebuah cinta
kami. Disaat bintang menerang malam, Mak aih, apa yang aku melalut nih.?? Itu
lah akibatnya kalau jiwang tak bertempat. Aku pun tak tahu apa yang melanda
sang hati. Lembut dan sentimental. Lagu bergenrekan rock bukan lagi menjadi
pilihan hati.
Walaupun masa pantas berputar,
tetapi apabila aku merindui dia, sehari rasa bagaikan setahun lamanya. Dah
macam lirik lagu Amy Mastura tu.. Sungguh, aku tak pernah rasakan sebegitu.
Owwhhh..Memang gila bunyinya. Aku dok remehkan lirik lagu tu tapi bila kena
batang hidung, baru aku tahu rasanya..Ahh, jiwa kacau..Hari-hari yang aku lalui
kalau nak di bahasakan dalam erti kata jiwang, hanya satu perkataan boleh
menterjemahkan ia..Mengasyikkan..Itulah perkataan yang bisa menggambarkan
bagaimana perasaan aku. Seperti yang aku katakan, makan aku lalu, tidur aku
lena, mandi aku basah tapi semua itu dalam keadaan mengingati dia.Alamak…jiwang
karat lagi…huhuhu...
Ingin saja aku meluahkan rasa hati pada Nurul tapi
bila memikirkan PMR semakin hampir, aku abaikan saja. Aku tak mahu hal ini akan
menjejaskan persediaan dia untuk menduduki peperiksaan. Mungkin, masa akan
menentukan semuanya nanti. Asalkan dia berada disisi aku, aku tak kisah samada
dia mengerti ataupun tidak apa yang aku rasa. Kadang-kadang, soal hati tak kan dapat dijelaskan
dengan kata-kata. Cuma aku harap dia akan mengerti dan tahu siapa dia pada
aku..(Harapan tinggi seorang hero Hindustan
kepada pyar nya…)
Dulu, ada satu komik yang agak popular. Blues untuk
aku..Aku mangikuti serba sikit mengenainya. Cara dia menterjemahkan kehidupan
dia melalui kartun memberikan aku idea untuk membuat perkara yang sama. Jadi,
aku pun membuat satu buku menceritakan hari-hari yang aku lalui dengan ingatan
aku pada Nurul.Walaupun penulisan buku tu agak teruk, tapi dah cukup untuk
menceritakan betapa dia bermakna bagi aku. Biar tidak meluahkan dengan
sepenuhnya, namun mungkin dia akan mengerti dengan kiasan yang aku gambarkan.
Aku tak berapa ingat samada bila aku berikan buku tu pada Nurul.
Nurul telah menjadi semangat dan kekuatan aku. Dan
kerana adanya dia, aku menjadi semakin gembira. Aku seolah-olah telah lengkap.
Pelik. Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa. Kadang2 aku bingung. (Bingung
tak sama dengan bengong). Aku masih boleh berfikir dengan waras Cuma
kadang-kadang aku merasakan sedikit gila. Apa kejadahnya aku berperasaan sampai
macam ni? Aku belum cukup umur. Baru 15 tahun. Sunat pun tak sampai 10 tahun
tapi dah galak nak bercintan cintun. Sampai ke tahap berpikir nak kawen. Aduh. Dah kronik tahap gaban nih. Kalau la
mak aku tau, mau gelak guling2 ni. Tak pun, abis kuat aku kena tempeleng kanan
dan kiri. Hissshhh…Mengarut betul Mungkin betul orang tua-tua cakap. Cinta
budak-budak ni cinta monyet..Tapi masalahnya, aku serius…
Ahhhhhh…Abaikan. Buat masa ni aku tak nak fikir lagi. Idup
budak-budak perlu diteruskan terlebih dahulu. Masa depan biarlah ditentukan
kemudian. Aku hepi ketika ini. Mimpi aku sempurna. Aku punya keluarga,
kawan-kawan, bintang hati..semuanya lengkap. Apa lagi yang aku perlukan??
Kemewahan?? Bagi aku ianya tak penting. Live the life. Enjoy…Masih banyak
peringkat kehidupan lagi yang perlu aku harungi. Student, pekerjaan. Dan
selepas itu barulah menumpukan pada keluarga….
Bersambung…
No comments:
Post a Comment