Permulaan satu
perpisahan vol. 2
Kini dah tiba di
hujung tahun. Peperiksaan PMR telah pun berlalu. Aku sedikit risau dengan
keputusan aku nanti. Aku tahu usaha aku tak seberapa jadi bukan lah jadi satu
impian yang menggunung untuk aku mendapat keputusan cemerlang. Aku tahu aku
pasti kecewakan Nurul, Segala dorongan yg dia berikan, segala semangat yang dia
tiupkan, aku hanya sia-siakan. Aku akan menghampakan dia.
Seperti yang
selalu dia katakan dulu, kalau boleh dia nak aku berjaya dalam pelajaran.
Bersama-sama meneruskan pengajian di sekolah berasrama. Memang besar harapan
dia pada aku. Tapi disaat pelajaran aku merosot, aku tak terdaya untuk
melakukan apa-apa. Semuanya salah aku sendiri. Aku yang membuatkan aku gagal.
Aku tahu aku tak boleh pergi jauh dengan sikap aku seperti ini.Namun dalam masa
yang sama aku mengharapkan dia mendapat keputusan yang cemerlang. Itu yang
pasti. Aku lebih pedulikan dia dari aku sendiri.
Aku masih ingat
lagi, minggu-minggu terakhir sesi perseolahan pada masa itu. Hari yang masih
menjadi ingatan aku. Jumaat, 06 November 1998. Esok 07hb November 1998 adalah hari lahir Nurul. Hari sabtu. Cuti sekolah. Jadi ingin aku memberikan hadiah yang aku telah
beli untuk dia. Ianya sebuah Kristal dengan hiasan didalamnya. Harganya lebih
kurang RM 7. Berpadanan pada tahun itu. RM 7 merupakan harga yang agak mahal
tambahan lagi bagi seorang pelajar seperti aku yang mana perbelanjaan harian
hanya tak lebih dari seringgit. Sempat juga aku kumpulkan duit untuk aku
memberikan dia hadiah. Aku juga nak membalas hadiah yang dia beri pada aku
dulu.
Aku akan memberi hadiah hari ini. Aku mencari
jalan bagaimana nak menyerahkan pada dia. Di sekolah, aku tak berkesempatan
untuk memberikan hadiah itu. Aku mencari-cari waktu yang sesuai namun hampa.
Masa balik dari sekolah, aku menunggu Nurul diluar. Aku harap dapat berjumpa
dengan dia. Memang aku agak nervous pada masa tu. Segan sangat tapi aku cuba
untuk kuatkan semangat. Untuk bertentang mata dengan dia agak mencabar bagi
aku. Aku tahu, aku akan lemah. Biasala, pemalu la katakan..Hehehe..Tapi macam
manapun, by hook or by crook (tak tau ayat ni betul ataupun tak) aku harus
serahkan pada dia.
Akhirnya masa
yang ditunggu telah tiba. Aku nampak kelibat Nurul. Nasib aku memang baik.
Kebetulan pada hari itu dia menaiki bas. Dia perlu berjalan ke perhentian bas
sejauh 200 meter. Dia keseorangan. Jadi, aku berpeluang untuk bermanja-manja
dengan dia..Uhuk..uhuk…Dalam dia berjalan keseorangan aku mengekorinya dari
belakang. Dalam hati aku tekadkan semangat. Malu pun malu la asalkan hadiah tu
aku dapat berikan pada dia. Dalam perjalanan aku masih lagi berperang dengan
perasaan aku.Fuuhhhh…..U can do it….
Dan bila Nurul
hampir sampai di hentian bas, aku dengan beraninya memanggil dia. Pedulikan
keadaan sekeliling. Pedulikan orang ramai. Yang penting, hajat aku tercapai.
Lagipun aku sedar, ini adalah kali terakhir aku akan berjumpa dengan dia
sebelum bercuti panjang. Jantung aku berdegup kencang. Aku memberikan hadiah
aku padanya dan mengucapkan selamat hari lahir pada dia. Aku sudah lupa
detik-detik tu tapi yang pastinya, yang membuatkan aku terbuai, sudah tentunya
senyuman dia pada aku….Aku tersimpul malu lalu aku beredar dengan senyuman yang
berpanjangan.
Aku suka melihat dia tersenyum. Harapan aku agar dia gembira
memperoleh hadiah yang tak seberapa dari seorang hero maskulin..Hehehehe.…Masa
tu panas terik pun tak terasa dah..Mission accomplish….Lega..
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment