Wednesday, March 27, 2013

26 Mac 2013

Hari pertama....Harap semuanya berjalan dengan lancar...InsyaAllah......

Thursday, March 14, 2013

my 1st luv story - luv at 1st sight episod 27


Suram dan sunyi. Begitulah perumpamaan apa yang aku rasakan masa ini. Bagai filem hindi tanpa lagu, bagai kan hero tamil tanpa misai, bagai drama melayu yang tak ada watak pendengkinya. Bak kata Karam Singh Walia, terbakar kampung nampak asap, terbakar dihati siapa tahu?.. Tak ubah seperti lagu pudar nyanyian Rossa,  dan juga kosong nyanyian kumpulan Dewa19. Semua itu menggambarkan perasaan lelah yang aku terpaksa harungi hari demi hari. Bukan mudah untuk aku melalui saat-saat tanpa dia. Semakin kuat untuk aku melupakan dia, semakin menggunung aku teringatkan dia. Aku kalah dalam melawan perasaan sendiri. Senyuman yang aku ukirkan hanyalah satu lakonan semata-mata dimana ianya akan merangkul anugerah academy awards untuk 2 tahun berturut-turut jika dipertandingkan. Begitu realistik sekali.

Aku masih lagi tak dapat membiasakan diri. Menelan kelat dan pahit. Masih teringat  detik-detik terakhir diantara aku dan dia. Saat dimana aku merasakan seolah-olah kehilangan perasaan. Rupa-rupanya untuk melihat seseorang itu pergi, ternyata sangat sukar. Senyum pahit itu hanya untuk menutupi kesedihan yang bersarang dihati. Sekalipun mata bertentang mata, mulut terkunci dari berkata-kata, namun hati masih lagi memainkan peranannya. Tidak kasihan kah hati ini kepada aku?. Apa salah aku?. Tak bolehkah hati ini terus membiarkan aku diulit kegembiraan walaupun setelah melihat dia pergi?. Dia hadir dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan. Tak bolehkah dia pergi meninggalkan aku juga dengan kegembiraan?..Aku tak meminta banyak dari hati, hanya 1. Cukuplah sekadar aku boleh menjalani kehidupan seperti sediakala tanpa dihimpit rasa yang menghimpit. Ini tidak, terus menerus menekan aku tanpa ehsan.

Lagu bergenrekan rock bukan lagi menjadi perhatian aku.  Buat masa sekarang aku hanya melayan lagu-lagu yang menyentuh perasaan dikala keseorangan. Lagu-lagu lama, lagu-lagu Indon menjadi siulan. Hanya gitar menjadi peneman setia dikala ini.  Ya, gitar ini setia untuk mengharungi detik-detik susah dan senang bersama.Sentiasa ada bersama aku di kala aku memerlukan. Boleh membuai perasaan dikala talinya di petik dan di mainkan. Aku sangat bertuah kerana gitar ini kadang-kala menjadi pengubat rindu. Ianya tak akan meninggalkan aku walaupun pelbagai dugaan yang datang melanda kecuali jika aku menjualnya untuk mendapatkan sedikit duit. At least, masih ada sesuatu yang bersama aku ketika aku dalam keadaan down yang kritikal.

Aku tak tahu macam mana caranya untuk aku kembali normal. Dah bermacam-macam aku buat. Cuba untuk hepi dengan kawan-kawan dan cuba untuk menyibukkan diri agar boleh melupakan dia. Tapi tak berhasil. Part yang susah semestinya sebelum melelapkan mata. This part is horrible. I try to sleep but what I can see is the memories between us. Fuuh, sepeking London..Betul, apa yang telah aku dan dia lalui mesti aku teringat seolah-olah masa itu wayang telah bermula. Ianya penuh dengan gelak tawa. Dan aku merindukan semuanya tentang dia. Semuanya tentang kami berdua.

