Thursday, December 22, 2011

.....

Malam ni macam biasa, aku lepak kt rumah..Bosan..Tenet depan mata tapi tak tau nk buat apa..Online fb pun bosan...Kebil sini, kebil sana, kebil sini kebil sana balik. Blur. Dok berangan..Otak kosong..Melayang ntah ke mana..Tak tau nk pikir apa. Nak wat asiment, malasnya terasa. nk wat esei 2 - 4 ribu perkataan, bole bikin pusing kepala...Kawan-kawan ada lain-lain agenda. Nak ajak yang lain teman, pun sama, tak ada...Last2, update blog ja la....

Thursday, December 15, 2011

tragedi pergi kenduri...


Pada khamis 08.12.2011 yang lepas, aku pergi meneman kawan aku kawen..Mana taknya, aku telah dilantik dengan jawatan yang agak tinggi iaitu menjadi pengapit dan juga merangkap driver pengantin...

Dia kawan baik aku..Dari kami kecik sampailah dia menjadi sebesar seperti skrg..(tak termasuk selepas kawen)..Heheh..Dia jugak berjawatan tinggi dlm kehidupan harian aku..Dialah pendengar keluh kesah dan masalah aku...Banyak benda yang aku tak ceritakan pada orang lain aku ceritakan pada dia..Aku tak segan dengan dia..LAgipun aku ni bukan jenis yang suka luah pada ramai orang..Huhu...

Ok2..Stop cerita mengenai luahan perasaan nih...Apa yang aku nk ceritakan sebenarnya adalah sesuatu yang menggemparkan seluruh pelosok alam..Sesuatu yang dasyat....Kisahnya bermula begini..

Arakian selepas pengantin bersiap-siap oleh mak andam yang aku nampak nak kata lelaki tak macam lelaki, nak kata perempuan pun bukan perempuan, (aku pun geleng kepala bila tengok)..JAdi kami pun bergerak ke tempat yang nak dituju..Yan..(rumah pengantin perempuan...Aku hanya berdua dengan pengantin dalam sebuah kereta...Da 4 rombongan kereta yang lain..


Belumpun sampai 3 suku perjalanan highway, lorong jalan menjadi satu kerana pembinaan sedang dijalankan..Aku oun memberhentikan kereta kerana banyak lagi kereta di depan yang jem..Dalam pada itu aku dan pengantin bercerita dan bergelak ketawa....

Dengan tiba2, kami tersentak kerana dengan sepantas kilat sebuah treler dari arah belakang telah bergesel dengan kereta kami...KAmi tergamam dan terdiam seperti orang yang terpinga-pinga..Kami tidaklah terkejut beruk kerana tidaklah sampai melompat..Cuma trauma kerana treler yang besar telah melanggar kami...

Kami terdiam seribu bahasa ketika itu..Bingung dan blur...Hanya mampu melihat treler itu merempuh kereta didepan mata kami...Tak dapat nak bayangkan peraqsaan ketika tu...Betul2 di tepi aku. Tak sampai pun 2 jengkal dari badan aku dengan treler tu..Memang kami betul2 trauma...

Masa kau keluar dari kereta, banyak kenderaan yang memperlahankan kereta dan memaki hamun driver tu..Ada jugak yang suruh aku memaki...Ntah la..Aku dah tak tau nak kata apa..WAlaupun bukan kereta aku, tapi aku memang marah..Ya la, aku kan membawa seorang raja..Nasib lah kami berdua tak jadi apa2..MAsih diberi kesempatan oleh tuhan untuk menikmati keindahan dunia ini..yukurr..

Aku menyuruh driver tu turun dengan menggunakan isyarat tangan..Time tu aku membuat muka bengis dan rasa macam nak belasah pun ada jugak...Namun bila driver tu turun, dengan tiba2 aku jadi sejuk hati...Aku dah tak mahu belasah dia..LAgipun, a'm a lover...not a fighter...Aku bukan suka belasah2 orang nih...

Driver tu pun turun dengan ketakutan dan kekesalan..Perut dia kedepan 3 kali ganda dari aku..NAsib baikla abang pengantin yang setel...Kalau tidak, teruk driver tu kena pukul dengan aku..Hehehe...

Aku susah hati sebenarnya..Kesian kan pengantin..LAmbat la sampai rumah pengantin perempuan nanti...Tapi walau apapun, kami lega dan bersyukur..Kerosakan pun tak la teruk sangat,,Bercalar dan pecah side mirror ja...

Tu adalah pengalaman bagi kami semua.Apa pun, kena berhati-hati dan beringat...

Apa2 pun, kenduri berjalan dengan lancar....

Sunday, December 4, 2011

hidup


Bila lewat-lewat malam macam ni,aku suka memikirkan macam-macam..Bukan sebelum ni aku tak memikirkan apa2..Cuma bila time2 sunyi macam ni,hati aku jadi lebih sensitif...

Banyak benda yang aku fikirkan..Soal hati, soal kehidupan soal famili, masa depan dan macam-macam lagi...Ntah la...Bila difikirkan balik, rasa macam kusut pun ada..


Sekarang ni, aku masih tak tahu apa sebenarnya yang aku mahu.Apa yang dihendaki oleh hati,apa yang aku inginkan dan apa yang aku ingin selesaikan..Ntah la...Rasa macam menanggung beban tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa...


Secara luaran orang nampak aku selalu ceria tapi dari segi dalamannya aku sendiri pun tak tahu...Sukar aku nak terangkan...


Mungkin kehidupan itu memang sukar...Tapi biasalah, dah nama pun kehidupan..Sudah tentunya ada yang gembira dan ada yang berduka..Mungkin ada baiknya permulaan itu adalah sesuatu yang pahit namun dihujungnya biarlah sesuatu yang manis....

Friday, November 25, 2011

Kuliah Maghrib...

Aku tak tahu nak update apa sebenarnya..Tak ada cerita yang dapat dijadikan cerita..Cuma hari ahad yang lepas aku pergi mengikuti kuliah maghrib di masjid negeri.

Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan bukanlah nak war war kan yang aku ni pergi masjid. Tidak. Tak terniat pun nak berbangga. Lagipun, klu diikutkan aku bukan lah kerap ke masjid.

Pada hari tu, ustaz yang memberi kuliah tu adalah seorang ustaz yang semakin terkenal. Kerap aku tengok dia melalui youtube. Jadi, bila dia datang Penang, aku tak mahu melepaskan peluang untuk mendengar secara live....

Ustaz yang aku maksudkan itu adalah Ustaz Azhar Idrus...Memang aku suka dengar dia ceramah. Tak jemu mendengarnya.

2 Jam jugak la dia beri kuliah hari tu. Walaupun mcm tu, tak terasa waktu berjalan. Sedar2 ja sudah habis. Mana taknya, masa intro Ustaz tu rilex lagi..Bila dah agak panas, dia mula la buat lawak. Macam2..Kiranya suma orang hari tu gelak sepuasnya. Memang tak kering gusi..Aku pun gelak semahunya..Heheh..Memang best betul lah. Tekun aku mendengarnya. Walaupun dia cakap loghat Terengganu, tapi semuanya boleh faham dengan jelas...Kami semua enjoy dengan kuliah tu.

Ustaz ni berbeza sikit caranya...Lain dari yang lain. Dalam sejam dia memberikan kuliah dan sejam lagi dia adalah sesi menjawab soalan yang orang ajukan melalui kertas..Haa, sesi ni la yang memang lawak kaw...Tak henti-henti orang gelak..Kejap ja rasanya..Sebolehnya aku mahukan lagi..huhu...

Apa-apa pun, malam tu memang best..Ustaz azhar Idrus pun terbaeekkk...Bagi aku Ustaz Azhar Idrus ni memang otak lawak. Dia pun lebih kurang Ustaz Kazim..Dua-dua ustaz ni aku dah pernah dengar kuliah mereka..Memang tip top...

Sunday, November 13, 2011

sorang lagi dah lepas....


Semalam aku ada mengikut rombongan menikah kawan aku. Seronok ja aku tengok orang menikah ni tambahan pulak orang tu kawan baik aku..

Dari awal lagi aku dapat rasakan kawan aku ni sedikit cuak. Cakap pun macam melalut. Pegang barang pun nampak shaking.Aku faham.Dia tak keruan tu.Heheh..

Orang laki ni 2 benda ja yang agak takut dalam life. 1st, masa nak bersunat..(masa kecik2 dulu)..2nd, of coz time nak bersalam dengan tok kadi.Bagi aku tu sesuatu yang menggerunkan...Serius...Aku pun neves klu cm tu..

Masa kawan aku tu di depan tok kadi, aku dok bayangkan macam mana kalau aku di tempat dia..Fuhh, mesti berpeluh aku. Aku mengaku situasi mcm tu memang membuatkan aku mati kutu..Sesuatu yang menakutkan..Hisshhh..Tak dapat aku bayangkan macam mana keadaan aku nanti..Orang dah la ramai yang tengok, pastu kena pakai mike pulak.Mak aih....lagi la ketar lutut...Kena pulak jenis tok kadi yang banyak tanya...Fuhhh, gerenti blur...Bungkus...

Tapi kawan aku beruntung, tok kadi tu tak banyak tanya just suruh baca Fatihah saja..Seronoknya cm tu..Dengan sekali lafaz ja dia telah selamat diijab kabulkan..Waaaaaa, bessstttttnyaaaaa..Lepas segala beban didada....At least, dia dah lepas...huhu...

Aku dok teringat lg masa dolu2 sewaktu dengan dia dan seorang lagi sepupu aku..Setiap malam kami selalu lepak bertiga. Sembang2 pasal masa depan dan selalunya topik yang best, topik kawen..Heheh..Soalan yang selalu ditanya antara kami siapalah yang akan berkahwin dulu..

Dan sekarang ni, segala persoalan telah terjawab. Sepupu aku baru ja menimang cahaya mata dan semalam kawan aku pulak dah sah jadi suami orang..So, yang ditinggalkan adalah aku..Huhu...

Aku tak la kisah sangat. Kawin ni bukan boleh ikut orang. Dah jodoh diaorang, biarlah..

Sepupu aku tu pernah menasihatkan aku agar cepat2 kawen..Heheh..Ya la, dari pengalaman dia , dia kata dia telah lama berasa sunyi..Tak ada sapa2..Aku faham, dia telah lama jadi anak yatim piatu..Sebab tu dia sunyi..Dan disebabkan itu juga dia mengesyorkan aku supaya cepat kahwin..Dia kata, saat2 seperti ini, aku memerlukan seorang peneman..Hmmm, memang la, klu nak diikutkan, aku pun nak kawin cuma masanya belum tiba..

Ya lah, hati aku cuma separuh. Tu pun dah banyak parut. Jadi untuk tidak mencederakan lagi hati ni, aku perlu berhati-hati. Nak serah hati ni kat orang, biarlah dengan keadaan hati yang elok...So, aku harus stabilkan hati ni dulu..Aku yakin, satu masa nanti aku akan berjumpa dgn separuh lagi hati aku.(malam2 ni rasa jiwang la pulak..heheh).

So, apa pun, kebanyakan kawan aku ramai dah yang bukan anak teruna..Oppsss, silap..Yang dah kawin..Heheh..Aku tumpang gembira untuk mereka...Tahniah kepada kawan aku yang baru menikah tu...Sabar la kawan..Sebulan saja lagi....Hehehe...

Ok la, aku nak layan jiwang kejap..layan lagu eddie hamid.Segalanya telah berakhir..Dah bertahun aku minat lagu ni.Dulu selalu aku layan..Kononnya kena ngan batang hidung aku r..Hehe..

Wednesday, November 9, 2011

life is great

Aku tak tahu nak update apa sebenarnya. Dah mati kutu..Nak cerita pasal raya aji, aku rasa semuanya OK..TERBAEK dari ladang...Walaupun tak beraya mana2 tapi aku rasa gembira sangat...Heheh...

