Saturday, October 29, 2011

.....

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita terpaksa membuat sesuatu keputusan yang sukar. Macam manapun, kita tetap harus memilih walaupun kita tahu keputusan itu akan mendatangkan kesan bagi kita.

Aku juga seperti itu. Hari-hari aku memikirkan tentang ini. Dilema yang aku rasakan berpanjangan. Dan aku merasakan aku lah yang seharusnya membuat keputusan.

Walaupun ianya meninggalkan kesan, namun satu hari nanti aku tahu ianya adalah untuk kebaikan aku dan orang-orang di sekeliling aku.

Aku paptut kuat dalam membuat keputusan. Aku harap macam tu..Dan detik demi detik yang berlalu itu, aku sadar bahawa masa itu semakin hampir.....

Friday, October 14, 2011

agensi mencari jodoh.....

Entah kenapa 2-3 ari ni entry aku asyik berkaitan dengan jodoh..Huhu..Tapi kali ni ceritanya dalam versi lain pulak..

Beberapa minggu lepas masa aku tengah sibuk bekerja (sibuk la konon), ada sorang kakak kt opis ni datang secara diam-diam menghampiri aku. Pelik juga tengok dia tersenyum sinis. Dalam kehairanan ati aku berkata mesti ada sumthing ni.

Pas tu dia bisikkan soalan kat aku. Memang secret betul lah soalan nih sampai kena cakap slow2 kat telinga aku..Akhirnya segala persoalan telah pun terjawab..Haa...Kan aku kata. Instinct aku sememangnya tepat..

Lebih kurang gini la conversation antara aku dan akak tu..(Segala percakapan dalam loghat utara..Perbualan ni tak 100% betul seperti kejadian. Lupa.....Heheh..

Akak : Hang ada kawan (maksudnya perempuan) ngan sapa2 dak Man?..

Alamak, soalan sensitive tu jugak yang dia tanya kat aku..Lain la kalau dia tanya aku dah makan ke belum, ada duit ke tak, Sedap la jugak halwa telinga aku ni mendengar. Ini tak, soalan menyentap tu jugak yang keluarnya..Huhu..Lalu dengan selamber dan muka skemanya aku menjawab.. jeng.jeng.jeng..jeng....(bagi saspen ckit)..

Aku : Tak da sapa lagi..Napa kak???

Akak : Kak nak rekemen kat hang sorang awek. Adik pada kawan kak”..

Aku : (agak terkejut dan malu)

Bab ni yang aku malas ni. Aku sebolehnya nak elakkan bab2 cm ni..Bukan aku tak suka, cuma aku tak berapa like...heheh...Aku tahu kak ni ambil berat pasal aku. Aku berterima kasih Cuma aku agak keberatan. Bukan apa, secara jujurnya, bila rekemen2 nih, nanti aku rasa macam seolah-olah terikat dengan dia..

Ok, aku bagi contoh, bila seseorang rekemen tu mesti lah sebab dia menaruh kepercayaan kat aku dan beranggapan aku ni baik. (aku tak anggap yang aku ni baik)..Ya lah, kalau tak baik, takdanya dia nak rekemen kat aku. Adik kepada kawan baik dia pulak tu. Tak boleh main2.

Bukan apa, dah jadi adat manusia ni 10 kebaikan akan hilang cm tu ja dengan 1 kejahatan. Mana nak tahu, kalau hubungan kami jadi dan tiba2 terputus ditengah jalan sebab kesilapan aku, dah tentu kak tu akan beranggapan yang buruk pada aku dan mungkin jugak nanti hubungan kak tu dengan kawan baik dia terjejas disebabkan aku. Haa, tu yang aku tak berapa nk suka. Aku dah la banyak kekurangan. Tu yang aku segan.

Ok2..sambung cerita balik..Iklan panjang la pulak..

Aku : Saya segan la kak. Malas. Sambil buat muka kesian..(Sebenarnya penolakan cara halus)

Akak : Hang diam sudah. Biar kak setelkan..(sambil kak tu berlalu pergi)..

Tercengang aku...Otak jem seketika...

Selepas beberapa jam...Aku pergi kat kak tu lagi..Mencuba nasib..

Aku : Kak, saya segan la kak..(sekali lagi buat ayat kesian)..Harap kali ni Berjaya...

Kak : Sampai bila hang nak sorang2???Mak dah tak ada..Tak pikir ka??..(suara agak tinggi)..

Aku : Terkedu dan terdiam..Aku tak nafikan apa yang kak tu cakap...

Aku pun dah tak tau nak kata apa..Blur..Malas nak fikir tapi kak ni bersungguh. Nak tak nak aku just diamkan diri. Sebolehnya aku tak nak hampakan dia..

Aku : Ok kak. Tapi saya tak janji apa2..

Kak : Tak pa, kawan kawan la dulu..

Kesimpulannya..Aku dah mati kutu...

Tuesday, October 11, 2011

Jodoh...munajat cinta

Jodoh....Banyak pengertian sebenarnya. Tapi apa yang aku nak ceritakan kali ni adalah jodoh antara manusia yang berlawanan jantina atau dalam erti kata lain, KAHWIN..

Mungkin dulu masa aku muda remaja, (sekarang pun still muda lagi), bila orang tanya pasal kahwin, rilex ja aku. Macam tak da perasaan. Still boleh senyum macam kahwin tu tak membawa makna apa-apa. Tapi sekarang bila ditanya soalan yang sama, rasa macam disentap-sentap lah pulak..Ntah la..Rasa lain macam. Kadang2 aku fikir, tua sangat ke aku ni???..(setahu aku umo aku baru nak masuk 21 thn)..huhu

Aku bukan lah terdesak sangat nak kahwin. Buat masa sekarang ni pun aku rasa aku masih belum bersedia kearah tu. Bukannya aku tak fikir, tipu lah kalau aku kata tak. Cuma buat masa ni, biarlah aku bebas dulu..(tak da duit yg betulnya...heheh)

Sebenarnya Jauh di sudut hati ni bila tengok kawan2 aku yang dah bekeluarga, rasa cemburu tu ada. Teringin juga nak ada anak sendiri. Mesti best kan?..Tapi nak buat macammana, belum ada jodoh lagi. Bersabar saja lah.

Bukan aku tak ada berkawan dengan perempuan. Ada. Cuma tak ada jodoh.Kadang2 bila aku fikirkan, aku jadi serik. Bukan senang nk lalui semua tu.

Aku pernah berkawan dengan seseorang. Masa tu aku merasakan sepertinya dialah yang diciptakan untuk aku. Tak tahu kenapa pada masa tu aku rasa aku telah pun bersedia untuk hidup bersama. Dan buat pertama kalinya dalam hidup, aku mengajak seseorang berkahwin. Fuh, mcm tak percaya aku. Memang aku serius dah masa tu tapi apakan daya, jodoh tak ada.

Aku juga pernah menemui seseorang yang aku rasakan seolah-olah telah menjadi separuh dari diri aku. Dia begitu memahami ,menerima seadanya dan tak kisah walau berapa banyaknya kekurangan aku. Aku rasakan sangat senang bila bersamanya. Dengan dia, aku menjadi diri aku sendiri. Tak perlu untuk hipokrit dan berpura-pura. Maklumlah, aku ni perangai macam budak2 sikit. Dia tak perlu lakukan apa2 tapi tu pun dah cukup untuk membuat aku rasa gembira. Dia boleh menghilangkan kesedihan aku dengan hanya satu senyuman . Bagi aku, Dia adalah penawar. Dari cara dia bercakap, cara gelak tawa dia, gurauan dia, sudah mampu membuatkan aku leka dalam dunia aku sendiri. Aku hepi.Namun, dia juga bukanlah tulang rusuk aku. Juga aku redha..

Selain tu, ramai jugak kawan-kawan aku yang ambil berat pasal aku sampaikan nak kenen2 ngan seseorang. Tapi aku tolak dengan baik. Aku segan sebenarnya bab2 rekemen dari orang ni. Ntah la. TAk reti aku. Bagi aku, biarlah aku cari sendiri. Biarlah kenal dengan cara aku. Dan natijahnya, aku di cop MEMILIH....

