Sunday, May 27, 2012

hidup itu hebat...


Dalam hidup ini, alhamdulillah aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan selalu mengambil berat pasal aku.. Aku tak keseorangan dalam melalui hari-hari yang adakalanya suka dan adakalanya duka..Ada saja tangan yang dihulurkan apabila aku memerlukan...Aku amat menghargainya...

Apa yang aku lalui selama ni samada berkenaan dengan hidup aku, aku juga bersama melalui hari-hari hidup orang disekeliling aku..Dapat aku perhatikan setiap orang ada kehidupan dan cerita mereka sendiri. Seperti aku juga, suka dan duka mengiringi hidup mereka..

Aku ada seorang kawan baik. memang kami baik dan kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Aku tak segan untuk berkongsi cerita dengan dia dan dia juga sama. Banyak yang telah kami kongsikan selama ini..Baru-baru ini isteri dia dimasukkan ke Hospital sebab sakit perut. Isteri dia sedang mengandung 5 bulan. Dan isteri dia juga merupakan kawan lama aku. Setelah diperiksa, terdapat ketumbuhan di perut. Aku tak berapa nak tahu sangat tapi ketumbuhan itu hampir dengan bayi yang dikandung dan ia semakin membesar. Oleh sebab itu, dia terpaksa menanggung kesakitan kerana pembedahan tidak boleh dilakukan disebabkan ada bayi itu. Mahu tak mahu, dia terpaksa bersabar sehingga bersalin nanti.

Aku agak terkejut bila kawan aku beritahu. Aku sangkakan sakit biasa saja..Maklumlah, orang mengandung. Dia mengadu pada aku. Dia sedih sangat. Dia berkata Allah duga dia dengan dugaan yang besar namun dia redha dengan ketentuannya. Aku hanya mampu memberi kata2 perangsang dan menyuruh dia berdoa kepada Allah..

Aku faham perasaan dia. Sesuatu yang sangat menyakitkan hati adalah apabila melihat orang yang kita sayang sedang menderita kesakitan dan kita tak mampu untuk berbuat apa-apa. Aku faham perasaan itu. Aku pun pernah mengalaminya..Memang tersiksa...Kalau lah kita boleh gantikan kesakitan itu...

Ok lah...Tu cerita sedih. Sekarang aku nak ceritakan yang hepi2 pulak...Jugak berkenaan kawan aku...

Selain dari kawan rapat lelaki, aku juga ada beberapa kawan perempuan yang baik dengan aku. Aku akan ceritakan 2 orang diantara yang rapat dengan aku.

Yang pertama, ada seoarang yang rapat dengan aku masa aku kerja di kilang dahulu. Kami memang rapat sehingga hari ni walaupun dah lama tak berjumpa. Dia ada saat aku sedih dan dia ada saat aku hepi...dan semalam, hari bahagia buat dia bila dia menjadi raja sehari..Tapi sayangnya, aku tak dapat nak pergi kenduri disebabkan ada hal...

Yang kedua, dia juga baik dengan aku walaupun kenal tak lama...Dia ada saat aku jatuh dan saat aku bangun. Banyak juga cerita yang kami kongsi bersama.Aku faham dia dan dia juga faham aku...Dan hari ni adalah hari bahagia dia. Dia jugak menjadi raja sehari pada hari ni. 27.05.2012..

Tak ada apa yang aku nak katakan selain dari menumpang kegembiraan mereka..Aku hepi sangat sebab mereka dah menemui sesorang yang akan bersama mereka tika susah dan tika senang hingga keakhir hayat. Aku akan sentiasa mendoakan kebahgiaan mereka...Dan aku nak mereka tahu bahawa aku adalah diantara orang yang sangat gembira untuk mereka....Apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru....

Ada juga kawan baik aku yang baru menimang cahayamata kedua minggu lepas...Tahniah dan selamat menjadi bapa. Minggu depan pula ada yang akan berkahwin...Tahniah lagi...Waaa, hepinya semua...Aku tumpang hepi juga.Mereka berdua merupakan kawan baik aku dari sekolah rendah hingga sekolah menengah..Satu kelas pulak tu...Jelesnya aku...hehehehe...

Itu lah hidup....Ada orang yang gembira dan ada orang yang sebaliknya...Setiap orang itu mengharungi dugaan yang berbeza...Biasala, kita hanya manusia...Hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan...