Nak cerita pasal life, seperti biasa ada pasang surutnya..Ada masa gembira dan ada masanya berduka..Biasalah, hidup tak selalunya indah namun itulah yang mengindahkan hidup kita..Banyak benda yang aku boleh lalui dengan mudah dan ada juga sedikit yang aku rasakan susah..

Apa pun, dugaan itu tetap akan datang dan pergi..Bak kata orang putih, everyday may not be good, but there's something good in everyday..








Tuesday, November 1, 2011

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa..

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa..

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.

6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●

Saturday, October 29, 2011

.....

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita terpaksa membuat sesuatu keputusan yang sukar. Macam manapun, kita tetap harus memilih walaupun kita tahu keputusan itu akan mendatangkan kesan bagi kita.

Aku juga seperti itu. Hari-hari aku memikirkan tentang ini. Dilema yang aku rasakan berpanjangan. Dan aku merasakan aku lah yang seharusnya membuat keputusan.

Walaupun ianya meninggalkan kesan, namun satu hari nanti aku tahu ianya adalah untuk kebaikan aku dan orang-orang di sekeliling aku.

Aku paptut kuat dalam membuat keputusan. Aku harap macam tu..Dan detik demi detik yang berlalu itu, aku sadar bahawa masa itu semakin hampir.....

Friday, October 14, 2011

agensi mencari jodoh.....

Entah kenapa 2-3 ari ni entry aku asyik berkaitan dengan jodoh..Huhu..Tapi kali ni ceritanya dalam versi lain pulak..

Beberapa minggu lepas masa aku tengah sibuk bekerja (sibuk la konon), ada sorang kakak kt opis ni datang secara diam-diam menghampiri aku. Pelik juga tengok dia tersenyum sinis. Dalam kehairanan ati aku berkata mesti ada sumthing ni.

Pas tu dia bisikkan soalan kat aku. Memang secret betul lah soalan nih sampai kena cakap slow2 kat telinga aku..Akhirnya segala persoalan telah pun terjawab..Haa...Kan aku kata. Instinct aku sememangnya tepat..

Lebih kurang gini la conversation antara aku dan akak tu..(Segala percakapan dalam loghat utara..Perbualan ni tak 100% betul seperti kejadian. Lupa.....Heheh..

Akak : Hang ada kawan (maksudnya perempuan) ngan sapa2 dak Man?..

Alamak, soalan sensitive tu jugak yang dia tanya kat aku..Lain la kalau dia tanya aku dah makan ke belum, ada duit ke tak, Sedap la jugak halwa telinga aku ni mendengar. Ini tak, soalan menyentap tu jugak yang keluarnya..Huhu..Lalu dengan selamber dan muka skemanya aku menjawab.. jeng.jeng.jeng..jeng....(bagi saspen ckit)..

Aku : Tak da sapa lagi..Napa kak???

Akak : Kak nak rekemen kat hang sorang awek. Adik pada kawan kak”..

Aku : (agak terkejut dan malu)

Bab ni yang aku malas ni. Aku sebolehnya nak elakkan bab2 cm ni..Bukan aku tak suka, cuma aku tak berapa like...heheh...Aku tahu kak ni ambil berat pasal aku. Aku berterima kasih Cuma aku agak keberatan. Bukan apa, secara jujurnya, bila rekemen2 nih, nanti aku rasa macam seolah-olah terikat dengan dia..

Ok, aku bagi contoh, bila seseorang rekemen tu mesti lah sebab dia menaruh kepercayaan kat aku dan beranggapan aku ni baik. (aku tak anggap yang aku ni baik)..Ya lah, kalau tak baik, takdanya dia nak rekemen kat aku. Adik kepada kawan baik dia pulak tu. Tak boleh main2.

Bukan apa, dah jadi adat manusia ni 10 kebaikan akan hilang cm tu ja dengan 1 kejahatan. Mana nak tahu, kalau hubungan kami jadi dan tiba2 terputus ditengah jalan sebab kesilapan aku, dah tentu kak tu akan beranggapan yang buruk pada aku dan mungkin jugak nanti hubungan kak tu dengan kawan baik dia terjejas disebabkan aku. Haa, tu yang aku tak berapa nk suka. Aku dah la banyak kekurangan. Tu yang aku segan.

Ok2..sambung cerita balik..Iklan panjang la pulak..

Aku : Saya segan la kak. Malas. Sambil buat muka kesian..(Sebenarnya penolakan cara halus)

Akak : Hang diam sudah. Biar kak setelkan..(sambil kak tu berlalu pergi)..

Tercengang aku...Otak jem seketika...

Selepas beberapa jam...Aku pergi kat kak tu lagi..Mencuba nasib..

Aku : Kak, saya segan la kak..(sekali lagi buat ayat kesian)..Harap kali ni Berjaya...

Kak : Sampai bila hang nak sorang2???Mak dah tak ada..Tak pikir ka??..(suara agak tinggi)..

Aku : Terkedu dan terdiam..Aku tak nafikan apa yang kak tu cakap...

Aku pun dah tak tau nak kata apa..Blur..Malas nak fikir tapi kak ni bersungguh. Nak tak nak aku just diamkan diri. Sebolehnya aku tak nak hampakan dia..

Aku : Ok kak. Tapi saya tak janji apa2..

Kak : Tak pa, kawan kawan la dulu..

Kesimpulannya..Aku dah mati kutu...

Tuesday, October 11, 2011

Jodoh...munajat cinta

Jodoh....Banyak pengertian sebenarnya. Tapi apa yang aku nak ceritakan kali ni adalah jodoh antara manusia yang berlawanan jantina atau dalam erti kata lain, KAHWIN..

Mungkin dulu masa aku muda remaja, (sekarang pun still muda lagi), bila orang tanya pasal kahwin, rilex ja aku. Macam tak da perasaan. Still boleh senyum macam kahwin tu tak membawa makna apa-apa. Tapi sekarang bila ditanya soalan yang sama, rasa macam disentap-sentap lah pulak..Ntah la..Rasa lain macam. Kadang2 aku fikir, tua sangat ke aku ni???..(setahu aku umo aku baru nak masuk 21 thn)..huhu

Aku bukan lah terdesak sangat nak kahwin. Buat masa sekarang ni pun aku rasa aku masih belum bersedia kearah tu. Bukannya aku tak fikir, tipu lah kalau aku kata tak. Cuma buat masa ni, biarlah aku bebas dulu..(tak da duit yg betulnya...heheh)

Sebenarnya Jauh di sudut hati ni bila tengok kawan2 aku yang dah bekeluarga, rasa cemburu tu ada. Teringin juga nak ada anak sendiri. Mesti best kan?..Tapi nak buat macammana, belum ada jodoh lagi. Bersabar saja lah.

Bukan aku tak ada berkawan dengan perempuan. Ada. Cuma tak ada jodoh.Kadang2 bila aku fikirkan, aku jadi serik. Bukan senang nk lalui semua tu.

Aku pernah berkawan dengan seseorang. Masa tu aku merasakan sepertinya dialah yang diciptakan untuk aku. Tak tahu kenapa pada masa tu aku rasa aku telah pun bersedia untuk hidup bersama. Dan buat pertama kalinya dalam hidup, aku mengajak seseorang berkahwin. Fuh, mcm tak percaya aku. Memang aku serius dah masa tu tapi apakan daya, jodoh tak ada.

Aku juga pernah menemui seseorang yang aku rasakan seolah-olah telah menjadi separuh dari diri aku. Dia begitu memahami ,menerima seadanya dan tak kisah walau berapa banyaknya kekurangan aku. Aku rasakan sangat senang bila bersamanya. Dengan dia, aku menjadi diri aku sendiri. Tak perlu untuk hipokrit dan berpura-pura. Maklumlah, aku ni perangai macam budak2 sikit. Dia tak perlu lakukan apa2 tapi tu pun dah cukup untuk membuat aku rasa gembira. Dia boleh menghilangkan kesedihan aku dengan hanya satu senyuman . Bagi aku, Dia adalah penawar. Dari cara dia bercakap, cara gelak tawa dia, gurauan dia, sudah mampu membuatkan aku leka dalam dunia aku sendiri. Aku hepi.Namun, dia juga bukanlah tulang rusuk aku. Juga aku redha..

Selain tu, ramai jugak kawan-kawan aku yang ambil berat pasal aku sampaikan nak kenen2 ngan seseorang. Tapi aku tolak dengan baik. Aku segan sebenarnya bab2 rekemen dari orang ni. Ntah la. TAk reti aku. Bagi aku, biarlah aku cari sendiri. Biarlah kenal dengan cara aku. Dan natijahnya, aku di cop MEMILIH....

MEMILIH??? Layakkah aku untuk memilih???Aku bukan lah jenis lelaki idaman perempuan. Nak kata HENSEM BANYAK tu memang tak ada..(SIKIT2 TU ADA KOT...sedapkan ati sendiri)..Nk kata harta melimpah ruah, huh, langsung tak ada..(mmg betul2 tak ada)..Dah la tak berpelajaran tinggi, kerja pun biasa2 ja..(aku bersyukur dgn kerja aku)..Kiranya aku ni banyak kekurangan r. Tak cukup space kalau nak taip semua. Apa lagi ek??..Haa, aku dah la tak pandai nk berpesyen..selekeh pulak tu. Pakai tak da yang branded2.(kekampungan)..Jadi layakkah untuk aku memilih???..

Tapikan, bila difikir-fikir balik, nak kahwin ni, memang kena memilih sebenarnya. Ya lah, kahwin ni bukan benda main2..Ini untuk seumur hidup. Memang tersangat penting untuk membuat pilihan. Sebab tu aku rasa biarlah jodoh tu lambat asalkan aku dapat seseorang yang aku benar-benar perlukan dan dia juga memerlukan aku. Saling melengkapi lah kiranya...

Baiklah,kali ni aku nak dedahkan apa yang aku nak dari seseorang yang diciptakan untuk aku. (tapi tak lah semua)..Haa, ini adalah pendedahan paling eklusif yang pernah aku ceritakan. (nada malu). Spesel punya statement. Jarang aku kongsikan dengan kawan2 yang lain. Cuma di blog ni lah tempat aku meluah apa yang aku nak luah.

Apa yang aku harapkan???...(aku tau hidup ni tak kan dapat semua yang kita nak)....

First, perempuan yang beragama. Rasanya semua lelaki juga mahukan ciri ini. Cuma aku rasa aku macam tak layak. Ya lah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Aku tak rasakan yang aku ni cukup baik. Seperti yang aku katakan, aku ni banyak kekurangan. Termasuklah dalam bab2 agama. Aku risau kalau aku tak dapat menjadi ketua yang baik. Bukan senang nak membimbing. Satu tanggungjawab yang besar. Lagipun, keluarga adalah satu amanah untuk aku. Semuanya atas aku.Bila difikirkan balik, takut aku dibuatnya.

Then, aku mahukan tulang rusuk yang sangat menerima aku seadanya. Dia harus faham, Aku bukan lah dari keluarga yg senang. Aku tak ada harta. Jadi, dia mungkin tak akan merasai kemewahan harta benda dari aku. Maklumlah, zaman sekarang cinta saja tak cukup. Tapi tu bukanlah bermakna aku akan susahkan dia.itu bukan alasan. Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga dia dan berusaha semampu aku untuk sama-sama membina kesempurnaan.

Apabila menerima aku, dia juga harus menerima keluarga aku tanpa ragu dan menganggap seperti keluarganya sendiri seperti mana aku juga menghormati keluarganya.

