Kini musim persekolahan telah pun
tiba. Aku ke sekolah dengan gembira kerana aku tahu setiap hari aku akan
bertemu Nurul. Cuma keputusan PMR yang
buruk masih lagi menghantui aku. Aku rasa tak ada gunanya untuk aku menangis
darah sekalipun kerana benda telah pun jadi. Tak ada sesiapa yang harus aku
persalahkan kecuali hanya diri sendiri. Biar padan muka aku. Malas sangat. Malu
aku pada Nurul. Dia pandai, Kalau nak dibandingkan dengan dia, keputusan dia
dah tentu lebih baik dari aku.
Walaupun begitu, life must go on.
No turning back. Apa yang penting sekarang adalah masa yang akan datang.
Sekarang ni, apa yang aku nak fokuskan adalah Nurul. Eh, salah. Pelajaran.
Eh..Salah lagi..Yang sebetulnya kedua-duanya…Hehe….Absalutely.. Ala, kan ada
pepatah mengatakan disebalik kejayaan lelaki dibelakangnya adalah seorang
wanita..Aku pun macam tu jugak. Nurul tu adalah dorongan dan semangat aku.
Disekolah, semasa pembahagian
kelas, aku hanya mengharapkan aku sekelas dengan geng2 kamceng aku. Ya la, nak
harapkan sekelas dengan Nurul memang tak kan layak. Jadi, aku tak mengharapkan
yang tu. Selepas semua pembahagian kelas selesai, memang aku mendapat seperti
yang diharapkan. Aku sekelas dengan semua geng2 aku. Terubat juga rasanya. Dan
yang paling bestnya, kelas Nurul bersebelahan dengan kelas aku. Kalau aku
rindukan dia, aku cuma melangkah 2 – 3 tapak untuk mengintai dia..Macam lagu
Exist, mengintai dari tirai kelas. Dan aku boleh cari bermacam-macam alasan
hanya untuk melihat Nurul.Contohnya aku boleh menjadi tukang kebun untuk menyiram
pokok bunga. Maklumlah, depan kelas kami banyak pokok2..Hehehe.
Sepertinya pengetua masih lagi
memberikan aku peluang indah untuk berada dekat dengan Nurul. Nurul masih lagi
perlu melalui kelas aku untuk kemana-mana pun. Seronoknya..Memang hari-hari
persekolahan yang mengujakan. Masih banyak lagi sejarah indah yang akan kami
ciptakan bersama. Waktu sebegini kalau dalam cerita Hindustan, si hero dan
heroin akan berlari-lari di kehijauan
gunung sambil menyanyikan lagu romantis.Owhhh…..
Cumanya aku tak sukakan seseorang
didalam kelas aku. Bukan aku saja, semua kawan-kawan aku yang lain pun sama.
Manakan tak, dia seorang pembuli. Sikap
dia pun dh membuatkan kami malas nak layan. Tu yang membuatkan aku sedikit
ralat. Bukan apa, aku sekarang ni dalam mode jiwang. Tiada lagi keganasan yang
tersemat dalam jiwa.Bagi aku semua tu buang masa. Tapi tu tak bermakna aku tak melawan. Dulu
dia pernah cakap kat aku, dalam banyak2
orang, aku sorang saja yang melawan. Haa, baru dia tau sapa aku. Geram tul aku,
pagi2 datang kelas pun dh mengacau. Tu yang melawan tu. Saja aku bercerita
pasal dia.(aku nk tunjuk kuat).Dia bukan objek utama dalam cerita aku. Dia
hanya iklan. Lagipun sekarang ni kami
dah baik. Dah besar panjang la katakan.
Berbalik kepada kisah romantik
aku, aku melihat kelas Nurul Cuma ada seorang pelajar lelaki. Waa, aku sangat
lah jeles.Mana taknya, dikelilingi awek-awek yang jelita. Nurul merupakan salah
seorang dari mereka. Ini menyemarakkan
lagi api kecemburuan aku. Mana tahu satu hari nanti dia akan mengayat Nurul.
Atau Nurul sukakan dia. Geram juga bila memikirkannya. Ahh, aku cemburu. Suka
fikir bukan-bukan. Bukan apa, aku tak mahu kehilangan dia walaupun aku tak
memiliki dia. (Ayat tak bole blah)
Nak dijadikan cerita, aku
berjumpa dengan As. Dia kawan baik Nurul dan juga kawan aku dari sekolah rendah
lagi. Dia mengajak aku untuk join kelas dia. Dia kata boleh buat permohonan.
Dia pancing-pancing nama Nurul. Tak bole jadi ni.Dengar nama Nurul membuatkan
aku seolah-olah lupa daratan dan kelayakan aku. Terus aku mengajak lagi 3 orang
geng aku membuat permohonan. Mana la tahu kan. Untung sabut timbul. Kalau
diterima, fuuhhhh..Tak dapat untuk aku katakan. (Sambil-sambil berimaginasi aku
dan Nurul bergelak ketawa berdua di dalam kelas)..
Kami berempat pergi berjumpa
cikgu sambil membuat muka simpati.Kami sedar, dengan kurniaan wajah yang kacak
ini, ditambah dengan membuat mimik muka cute-cute, permohonan kami pasti akan
berjaya. Dan sudah pasti, aku adalah insan yang paling gembira dalam dunia….Lagipun,
awek2 kelas itu pastinya tidak bersemangat untuk belajar memandangkan kumbang
hanya seekor.Tidak ada penyeri. Lainlah kalau dengan kehadiran kami. Pastinya
mereka teruja setiap hari.
Bersambung
No comments:
Post a Comment