Tuesday, February 19, 2013

my 1st luv story - luv at 1st sight episode 26


Aku di satu ketika
Merenung ke luar jendela
Mempunyai terlalu banyak masa
Untuk aku mengingati dia

Aku di satu ketika
Masih merenung ke luar jendela
Sangat sempit dihati terasa
Untuk aku mengenang dia…..


Keesokan harinya aku masih bersekolah seperti biasa namun tak ada yang tahu luluhnya hati ini boleh diandaikan bak kaca yang jatuh berderai. Moody dan tak mampu untuk berbicara. Hanya sugul dan bermuram durja yang mampu di impresikan oleh riak muka. Raut wajah seiring dan senada dengan apa yang bersarang dihati. Sudahla muka tak berapa nak hensem, bertambah-tambah tak hensem la sekiranya asyik buat raut seperti itu.

Ketika aku keluar kelas, aku ternampak adik Nurul, Liana sedang berjalan dan menuju kearah aku. Aku agak terperanjat dia berjumpa dengan aku dan memberikan sesuatu. Aku hairan kerana kami tak pernah berbual apa lagi untuk beramah mesra. Aku juga tak menyangka dia mengenali aku.  Dia menyerahkan sepucuk surat. Dari Nurul katanya. Tanpa membuang masa aku mencari tempat yang sesuai untuk membaca kata-kata dari heroin.Aku sudah lupa apa kandungannya dan surat itu juga telah hilang dari simpanan. Namun ayat-ayat dalam surat itu telah mencairkan hati ini yang sekeras besi. Aku terharu. Kata-kata yang menyentuh hati laksana hero gagah yang membela seekor harimau perkasa namun telah beralih minatnya dengan membelai seekor kucing.

Tak ada kata yang dapat menterjemah segala apa yang aku rasa pada waktu ini. Lelah, hampa dan kecewa semuanya menjadi satu gambaran perasaan yang boleh aku katakan kacau bilau. Serius, ianya menyesakkan. Manakan tidak, dia pergi ketika aku gembira. Terasa seperti apa yang telah dilalui itu direntap dengan cara yang sungguh tak berperikemanusiaan. Jika diandaikan ianya seumpama pertarungan tinju, muktamadnya aku telah di knock outkan hanya dengan satu tumbukan. Tiada belas ehsan dan aku kecundang dengan tidak berupaya untuk kembali bangun. Bahkan tidak sedar.Aku lumpuh. Namun, sesungguhnya kecederaan luaran manakan sama dengan kecederaan dalaman. Luka-luka di muka boleh ditampal dengan sedozen plaster tetapi luka dihati akibatnya dengar lagu sedihla hari-hari.

Ianya satu tamparan untuk aku. Bayangkan, setiap hari aku dan dia bertemu, kadang-kadang berhubung namun dengan secara tiba-tiba semua itu tidak aku lalui lagi. Rutin harian kami lenyap sekelip mata. Tak ada lagi senyuman, tak ada lagi gelak tawa, tak ada lagi suara yang dulu setiap hari aku nantikan. Boleh dikatakan kini aku melalui hari-hari yang kosong..Rutin aku tidak seperti dahulunya yang mana aku sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu. Namun sekarang tidak lagi..Susah untuk aku membiasakan diri buat masa ini.

Rupanya agak sukar untuk aku  menjalani kehidupan seperti biasa. Susah untuk aku terangkan. Hanya orang yang alami saja yang akan faham apa itu erti “hilangnya semangat”. Hilang tujuan seolah-olah memandu namun tanpa destinasi. Aku sangkakan aku boleh menanganinya namun sebaliknya berlaku. Mungkin kegembiraan lalu antara kami tetap menghantui dan mengekori aku seperti bayang-bayang. Macam kata mat salleh, it comes over and over again. Aku tak punya cara lain selain dari terus membiarkan hari berganti hari dan cuma mampu mengharapkan agar masa itu menjadi penawar untuk semua ini.

