Wednesday, January 25, 2012

kursus intensif???

Hmmm..sekarang dah nak hampir hujung bulan..Apa yg ada pada ujung bulan???tak da apa..Cuma time tu aku kena kursus intensif kat usm selama 2 minggu..Lama tu..huhu..

Ntah la....Tak lama da tu..Aku langsung tak buat persediaan pun. Apatah lagi nak baca buku...Kat sana 2 minggu ada pulak peperiksaan berterusan..Huh..Kes naya..Apa yang aku nak jawab nanti??? Ni bukan mcm sekolah menengah..Boleh ja hentam apa pun...Tapi ni Universiti...Tak faham bermakna tak kan dpt jawab soalan..Kes naya..Huhu...

Orang nak blaja aku pun nk blaja..habisnya jd macam ni ka..Terkantang kanting aku karang ni..Apa pun tak masuk...Ntah la...Bulan 6 ni pulak dah final exam...Lg la serabut...Patutnya aku kena buat persiapan dari sekarang tapi apa pun tak lagi...Cm ni nama student???..Haru la nanti....

4 tahun oo..Sebenarnya aku pun tak sure samada aku boleh bertahan atau tak..Bukan satu jangkamasa yang sekejap..Memangla pejam celik pejam celik sedar2 dah 4 tahun tapi ak mengharungi tu aku rasa buka satu yang mudah....Aku tak da xperience lgsung dlm blaja2 kat U ni...Hmmmm....

Tak pa la..Aku akan buat semampu aku...Aku cuba.....

Saturday, January 14, 2012

selamat datang 2012

Dalam kita melalui hari-hari yang mendatang, adakah kita sedar bahawa kita telah melewati hari-hari yang telah pergi.? Mungkin banyak yang akan kita hadapi pada hari depan tapi dalam masa yang sama juga telah banyak kita lalui pada hari-hari silam kita.

Apa yang telah pergi adakah ianya akan kembali???.Tidak.. Yang pergi tetap pergi. Ianya tidak lagi akan menunggu kita.Anggap saja semalam adalah sejarah untuk kita. Sejarah yang akan membimbing kita pada esok hari. Apa yang penting adalah hari-hari yang mendatang bagi kita. Hari yang lepas anggap saja ianya telah menjadi kenangan untuk kita.


Aku juga seperti merasakan masa itu mengejar aku dengan pantas sebelum sempat aku menapak pada hari-hari yang telah pergi. Masa itu terlalu cepat berputar. Belum sempat aku mengucapkan selamat datang pada 2012 sedar-sedar hari ini sudah pun masuk pertengahan bulan Januari.

365 hari berlalu dengan sekelip mata dan aku tak kan tahu apa yang akan aku lalui pada 365 hari berikutnya. Tapi tahukah aku 365 hari yang telah berlalu itu merupakan permulaan kepada 365 hari seterusnya?. Setiap apa yang telah terjadi merupakan satu pengajaran dan pengalaman kepada aku dalam menghadapi hari muka.




Aku telah melewati tahun 2011 dengan banyak kegembiraan. Malah kesedihan juga mengiringi pada masa yang sama. Banyak suka duka yang aku lalui namun aku redha atas apa yang telah terjadi. Aku pegang dangan kata-kata ini, setiap apa yang terjadi adalah satu hikmah. Tuhan mengatur dan lebih tahu apa yang lebih baik untuk aku. Aku bersyukur.

Aku cuma mahukan hari-hari yang akan datang adalah sinar bagi aku. Aku tidak mengharapkan apa-apa. Biar masa menentukan. Rasanya lebih elok macam tu sebab aku tahu klu mengharapkan sesuatu yang belum tentu, di kemudian hari aku pasti terkilan. Namun aku yakin nanti, pada kesiangan aku tetap ada sinar mentari dan pada kegelapan malam aku ada bintang yang akan menyinari kehidupan
.