Seseorang yang bila aku melihatnya, membuatkan aku sejuk hati, lupa pada kesedihan, menghilangkan serabut di kepala, meredakan tekanan , membuatkan aku rasa selesa,membuatkan aku ketawa dan dia tu seorang yang agak banyak cakap.( Maksudnya ramah..bukan jenis cakap kosong dan mengumpat k..).Maklumlah,aku ni agak pendiam. Jadi, mungkin aku memerlukan seseorang yang ramah.

Seseorang yang sanggup bersama-sama menempuhi kesusahan bersama aku. Ketika aku menangis, dia turut bersedih. Tika aku mengalami kesukaran, dia tidak berganjak dan selalu disisi aku. Tetap setia menyandarkan bahunya saat aku sangat memerlukan.
Alangkah bahagianya rumah tangga seperti itu. Nikmat rumahtangga yang tak terhingga.

Mungkinkah apa yang aku nak kan tu adalah sesuatu yang melampau?..Ntah la. Tapi tak salah kan ?. Setiap manusia ada keinginannya sendiri. Aku pun tidak terkecuali. Hanya mampu berharap namun aku tak kisah siapa pun tulang rusuk aku sebenarnya. Dah jodoh aku. Aku terima dengan syukur..Kita tak akan dapat apa yang kita nak tapi tuhan akan beri apa yang kita perlukan. Kadang2, bila aku termenung seorang,aku berfikir, siapa lah tulang rusuk tu?..Apa yang dia buat sekarang?..Bila aku nak berjumpa dengannya?..Heheh..

Mungkin tak adil kalau semua yang aku nak tu, aku pulak sebaliknya. Tak. Aku pun berharap aku menjadi lelaki yang baik, anak yang baik, suami yang baik, ketua yang baik, ayah yang baik dan datuk yang baik..heheh..Aku harap cam tu lah..InsyaAllah..

Dalam bab jodoh ni, aku masih ingat lagi pesan arwah mak aku..”Adik, kalau nak cari isteri, biarlah yang menghormati orang tua. Tak perlu yang berpelajaran tinggi, tak perlu yang cantik, tak perlu yang kaya dan yang tak jauh”.Selalu mak cakapkan pada aku. Aku faham maksud mak. Mak tak pentingkan org yg pelajaran tinggi sebab mak tahu aku pun belajar tak tinggi. Arwah mak sebolehnya tak nak aku selalu ikut ja cakap isteri walau apa pun..(kiranya macam pak turut)..Aku kan suami..Aku adalah ketua. Lagipun, kalau berpelajaran saja tinggi tapi tak tahu menghormati suami dan org tua, apa gunanya.

Mak aku tak nak menantu yang kaya sebab mak aku tahu, kami ni dari keluarga yang susah. Mak takut nanti isteri aku dan keluarga tak selesa dengan keadaan keluarga kami. Bagi mak, harta benda tak penting. Yg penting adalah seorang isteri yang tahu tanggungjawabnya terhadap suami dan keluarganya.

Arwah mak juga nak kan menantu yang dekat. Senang aku balik kampung katanya. Tapi sayang, mak aku tak sempat untuk melihat menantu bongsunya. Aku terkilan sangat. Dulu aku nak mak tengok aku berkahwin. Hari yang bersejarah tu biarlah aku menyambut dengan mak aku bersama. Tapi apakan daya, semua tu adalah ketentuan Ilahi.

Apa pun,soal jodoh bukanlah sesuatu yang kalut untuk difikirkan.Akan sampai juga masa tu. Malas nak fikir.Kepala aku tengah berserabut sekarang ni. Nak fikir soal tu, nak fikir soal ni.Banyak benda nak fikir..Pening kepala aku. Lagi pun, aku nak stabilkan hati aku dulu. Aku tk nak fikir pasal perempuan buat masa sekarang . Biarlah masa saja yang menentukan. Aku terima seadanya. Yang penting aku selalu bermunajat pasal jodoh. Aku serah saja pada takdir.. Siapa pun dia, walau apa pun dia, aku akan menunggu kehadirannya dalam hidup aku. Bak kata omputeh, dont find someone you can live with , find someone you can't live without ♥


Saturday, October 8, 2011

saya sayang mak saya

Mak aku adalah mak yang terbaik dalam dunia. Dan pastinya semua orang juga berpendirian begitu terhadap ibu masing. Begitu juga aku..

Mak aku bukan seorang yang berpelajaran tinggi malah tak pernah bersekolah pun. Namun aku tetap bangga dengan mak aku. Cara mak mendidik dan cara mak membesarkan anak2 dipenuhi dengan kesabaran. Sebab itulah kami semua lebih terarah kepada mak.

Seingat aku, mak tak pernah meninggikan suara pada aku. Dan juga pada adik beradik aku yang lain. Kalau marah pun, mak akan cakap elok-elok serta penuh dengan kelembutan. Aku juga tak pernah tengok mak marah-marah. Mak selalu steady..

Keluarga aku bukan dari orang yang senang. Banyak kepayahan yang terpaksa dilalui oleh mak ngan ayah. Namun, mak aku tak pernah merungut. Mak aku taat pada suaminya. Turut membantu ayah dalam mencari nafkah untuk anak-anak.

Dulu mak pernah mengikut ayah pergi mencari kayu api di kawasan paya bakau di tepi laut.. Walau hujan kilat menyambar, mak tak pernah merungut. Mak berkorban demi suami dan anak-anaknya. Masa tu, cuma aku dan kakak aku saja yang belum bekerja dan masih bersekolah. Jadi mak ngan ayah membanting tulang mencari rezeki untuk kami berdua.

Selepas ayah meninggal, hanya tinggal mak seorang saja untuk menguruskan kami. Mak tak pernah jemu untuk itu. Mak akan sentiasa pastikan kami cukup pakai dan makan.

Kadang-kadang mak bekerja dengan mengambil upah turun ke bendang. Mak aku tak pandai membawa basikal jadi untuk ke sawah, mak akan berjalan kaki 3-4 kilometer jauhnya. Mak juga tak pernah merungut.

aku masih ingt lagi, ada satu hari tu, masa mak balik dari bendang, ada seorang yang tumpangkan mak dengan motor. Nak dijadikan cerita, motor itu terbabas dan mak jatuh. Bila sampai dirumah, lutut mak membengkak dengan cepat. Lebih besar dari bola tenis. Mak juga sedikit pun tk mengeluh. Bila sembuh, mak tetap turun ke bendang.

Kakak aku juga sama bekorban. Dia telah berhenti sekolah dan bekerja bagi menampung keluarga kami. Sejak itu, mak aku tidak lagi turun ke bendang. Aku suka kalau mak tak bekerja. Bagi aku, biarlah mak duduk dirumah dan berehat. sudah sampai masa kami pula yang mencari rezki dan membantu mak. Oleh itu, aku juga pergi kelaut apabila hari cuti.

Bila aku bekerja di Pulau Pinang, aku menetap disini. Hanya pada sabtu ahad barulah aku pulang ke kampung. Aku masih ingat lagi, setiap kali aku balik, mak selalunya masak makanan kegemaran aku. Kadang2 goreng ikan palotan dan kadang2 ayam goreng. Bila aku duduk di rumah, baring2 atau tengok tv, mak mesti buatkan teh untuk aku. Seronok rasanya.

aku sebolehnya nak menjadi anak yang baik. Aku selalu patuh cakap mak aku. Apa yang mak nak, aku cuda buatkan sebaik mungkin. Bagi aku, masa inilah untuk aku membalas jasa mak.

Masa mak sakit, aku cuba membantu semampu aku. Tapi aku tak mampu untuk menghilangkan kesakitan mak. Aku tahu mak menanggung kesakitan yang amat. Terseksa hati aku bila melihat mak tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku merasa sedih sangat.

Aku rasa, tak terbalas jasa aku diatas segala pengorbanan mak kepada anak-anaknya dan keluarga. Apa yang aku buat selama ni tak kan setanding dengan apa yang mak buat. Benar, kami tak dapat melakukan seperti apa yang mak buat. Hati mak terlalu tabah dan kuat demi keluarganya.

Kini aku tak ada sapa2 lagi. Aku sangat merasa kehilangan.Dulu, apa yang aku lakukan, aku akan berfikir mengenai mak dan sekarang, semuanya terarah kepada diri sendiri. Aku akan merindukan mak sampai bila2. Terlalu rindu..Senyuman mak, gelak tawa mak akan aku simpannya dalam sanubari aku. Aku mendoakan roh ayah dan mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Terima kasih mak untuk segalanya. Saya sangat sayang mak. Saya sangat sayang mak. Saya sangat ayang mak.Pengorbanan mak tidak akan saya lupakan..


Al- Fatihah

13 Januari 1995. 12.31 pagi..
24 september 2011. 08.05 mlm..

Wednesday, September 21, 2011

..............

Mungkin, setiap orang pernah melalui saat-saat sukar dalam hidup. Saat dimana musibah melanda, masalah datang menimpa bagai jatuh ditimpa pula tangga.

Hidup ni macam pelangi, warnanya cantik tapi sayang hanya untuk sementara.Macam tu jugak dengan hidup ni, kadang kala hari tak selalunya cerah. Hidup tak sentiasa indah. Sekejap gembira sekejap rasa gundah.

Untuk melalui saat-saat yang sukar memerlukan ketabahan hati yang kuat. Bukan senang untuk melaluinya. Perit. Tambahan pula bila satu masalah tak selesai, datang lagi satu masalah. Boleh jiwa kacau dibuatnya. Mental pulak bagai didera.

Selain dari masalah sampingan kehidupan harian, tekanan di tempat kerja juga adalah sesuatu yang membebankan. Bila sebut pasal kerja, aku terkenangkan cik coklat. Sekarang ni adalah waktu-waktu sukar baginya. Bukan aku tak kesian padanya, cuma aku tak mampu untuk berbuat sesuatu. Aku tahu dia tertekan dengan keadaan kerjanya sekarang. Air matapun kerap berlinang.

Cuma aku mampu katakan supaya dia dapat bersabar buat sementara waktu. Kuatkan semangat dan tabahkan hati. Ingat, setiap sesuatu ada hikmahnya. Aku tahu, bercakap ni senang. Orang yg menanggung tu menahan azab. Ntah la, di waktu ni aku cuma berharap dia dapat bersabar sesabarnya.

Aku juga berharap aku dapat melalui saat-saat sukar ini dengan kuat. Tak kira lah macam mana pun, aku minta agar semua ni akan berakhir dengan cepat. InsyaAllah.

Wednesday, September 14, 2011

patah hati.....

Semalam aku ada borak dgn kawan2. Sembang2 kosong. Dalam dok sembang2 tu, terkeluarlah topik yang aku rasa agak terhangat di pasaran. Topik yg agak moody..Tambah pulak dengan suasana malam yg sunyi..Menambahkan lagi kehangatan jalan cerita..

Patah hati..Tu la topik yang kami sembangkan.Kawan aku ni dlm keadaan frust. Walaupun dia tak bgtau secara direct tapi aku tahu. Aku cuba memberikan sedikit pandangan walaupun dia tak meminta. Aku bukan pandai sangat dlm bab2 ni cuma aku pernah melaluinya. Jadi aku faham macam mana rasa frust tu. So, aku bercakap melalui pengalaman aku.

Bagi aku, frust adalah satu perasaan yang susah utk di tangani. Sesuatu yang menyakitkan. Sakit dihati ni lain dengan sakit luaran. Memerlukan masa untuk sembuh. Bila aku tgk muka kawan aku tu, aku boleh faham perasaan dia. Walaupun aku tak dapat merasai tapi aku tahu..Perit rasanya. Senyum pun senyum kelat.

Bila frust ni, tak ada lagi keceriaan dan gelak tawa. Semua itu seolah-olah telah diragut. Suram dan sepi. Part yang susah tu adalah bila time nak lelapkan mata..Memang payah. Asyik teringat saat-saat yang berlalu.