Ketika kawan-kawan lain bermain bola di padang sewaktu subjek Pendidikan Jasmani, aku hanya memerhatikan mereka di tepi. Riuh tawa mereka tidak aku hiraukan. Aku tidak punya minat untuk bermain walhal bermain bola adalah satu keghairahan bagi aku. Bola tidak mampu untuk memadamkan kekosongan yang aku lalui. Angin pagi yang bertiup menambahkan lagi mood sentimental yang boleh dikatakan tahap jiwang karat. Jika ini babak dalam filem, babak inilah yang akan membuatkan penonton sangat terharu kerana sang hero sangat down ketika ini. Hanya lagu yang bergenrekan kesedihan berkumandang bagi menambahkan feel. Sesungguhnya, keadaan aku memang seperti yang digambarkan oleh sang hero itu.

Aku masih ingat lagi detik itu, kemuraman menyelubungi jiwa. Hanya mampu merenung alam sekeling dengan pandangan tak ada makna. Meliar dan tidak berbicara. Tak ada sesiapapun yang mengerti apa yang aku lalui. Aku tidak berkongsi rasa. Biarlah aku menanggungnya seorang diri. Aku tahu, dia juga tak merasa apa yang aku rasa kerana hanya aku yang merasa. Untuk itu, biarlah aku mengharunginya sendiri. Masa itu adalah penawar. Aku berharap satu hari nanti aku boleh membuang rasa ini dan aku mahukan ianya tidak kembali lagi. 

bersambung........

Tuesday, February 12, 2013

my 1st luv story - luv at 1st sight episode 25....


 Bintang itu sirna.......

Aku seolah-olah dikejutkan dengan elektrik. Terkejut dan tidak menyangka sama sekali Nurul akan berjumpa dengan aku lagi dengan keadaan macam ni. Apa lagi yang boleh seorang hero rasakan setelah buah hati pujaannya datang untuk berjumpa dalam suasana yang mengharukan?. Detik-detik dramatik ini hanya berlaku dalam cerita 80-an Azura apabila si Zack masuk membuat khutbah didalam kelas si heroin Azura. Dan apabila generasi 90-an, aku pula mengambil alih cerita itu tetapi keadaan menjadi sebaliknya pula setelah si heroin yang datang berjumpa dengan si hero.

Aku sangat terharu. Sambil jantung berdegup kencang, aku tersipu-sipu malu. Kawan-kawan kelas yang lain semuanya melihat aku dalam keadaan separuh sedar kerana masa tu memang aku dah tak mampu untuk sedar. “Sulaiman, ada orang nak jumpa”. Kata cikgu. Aku masih ingat lagi cikgu subjek Sains itu. Cikgu Rokiah. Lalu aku pun bergerak menuju ke luar untuk bertemu Nurul. Aku tidak pedulikan kawan-kawan yang lain. Kekejutan masih lagi menyeresapi diri aku. Dalam masa yang sama juga aku mengagumi Nurul kerana berani berbuat begitu. Sudah 2 kali. Aku akui, aku tidak seberani itu walaupun dalam cerita ini aku adalah sang hero yang gagah dan maskulin. Kalau aku, dah tentu aku akan menunggu hingga waktu balik untuk bertemu Nurul.Huhu..Jangan salah faham, Bukan kerana aku tidak berani, Cuma aku menghormati pelajar lain yang datang untuk belajar.

Tiba di luar, kelihatan Nurul sedang menunggu aku. Dengan berbaju tshirt dan berseluar jeans, Nurul nampak berbeza. Namun kecomelannya tetap sama. Dia menyambut aku dengan senyuman. Dan itu menjadikan hati aku lega untuk seketika. Memang aku menantikan itu hari demi hari. Namun aku sedar senyuman itu akan menjadi kali yang terakhir tak lama lagi.

Kami berbual di satu tempat tidak jauh dari kelas. Suasana agak sentimental. Kami hanya mampu tersenyum tapi didalam, kalau hati boleh di xray, apa yang kelihatan adalah luka-luka yang makin banyak ditarah. Macam selalu, apa yang Nurul katakan dia pergi sana kerana terpaksa dan tidak sama sekali akan melupakan aku. Segala apa yang kami lalui. Dia akan ingat aku sampai bila-bila. Tapi ianya tetap tidak mampu meredakan kepahitan aku. Kerana hakikatnya aku tahu, tiada lagi kisah aku dan dia selepas ini. Ingin aku mengungkapkan banyak kata-kata kepada Nurul, namun aku tak mampu. Aku tak dapat meneruskan kata-kata dan yang membuatkan aku ralat, aku tak meluahkan sesuatu yang sangat penting tentang perasaan aku. Tentang apa yang aku rasa.

