Friday, November 25, 2011

Kuliah Maghrib...

Aku tak tahu nak update apa sebenarnya..Tak ada cerita yang dapat dijadikan cerita..Cuma hari ahad yang lepas aku pergi mengikuti kuliah maghrib di masjid negeri.

Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan bukanlah nak war war kan yang aku ni pergi masjid. Tidak. Tak terniat pun nak berbangga. Lagipun, klu diikutkan aku bukan lah kerap ke masjid.

Pada hari tu, ustaz yang memberi kuliah tu adalah seorang ustaz yang semakin terkenal. Kerap aku tengok dia melalui youtube. Jadi, bila dia datang Penang, aku tak mahu melepaskan peluang untuk mendengar secara live....

Ustaz yang aku maksudkan itu adalah Ustaz Azhar Idrus...Memang aku suka dengar dia ceramah. Tak jemu mendengarnya.

2 Jam jugak la dia beri kuliah hari tu. Walaupun mcm tu, tak terasa waktu berjalan. Sedar2 ja sudah habis. Mana taknya, masa intro Ustaz tu rilex lagi..Bila dah agak panas, dia mula la buat lawak. Macam2..Kiranya suma orang hari tu gelak sepuasnya. Memang tak kering gusi..Aku pun gelak semahunya..Heheh..Memang best betul lah. Tekun aku mendengarnya. Walaupun dia cakap loghat Terengganu, tapi semuanya boleh faham dengan jelas...Kami semua enjoy dengan kuliah tu.

Ustaz ni berbeza sikit caranya...Lain dari yang lain. Dalam sejam dia memberikan kuliah dan sejam lagi dia adalah sesi menjawab soalan yang orang ajukan melalui kertas..Haa, sesi ni la yang memang lawak kaw...Tak henti-henti orang gelak..Kejap ja rasanya..Sebolehnya aku mahukan lagi..huhu...

Apa-apa pun, malam tu memang best..Ustaz azhar Idrus pun terbaeekkk...Bagi aku Ustaz Azhar Idrus ni memang otak lawak. Dia pun lebih kurang Ustaz Kazim..Dua-dua ustaz ni aku dah pernah dengar kuliah mereka..Memang tip top...

Sunday, November 13, 2011

sorang lagi dah lepas....


Semalam aku ada mengikut rombongan menikah kawan aku. Seronok ja aku tengok orang menikah ni tambahan pulak orang tu kawan baik aku..

Dari awal lagi aku dapat rasakan kawan aku ni sedikit cuak. Cakap pun macam melalut. Pegang barang pun nampak shaking.Aku faham.Dia tak keruan tu.Heheh..

Orang laki ni 2 benda ja yang agak takut dalam life. 1st, masa nak bersunat..(masa kecik2 dulu)..2nd, of coz time nak bersalam dengan tok kadi.Bagi aku tu sesuatu yang menggerunkan...Serius...Aku pun neves klu cm tu..

Masa kawan aku tu di depan tok kadi, aku dok bayangkan macam mana kalau aku di tempat dia..Fuhh, mesti berpeluh aku. Aku mengaku situasi mcm tu memang membuatkan aku mati kutu..Sesuatu yang menakutkan..Hisshhh..Tak dapat aku bayangkan macam mana keadaan aku nanti..Orang dah la ramai yang tengok, pastu kena pakai mike pulak.Mak aih....lagi la ketar lutut...Kena pulak jenis tok kadi yang banyak tanya...Fuhhh, gerenti blur...Bungkus...

Tapi kawan aku beruntung, tok kadi tu tak banyak tanya just suruh baca Fatihah saja..Seronoknya cm tu..Dengan sekali lafaz ja dia telah selamat diijab kabulkan..Waaaaaa, bessstttttnyaaaaa..Lepas segala beban didada....At least, dia dah lepas...huhu...

Aku dok teringat lg masa dolu2 sewaktu dengan dia dan seorang lagi sepupu aku..Setiap malam kami selalu lepak bertiga. Sembang2 pasal masa depan dan selalunya topik yang best, topik kawen..Heheh..Soalan yang selalu ditanya antara kami siapalah yang akan berkahwin dulu..

Dan sekarang ni, segala persoalan telah terjawab. Sepupu aku baru ja menimang cahaya mata dan semalam kawan aku pulak dah sah jadi suami orang..So, yang ditinggalkan adalah aku..Huhu...

Aku tak la kisah sangat. Kawin ni bukan boleh ikut orang. Dah jodoh diaorang, biarlah..

Sepupu aku tu pernah menasihatkan aku agar cepat2 kawen..Heheh..Ya la, dari pengalaman dia , dia kata dia telah lama berasa sunyi..Tak ada sapa2..Aku faham, dia telah lama jadi anak yatim piatu..Sebab tu dia sunyi..Dan disebabkan itu juga dia mengesyorkan aku supaya cepat kahwin..Dia kata, saat2 seperti ini, aku memerlukan seorang peneman..Hmmm, memang la, klu nak diikutkan, aku pun nak kawin cuma masanya belum tiba..

Ya lah, hati aku cuma separuh. Tu pun dah banyak parut. Jadi untuk tidak mencederakan lagi hati ni, aku perlu berhati-hati. Nak serah hati ni kat orang, biarlah dengan keadaan hati yang elok...So, aku harus stabilkan hati ni dulu..Aku yakin, satu masa nanti aku akan berjumpa dgn separuh lagi hati aku.(malam2 ni rasa jiwang la pulak..heheh).

So, apa pun, kebanyakan kawan aku ramai dah yang bukan anak teruna..Oppsss, silap..Yang dah kawin..Heheh..Aku tumpang gembira untuk mereka...Tahniah kepada kawan aku yang baru menikah tu...Sabar la kawan..Sebulan saja lagi....Hehehe...

Ok la, aku nak layan jiwang kejap..layan lagu eddie hamid.Segalanya telah berakhir..Dah bertahun aku minat lagu ni.Dulu selalu aku layan..Kononnya kena ngan batang hidung aku r..Hehe..

Wednesday, November 9, 2011

life is great

Aku tak tahu nak update apa sebenarnya. Dah mati kutu..Nak cerita pasal raya aji, aku rasa semuanya OK..TERBAEK dari ladang...Walaupun tak beraya mana2 tapi aku rasa gembira sangat...Heheh...

Nak cerita pasal life, seperti biasa ada pasang surutnya..Ada masa gembira dan ada masanya berduka..Biasalah, hidup tak selalunya indah namun itulah yang mengindahkan hidup kita..Banyak benda yang aku boleh lalui dengan mudah dan ada juga sedikit yang aku rasakan susah..

Apa pun, dugaan itu tetap akan datang dan pergi..Bak kata orang putih, everyday may not be good, but there's something good in everyday..








Tuesday, November 1, 2011

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa..

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa..

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.

6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●