Thursday, February 25, 2010

serabut

kau kata kau serabut
aku pun dh faham kau punya maksud
so,aku pun tk nak kau bertambah kusut
dan tak nak ianya semakin berlarut

kau kata kau masih serabut hingga sekarang
mungkin juga kau bnyk masalah yang bersarang
aku ingin menolong jika berpeluang
tapi aku rasa aku bukanlah orang yang boleh diharap2 kan

Thursday, February 18, 2010

Hilang lg sorang geng



Hmm..14 Feb 2010 yang lepas,akhirnya penantian kawan aku ni berakhir..Tiada lagi zaman bujangnya..Huhu..Semuanya berjalan dengan lancar..Dan dapat dilihat kegembiraan dari riak mukanya..Sejarah jugak kt aku ritu sbb 1st time pakai sampin..huhu..Aku doakan moga diaorang akan kekal sampai ke anak cucu..Kawen bia satu..kih3...

biar....

biAr smLam yG inDah iTu pErGi dEngAn seNdiRi
biAr seMua cEritA itU beRakHir tAnPa kU aKhiRi
wAlaU diZahIr meNaFi tApi tiDak diHati
dAn kEnanGan itU aKan maTi beRsamA naDi
biaR peRit lAngkaH iNi meNiti
bIar kEtaWa itU bUkaN daRi hAti
aKan teTap Aku gaGahi
kErna akU mAsiH beGinI..

Wednesday, February 10, 2010

memalukan part 1

Aku nak cita skit pengalaman aku yang aku rasa agak memalukan. Bia pun dah lama tapi aku masih ingat sampai ke ari ni..Memandangkan aku tengah free saja r aku nk wat post baru..Lama dah tak wat..huhu..
Citanya bermula begini..cewah..heheh..Time tu aku budak2 lagi..Masa form 2..aku dgn kawan baik aku masa tu..Nak g ke pusat bandar..Saja r g jalan2..Time cuti la katakan..Memandangkan time tu lesen moto tak ada, jadi kami pun menggunakan pengangkutan yang femes pada masa tu..bas..hehe..
Kami menjadi penunggu hampir sejam,time panas terik lak tu..Namun kami masih menunggu dengan sabar..Setelah agak lama menunggu, bas yang ditunggu-tunggu telah tiba..Dari kejauhan bas telah kelihatan dan kami pun bersiap sedia untuk naik..
Bas pun berhenti di depan kami dan kawan aku yang naik terlebih dahulu..Bila tiba giliran aku naik, baru ja aku nak naik tangga tiba2 dengan tak semena-mena aku tersilap langkah lalu aku tersepak tangga bas tu..Apa lagi dalam suasana kelam kabut tu selipar aku tertanggal dan aku hanya mampu melihat selipar aku jatuh di tangga satu persatu dan akhirnya seperti kata pepatah sepandai pandai selipar melompat, akhirnya jatuh ketanah jua..serentak dengan itu,bas telah pun bergerak dan aku masih lagi di atas tangga dengan keadaan yang blur2....Pada masa itu,dalam hati aku terfikir macam mana aku nak ke pusat bandar dengan berkaki ayam?..ahh, tk leh jadi ni..Dengan muka yang begitu tebalnya aku menjerit, op..oppp...oppp....berenti kat driver bas itu..Suasana menjadi kelam kabut dan konduktor tu pun terpinga-pinga dan bertanyakan apa yang terjadi..aku pn dengan selamba menjawab selipar saya jatuh..Waaahhhhh,time tu tak dapat aku nak merasakan apa2 kecuali malu yang amat sangat..Tak pernah aku dimalukan dengan sedemikian rupa..huhu..Aku wat muka tebal ja g amik selipar dan dengan machonya kembali naik ke bas itu..Dengan perlahan-lahan aku ke tempat duduk bersebelahan kawan aku..aku tengok dia kecik jaa..huhu..Dia punya la gelak kat aku..Hampeh toi..Geramnya rasa..Malu pun ada..Nak dijadikan cita dan nak ditambahkan lagi kemaluan ni,rupa2nya ada jugak budak sekolah aku naik bas yang sama..Alamak, malunya aku..Sok mst menjadi bahan lawak diaorang..Tapi takpa, aku berlagak mcm tak ada apa2 yang terjadi..Bia ja la..Malu pun malu r.Nak wat cm na, bnd dh nak jadi..
Tu r pengalaman memalukan aku..Sampai sekarang aku ingat..Bukan setakat aku, kawan2 aku pun kadang2 perli aku sampai sekarang..Menjadi bahan lawak diaorang..Hampeh..Tp bia r, at least ada jgk bahan nak gelak2..Heheh...malu nya aku...