Banyak sindrom2 frust ni sebenarnya. Selain tak boleh nak hepi, orang frust ni lebih cenderung utk bersendiri. Duduk dlm bilik sorang2 melayan perasaan, mendengar lagu2,kurang bercakap. Lebih banyak mendiamkan diri dan setiap orang ada cara tersendiri untuk melaluinya.. Ketika itu, tak ada orang yang memahami apa yang kita rasa..Hari-hari yang dilalui dirasakan gelap..

Sebenarnya, utk melupakan sesorang bukanlah dengan cara melupakan. Memang, semakin ingin kita jauhkan diri, semakin ingin untuk melupakan, semakin itulah kita akan teringatkan dia. Apa yang telah dilalui bersama, itulah yang akan bermain dalam fikiran. Seolah-olah telah melakat dalam otak. Sebolehnya ingin sangat membuang memori tu.

Cara yang terbaik untuk melupakan ialah dengan cara melakukan sesuatu perkara dan aktiviti yang kita sukai ataupun sebolehnya cuba untuk menyibukkan diri. Dengan cara ini, kita akan lebih fokus kepada sesuatu dan dengan automatiknya kita akan melupakan perkara yang menyedihkan kita. Walaupun bnd ni ambil masa yang lama, tapi at least kita kena cuba.

Atau mungkin dengan cara lain, bila satu hubungan tu gagal, kita cuba fikir sedalamnya, bermuhasabah diri, renung2kan mengapa hubungan tk berpanjangan. Aku pernah buat cara tu. Ianya macam terapi namun ada jugak hasil.



Mungkin kita tak sedar dalam perhubungan yang gagal itu sebenarnya tersirat satu kebaikan. Seorang kawan pernah menasihati aku, gagal semasa bercinta adalah lebih baik dan masih lagi dikira beruntung. Dia kata lg, kalau hubungan gagal setelah berumahtangga, tentunya ia adalah sesuatu kegagalan yang besar dan pastinya akan memberikan kesan yang lebih buruk. Betul juga cakap dia. Aku Kira aku ni masih lg beruntung dan bertuah.

Jadi, sdikit nasihat kepada kawan aku tu, terimalah hakikat. Cinta itu tk semestinya memiliki. Bila kita sayang seseorang tu, walaupun tahu dia bukan jodoh kita, kita patut gembira kerana dia telah menemui seseorang yang dia perlukan. Seseorang yang dapat melengkapkan hidupnya dimana kita tak dapat nak lakukan. Doakan kebahagiaan dia.Itu yang terbaik.

Soal hati ni tak boleh ada paksaan. Kita tidak boleh memaksa dia sayangkan kita. Perasaan tu akan datang dengan sendirinya. Dan kadang2 kita tak sedarpun yang kita telah sukakan seseorang. Jadi, kalau org tu tak ada perasaan pada kita, maka lepaskanlah dia. Dia telah tetapkan hatinya, maka anggap saja tiada jodoh. Masih ramai lagi orang yang dapat gembirakan kita.



Positifkan diri. Sentiasa percaya dimana pada satu hari nanti, kita akan bertemu dgn seseorang yang kita perlukan. Dan apabila dia yang menjadi satu-satunya untuk kita,dia lah yang lebih berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi miliknya. Dan dengan itu , bersama-samalah dalam melengkapkan hidup dan membina kesempurnaan. Itu adalah yang terbaik. Mungkin waktu itu belum tiba tapi rasanya menunggu yang terbaik adalah sesuatu yang sangat berbaloi.








Friday, September 9, 2011

The legend of......

Mungkin inilah perkara yang paling gila pernah aku buat. Walaupun benda ni dh lama berlalu tapi aku masih ingat lagi. Dah hampir 8 tahun dah namun kalau aku kenang kembali, aku akan tersenyum sendiri. Heheh..

Masa aku bekerja di kilang dulu, walaupun dikelilingi oleh ramai perempuan, tapi seorangpun aku tak ambil peduli. Apa yang aku tahu, pegi keja balik keja. Aku cuma bersosial dengan geng2 laki. Biasa lah time tu, muda lagi. Tak da nak pikir pasal pmpuan sngt. Buat serabut otak ja. Lagipun masa tu aku masih menunggu seseorang.Huhu.

Tapi soal hati ni bukan lah dicontrol oleh kita sepenuhnya. Dengan tiba2 aku mula meminati seseorang. Aku sendiri pun tak tahu macam mana perasaan tu boleh datang. Tapi tak la over sangat. Just minat2 cm tu saja. Walaupun dia tak sama shift dengan aku, tapi aku selalu juga jumpak dia. Kebetulan tempat dia keja tk jauh dari aku. Jadi, bila dia masuk keja aku selalu mengintai-ngintai dia..Aku suka tengok dia..Sejuk ja ati bila tengok dia..heheh...

Dah berminggu-minggu aku cuma perhatikan dia dari jauh. Nak pergi menyembang dengan dia memang aku segan..So, aku hanya mampu minat dari jauh...Tak pa la, aku pun tk la berharap sangat. Mungkin bila ada masa yang sesuai ada rezeki aku untuk menyembang dengan dia..

Cuma ada pada satu hari tu, dia overtime di shift aku. Suka la aku boleh tengok dia lama2. Then masa balik keja tu ntah cam mana terkeluar idea aku untuk pergi menyapa dia. Time tu aku dh mula nervous walaupun blm jumpa dia lagi. Maklumla, nk susun ayat bukan senang. Takut gak aku time tu. Mananya aku pernah ada pengalaman dalam bab2 cm ni. Tak pernah dibuat aku pergi bersembang dengan orang yang aku tak kenal.

Dalam berani-berani takut tu aku cuba kuatkan semangat. Aku pegang kata2 azimat. Biar menyesal mencuba dari menyesal tak mencuba. Jadi, dengan berbekalkan kata azimat tu aku cuba meyakinkan diri. Kautkan semangat. Nekadkan diri. Ntah la..Aku time tu memang dah rasa takut sangat. Boleh ke aku buat ni. Hissshh, benda ni bagi aku sangatlah beratnya. Klu peluh aku boleh ditimbang, rasanya mau dekat sekilo dua dah. Memang gelabah sangat aku time tu.

Dalam keadaan ketakutan tu, tiba2 aku ternampak dia berjalan keseorangan. Waah, peluang baik tu. Tak kan aku nk lepaskan. Bukan selalu peluang macam ni datang. Jadi dalam keadaan tak bersedia tu terus aku menerpa ke arahnya. Dengan muka selamba (tp dlm hati malu ya amat), aku memberi salam. Aku bertanya namanya dan aku kata yang aku ingin berkawan dengan nya.. Dia menjawab soalan aku dengan sedikit terkejut. Aku sebenarnya dah lupa apa yang aku cakapkan pada dia. Aku rasa malu sangat sampai aku tak boleh nak pikir apa dah. Otak aku kosong. Dia menerima salam persahabatan dari aku. Aku meminta no tel dan dengan sopan dia menjawab dia tak ada. Hmm, nampak sangat menipunya..Huhu..Sebenarnya aku lebih suka jawapan tidak dapat beri pada aku dari cakap tak ada. Aku suka kalau dia jujur. Tak salah pun. Bukan aku nak paksa. Lagi pun aku faham, cara aku minta pun dalam keadaan yang mengejutkan. Takpa, janji aku dah cuba. Aku dh puas hati.

Selepas itu, aku rasa seolah-olah kaki aku tak memijak tanah. Macam tak percaya..Betul ke aku sebegitu berani???waahh, sukar untuk aku percayai namun itulah hakikatnya...Aku telah membuat sesuatu yang aku rasakan diluar kewarasan aku. Sungguh, aku tak percaya. Aku jadi blur bila memikirkan kembali. Ini adalah kali pertama aku sebegitu berani. Aku menarik nafas lega akhirnya. Bagi aku ia adalah satu kejayaan besar.

2 - 3 ari selepas itu aku ternampak dia lagi dan kali ini barulah aku tahu rupa-rupaya dia sudahpun ada seseorang. Begitu mesra sekali mereka..Huhu..Well, bukan rezeki aku nampaknya. Tp at least aku hepi sebab aku berani mencuba. Tak la menyesal sangat. Cuma aku tak menyangka yang aku sebegitu berani..Dan yang penting aku dah tahu nama dia...Mazita......

Wednesday, September 7, 2011

raya..raya..rayaa......

Aidilfitri telahpun seminggu berlalu. Tak sedar pun hari-hari yang dilewati. Dan raya tahun ni aku merasakan sedikit suram walaupun tahun-tahun yang lepas juga keadaan hampir sama. Ntah la, aku sendiri tk dapat nak faham cuma tahun ni aku rasa sedikit lain. Seolah-olah kosong. Tak ada seri. Tapi, aku tetap gembira dengan raya kali ini.

Mungkin dah besar-besar macam ni perasaan teruja nak sambut raya tu dah kurang. Tak sama macam zaman budak2 dulu. Kalau dulu, seminggu lagi nak rayapun dah rasa seronok sangat. Terasa lambat sangat seminggu tu nak tiba. Betul, zaman budak2 adalah sesuatu yang paling menyeronokkan. Tak perlu nak fikir tentang masalah. Bebas dari segalanya. Yang tahu hanya dapat baju baru dan rancangan untuk beraya dimana.

Aku masih ingt lagi zaman dulu2..Setiap malam mesti main dengan kawan2. Permainan wajib yang selalu aku main adalah apollo terbang. memang pebret aku lah. Seronok ja tgk paper tu terbang. Huhu..Macam2 lagi yang aku n the geng main. Bunga api, mercun. Meriam buluh juga pernah main. (tp aku sekadar tengok ja..heheh)..

Aku juga merindukan suasana raya pada masa itu. Aku rasa sambutannya lebih meriah. Selalunya lagi 3 - 4 hari lagi nak raya, setiap rumah akan memasang pelita di halaman rumah. Sepanjang jalan dihiasi dengan pelita dan lampu2. Memang cantik pemandangan diwaktu malam. Sekarang ni budaya seperti itu dah hampir tidak ada. Mungkin kos yang agak tinggi menjadi faktor..

Masa zaman aku pergi beraya dulu, hampir setiap rumah cuma beri duit raya 10sen ataupun 20 sen. Kalau dapat 50sen tu dikira paling tinggi la. Kira tahap rumah orang kaya tu. Bayangkan betapa jenuhnya nak mendapat Rm 20 rggit. Rekod kutipan raya paling tinggi pernah aku catatkan adalah 60 ringgit. Tu pun ada yang saudara mara bagi. Kalau nk harap beraya rumah org, rasanya kena amik masa 3 ari baru boleh capai KPI..Huhu..Tp zaman sekarang ni, senang2 ja budak2 boleh dapat ratusan lebih.

Banyak perbezaan raya dulu dengan raya sekarang. Mungkin, dah besar2 macam ni, rasa raya tak semeriah dulu. api apa-apa pun, raya tetap raya..raya yang lepas tetap pergi namun raya akan tetap datang lagi dan aku mengharapkan raya akan dtg (kalau masih berkesempatan), akan lebih bermakna dan gembira.

Friday, August 26, 2011

raya..yeeaaayyyyyyy

Minggu depan dah nak raya..Mood raya dah pun datang. Nak buat keja pun dh mula malas..so, aku nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin...

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan....


Hari ini dah masuk hari yang ke 16 kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Dalam tak sedar dah pun hampir nk sambut Aidilfitri..Memang aku inginkan masa itu cepat berlalu. Aku suka kalau aku tak merasai hari-hari yang aku telah lewati.

Bulan puasa tahun ni aku rasa aku sambut dengan beserderhana saja. Aku tak lah pergi ke bazar-bazar ramadhan. Makan sekadar yang ada. Kiranya makan tak la mewah. Kuih2 pun tak beli. Sahur pulak aku masak tapi yang simple2 saja. Aku bukan pandai masak sangat pun.

Walaupun berbuka dengan ala kadar, tapi aku merasakan sesuatu yang aku tak rasai di hari-hari lain. Susah untuk aku terangkan. Tambahan pula kalau berbuka dengan famili. Walaupun tak meriah namun terasa keindahannya di waktu berbuka. Mungkin ni la yang dikatakan nikmat di bulan ramadhan. Keindahan yang tidak dapat di gambarkan.

Walaumacammanapun, aku bersyukur kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut ramadhan. Dan kalau diizinkan juga, menyambut Aidilfitri.

Thursday, August 4, 2011

Setiap Detik..


Aku melepaskan saat-saat itu pergi….
Dengan aku sedari dan dengan rela dihati…

Saat-saat kita bergelak ketawa
Saat-saat berdua menyanyikan lagu kita…

Saat-saat kita berkongsi cerita
Saat-saat perasaan kita senada

Saat-saat kita merenung keindahan alam
Saat-saat kita menyaksikan matahari terbenam

Saat-saat kita melihat kehijauan bukit bukit
Saat-saat kita melihat kapal terbang di langit

Saat-saat sewaktu kita di tepi pantai
Saat-saat kita di hembus angin yang damai

Wednesday, August 3, 2011

Maapkan MP Cik Coklat..huhu...

Yeaayyyyy...Jam sudah pun menunjukkan pukul 5 petang..Ini bermakna dah boleh balik kerja. Dan yang paling best tinggal lagi 2 jam setengah lagi untuk berbuka..Hehe..Ptg ni aku nak masak nasik..Wahhh, 1st time masak ni..Dh lama aku meninggalkan bidang ini. Harap2 berjaya..Bayangkan gas boleh bertahan sampai setahun lebih di rumah sewa aku..hehehe...

Mm, aku bukanlah nk bercerita pasal menu berbuka. Kali ni aku still lagi nk cita pasal cik coklat. Ari ni aku rasa aku ada buat salah kat dia. Aku terlepas cakap. Bukan niat aku nak cakap macam tu kat dia.Huhu..Rasa bersalah pun ada. Wahai cik coklat yang kecik molek, yg cute, comey lote, En. MP minta maap ya.. Tak ada niat pun nk kata macam tu..Soooorriiiiiiii....

Cik coklat, kita dah kenal lama. Banyak yang kita share kan?..Tak da masalah pun dengan tu. Dari dulu sampai ke ari ni dan InsyaAllah di masa depan jugak. So, jangan la terasa hati sampai boleh kata macam tu..Tak ada apa nak sorok pun dari cik coklat. Pepatah ada mengatakan, tak ada yang marah kalau kita jaga tepi kain orang, yang orang marah kalau kita selak kain orang..So, jaga tepi kain org takpa..hehe..

Cik coklat jgn terasa ati k...Kita epi2 mcm dulu..Kita kan kena bekerjasama dalam projek HRMIS..So, kena la bebaik..hehe..Puasa2 ni tak baik tau marah kt orang..Maapkan MP k.

* p/s
Lagu cik coklat tu dah lama MP tau..Mmg ada kena mengena jugak..Huhu... Lagi satu, kalau kawan baik ngan MP, kena la selalu amik berat..ok?...

Monday, August 1, 2011

Jawapan kepada cik coklat part 2

Aku agak bz rini. Nak siapkan repot untuk meeting esok. Tapi time2 mcm ni la sistem down. Geramnya aku..Eeeiiii, kalau diikutkan hati, maunya aku tttuuuuttt....(sabar man sabar)..huhu..Sok repot kena bentang. Klu tak siap jugak, musnahlah karier aku..huhu..

Ari ni 1st day posa. Dugaan tul.. Rasa letih sangat. Pelik jugak aku. Selalunya ok ja. Perut ni aku rasa dh penuh dengan angin.Hmm..Akibat tanggung sendiri r..Tu r, yakin hanya sahur dengan sebiji kurma aku mampu berpuasa..Memang aku mampu tapi aku rasa perut ni penuh dengan angin sebab minum teh tarik sahur tu..Huh, letih bangat ari ni...Panas ja badan ni aku rasa.

Baiklah, bukan tu sebabnya aku nk cita, balik pada tajuk entry kali ni. Lagi pun cik coklat dok mengomel bnyk suruh aku update. Baiklah, untuk memuaskan hati dia, kali ni bia aku pulak mengomel....

Kali ni bukan aku nk ulas tentang apa yang dia cakapkan sebab aku rasa apa yang dia cakap tu betul. Aku akui..Huhu..Cuma nak cedok setengah2 part dari blog dia..

cik coklat kata -

Aku xpandai menasihti...sb aku bukn kaunselor bertauliah...ku hanya seorg yg suka brkata2..suka berkhayal dgn smua angn2 like fairytale dn aku...aku bole mjd pndengar...mungkin....

Bab ni aku rasa mungkin cik coklat betul..Suka berkhayal ngan angan2..heheh..

Cik Coklat kata lagi

huuisshhhhhhh...pikir22 balikkn cik sweetie blog kan...aku ni salah profesion dh nie..patut aku jadi kaunselor nie..ha ha ha ha ha...huiksss.... not to serius...aku lawak je.....beryukur dgn apa yg kita ada rite.... alhamdulillah...walau aku xsekaya bill clinton ( huit?? garu pala sat..tetibe masuk bill clinton..hihi)tp hidup aku penuh dgn kasih syg dari keluarga + en.honey + baby...+ frends)... alhamdulillah...syukur pada MU YA ALLAH....


HUHHU panjangnye aku membebel rini...okeylaaa nk stop...kepala aku dh penig tahap pokok kristmas dh..huikk pokok kristmas??? hadoiiii ok laaa sat apa lagi yg kluar niii...da daaaaaaaaaa.....

Cik coklat ni memang suka membebel. Aku ingt lagi 1st time aku jumpa dia.. Punya la bnyk cakap ngan soalan..Heheh.. Tapi disebabkan tu jugaklah aku rapat ngan dia.. Tak la kekok sngt. Dah jadi kawan baik..Berkongsi cerita...

So, tima kasih ya cik coklat..selamat berposa..sok jangan lupa mai meeting...

Thursday, July 28, 2011

Manusia dan Perasaaan ( Jawapan kepada cik coklat)

Pelik kan tajuk ni???Bukan apa, tadi aku ada baca blog sorang kawan..ada jugak dia cita pasal aku. Heheh..

Aku suka baca blog dia. Ceria ngan epi ja...Update pun kerap. At least ada jugak bahan bacaan bagi mengisi masa terluang aku. Hehe..

Ok. Aku nak bagi jawapan balas kt owner sweetie blog ni. Bukan nya nak berperang mulut tapi memandangkan topik ni agak panas jadi tergerak hati aku untuk wat entry jgk..Jangan mara ya cik coklat..Kita kan dh kenal lama..Kih3...

Kepada cik coklat, sebenarnya semua tu sudah pun terlambat. Dah terlebih pun. Waktu tidak akan berulang kembali. Jadi mahu tak mahu semua itu terpaksa di telan. Macam kata cik sweetie, berat mata memandang berat lg bahu memikul.Huhu...

Nak buat macam mana, semakin jauh kita ingin lari, semakin dekat ianya menghampiri. Macam tu lah perumpamaannya. Memang susah sangat untuk di fahami. Seperti kata cik coklat, ( can b so complicated n it can b so easy too...it depends mcm mana kita nk hadapi smua nye".)

Betul apa yang dikatakan tu. Aku setuju sambil anguk2 kepala. (Bg sedap ati cik coklat)..hehe...Apa2 pun, mmg blog dia sweetie..(amik ati lg) hehehe...

* Pesanan untuk cik coklat =

Saya ni tak la baik sngt..Banyak kekuranganya.Huhu.Tak da sapa yang sempurna eii..N update la blog kerap2 yek..hehe

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan datang lagi

Dalam sedar tak sedar, minggu depan akan tibanya bulan Ramadhan. Bulan yang penuh rahmat dan penuh dengan keberkatan.Alhamdulillah dan aku bersyukur jika aku masih sempat untuk menikmatinya kali ini.

Cepat sungguh masa berlalu. Seolah-olah baru sahaja bulan lepas aku berpuasa. Dan kini Ramadhan datang lagi. Memang pantas. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, hari berganti hari bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun tanpa aku sedari setiap detik yang aku lalui dan lewati telah pun pergi.

Aku pernah melalui hari-hari yang aku rasakan waktu itu terlalu lambat untuk berputar. Dan ketika itu aku sangat mendambakan aku mempunyai kuasa untuk aku memintas waktu. Waktu yang aku merasakan menghukum aku dari setiap sudut.

Dan aku juga pernah merasakan setiap saat yang aku lalui itu amat singkat sekali sehinggakan aku ingin sangat untuk menghentikan waktu itu dari terus berputar. Aku merasakan waktu itu seolah-olah mencemburui aku. Tidak memberi sedikit pun peluang untuk aku terus menikmati setiap detik-detik indah itu.

Biarpun waktu itu akan tetap berlalu dan terus berlalu namun aku gembira dengan apa yang telah aku lalui dan nikmati. Aku juga bersyukur dengan hidup aku yang dikurniakan kegembiraan berpanjangan dan memiliki apa yang aku hajatkan walaupun tak semuanya tercapai. Mungkin itulah yang membuatkan hidup ini akan lebih bermakna.

Dan kali ini, dengan kehadiran ramadhan aku mengharapkan hidup aku, keluarga aku dan semua orang yang aku kenali akan memperolehi keberkatan dan kegembiraan dalam hidup.
Aku juga memohon maaf kepada semua seandainya aku ada terkasar bahasa ataupun ada melakukan kesalahan yang tidak aku sedari. Maafkan aku dan akhir kata aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.

Monday, July 25, 2011

Memalukan 3

Kejadian ni aku rasa terjadi lebih kurang setahun yang lalu. Baru lagi rasanya. Arakian cerita ini terjadi pada satu pagi yang hening dan aman. Nak dijadikan cerita, pagi tu aku terbangun agak lewat dari biasa. Terkejut gak aku. Kelam kabut jadinya untuk bersiap pergi kerja. Jadi aku menyiapkan diri dengan pantas. Biasa la lelaki.Bukan jenis yang bermekap-mekap..Hehe..

Dalam keadaan yang serba pantas, waktu juga tidak menunggu seolah-olah ingin menghukum aku kali ini. Sup sap sup sap dan dengan kejerihan dalam waktu yang terbatas,dalam keadaan yang agak gelap (aku tak on lampu time tu) kerana disokong oleh cahaya pagi aku berjaya juga bersiap.

Setelah siap menyarungkan kasut, dengan tergopoh gapah aku menuju ke motosikal dan memecut dengan agak laju.(90km sejam sahaja). Akhirnya aku telahpun sampai ke tempat kerja. Nasib baik aku masih sempat.

Aku naik lif dan seperti biasa, orang agak ramai. Maklumlah, sudah hampir pukul 8. Sebenarnya aku agak segan kalau lif penuh dengan orang tp memandangkan waktu tidak mengizinkan, aku pun join dengan selambanya. Macam biasala kalau lelaki pemalu ni, aku cuma tunduk kebawah saja la tengok lantai..Heheh..

Dengan tak semena-mena, aku terkejut. Aku terperasan sesuatu yang lain.. MasyaAllah.. Rupa-rupanya aku memakai kasut sebelah lain sebelah lain..Satu hitam satu lagi coklat. Terkejut tapir aku..Malunya...Dalam pada tu aku pun kepit kaki aku agar orang tak perasan..Huhu..Bila sampai di tingkat aku, aku pun keluar dengan selamba, sambil berjalan-jalan mengepit kaki macam anak dara..Aku tak tahu la ada orang perasan ke tak. Aku dah tak toleh ke belakang dah time tu..Aku keluar dengan cepat. Akhirnya hari tu aku bekerja dengan hanya memakai selipar. Aku tak bgtau pun kawan2 opis. Kalau diaorang tau. mau gelak tak abis nanti..Huhu..

