Thursday, January 24, 2013

my1st luv story - luv at 1st sight episode 23

Dunia aku telah menjadi gelap walaupun dalam kesiangan. Tiada apa lagi yang boleh dilihat seolahnya aku ini Kassim Selamat.. Kejamnya kegembiraan itu kerana dengan sepantas kilat telah pergi dari aku tanpa ehsan. Satu tamparan pada aku kerna aku tahu selepas ini aku tidak lagi berpeluang untuk melihat senyuman Nurul seperti kebiasaannya. Tiada lagi detik-detik dimana kami sering berbalas pandangan dari mata ke mata lalu turun ke hati. Tiada lagi aku mendengar kidungnya dan tiada lagi gelak tawanya yang mewarnai harian aku selama ini.

Aku terkesima. Tidak menyangka sama sekali kemuncak cerita aku dan Nurul rupanya berakhir begini. Aku menyangkakan keindahan itu berpanjangan namun aku tersilap. Ketika kami dilingkari kegembiraan ketika itu juga kesedihan datang bertandang. Ianya perpisahan berorientasikan keterpaksaan dalam kerelaan atas dasar mengejar cita-cita. Macam dalam filem orang-orang kaya, si heroin akan pergi belajar ke luar negara dan meninggalkan sang hero terkontang-kanting meneruskan kehidupan seperti biasa. Maklumlah, sang hero bukanlah orang yang berpelajaran tinggi. Dan seperti yang kita sudah tahu, pertengahan jalan cerita itu akan bermulanya pergolakan antara mereka kerana jurang perbezaan.

Begitu juga kami. Aku sedar, dalam jarak yang jauh, tanpa ada perantaraan yang boleh mendekatkan antara aku dan dia, aku hanya mampu membayangkan aku dan Nurul dari hari ke hari akan semakin jauh dan terus jauh. Tak ada apa lagi yang aku boleh harapkan. Pasrah, redha, terima, telan bulat-bulat dan  apa-apa lagi perkataan yang seangkatan dengannya telah di set dalam kepala otak.

Pada zaman aku waktu itu, tidaklah semoden mana. Hanya orang yang benar-benar kaya sahaja yang mampu memiliki handset yang ketika itu sebesar gajah. Orang akan terpegun pada sesiapa yang mempunyai telefon tangan. Disebabkan itu, aku agak susah hati kerana aku tahu aku dan Nurul tidak akan dapat berhubung dalam tempoh yang lama. Kalau cuti sebulan pun aku dah teruk cuba bayangkan kalau sampai tempoh bertahun-tahun. Laman-laman sosial seperti FB dan Twitter pun masih belum wujud lagi ketika itu. Apa kejadahnya internet pun aku tak tahu semasa tahun 1998. Hanya pada tahun 1999 baru aku tahu apa itu MIRC.  Kalau la masa dulu FB sudah wujud, dah tentu aku bervideo call dengan Nurul hari2..Dah tentu dia akan like banyak2 apa yg ada di wall aku. Bayangkan masa aku mula kenal kampung chat tu pun aku dah dapat seorang kakak angkat sehinga ke hari ini. Inikan pula kalau masa tu aku dan Nurul dah ada FB, tentunya sekarang kami sedang di taman permainan bermain dengan anak-anak kami. Tapi itu semuanya imaginasi palsu.

Bagi aku jarak kami sangat jauh walaupun Nurul hanya belajar di Persiaran Brash Ipoh. Ya la, aku mana tahu nak jalan-jalan ke sana berseorangan. Tak pernah dibuatnya aku. Lain la kalau sekarang, seminggu sekali pun aku sanggup. Huhu…Aku tak ada jalan lain lagi untuk berjumpa dia selain dari pasrah membiarkan dia pergi untuk belajar. Siapalah aku untuk menghalang?..Lagipun memang aku nak kan dia berjaya lantas menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Aku tumpang gembira. Dia memang berhak semua tu. Lain la aku, pemalas.

Pada satu hari di hari minggu, kelas kami mengadakan gotong rotong membersihkan kelas.  Kebetulan minggu itu adalah minggu terakhir Nurul di situ jadi dia pun turut serta. Kami berdua telah setuju untuk berjumpa selepas itu. Maklumlah, buat kali yang terakhir. Dipendekkan cerita, selepas menitiskan peluh dan bersusah payah mengilatkan kelas, semua orang pun balik kecuali beberapa orang. Aku, Nurul, Hafiz, Fishah, K.E dan juga Norizan. Kiranya 3 pasang kami waktu tu. K.E juga dapat tawaran ke sekolah teknik Taiping tapi Norizan tak. Lebih kurang macam majlis perpisahan la kununnya.