MEMILIH??? Layakkah aku untuk memilih???Aku bukan lah jenis lelaki idaman perempuan. Nak kata HENSEM BANYAK tu memang tak ada..(SIKIT2 TU ADA KOT...sedapkan ati sendiri)..Nk kata harta melimpah ruah, huh, langsung tak ada..(mmg betul2 tak ada)..Dah la tak berpelajaran tinggi, kerja pun biasa2 ja..(aku bersyukur dgn kerja aku)..Kiranya aku ni banyak kekurangan r. Tak cukup space kalau nak taip semua. Apa lagi ek??..Haa, aku dah la tak pandai nk berpesyen..selekeh pulak tu. Pakai tak da yang branded2.(kekampungan)..Jadi layakkah untuk aku memilih???..

Tapikan, bila difikir-fikir balik, nak kahwin ni, memang kena memilih sebenarnya. Ya lah, kahwin ni bukan benda main2..Ini untuk seumur hidup. Memang tersangat penting untuk membuat pilihan. Sebab tu aku rasa biarlah jodoh tu lambat asalkan aku dapat seseorang yang aku benar-benar perlukan dan dia juga memerlukan aku. Saling melengkapi lah kiranya...

Baiklah,kali ni aku nak dedahkan apa yang aku nak dari seseorang yang diciptakan untuk aku. (tapi tak lah semua)..Haa, ini adalah pendedahan paling eklusif yang pernah aku ceritakan. (nada malu). Spesel punya statement. Jarang aku kongsikan dengan kawan2 yang lain. Cuma di blog ni lah tempat aku meluah apa yang aku nak luah.

Apa yang aku harapkan???...(aku tau hidup ni tak kan dapat semua yang kita nak)....

First, perempuan yang beragama. Rasanya semua lelaki juga mahukan ciri ini. Cuma aku rasa aku macam tak layak. Ya lah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Aku tak rasakan yang aku ni cukup baik. Seperti yang aku katakan, aku ni banyak kekurangan. Termasuklah dalam bab2 agama. Aku risau kalau aku tak dapat menjadi ketua yang baik. Bukan senang nak membimbing. Satu tanggungjawab yang besar. Lagipun, keluarga adalah satu amanah untuk aku. Semuanya atas aku.Bila difikirkan balik, takut aku dibuatnya.

Then, aku mahukan tulang rusuk yang sangat menerima aku seadanya. Dia harus faham, Aku bukan lah dari keluarga yg senang. Aku tak ada harta. Jadi, dia mungkin tak akan merasai kemewahan harta benda dari aku. Maklumlah, zaman sekarang cinta saja tak cukup. Tapi tu bukanlah bermakna aku akan susahkan dia.itu bukan alasan. Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga dia dan berusaha semampu aku untuk sama-sama membina kesempurnaan.

Apabila menerima aku, dia juga harus menerima keluarga aku tanpa ragu dan menganggap seperti keluarganya sendiri seperti mana aku juga menghormati keluarganya.

Seseorang yang bila aku melihatnya, membuatkan aku sejuk hati, lupa pada kesedihan, menghilangkan serabut di kepala, meredakan tekanan , membuatkan aku rasa selesa,membuatkan aku ketawa dan dia tu seorang yang agak banyak cakap.( Maksudnya ramah..bukan jenis cakap kosong dan mengumpat k..).Maklumlah,aku ni agak pendiam. Jadi, mungkin aku memerlukan seseorang yang ramah.

Seseorang yang sanggup bersama-sama menempuhi kesusahan bersama aku. Ketika aku menangis, dia turut bersedih. Tika aku mengalami kesukaran, dia tidak berganjak dan selalu disisi aku. Tetap setia menyandarkan bahunya saat aku sangat memerlukan.
Alangkah bahagianya rumah tangga seperti itu. Nikmat rumahtangga yang tak terhingga.