Aku dah dapat pengajaran dari pengalaman kali ni. 1, jangan letak kasut dekat dengan kasut yang lain. 2, jangan pakai kasut di waktu gelap..Aku dah serik...

Wednesday, July 20, 2011

Baby girl....

Hari ini aku mendapat 1 mms dari sepupu aku..Bila aku tengok, rupa-rupanya mms baby girl dia yang selamat dilahirkan semalam.. Comel betul aku tgk baby tu..Tak sangka dia telah pun jadi Ayah. Sekejap ja masa berlalu.

Aku tumpang hepi..Tapi dlm masa yang sama agak cemburu..Huhu..Ya la, dia dh jadi ayah. Aku ni tak tahu lagi..Mesti seronok kan ada baby ni. Ada penyeri.

Dia berkata Lapang dada dan lega rasa bila semuanya selamat. Ya, aku faham apa yang dia maksudkan tu. Kalau aku dalam keadaan dia, mesti aku pun rasa cm tu. Risau dan gelabah. Tapi apa pun, syukur sebab semuanya dah pun selamat..Aku dah jadi pakcik..huhu...

Monday, July 18, 2011

ingin aku....

Ingin aku menjadi air matamu
agar bisa aku berkongsi dukamu

ingin aku menjadi gelak tawamu
agar bisa aku ceria bersamamu

ingin aku menjadi matamu
agar bisa aku melihat apa yang kau lihat

ingin aku menjadi hatimu
agar bisa aku merasa apa yang kau rasa

ingin aku menjadi rindumu
agar bisa aku mengerti rindumu padaku

ingin aku menjadi malammu
agar bisa aku nyenyakkan tidurmu

ingin aku menjadi lenamu
agar bisa aku mimpi apa yang kau mimpi

ingin aku menjadi selimutmu
agar bisa aku hangatkan tidurmu

ingin aku menjadi impianmu
agar bisa impianmu impianku menjadi satu

ingin aku tahu setiap langkahmu
agar bisa aku tahu mana arah tujumu

Friday, July 1, 2011

Tanah Tumpah Darahku

Sekarang ni isu hangat yang melanda negara kita adalah mengenai demontrasi bersih. Aku tak tahu apa motif sebenarnya demonstrasi ni. Tapi walau apa pun aku tak mahu negara ni jadi kucar kacir apatah lagi nak jadi macam Mesir dan Libya. Aku tak RELA semua tu terjadi di bumi bertuah ini. Tak rela menjadi huru hara. Aku sayangkan negara aku. Tanah dimana tempat tumpahnya darah aku..Harapnya akan kekal aman dan terus aman...

Saturday, June 18, 2011

Perhentian..

Akhirnya, setelah hari-hari yang aku lewati, setelah waktu-waktu yang aku lalui, dalam tak sedar aku sudah semakin hampir sampai ke penghujungnya. Satu perhentian. Benar,aku tak sedar dalam mengharungi setiap detik-detik itu, masa sememangnya sedikitpun tidak menunggu.

Sungguh pantas waktu berlalu. Dan semakin lama semakin hampir aku didestinasi. Walaupun ianya bukanlah penghujung perjalanan,namun aku harus berhenti di perhentian ini.Dan aku sendiri tidak tahu apa akan yang berlaku dihari mendatang.Perjalanan hidup ini panjang namun semakin lama semakin pendek..Biar berapa banyak persimpangan dan liku2 perjalanan, aku harus teruskan juga kerna ini adalah perjalanan aku..

Saturday, June 4, 2011

Mat student...

Ahad ni aku dah start orientasi di USM..Malasnya aku rasa. Nak kena jadi mat skema. Pakai baju kemeja putih. 4 hari pulak tu..Pastu program pun padat. Semua sampai pukul 10.Huhu..Kalau diikutkan hati tu mmg berat nak pegi. Tapi dah ini yang aku nak. So, aku kena teruskan. InsyaAllah aku harap sampai ke akhirnya..Otak pun dah beku skrg ni..Nak kena pk macam2..Assignment lg..Serabut..serabut..Apa2 pun, aku ucapkan pada diri aku sendiri, selamat jadi mat student..huhu..

Wednesday, June 1, 2011

mimpi

Semalam aku bermimpi. Biasala, semua orang pernah mimpi kan..Tp semalam adalah satu kelainan bg aku. Tak pernah lagi aku mimpi macam tu.Mimpi ular pulak tu..Huhu..

Sebelum ni bukannya aku tak pernah mimpi ular..Banyak kali dah..Tapi kali ni lain sngt aku rasa. Bayang kan mimpi yang sama 3 kali berturut-turut dalam satu malam. Tiga tiga kali aku terjaga sebab terkejut. Huh..Bila dh terjaga tu rasa macam ular tu ada kt sebelah betul2..Takut tul aku time tu..Dok rasa ular ada dlm bilik aku. Tak dapat aku bayangkan ular naik rumah flat..Heheh...

Seram jugak bila aku fikir. Rasa tak sedap ati pun ada. Ular tedung hitam. Menakutkan..Hmm..Natah la, harap2 tu mainan tidur ja. Tu la, tidur tak basuh kaki..Mungkin sebab keletihan jugak. (bg sedap ati..hehe)

Ramai orang kata klu mimpi ular ni tandanya nk dapat jodoh..Waah, aku pun harap cm tu..hehe..Tp aku tk percaya sngt. Klu betul, dulu lg dah aku kawen. Berapa kurun dulu pun dah mimpi ular. Smpai sekarang apa pun tak da..Hehe..

Aku saja cari tafsir berkaitan mimpi ni. Aku dapat dari sebuah blog..Ini yang maksudnya yang aku suka..hehe

-Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.
-Jika bermimpi melihat ular yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.

ni pulak maksud yang aku tak berapa nk suka..huhu

Ular melambangkan sifat suka menyakiti orang dengan lisan seperti marah dan menjelek-jelekkan orang lain serta suka berbohong. Ada juga melambangkqan permusuhan dengan orang lain.

Mm..Pening aku..Ntah la..Lupakan saja..Aku berserah..Apa2 pun, mmg takut mimpi semalam..Hehe..Aku cukup takut ngan ular ni..eiii..Geli pun ada..huhu..

Monday, May 16, 2011

Nama glamer....

Kali ni aku nak cita sikit pasal nickname ataupun a.k.a nama glamer bagi seseorang..Heheh..Sebenarnya nama glamer ni aku rasa ramai orang yang ada..Kadang2 yang unik dan spesel.Kat kampung aku pun ramai yang ada. Biasala, kebanyakan mempunyai nama yang sama.So, untuk membezakan mereka hanyalah dengan nama panggilan atau nama gelaran.

Kadang-kadang aku sendiri nk tergelak bila dengar nama glamer orang-orang kampung aku..Melucukan dan pelik..Pelbagai stail yang tersendiri..Aku sendiri tak tahu mana diaorang suma dapat..Mungkin ada cerita disebalik panggilan tu.

Aku listkan kat sini serba sedikit antara2 nama glamer dalam kampung aku. Banyak lagi sebenarnya tp aku separuhkan ja..

Antaranya yang biasa dengar -

(nama binatang)

Man tikus,,man puyu,manap beruang,lie burung hantu,wahid kerang,chik nyamuk,heri bewak,sham kucing.

lain-lain

Man tankle,man konco, man congo, man toyol,man boss,mie gelong,nan tarzan,wan topoi, rion da gama,hafiz bangla,bagok, tan lumba,lan pak kaboq,jan belemoih,sham tampong, mie jimat, naim negloo,halim bahulu,din slamer,lie hindu,tan tandei,

Antara nama-nama yang unik.

Mat koneaw,Lie tak rata, id sereliaq, alip ba ta ut,mat sepuluh satu, (gelaran ni aku tau kenapa..asal usul sebab bila dia bercakap sepuluh, satu pun tk leh percaya..siap org kmpung menginggeriskan lagi..mat tan one..hehe).


Tu la antara nama2 yang aku ingt..Tapi apa pun, diaorang tk kisah dengan panggilan tu..Tak la nak marah2..Mungkin dah jadi kebiasaan kot..

Tuesday, May 3, 2011

selamat bersara

Pada 29 april yang lalu, pejabat aku mengadakan majlis perpisahan persaraan ketua kerani aku ataupun senang dgn panggilan CC. Kalau nak diikutkan cc aku akan bersara tahun depan namun beliau memohon untuk bersara pilihan. Beliau mengambil keputusan ini sejak kematian suaminya pada tahun lepas.

Sejak aku mula bekerja, dia adalah pegawai yang menyelia aku. Sudah hampir 6 tahun. Banyak yang aku lalui sepanjang bekerja dengannya. Setakat kena marah tu, rasanya dh lali telinga ni. Kadang2 kita sebagai manusia, geram jugak dlm hati ni. Namun aku tak sampai ati untuk melawan balik. Aku hanya mengangguk dan senyum kelat. Bersabar dan menganggap memang salah aku. Macam2 aku kena masa aku mula2 kerja dulu. Ada ketikanya rasa mcm nk berhenti kerja. Nasib baiklah keja gomen. Bukan senang nk dapat dh kalau berhenti. Nak tak nak, aku terpaksa tadah telinga. Masa tu aku rasakan lambat sangat masa berlalu.

Cc aku seorang yang tegas. Aku faham. Tambahan pula dia seorang perempuan. Sikit sikit pot pet pot pet. Time dia mood tak baik, tu la yang aku takutkan. Silap sikit abis la kena sembur. Kalau time dia mood baik, silap besar pun dia boleh senyum. Huhu. Aku faham dia sebab dah lama bekerja dengan dia. Masa angin dia baik dia boleh bergurau dengan aku. Bahkan dengan semua orang. Cuma bila sebaliknya yang buatkan orang takut. Cakap la pada siapa dia tk marah. Semua kawan2 aku kena. 2 – 3 org jgk la yang mengalirkan air mata..Tapi kemarahan cc aku tu sekejap saja. 10 minit pastu ok balik. Dia tak la marah kami lama2. Tu lah yang bagusnya..Kami pun tak simpan dalam hati cuma anggap tu adalah perkara normal dalam bekerja.

Secara jujurnya, memang kadang2 aku geram pada dia, tapi jauh di sudut hati aku, aku tak menaruh dendam pun. Apa yang dia marah aku selama ni, aku anggap sebagai pelajaran dari dia. Betul. Tanpa dia, aku tak kan dapat buat kerja seperti sekarang ni. Banyak ilmu yang dia bagi pada aku. Bagi aku dia memang seorang yang teliti ketika bertugas. Dia banyak pengalaman. Maklum lah, dh 35 tahun dia berkhidmat. Pandai serba serbi. Dari segi pengurusan mahupun kewangan. Tu yang membuatkan aku hormat pada dia. Apa2 pun, aku akan bertanya pada dia. Senang. Dia boleh membuat keputusan.

Bila dia dh tak ada ni, aku sebenarnya risau jugak. Lepas ni aku nak refer pada siapa. Dah la aku diamanahkan untuk membuat kerja2 dia. Tu yang aku takut.Aku bukan lah pandai sangat. Bayangkan baru 6 tahun pengalaman. Banyak mana la sangat klu nk dibandingkan dengan cc aku tu. Rasa kerdil sangat. Bila dh diberi amanah, bermakna tanggungjawab tu makin berat. Aku takut klu aku tak dpt membuat dengan baik. Dan memang aku tak dapat lakukannya. Aku pasti akan kecewakan pada mereka yang begitu yakin pada aku. Tapi mahu tak mahu, aku tak boleh nak elak.