Aku dan Nurul berbual-bual manakala mereka yang lain juga sama cuma tempat kami berasingan dan agak jauh namun masih lagi didalam kelas. Aku tak kisah sangat pada diaorang sebab aku cuma fokuskan pada Nurul. Kami face to face pada masa tu. Sebenarnya aku agak malu sebab aku memang lemah bila berdepan dengan dia. Tambah-tambah bila Nurul tengok mata aku. Memang aku malu-malu kucing.Hehehe…Banyak yang kami sembangkan. Kadang-kadang sedih jugak. Nurul juga kata dia sedih tapi nak buat macam mana. Dia nak belajar ke tahap yang lebih tinggi nanti. Aku faham.

Aku masih ingat lagi, waktu tu suasana memang sangat sentimental. Kalau dalam filem Hindustan,  berbesen-besen dah air mata penonton mencurah-curah. Keadaan ketika tu memang memilukan sehinggakan filem ombak rindu pun tak boleh nak lawan akan kepiluan keadaan yang kami lalui. Macam biasa, sang hero sedikitpun tidak goyah dan nampak tenang walaupun Nurul hampir sebak. Aku menahan diri. Tak kan aku nak meraung-raung depan dia?. Jatuhla air muka aku yang nampak macam gangster ni. Aku cuma dapat mengkiaskan sesungguhnya air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Aku memberi kata-kata semangat pada Nurul. Belajar rajin-rajin dan selepas itu memasuki alam universiti. Pada masa yang sama juga dia memberi semangat supaya aku belajar bersungguh-sungguh. Tapi sesungguhnya dia tidak sedar, dia pergi dengan membawa semangat aku bersama dia. Aku Cuma mengiyakannya. Dia juga berkata dia tak akan lupakan aku. Dan yang paling tak tahannya dia kata dia bertuah sebab mengenali aku. Pada masa tu aku merasakan seolah-olah aku nak berlari mengelilingi sekolah 13 kali kerana terlalu bangga. Heheh…

Selepas berbual, acara seterusnya adalah bergambar kenang-kenangan. Yang menjadi mangsa mengambil gambar tentulah kawan baik aku K.E (a.k.a kawan makan kawan)..Itulah pertama kalinya kami mengambil gambar bersama. Detik tu aku tak kan lupakan. Kelas 4 Sastera Iktisas menjadi saksi bisu kami. Aku dah blur sangat memikirkan cara macam mana nak posing. Ya la, 1st time bergambar dengan perempuan tambahan pulak dengan Nurul. Aku hanya mampu tersipu malu. Sedang leka kami mengambil gambar tiba2 ada pengawas ternampak kami dan kami tahu dia melulu merepot kepada Ustaz. Kami terus bersurai namun malangnya kami semua disekat oleh pengawas…….

Bersambung……….

Wednesday, January 9, 2013

my 1st luv story - luv at 1st sight episode 22


masanya dah tiba...

Aku melalui hari-hari yang penuh semangat. Aku juga tak berasa masa yang pantas berlalu. Kegembiraan telah membuatkan aku lupa putaran masa. Nurul sentiasa ada dengan aku. Setiap hari kami dapat berjumpa di kelas. Aku dan dia juga bertambah faham diri masing-masing. Dan kerana itu aku tahu, walaupun aku tak menyatakan apa yang aku rasa pada dia tapi aku tahu Nurul faham perasaan aku. Dia memahami aku. Jadi tak perlu aku menjelaskan dengan kata-kata. Aku juga tak perlu penjelasan dari dia. Sudah memadai dengan cara dia melayan aku. Aku dapat merasakan perasan aku dan dia sangat dekat.

Hubungan kami setakat dikelas dan dalam telefon. Tu pun jarang. Tak macam budak-budak sekarang, kecik-kecik lagi dah dating merata. Macam-macam lagi yang menakutkan bila kita dengar cerita budak-budak sekolah zaman ni. Begitu mencabar. Masa zaman kami nak dengar pelajar bunting adalah sesuatu yang sangat jarang. Ianya boleh mengejutkan beruk tapi zaman sekarang ianya seolah-olah dah jadi perkara biasa. Sebab apa perkara biasa?? Sebabnya dah terlalu banyak benda ni terjadi.

Apa la aku ni. Masuk bab masalah sosial pulak kali ni. Dah lari topik tu. Ok2..Dalam kelas, kami seperti biasa. Aku tengok dia, dia tengok aku. Balik sekolah, tido lepas tu keesokan hari datang sekolah lagi. Melalui hari yang sama. Tapi aku gembira. Apa lagi yang perlu dirungutkan andai setiap hari dua ada bersama aku. Selain tu,kalau kelas membuat program membersihkan kelas pada hari cuti, aku akan hadir dengan rajinnya. Ya la, geng-geng laki la yang akan mengangkat benda-benda berat ni. Maklumla, gagah..Hehehe….