Kini aku cuma berharap masa itu berlalu dengan pantas. Aku nak cepat untuk melupakan dia. Kalau lah otak ni macam memori kad, boleh di simpan dah didelet, kan senang. Tapi, secara jujurnya, jauh disudut hati, seandainya aku ada kuasa untuk membuang segala apa yang telah aku dan dia lalui, aku tetap akan membiarkan semua itu tersimpul rapi dalam ingatan. Tidak akan sesekali untuk membuangnya. Detik-detik itu sangat indah. Kami berkongsi ketawa dan kesusahan bersama. Aku bertuah kerana mengenali dia. Dan aku juga berharap dia tidak menyesal mengenali aku. Aku nak dia tahu aku akan terus mendoakan dia.

Thursday, March 7, 2013

doa untuk Lahad Datu






Marilah kita sama-sama mendoakan keamanan untuk negara kita agar kembali aman. Kepada mereka yang telah gugur di medan perang, mereka adalah pejuang negara kita. Pengorbanan mereka amat besar. 



Dalam keadaan negara yang genting seperti ini,  yang sangat menjengkelkan aku masih ada lagi puak-puak yang tidak menghargai pengorbanan anggota keselamatan bahkan memperlekehkan usaha mereka.. Terlalu banyak tohmahan dan cacian dari puak-puak ini sedangkan tiada apa yang mereka lakukan untuk negara...Diulangi, TIDAK ADA..TIDAK ADA..Sedikitpun TIDAK ADA....Hanya tin kosong yang hanya tahu menyalahkan dan merendah-rendahkan martabat orang lain. Apa saja usaha semuanya tak kena pada pandangan mereka. Tiada kata penghargaan apatah lagi simpati dari mereka...



Disebabkan perbezaan ideologi politik mereka mempersalahkan kerajaan walau apa pun yang diusahakan. Aku bukan lah nk mempolitikkan perkara ni tapi dari pandangan aku, dari FB mahupun blog2 dan juga kata-kata khususnya dari pemimpin pembangkang, semuanya menjurus kepada penghinaan malah ada juga yang membela dan mengatakan penceroboh berketurunan sulu itu adalah dari keturunan Rasulullah.. Yang paling aku marah ada juga pemimpin pembangkang mengatakan kejadian ini hanyalah konspirasi kerajaan. Aku rasa kalau dia ada depan mata aku, aku nak terajang dia 5 - 6 kali. Tak habis-habis dengan politik. Tak habis-habis dengan menghasut. Askar naik Air Asia pun nak mempolitikkan jugak..Aku tak tahu tahap pemikiran pembangkang ni...Semua segi nak kaitkan dengan politik.. Diaorang tu bukan pergi makan angin, diaorang tu pergi untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Biarkan saja. Jangan bercakap banyak tapi apa pun tak buat. Pemimpin seperti ini hanya layak diludah....Memang aku sangat panas hati dengan mereka.. Kalau ya pun nk berpolitik, politik la dengan bijak. Ni tak, semuanya salah orang lain.

Jika pemimpim pun berkata macam tu, menghasut dengan pelbagai andaian tanpa bukti, apa lagi pengikutnya..Kawan aku sendiri, bila kami sembang pasal hal ni, dia pun kata ni semua sandiwara kerajaan semata-mata untuk menangguhkan pilihanraya. Panas telinga bila dengar tapi disebabkan kawan-kawan, aku diamkan saja. Rupa-rupanya bab keselamatan negara dan nyawa anggota pertahanan kita pun masih lagi tidak mampu untuk membuatkan rakyat kita bersatu. Perbezaan ideologi politik telah menyebabkan orang-orang menjadi buta. Tidak mengkaji kebenaran dan hanya mengikut kata-kata pemimpin tak kira ianya salah. Apa saja pemimpin kata, walaupun ia salah, tetap dipandang benar. Aku pun tak tahu nak kata apa pada pemimpin pembangkang ni. Sepatutnya yang salah tetap salah yang betul tetap betul. Begitu jugak dengan kerajaan. Klu tak betul tetap tak betul. Kita sama-sama lah bersatu untuk memperbetulkanya. Perlu diingatkan, kerajaan tidak maksum begitu jugak dengan pembangkang. Yang baik kita ikut, yang buruk kita jauhkan. Apa yang penting, tak kira apa pun pemahaman kita, kita mesti bersatu tambahan lagi saat-saat genting yang melanda negara kita. 

Kepada pejuang yang telah gugur, jasamu tetap dikenang...