Dan masa majlis tu, jujur aku katakan hati aku tersentuh melihat cc aku bergenang air mata ketika meminta maaf pada semua org. Cara dia menangis tu membuatkan aku sedih. Dah la aku tk boleh nk tgk benda2 mcm tu. Cara cc aku bercakap tu seolah-olah dia merasakan ada orang yang tidak sukakan dia. Mungkin sebab tu yang dia sedih sangat. Dia meminta maaf dengan ikhlas. Memang time tu semua orang sayu.
Aku telah bercakap dengan dia secara peribadi. Aku memohon maaf kerana selama ni aku banyak membuat salah terhadap dia. Aku juga mengucapkan berbanyak terima kasih diatas ilmu yang dia beri selama ni. Sebolehnya aku masih ingin dia bekerja lagi. Dan aku sedih ketika dia melangkah pergi dariopis untuk kali terakhir dalam perkhidmatannya kepada kerajaan. Jasa dia amatlah menggunung. Terima kasih CC.

Thursday, April 7, 2011

Tahniah papa K.E dan mama Zan.....

Semalam 06 April 2011 merupakan hari yang amat menggembirakan bagi kawan baik aku. Mana taknya, dia telah bergelar bapa kepada seorang bayi perempuan..Segala kerisauan di benak hatinya telah pun hilang..Kedua-duanya selamat dan sihat.Dan yang agak bestnya anak lahir 06 April maknya pulak 07 April.Kalau tahan sehari lg dah tentu tarikh sama..Hehehe..

Aku tumpang gembira untuk mereka. Semestinya mereka teruja menyambut kedatangan orang baru dalam kehidupan harian mereka. Bukan saja mereka, bahkan semua orang. Aku juga tak terkecuali walaupun aku belum berkahwin..Hehe..Mesti seronok kan ada anak..Bermain dan bergurau.Bawak anak jalan2..huhu..

Kedua-dua mereka adalah kawan aku kerana mereka sekelas dengan aku semasa sekolah menengah dulu. Aku respect diaorang sebab hubungan mereka bertahan sampai sekarang. Bayangkan mereka berkawan sejak dari tingkatan 2 lg..Satu jangkamasa yang lama. Natahla berapa banyak dugaan yg dilalui. Sedangkan nk pertahankan hubungan yang setahun pun amatlah susah..Mereka memang kuat.

So, bila dah jadi ayah tu, seseorang perlu menjadi lebih baik dan bertanggungjawab. Bukan bermaksud dia tak baik. Aku kenal dia lama. Dia ni lelaki yang baik. Agak lurus bendul. Suka menolong dan kadang2 bosan sbb bnyk bercakap..heheh.. Namun untuk menjadi seorang ayah pada zaman sekarang yg sangat mencabar, ianya rumit tambahan lagi anak perempuan. Kadang2 aku takut juga nak memikirkannya..huhu..

Apa2 pun, aku harap hari yang mendatang akan menjadi hari yang lebih baik untuk kawan aku tu. Aku sekadar dari jauh mendoakan semua yang terbaik untuk orang yang baik seperti mereka..Akhir kata tahniah khairi dan norizan kerana menjadi papa dan mama...be the best..




1st time jd pengapit..serabut...huhu

Monday, March 28, 2011

Fight Back To School- PJJ (Pi jenguk2)

Pada ari jumaat hari tu aku mendapat satu mesej dari no yg tak dikenali..Ianya berkenaan semakan keputusan permohonan PPJJ di USM..Bila mendapat mesej itu aku terus ke komputer untuk memeriksanya namun rupa-rupanya kawan aku lebih pantas dari aku.

Jadi, alang2 dia dh buka, aku pun menunggu dengan penuh minat. Aku berharap dia mendapatnya..Dan seperti apa yg aku harap kan dia telah berjaya. Aku pun menyuruhnya memeriksa untuk seorang lagi kawan aku. Aku mengharapkan mereka juga dapat. Biarlah aku orang yang terakhir tahu keputusan aku..Yeah, kawan aku jugak berjaya. Tak sia-sia kami bertiga memohonnya. Bila tiba giliran aku, aku sedikit nerveous..Bila keluar ja di skrin, aku rasa agak lega..huhu..

TAWARAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2011/2012

Tahniah diucapkan, anda telah berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia, Universiti APEX (Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan) yang pertama di Malaysia. Butir-butir lanjut tawaran adalah seperti berikut:

NAMA : SULAIMAN BIN YAHYA
PROGRAM PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMASYARAKATAN
PENGKHUSUSAN : SAINS POLITIK
TEMPOH PENGAJIAN : 4 TAHUN
ALAMAT EMEL : sulaiman.pjj111@student.usm.my
TARIKH PENDAFTARAN / ORIENTASI : 5 - 8 JUN 2011
TEMPAT LAPOR DIRI : KAMPUS INDUK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
PENGINAPAN ORIENTASI : DESASISWA BAKTI PERMAI

Aku semacam tak berapa percaya..Dulu selepas dari sekolah memang aku teringin untuk menyambung pelajaran namun kerana sebab2 tertentu, aku pendamkan saja. Lagi pun result aku bukan lah baik sangat. Jadi hajat aku untuk belajar lagi aku lupakan. Dan setelah sekian lama aku kini berpeluang melanjutkan pelajaran yang selama ini aku nanti2 kan..Huhu

Sebenarnya masa aku mendapat tahu result, aku tidaklah rasa teruja atau terlalu gembira. Ntah, rasa biasa saja. Aku mula memikirkan masa hadapan. Benarkah aku boleh mengharunginya? PJJ ini memerlukan mental yang kuat. Selain dari beban kerja, nak kena fikir assignment lagi.Semua tu boleh memeningkan kepala. Mampukah aku?Ianya memerlukan tenaga dan juga kos yang agak tinggi. 4 tahun pulak tu. Bukan satu jangkamasa yang sekejap..Aku takut aku tak mampu untuk mengharunginya.Aku buntu..Namun jauh di sudut hati aku, aku bersyukur..Aku akn cuba..InsyaAllah..Aku harap aku akan mampu untuk melaluinya...

Monday, March 14, 2011

Bukan kita yang tentukan pada akhirnya...

Ari Jumaat lepas sepatutnya aku berangkat ke Terengganu untuk pergi makan angin di Pulau Perhentian.Plan ini telah dibuat awal-awal lagi kira-kira 2 bulan yang lalu. segala urusan tempahan aku serahkan pada kawan aku. Maklumla, dia orang Terengganu. Dia boleh kaw tim dengan agen-agen disana. Senang sikit. Goyang kaki jek..hehe.

Persiapan pun kami dah standby. Dah beli Seluar bunga-bunga ngan baju yang sesuai untuk snokling nanti. Maklumla,makan angin dlm pulau mesti la berfesyen ikut cara pulau..Excited oo..Hehe.

Namun, kita sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Walau sebaik manapun rancangan kita, betapa rapi sekalipun, pada akhirnya, bukan kita yang tentukan. Siapa kita untuk mengubah qada dan qadar.

Oleh sebab aku ada sedikit masalah yang tidak mengizinkan, aku terpaksa batalkan pada saat-saat akhir. memang aku rasa agak terkilan. Mana taknya, kalau diikutkan, aku berhajat nak makan angin di pulau sejak tahun 2009 lagi. Memang aku terngin sangat nak g pulau. Aku sukakan suasana disana dengan air laut yang sangat cantk.Huhu. Namun aku rasakan keputusan aku tepat dengan membatalkan percutian aku itu. Yang dahulu kena dahulukan. Biarlah kawan-kawan aku saja yang pergi.

Lagi pun, diaorang dh plan bulan 7 ni nk pergi lagi sekali. InsyaAllah aku akan join. Mudah-mudahan kali ni hajat aku akan tercapai..Hehe

Wednesday, March 2, 2011

Malang kita malang lagi Hairuman



Pertama kali aku melihat dia di dalam paper beberapa minggu yang lepas. Mangsa kejutan elektrik. Memang aku terkejut sangat dan pada masa yang sama juga aku bersimpati. Mana taknya, kecederaan yang dialaminya sangat parah. Kaki dan tangannya terpaksa dipotong.

Dapatkah kita bayangkan kalau perkara sebegitu terjadi kepada kita.?Sedangkan apabila hanya dengan melihat saja hati kita dah tersentuh..Ya Allah..Sangat berat dugaan yang dia hadapi.

Kadang-kadang aku terfikir, kalau nasib sedemikian rupa terjadi kepada aku, macam mana aku nak hadapi hari2 yang mendatang..Tanpa tangan dan kaki yang menjadi nadi utama dalam kehidupan harian..Dan aku sangat bersyukur kerana aku dikurniakan Allah sempurna sifat dan tubuh badan. Adakah masih perlu terdapat lagi ketidakpuasan hati aku terhadap apa yang aku ada dan apa yang aku miliki selama ini?Aku percaya, andai diberi pilihan diantara satu, jika terdapat sesuatu yang aku tidak berpuas hati terhadap hidup aku selama ini, dan keadaan seperti Hairuman, sudah tentu aku akan memilih ketidakpuasan hati itu walaupun tahu ianya tetap kurang.

Sebab itu aku rasa kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Janganlah kerana kita tidak mendapat sesuatu yang kita hajati atau yang kita impikan selama ini, kita telah merasakan yang diri kita ini amat malang.Kerana sesungguhnya apabila difikirkan kembali, akan ada lagi orang lain yang lebih malang dari diri kita.

Sunday, February 20, 2011

Tiada kata secantik bahasa - tribute to someone..

Hari selasa lepas aku telah ke Putrajaya selama 3 hari sebab menghadiri meeting. Berat hati ni nak pergi sebenarnya tapi dah nama aku yang dicalonkan, so kena la ikut perintah.

Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan disini bukanlah berkenaan meeting tu ataupun Putrajaya. Topik lain tapi ada kaitan juga la dengan Putrajaya. Sebab tu intro macam ni.Hehe..

Ok2. Sebenarnya, aku suka pergi ke Putrajaya namun bukan lah sebab kerja sepenuhnya. Bak kata pepatah, sambil menyelam tu minum air la sikit.Disana aku berpeluang bertemu dengan seseorang yang rapat dengan aku. Seseorang yang pernah menjadi pendengar setia luahan hati (walaupun luahan kosong).Hehe.

Diringkaskan, orang yang aku maksud kan tu adalah Kak T. Seorang isteri, ibu dan kakak. Aku jelaskan semua ni bukanlah sebab apa, kang ada yang fikir lain pulak.Kih3.

Dulu Kak t ni satu opis ngan aku. Teringat balik time2 dulu. Aku selalu pergi menempek di tempat Kak T. Buat lawak sikit, buat luahan. Pendek kata Kak T tu dh jadi mcm consultant tak bergaji aku. Kak T ni sporting. Pendengar dan penasihat yang baik. Sebab tu aku suka bercerita. Macam2 topik aku cita termasuk la bab hati. Malu tu ada tapi kadang2 tak malu pun ada jugak..Hehe

Tapi standard r, bila keja gomen ni, tak ada yang kekal. Bertukar tu dh menjadi lumrah. kak T pun cm tu. Mmg la sedih tapi nak buat macam mana.

So, bila aku berpeluang ke Putrajaya, sebolehnya aku akan cuba berjumpa dengan Kak T. Dan hari tu aku berkesempatan berjumpa 2 kali. Banyak juga benda yang aku bercerita. Biasalah, dh lama tak jumpa.

