Tuesday, August 27, 2019

aku yang berdosa



Sudah lama aku tidak menulis. Tiada idea atau cerita yang dapat aku ceritakan tentang kehidupan ini. Kehidupan berjalan seperti biasa. Ada masa gembira ada masa berduka. Itu lumrah. Tapi itulah yang membuatkan hidup lebih bermakna. Aku gembira dengan kehidupan aku. Aku dikelilingi kawan kawan yang baik. Rakan sekerja yang baik. Rakan setaman yang baik. Sepertinya aku menikmati kehidupan ke arah lebih baik saban tahun. Namun, hidup aku cuma kekurangan satu sahaja. Kekurangan yang nyata. Kekurangan yang tidak dapat ditampung. Aku kekurangan kasih sayang dari arwah mak dan arwah ayah. Mereka tidak dapat melihat kehidupan bekeluarga aku. Tidak dapat melihat cucu mereka membesar. Hari raya aku kesunyian tanpa mak dan ayah. Dan sememangnya aku sunyi tanpa mak ayah. Taka da kata yang dapat menjelaskan kesunyian aku tanpa mereka dalam kehidupan. Kalaulah masa dapat diputar kembai…….

Dari sudut keluarga, Alhamdulillah semuanya baik dan aku bersyukur atas rahmat yang diberi oleh Allah walaupun aku adalah hamba yang zalim. Dan aku masih lagi dapat menikmati keindahan hidup ini sekalipun aku banyak berbuat dosa. Begitu besarnya kasih tuhan terhadap aku. Ya Allah, aku tidak layak untuk mendapat segala kurniaan ini. Aku malu. Adkalanya aku merenung langit dan aku berfiir, nikmat apa lagi yang aku dustakan. Allah telah makbulkan  setiap apa yang aku dokan dan aku tetap hidup dengan melampaui batas. Betapa teruknya aku menzahirkan kesyukuran aku. Aku bukan lah berani dengan kematian bahkan setiap hari kematian berlegar legar dalam kepala aku. Macam mana aku mati? Macam mana kalau aku kena kanser?macam mana kalau aku kemalangan? Aku takut berdepan dengan kematian tapi dalam masa yang sama aku tetap dengan keangkuhan. Kematian tetap akan tiba tapi aku takut kerana amalan aku yang tak seberapa jika hendak dibandingkan dengan dosa aku yang menggunung. Kebaikan aku ibarat 1 buih di tengah tengah lautan. Aku belum cukup kuat. Aku lalai. Leka dan alpa dengan keduniaan. Hati aku lebih sayangkan dunia dari akhirat. Benar orang kata, jika sayangkan dunia akhirat akan meninggalkan kita tetapi jika kita sayangkan akhirat, dunia akan mengejar kita. Baru diuji dsengan sedikit nikmat dunia aku telah lupa daratan inikan pula jika Allah berikan aku kemewahan hidup. Aju adalah hamba yang tidak bersyukur. Tamak dan lupa diri. Apa lagi yang dapat aku katakan. Sesungguhya aku sangat iri hati bila melihat orang yang jauh lebih baik dari aku dari sudut agama. Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti mereka? Tapi bila difikirkan balik Allah telah kurniakan rezeki untuk kami membeli rumah diamana aku tinggal sekarang. Dan disini aku dikelilingi kawan-kawan yang diri mereka dekat dengan masjid dan surau. Ini juga adalah rahmat tuhan. Doa aku dimakbulkan melebihi dari apa yang aku mohon. InsyaAllah aku akan cuba berubah menjadi lebih baik. Aku tahu aku akan tewas tapi aku akan terus cuba menjadi lebih baik.