Selepas beberapa ketika, Nurul pun pergi. Sebaik dia menoleh, aku sedari itu adalah kali terakhir aku akan berjumpa dia. Kali terakhir akan melihat senyuman dia.. Aku ingin menahan dia dari pergi namun aku tak mampu. Semakin dia melangkah, semakin berdarah hati aku. Aku sangat menyesali kerana aku tak mengungkapkan perasaan aku kepada dia sebelum dia pergi. Sebab itu Kalau aku melalui keadaan begini sekali lagi dimasa depan, pasti aku akan meluahkan apa yang aku rasa. Bukan sekali, tapi berulang-ulang kali. Aku dah tak peduli. Aku Cuma nak dia tahu, walaupun sudah tak berpeluang untuk bertemu lagi, walaupun tak berpeluang untuk berhubungan lagi, aku nak dia semat dalam hati, dia adalah seorang yang sangat penting dalam hidup aku. Seseorang yang sangat bermakna. Segala apa yang aku dan dia lalui, sangat berharga. Aku juga tak akan melupakan dia kerana dia juga telah sebati dalam diri aku.

 Dia berharap aku akan hidup dengan kegembiraan, tapi dia terlupa satu perkara. Dialah kegembiraan aku. Bagaimana aku nak gembira jika dia pergi dari aku?..Semangat aku pudar. Walaupun banyak semangat yang dia taburkan, susah untuk aku menerimanya. Kerana aku tahu, saat dia melangkah pergi, dia akan menjadi seseorang yang berbeza nanti. Setiap langkahnya itu, mengheret satu demi satu senyuman dan gelak tawa aku. Sudah tak ada apa yang mampu aku lakukan selain dari hanya melihat dia melangkah dari aku. Semakin lama semakin jauh. Aku masih ingat lagi detik-detik  terakhir itu. Saat aku merenung dia, saat kami bertentangan mata, hanya kesugulan yang beraja dihati. Aku melihat dia melangkah sehingga hilang dari pandangan. Waktu itu, hati aku seolah-olah tidak berfungsi lagi. Seakan-akan dirobek dengan kejam. Benarlah kata orang, luka luaran boleh sembuh namun luka dalaman, bagai menusuk kalbu. Berakhir sudah cerita aku dan dia.

Bersambung…

Sunday, February 10, 2013

intensif vol. 2


Akhirnya, setelah melalui dan mengharungi segala onak dan duri selama hampir tiga minggu, kini terlerai sudah belenggu yang penuh dengan irama suka dan duka. Berakhir sudah kursus intensif di USM dan  dengan itu juga aku diisytiharkan merdeka buat sementara waktu. Lega rasanya. Otak yang selama ini sudah sarat dengan segala benda dipaksa bekerja overtime kerana  terpaksa memfokuskan pelajaran untuk melalui peperiksaan.Fuhh, kembali ringan beban di otak. Lepas ni harus fokus pada final exam bulan Jun nanti.

Apa pun, intensif ni aku agak enjoy. Cumanya satu tabiat buruk tetap tak berubah.. Biasa la, ari ni exam, ari ni baru nak baca..Huhu..Aku masih ingat lagi tahun lepas, selepas abis exam satu subjek tu, aku terus keluar tanpa bercakap dan terus menuju ke rumah. Dah tak ada mood. Soalan yang aku rasakan tak ada jawapan.,Tahun ni juga sama  cuma aku mengharapkan ianya akan lebih baik dari tahun lepas. Ditambah pula aku ada kawan-kawan yang selalu membantu. Selalu buat perjumpaan. Selalu sering mengingatkan. Masing-masing ada semangat nak compete antara satu sama lain. Bagus la macam tu.