Best jugak lepak2 sambil minum kat Putrajaya. What a nice places. Tambah2 lagi Kak T yang belanja.Huhu..Jadi kesempatan ni saya nk ucapkan tima kasih banyak2 kat Kak T. Thanks sbb roti john, nasi ayam dan ole2..Hehe..Saya tau Kak T selalu baca blog ni..Sy tak tahu nak cakap macam mana dh. Jadi saya amik sikit ayat dari lagu P Ramlee. Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda. Tiada gambar secantik lukisan, untuk ku tunjukkan perasaan.. Ayat ni ayat jiwang tapi tu bukan lah maksud sy. Sy dh tak tau dh cm na nk ucap tima kasih atas jasa baik Kak T selama ni. Banyak tolong saya. Kira ayat tu mewakili rasa terima kasih saya. Saya ingat lagi masa saya baru mula bekerja, Kak T pernah bagi saya makan. Time tu sy dh tau Kak T ni baik. Thanks a lot jugak atas semua tunjuk ajar ngan nasihat..Memang Terbaeeeekkkk aih Kak T..hehe




(pic tahun lepas)

So, kira aku enjoy r pegi sana. Sempat tido genting lagi.Hehe..






p/s : Kak T, lupa nak nyanyi lagu tema kita. Sejakku bertemu padamu, pikiranku telah terharu...lalalala...Hehe..miz the old days...

Friday, February 11, 2011

Sabtu 12 Februari 2011

Esok sabtu 12 feb 2011. Aku ada interview esok. Secara jujurnya, tak ada keterujaan yang aku rasakan. Walaupun kemahuan tu ada namun rasa macam tak ada apa2.

Sebenarnya aku berharap kawan2 aku juga dapat panggilan interview ni. Ada diaorang baru la best. Semangat. Sama2 minta n sama2 dapat. Tapi ni sebaliknya. Aku sorang pulak tu. Ntah la..Walaupun ni just interview n blm tentu dapat (susah nk dpt sebenarnya) tp keadaan akan lain andai diaorang ada. Aku harap cm tu. Tapi nak buat cm na, bukan suma yg kita harapkan kita akan dapat..Huhu...

Wednesday, February 9, 2011

Hutang

Petang tadi aku berbual-bual dengan kawan aku sambil menikmati nasi kandar di kedai yang agak padat pelanggannya. Aku bukanlah peminat nasi kandar. Saja mencuba menu lain dikala waktu petang yang sibuk dengan kehidupan harian warga kotanya. Mungkin kerana perut sedang kelaparan, nasi menjadi agak sedap.Hehe..

Namun apa yang aku nak ceritakan bukanlah mengenai nasi kandar. Berbalik kembali pada perbualan kami,aku agak tertarik dengan cerita kawan aku mengenai hutang. Ada seseorang yang memohon pertolongan darinya untuk meminjam duit dengan jumlah yang besar.. Huiii, banyak tuh.

Aku cuma mampu katakan tk perlu lah kita menjadi baik sangat kalau kita sendiri tak mampu. Ianya bukan jumlah yang sedikit. Lagipun dia bukan lah dari kalangan orang senang. Bukanlah niat aku nak menjadi batu api cuma tak mahu nasib dia menjadi seperti aku. Aku ada jugak pengalaman hitam mengenai hutang ni.

Dulu aku pernah memberi pinjam kepada kawan. Kalau nak diikutkan, aku tak lah mampu tapi mendengar rayuan dari dia, aku jadi serba salah. Bak kata orang2 tua, lembut gigi dari lidah. Tu baru rayuan melalui telefon, kalau face to face, aku rasa aku boleh meraung-raung nangis dengan airmata sebaldi kerana kesiankan dia. Memang pujukannya mengalahkan suami yg buat kesalahan besar pada isterinya. Sebak dan sayu. Macam2 ayat. Sahabat dunia akhirat lah..Macam2 lagi. Katanya kalau aku tak tolong, kenduri perkahwinannya akan menghadapi masalah. Huuuuuuiii, siapa yg tak kesian kalau mendengarnya..Meleleh air mata beb..

Nasib baiklah aku tak ikut cadangannya untuk membuat pinjaman bank dengan menggunakan nama aku, kalau tidak, makan megi la aku bertahun-tahun. Tu pun aku terpaksa berhutang dengan kawan aku semata-mata nak menyenangkan dia. Time aku bagi duit tu, huh, puji melambung..

Mula2 memang dia bayar sikit2, lepas tu kadang2 bayar kadang2 tak. Sekarang dh anak dua terus senyap. Tak dengar berita langsung. Macam kes hilang. Aku pun malas nak kejan-kejan dia. Biar ja lah. Kalau paksa pun tak mampunya nak bayar. Aku anggap sendiri mau ingat la..Hal kahwin ni..Lu pikir la sendiri..Namun aku sedikit pun tak minta yang buruk2 berlaku pada dia.. Dia tetap kawan aku walau dah entah kemana..

Tuesday, February 8, 2011

Jamming



Aku dapat pic ni dari FB kawan aku..Aku pun dh tak ingt pasal pic ni. Bila aku tengok balik, aku senyum srg2..Hehe..Masa muda2 dulu.Awal 20an..Time dulu dok layan gak jamming nih. Walaupun tak la pandai mana tapi tetap belasah jugak.Heheh..Dah 6 thn rasanya tak layan jamming,..Apa2 pun, klu tingat balik masa tuh, memang exclusif..Pic legend nih...miss the old time

Thursday, February 3, 2011

bOwLiNg

Hari sabtu hari tu tournament bowling. Well, result agak teruk. Aku tak tahu apa yang jadi hari tu. Serba tak menjadi. Tak macam hari biasa yang selalu main. Maintain. Ini tidak, berterabur jadinya. Huhu..Tu la kan, bila pertandingan tu akan jadi lain. Konsentrasi hilang kot..At least, ada jugak pengalaman masuk tournament nih..



mengambil bola dengan penuh gaya...



membowling dengan hanya sebelah tangan...




biar kalah bowling namun tidak sekali pada bergambor...



kekalahan dan kepenatan tapi tetap ceria

Apa2 pun, hari tu enjoy. Semua kawan2 bersemangat dan serius. Walaupun cm tu, tetap ceria. Hehe..Cuma nasib kami ja yang kurang baik..





(sy harap awak kenal sy yek......(hehehe)

Wednesday, January 26, 2011

updating blog....3 days to go...

Huhu..3 more days for bowling tournament. For now, i'm still practices to get my tune back.Hehe..I haven't play bowling quite a long time. Actually my participate in this tournament not for winning..Honestly, to be a champ, i dont think so..i'm not hustler..Just for enjoy. Furthermore, this tournament organised by my department..So, lets play n make a havoc..hehe...

Saturday, January 15, 2011

selamat pengantin baru.....

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada dua kawan aku yang baru melangsungkan perkahwinan 2 -3 minggu lepas..Hmmm..Macam tak caya diaorang ni dh kawen.Tingat g time2 dolu2..Huhu..



Aku nak cita sikit pasal dia nih. Dia ni secara teknikalnya adalah sepupu tiri aku..Kami Tok wan yang sama cuma tok saja yang lain. Tapi apa pun, aku dan dia memang rapat dari kecik. Main pakau sama-sama, guli, menimba telaga, mengagau ikan, panjat pokok nyioq dan macam2 lg. Kami ni kepala otak gila sikit.Suka merapu..Memang havoc la klu kumpul ramai2..

Tetapi nasib dia agak kurang baik. Dia ni merupakan anak yatim piatu. Arwah ayahnya meninggal seminggu sebelum arwah ayah aku. Pastu kalau tak silap masa umo dia 18 tahun, mak dia pula kembali ke rahmatullah..Walaupun dia masih ada abang dengan kakak namun semuanya dah pun berumahtangga. Sibuk dengan tanggungjawab masing2. Jadi dia tinggal keseorangan di rumah. Aku tahu dia agak kesunyian tetapi aku puji dia kerana dia adalah seorang yang berdikari. Tidak menyusahkan abang kakak,tidak merungut apatah lagi nak menunjukkan kesusahan..Aku mengenalinya sebagai seorang yang ceria..

Dia jugak merupakan kawan baik aku. Aku selalu lepak dengan dia dan seorang lagi kawan aku. Kami selalu bertiga. Bila aku balik kampung saja mesti kami lepak sampai lewat malam. Macam2 yang kami sembangkan. Kebanyakannya pasal masa depan kami. Kadang2 tu masuk jugak bab2 ati ni. Bab kawen pun tk ketinggalan. Hehe..Selalu gak kami dok meneka siapa yang akan kawen dulu. Bila aku kenangkan balik, memang best waktu tuh. Ada nilai2 sentimental.

Dia ada mengikuti kursus kelasi. Kalau diikutkan tu bukanlah minat dia tapi dia tak ada pilihan lain. Dan dia bernasib baik sebab dapat kerja wadar kat negeri sembilan. Alhamdulillah.Rezeki dia.Dh lama dia tingin kerja gomen. Kira tercapai jugak r apa yg dia plan selama nih. Aku tumpang gembira. At least, hala tuju hidup dia berada di landasan dah.

Sejak dia kerja kat sana, kami dh jarang jumpa dia. Raya pun kadang2 dia tak balik sebab kena kerja.Tapi tak pa lah, dah tugas. Kenalah laksanakan.

Kami dah tak banyak info mengenai dia. Dan tiba2 kami dikejutkan dengan berita yang dia nak bertunang. Cepat tul. Setahu aku dia baru saja mengenali sorang pmpuan nih.Tapi tak apa la, benda baik. Buat apa nak di tangguh tangguhkan. Akhirnya sapa yang kawen dulu dah pun terjawab..Hehe

Sebenarnya, perkenalan diaorang ni bermula dari internet. Laman maya. Aku rasa suma tau laman maya yg femes tuh. Selama ni kita dengar benda2 yang tak elok ja pasal laman maya nih. Biasala, tiap benda tu ada kontranya. Baik dan buruk. Kita yang tentukan. Baik niat kita, baiklah jadinya. Lagi pun, aku percaya benda2 macam ni. Sebelum ni pun ada kawan aku kawen melalui laman maya jugak. Dah epi dok Kelantan sekarang. Kawan baik aku yg sorang lagi pun sama. Bulan depan dh nak bertunang. InsyaAllah. Dah tiga orang kawan aku yang bertemu jodoh melalui laman maya nih. Tu lah yang dikatakan jodoh. Yang penting niat.

Apa pun, aku tumpang hepi untuk dia..Dia dh jumpa teman time susah dan senang.

psstt... dia dh nak jd bapak pun..(dasat)..hehe


Kawan aku yg kedua kawen pulak kenal sebab 1 tempat keja. Aku tak berapa rapat sngt ngan dia nih. Dia 3 tahun lbh muda dari aku. Rumah dia adalah tempat melepak kami hari2 masa sekolah dulu. Memang port kami kat situ. Hari-hari, siang malam. Sampai kami buat satu pondok kt situ. Memang exclusif btl tempat tuh. Agak sedih sebab sekarang ni pondok tu dah roboh. Semua sibuk dengan kerja masing2..Tak da sapa nak jaga.




Apa2 pun, masa kenduri rumah dia memang meriah. Tambah lagi dapat jumpa ramai kawan2. Ada yang duduk jauh. Maklumlah, semua sibuk ngan hal masing2. Memang riuh r kami kt rumah kenduri tuh. Merapu macam dulu2 jugak. Lawan mengutuk. lawan perli memang makanan kami. Gelak sampai pecah perut. Fuhh, memang best. Dah lama tak gelak macam tuh. Heheh, sakit perut aku...Dah lama tk jumpak memang cm tu la kami.Hehe..


Pssstt..Nampak gayanya makin lama hilang makin krew kami..Huhu..


Inilah tapak pondok kami yg telah roboh..huhu

Apa pn, Akhir kata, sekali lagi aku mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada diaorang..Moga kekal bahagia hingga anak cucu..