Pada petang-petang juga aku dan Azli selalu pergi meronda. Dalam ramai-ramai kawan, dia yang ada motor. Aku baik dengan dia. Kami saling bertukar-tukar cerita. Dia juga ada seseorang dalam kelas tu. Biasala, kalau dah kasanova, berada pula dalam kelas yang majoritinya perempuan, semestinya akan ada seorang teman berlainan jantina untuk menjadi tempat mengadu masalah. Normal la tu..Nak mengadu pada sama-sama jantina rasanya seolah-olah mencurah air di daun keladi. Tak kan nk mengadu masalah perasaan pada kawan2?..jatuhlah standard. Tempat yang selalu kami ronda dah tentu la rumah yang kami admire. Kan orang tua-tua ada mengatakan, tak dapat tengok orang, tengok bumbung rumah pun jadi la…kiranya itu pun dh memadai bagi kami. Dah menjadi hobi baru kami..

Memang aku tak berasa masa silih berganti dengan cepat. Pantas tanpa menunggu walau sesaat pun. Dan aku merasakan masa itu sesungguhnya mencemburui detik-detik kegembiraan aku bersama Nurul. Disaat aku sedang diulit bahagia, sedang aku tersenyum setiap masa, dengan tiba-tiba aku tersentak. Aku merasakan seolah-olah kegembiraan aku dirampas dengan kejam. Perasaan aku di ragut dengan cara yang tak sepatutnya.Aku terkesima. Runtuh perasaan aku. Aku tak menyangka detik indah  aku dan Nurul hanya sementara untuk aku. Apa salah aku? Aku baru mahu menjalani kehidupan yang sempurna namun kini semua itu hanya tinggal harapan. Aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku hanya mampu pasrah apabila diberitahu Nurul akan pergi meninggalkan aku. Nurul mendapat tawaran menyambung pelajaran di sekolah Teknik…Aku tak terkata…..Dunia aku gelap….


Friday, January 4, 2013

selamat tinggal melankolia 2012

2012 telah pergi. Kesimpulannya tahun ni bukan lah tahun yang bertuah bagi aku. Tak banyak perkara menggembirakan yang harus dikenang. Dan tak banyak perkara duka yang  boleh dibuang. Biasalah. Hidup memang macam tu. Gembira itu lumrah. bersedih juga lumrah.

Tak banyak yang nak aku ungkitkan sebab rasanya tak ada cerita yang patut dibangkitkan. Semuanya normal. Smooth. Kerja aku macam biasa cuma sekarang ni aku agak malas. Study pulak mcm biasa cuma sekarang ni mcm dulu2 jugak pemalas. (normal la tu)..Dah masuk tahun 2 tapi tak insaf-insaf lagi...

Tahun berubah bermakna umur makin meningkat. Tahap macam ni soalan yang paling popular telah menjadi soalan yang boleh membuatkan aku sentap. Tak abis2 tanya aku pasal kawen. Aku dah tak tahu nak jawab apa. Jawapan ringkas, jodoh belum sampai. Full stop..Biarlah dulu. Orang tak kan faham. Sesungguhnya Allah telah menetapkan masa itu bersesuaian dengan apa yang telah diaturkan untuk aku. Qada dan Qadar. InsyaAllah...

Aku tak ada azam tahun ni. Mungkin orang kata dengan ada azam kita akan bersemangat untuk mencapainya. Tapi bagi aku, aku dah tak kisah pada semua tu. Dah tak ada yang penting pun untuk aku harapkan. Umpama burung, kalau terbang terlalu tinggi, bila jatuh parah akibatnya. Bila parah, makan masa nak sembuh. Lagipun, aku sendiri tak tahu apa yang perlu aku utamakan. Nothing......

Aku masih lagi meneruskan hidup. Seperti biasa. Banyak perkara yang aku lalui. Menggembirakan dan mengecewakan. Lazimnya perkara yang menggembirakan lebih banyak namun tak semua dapat diingat tetapi perkara menyedihkan walaupun sedikit tapi susah untuk dilupakan. Begitu ironi....Aku rasa bukan aku saja macam tu. Semua orang pun sama. Mungkin semua dah di set mind cam tu.

Tapi kita semua kena ingat. Setiap apa yang terjadi tu ada hikmahnya. Kita tak dapat apa yang kita mahukan. Tapi kita diberi apa yang kita perlukan dalam hidup. Apa yang kita mahu tak sama dengan apa yang kita perlu. Aku merasakan sekalipun kita gagal, sekalipun kita berduka, yang pentingnya dihujung cerita biarlah ianya pengakhiran yang menggembirakan. Itu lebih baik dari pengakhiran yang tak kita inginkan.

Tahun 2013 baru saja bermula. Banyak lagi yang harus kita harungi sekiranya diberi izin umur yang panjang. Banyak lagi perkara yang boleh kita ciptakan dalam hidup. Masa lepas untk dikenang bukan untuk diratapi. Jadi, bersama-samalah kita mengharapkan tahun ini akan lebih membawa keberkatan untuk kita semua. Selamat tinggal 2012 yang penuh kenangan dan selamat datang pada 2013.