Sunday, May 13, 2012

sy syg mak sy...



aku rindukan arwah mak.. Al Fatihah.....

Saturday, May 5, 2012

redang....27.04.2012


Minggu lepas aku telah bercuti di Pulau Redang di Terengganu...Alhamdulillah syukur kami semua selamat pergi dan balik tanpa sebarang masalah..Akhirnya, hajat aku yang bertahun-tahun telah pun termakbul. Macam tak percaya ja aku dpt menjejakkan kaki aku di Redang..

Dipendekkan cerita, bila dah sampai disana, memang aku rasa teruja sangat. Ya la, aku suka kan air lautnya. Kebiruan. Cantik sangat dan jernih. Kiranya boleh nampak apa yang ada di dasarnya..Huh, memang aku suka sangat dengan keadaan sekeliling. Pemandangan yang cantik..



Selepas makan tengah hari, dengan tidak sabarnya aku terus mandi laut dengan kawan aku. Jadi macam budak2. Terjun sana, terjun sini..Menyelam sana, menyelam sini..Hehe..Biarlah orang nak kata kami ni jakun sekalipun. Aku tak kisah. Aku ni anak pelaut. Jd aku sukakan laut.


Merenung apa pun aku tak tahu..heheh..

Dlm air pun nak berayban lg...hehehe..Maklumlah, panas terik..Sunburn jgn cakaplah, Kulit aku ni yg seputih orang Korea habis hangus. Musnah impian aku untuk join K Pop..Huhu

Pas puas mandi manda, rehat sekejap di teratak yang bahagia. Hasil penat lelah kami yang membinanya untuk tempat kami beristirehat. Walaupun tidaklah besar, namun ianya umpama baiti jannati. Menyenangkan..Heheh







Pukul 2.30 akan bermulanya prpgram kami. Saat yang ditunggu-tunggu..Snorkeling..Yeaaahhhhh..Aku suka..This is what i want....Tak sabar rasanya nak meng explore lautan...Tapi sayang, tak ada kamera yang boleh tangkap dalam air...

Oleh sebab ni 1st time aku snorkeling, memang aku agak terkejut dan teruja. Omputeh kata excited...Soo excited...Ya la, airnya jernih sngt..Boleh nampak apa sj..Coral dengan ikan..Cantik2..Aku juga berpeluang bg roti utnuk ikan. Semuanya berebut sampai ada yg gigit tangan aku..Hehe..Besttt...Depan mata aku..Macam 3d..Aku snorkeling sepuas-puasnya...

Petang tu kami pun balik. Lepak2 kat chalet..Makan petang..Lepas tu lepak pulak di tepi laut..



Malam tu aktiviti bebas..Lepas makan tu tengok tv kejap. Tengah malam tu pulak aku ikut kawan aku menchandart sotong dengan memancing. Time tu memang suasana sangat indah... Gelap dan sunyi.Angin lembut juga turut bertiup dan sekali sekala dengar desiran ombak. Lautan dan pulau-pulau berhampiran menjadi pemandangan.Ditambah pulak ditemani cahaya bulan dan bintang yang berkelipan di langit.

     Ingin aku meminjam cahaya bulan
     agar bisa malammu aku terangkan....
   
     Ingin aku mengait bintang
     untukmu ku jadikan sebuah kerongsang,

Pergghh...Malam2 macam ni memang buatkan aku menjadi jiwang karat..Terkenang cerita yang indah2..Hehehe.. Memang full pakej untuk suasana yang romantik.Aku menjadi sangat tenang. Tidak ada sebarang masalah yang berserabut..Damai...

Hari kedua macam biasa, snorkeling di waktu pagi di sebelah petang juga sama...Dipendekkan cerita, semuanya memang cantik..Aku suka...Percutian ni memang bermakna bg aku. Pengalaman yang tak aku lupakan....InsyaAllah klu ada peluang lg, aku akan ke cni...

Masa balik tu kami sempat ronda2 di Kuala Terengganu..Pergi pasar Payang dan macam2 lg...Banyak..Aku pun dah lupa..Memang seronok..Aku suka Terengganu...Suasananya dan yang palin best tentulah aweks-aweks Ganu...Hehehehe...Apa pun, Aku enjoy dengan percutian kali ni...So, next vacation is Genting..Heheh...

Penuh dengan keropok...


Kalau perempuan tengok ni mesti rambang mata..huhu