Intensif dah abis namun yang lecehnya aku akan kembali bekerja. Banyak tugas yang perlu dibuat. Belumpun habis exam aku diberitahu tugas baru telah menanti. 3 minggu aku di alam bulan madu dan kini semuanya akan kembali seperti dulu. Memikirkan kerja….Jeeemmm…..


Wednesday, February 6, 2013

TAHNIAH DAN SENTIASA BERBAHAGIA


Disini aku ingin mengucapkan tahniah kepada kawan rapat aku diatas kelahiran bayinya pada awal Februari ari tu. Dan aku juga mengucapkan selamat hari lahir kepada dia. Walaupun agak terlewat, tu bukan bermakna aku lupa cuma tiada kesempatan untuk mengucapkannya. Aku akan terus mendoakan kebaikan untuk dia dan keluarga. Berbahagia hendaknya...InsyaAllah..Amiinnn......

Friday, February 1, 2013

my 1st luv story...luv at 1st sight episode 24


Kami terperangkap. Cuba untuk melarikan diri namun gagal. Kami telah ditahan untuk disoal siasat. Kemudian, datang seseorang yang menggerunkan kami. Ustaz yang juga antara salah seorang guru displin. Dengan wajah bengisnya menghampiri kami.

Dia bertanya apa yang kami buat pada waktu-waktu tengah hari sebegini?.Kami menjawab saja berbual-bual kerana baru selesai membersihkan kelas. Ustaz tersebut tidak mempercayai kami. Namun Nurul dengan tegas bersuara kami tidak melakukan apa-apa. Hanya bersembang sebelum balik ke rumah. Lagi pun kami bukan berdua-duaan. Kami berenam. Akhirnya setelah puas menafikan, Ustaz melepaskan kami dan berkata jangan mengulanginya lagi di lain kali kerana perbuatan sebegitu tidak berapa elok. Kami mengangguk tanda faham dan berkata tidak akan berbuat lagi. Akhirnya tanpa bercakap banyak kami pun balik.

Sekali lagi aku mengagumi Nurul kerana dia berani dan tegas. Memang sesuai perwatakan dia sebagai anak sulung. Namun aku akui, apa yang kami lakukan itu sebenarnya memang salah dan tidak elok kerana disitu tak ada orang.. Yang salah tetap salah.  Aku tak menafikannya. Tu adalah pengajaran untuk kami semua.

Kami pun pulang kerumah masing-masing. Aku tidak lagi dapat berhubung dengan Nurul. Dah la dia akan ke sekolah teknik minggu depan. Jadi, aku merasakan itu adalah kali terakhir kami berjumpa. Aku sedikit ralat. Pengakhiran yang secara mendadak. Tak sempat untuk aku mengucapkan selamat tinggal. Tapi aku sedar, aku tak mampu untuk berbuat apa-apa.

Isnin…

Aku ke sekolah. Namun aku tertinggal sesuatu. Semangat. Ntah kemana hilangnya. Suram dan tak bermaya dalam hati. Tiada lagi rasa keterujaan untuk berada di dalam kelas. Aku merindui Nurul. Walaupun dia dah tak ada, aku tetap melihat tempat duduk dia yang kini orang lain mengambil alih. Aku pendam dalam hati. Orang lain tak kan tahu apa yang aku rasakan. Mungkin di luaran, aku masih mampu tersenyum namun di dalam, aku seperti kehilangan sesuatu. Ianya tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Jiwa aku di awang-awangan. Cikgu mengajar di depan namun fikiran aku melayang nun jauh ntah kemana. Sedang aku berada didalam mood kesuraman, tiba-tiba pintu kelas aku diketuk. Knock2.. Semua orang terhenti seketika. Melihat siapa gerangannya. Aku juga begitu. Terkejut. “Assalammualaikum cikgu, boleh saya berjumpa dengan Sulaiman?” Tadi aku dah terkejut, sekarang ni aku dah 2 kali terkejut. Nasib baik aku tak ada heart attack. Mana tak nya, orang itu adalah orang yang aku rindukan.. Siapa lagi kalau bukan Nurul……Masa seolah-olah terhenti…..