Mungkinkah apa yang aku nak kan tu adalah sesuatu yang melampau?..Ntah la. Tapi tak salah kan ?. Setiap manusia ada keinginannya sendiri. Aku pun tidak terkecuali. Hanya mampu berharap namun aku tak kisah siapa pun tulang rusuk aku sebenarnya. Dah jodoh aku. Aku terima dengan syukur..Kita tak akan dapat apa yang kita nak tapi tuhan akan beri apa yang kita perlukan. Kadang2, bila aku termenung seorang,aku berfikir, siapa lah tulang rusuk tu?..Apa yang dia buat sekarang?..Bila aku nak berjumpa dengannya?..Heheh..

Mungkin tak adil kalau semua yang aku nak tu, aku pulak sebaliknya. Tak. Aku pun berharap aku menjadi lelaki yang baik, anak yang baik, suami yang baik, ketua yang baik, ayah yang baik dan datuk yang baik..heheh..Aku harap cam tu lah..InsyaAllah..

Dalam bab jodoh ni, aku masih ingat lagi pesan arwah mak aku..”Adik, kalau nak cari isteri, biarlah yang menghormati orang tua. Tak perlu yang berpelajaran tinggi, tak perlu yang cantik, tak perlu yang kaya dan yang tak jauh”.Selalu mak cakapkan pada aku. Aku faham maksud mak. Mak tak pentingkan org yg pelajaran tinggi sebab mak tahu aku pun belajar tak tinggi. Arwah mak sebolehnya tak nak aku selalu ikut ja cakap isteri walau apa pun..(kiranya macam pak turut)..Aku kan suami..Aku adalah ketua. Lagipun, kalau berpelajaran saja tinggi tapi tak tahu menghormati suami dan org tua, apa gunanya.

Mak aku tak nak menantu yang kaya sebab mak aku tahu, kami ni dari keluarga yang susah. Mak takut nanti isteri aku dan keluarga tak selesa dengan keadaan keluarga kami. Bagi mak, harta benda tak penting. Yg penting adalah seorang isteri yang tahu tanggungjawabnya terhadap suami dan keluarganya.

Arwah mak juga nak kan menantu yang dekat. Senang aku balik kampung katanya. Tapi sayang, mak aku tak sempat untuk melihat menantu bongsunya. Aku terkilan sangat. Dulu aku nak mak tengok aku berkahwin. Hari yang bersejarah tu biarlah aku menyambut dengan mak aku bersama. Tapi apakan daya, semua tu adalah ketentuan Ilahi.

Apa pun,soal jodoh bukanlah sesuatu yang kalut untuk difikirkan.Akan sampai juga masa tu. Malas nak fikir.Kepala aku tengah berserabut sekarang ni. Nak fikir soal tu, nak fikir soal ni.Banyak benda nak fikir..Pening kepala aku. Lagi pun, aku nak stabilkan hati aku dulu. Aku tk nak fikir pasal perempuan buat masa sekarang . Biarlah masa saja yang menentukan. Aku terima seadanya. Yang penting aku selalu bermunajat pasal jodoh. Aku serah saja pada takdir.. Siapa pun dia, walau apa pun dia, aku akan menunggu kehadirannya dalam hidup aku. Bak kata omputeh, dont find someone you can live with , find someone you can't live without ♥


Saturday, October 8, 2011

saya sayang mak saya

Mak aku adalah mak yang terbaik dalam dunia. Dan pastinya semua orang juga berpendirian begitu terhadap ibu masing. Begitu juga aku..

Mak aku bukan seorang yang berpelajaran tinggi malah tak pernah bersekolah pun. Namun aku tetap bangga dengan mak aku. Cara mak mendidik dan cara mak membesarkan anak2 dipenuhi dengan kesabaran. Sebab itulah kami semua lebih terarah kepada mak.

Seingat aku, mak tak pernah meninggikan suara pada aku. Dan juga pada adik beradik aku yang lain. Kalau marah pun, mak akan cakap elok-elok serta penuh dengan kelembutan. Aku juga tak pernah tengok mak marah-marah. Mak selalu steady..

Keluarga aku bukan dari orang yang senang. Banyak kepayahan yang terpaksa dilalui oleh mak ngan ayah. Namun, mak aku tak pernah merungut. Mak aku taat pada suaminya. Turut membantu ayah dalam mencari nafkah untuk anak-anak.

Dulu mak pernah mengikut ayah pergi mencari kayu api di kawasan paya bakau di tepi laut.. Walau hujan kilat menyambar, mak tak pernah merungut. Mak berkorban demi suami dan anak-anaknya. Masa tu, cuma aku dan kakak aku saja yang belum bekerja dan masih bersekolah. Jadi mak ngan ayah membanting tulang mencari rezeki untuk kami berdua.

Selepas ayah meninggal, hanya tinggal mak seorang saja untuk menguruskan kami. Mak tak pernah jemu untuk itu. Mak akan sentiasa pastikan kami cukup pakai dan makan.

Kadang-kadang mak bekerja dengan mengambil upah turun ke bendang. Mak aku tak pandai membawa basikal jadi untuk ke sawah, mak akan berjalan kaki 3-4 kilometer jauhnya. Mak juga tak pernah merungut.

aku masih ingt lagi, ada satu hari tu, masa mak balik dari bendang, ada seorang yang tumpangkan mak dengan motor. Nak dijadikan cerita, motor itu terbabas dan mak jatuh. Bila sampai dirumah, lutut mak membengkak dengan cepat. Lebih besar dari bola tenis. Mak juga sedikit pun tk mengeluh. Bila sembuh, mak tetap turun ke bendang.

Kakak aku juga sama bekorban. Dia telah berhenti sekolah dan bekerja bagi menampung keluarga kami. Sejak itu, mak aku tidak lagi turun ke bendang. Aku suka kalau mak tak bekerja. Bagi aku, biarlah mak duduk dirumah dan berehat. sudah sampai masa kami pula yang mencari rezki dan membantu mak. Oleh itu, aku juga pergi kelaut apabila hari cuti.

Bila aku bekerja di Pulau Pinang, aku menetap disini. Hanya pada sabtu ahad barulah aku pulang ke kampung. Aku masih ingat lagi, setiap kali aku balik, mak selalunya masak makanan kegemaran aku. Kadang2 goreng ikan palotan dan kadang2 ayam goreng. Bila aku duduk di rumah, baring2 atau tengok tv, mak mesti buatkan teh untuk aku. Seronok rasanya.

aku sebolehnya nak menjadi anak yang baik. Aku selalu patuh cakap mak aku. Apa yang mak nak, aku cuda buatkan sebaik mungkin. Bagi aku, masa inilah untuk aku membalas jasa mak.

Masa mak sakit, aku cuba membantu semampu aku. Tapi aku tak mampu untuk menghilangkan kesakitan mak. Aku tahu mak menanggung kesakitan yang amat. Terseksa hati aku bila melihat mak tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku merasa sedih sangat.

Aku rasa, tak terbalas jasa aku diatas segala pengorbanan mak kepada anak-anaknya dan keluarga. Apa yang aku buat selama ni tak kan setanding dengan apa yang mak buat. Benar, kami tak dapat melakukan seperti apa yang mak buat. Hati mak terlalu tabah dan kuat demi keluarganya.

Kini aku tak ada sapa2 lagi. Aku sangat merasa kehilangan.Dulu, apa yang aku lakukan, aku akan berfikir mengenai mak dan sekarang, semuanya terarah kepada diri sendiri. Aku akan merindukan mak sampai bila2. Terlalu rindu..Senyuman mak, gelak tawa mak akan aku simpannya dalam sanubari aku. Aku mendoakan roh ayah dan mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Terima kasih mak untuk segalanya. Saya sangat sayang mak. Saya sangat sayang mak. Saya sangat ayang mak.Pengorbanan mak tidak akan saya lupakan..


Al- Fatihah

13 Januari 1995. 12.31 pagi..
24 september 2011. 08.05 mlm..