Selepas beberapa
hari, seperti yang aku agak, Nurul menghubungi aku. Dia menceritakan apa yang
terjadi. Aku cuma mendengar dia menyuarakan luahan hati.. Aku nak jadi
pendengar yang baik. Jadi aku biarkan dia bercakap. Aku tahu dia akan lega bila
berbuat begitu. Aku juga menanyakan satu soalan yang aku teringin sangat nak
tanya. Walaupun aku dah tahu jawapan, tapi
aku nak dengar dari mulut dia sendiri. Aku nak tahu samada dia menangis ataupun
tidak. Dan jawapannya, seperti yang di duga, Nurul memang menangis. Sentap aku mendengarnya. Aku tak suka Nurul
menangis…
Aku cuba memujuk
hati Nurul sikit demi sikit. Harapan aku agar dia tidak lagi bersedih. Aku akan
perlahan –lahan mengambil masa untuk memujuk hatinya.. Perempuan ni tak susah
sangat untuk dipujuk tapi biarlah kena dengan caranya. Dalam banyak kajian yang
dibuat, 8 dari 10 perempuan lebih suka pada seorang lelaki yang ada sifat sense
of humor. Itu fakta, bukan aku reka. Perempuan kan suka pada keseronokan. Sebab
tu tugas lelaki menggembirakan mereka..Walaupun tahap humor aku cuma diskala 4
/ 10, tapi at least aku masih mampu untuk buatkan Nurul ketawa. Sememangnya itu
yang aku nak. Aku suka billa dia ketawa sebab aku. Bila dia gembira, itu juga
akan menggembirakan aku. Gelak tawa dia menenangkan aku. Kalau la dia tahu
macam mana perasaan aku bila dengar gelak tawa dia.…Pasti dia terharu…
Hari ke hari,
Nurul sudah bertambah ceria. Aku tahu, Nurul jenis orang yang tabah. Walaupun
luaran tak mencerminkan dalaman dia, sekurang-kurangnya senyuman dan gelak tawa
dia itu mencerminkan keselesaan dia berkongsi cerita dengan aku. Itu yang aku nak. Seperti yang
aku katakan, aku ibarat lilin yang menerangi kegelapan orang. Walaupun lilin
yang murah, namun ianya sedikit sebanyak membantu. Hero la
katakan…..hehehe….Aku bertekad untuk membuatkan nurul melupakan kenangan pahit
dia bersama K.E. Dan bersama-sama dengan
si hero untuk mencipta sesuatu keindahan pada masa depan.
Normal, bila di
pertengahan cerita Hindustan apabila hero kembali berkawan dengan heroin, kuch kuch hota hai.
(sesuatu telah berlaku)..Aku dan Nurul semakin rapat. Banyak yang kami
kongsikan berdua. Dan pada satu hari, aku berjumpa dengannya diluar waktu
persekolahan. Kami jarang bertemu muka di sekolah tapi pada hari tu kami telah
rancang untuk bertemu. Dan sekali lagi, pantai ban pecah menjadi saksi kami.
Hanya aku dan Nurul. Tidak seperti dahulunya, dimana ombak menjadi saksi
kesugulan aku tapi kali ni, ombak, batu-batu, pokok bakau, desiran angin, terik
mentari, pintu air dan orang yang lalu lalang, semuanya menjadi saksi kami dan
pastinya mereka mencemburui kepada super duper kegembiraan aku.
Walaupun ketika
itu cuaca agak panas tapi ianya masih tidak dapat memanaskan hati aku yang
dingin. Lembut angin pantai juga tidak dapat disamakan dengan kelembutan sang
hati. Kehijauan pokok-pokok merendang
tidak dapat menggambarkan hijaunya perasaan aku yang sangat mendamaikan.
Lagu-lagu romantis tidak dapat menterjemahkan melodi shahdu yang melanda
gemersik jiwa. Ahh, tak ada kata secantik bahasa yang dapat menerangkan betapa
aku dilanda bahagia…Ingin aku terbang mencapai bintang untuk aku hadiahkan pada
Nurul….Sampai begitu sekali aku rasakan…
Waktu begitu
mencemburui kami seolah-olah tidak mengizinkan kami berbual panjang. Dalam tak
sedar, aku sudah pun berada di rumah. Aku balik dalam keadaan yang
membahagiakan. Kalau la aku berjalan kaki, aku tak akan terasa 15 kilometer itu
satu jarak yang jauh. Manakan tidak, aku tak terasa kaki aku memijak tanah. Aku
masih ingat lagi petang tu, disaat cerita cinta antara benua di kaca tv, ianya
tidak dapat menandingi cerita aku dan
dia yang lebih dari itu. Dan time ni kalau dalam cerita Hindustan, Aku seolah-olah berada di gunung ganang yang
cantik untuk menyanyikan lagu duet dibius cinta bersama Nurul.. Owh..kuch-kuch
hota dil to pagal dilwale dulhania le jayenge...Ianya satu mimpi yang sangat sempurna…
Bersambung……..
No comments:
Post a Comment