07 November 1983....hepi bestday....something to remember...
Tribute to
someone special… Nurul..Walaupun kita dah lama tak bersua, walaupun dah lama
tak mengucapkan kata-kata, percayalah aku masih ingat lagi apa yg pernah kita rasa..Setiap apa yg kita lalui suka dan duka..Dan setiap tahun, hari lahir kamu tak pernah aku lupa…Aku nak nyanyikan skit.. - Allah selamatkan kamu…Allah
selamatkan kamu..Allah selamatkan Nurul Huda Sukarni...Allah selamatkan
kamu…Doakan agar kamu sihat dah bahagia hendaknya……
Disekolah, aku
dan Nurul seperti saling tidak mengenali. Kemesraan kami hanya melalui
telefon. Namun begitu, sesuatu yang aku sangat suka adalah memerhatikan Nurul
dari kejauhan. Sedikit sebanyak
kerinduan aku terubat. Aku selalu mencuri-curi pandang dia terutamanya ketika
dia pergi dan balik dari kantin. Untungnya sebab kelas kami bersebelahan. Pergi
mana pun, dia akan melalui kelas aku. Memang sangat strategik seolah-olah
pengetua sengaja mengaturkannya untuk aku. Dan kadang-kadang, aku akan sengaja
pergi ke koperasi untuk membeli apa saja asalkan aku dapat bertemu Nurul. Ada masanya dia ditugaskan untuk menjaga
koperasi. Maklum lah, dia seorang ahli…Dapat tengok dia senyum sekali pun dah
memadai untuk aku. Sebab tu aku selalu pesan pada Nurul supaya selalu senyum…
Hubungan aku
dengan dia memang dari hari ke hari bertambah rapat namun disebabkan trauma aku
direject dulu menyebabkan aku tidak meluahkan apa yang aku rasa pada kali ini.
Aku agak takut sejarah akan berulang. Aku bukan berani sangat dalam bab2
luahkan perasaan ni. Memang aku surrender. Tapi aku tahu, secara tersuratnya,
Nurul mengerti perasaan aku pada dia. Layanan aku sedikit pun tidak kurang dari
dulu. Bagi aku, biarlah aku tidak menterjemahkannya dengan kata-kata asalkan
dia dapat merasa apa yang aku rasa terhadap dia. Kadang-kadang dengan perlakuan juga boleh
membuat seseorang mengerti apa yang tersirat dihati. Dan sekarang ni cara
layanan dia pada aku juga berbeza dari sebelumnya. Aku dapat merasakan hati aku
dan hati dia bersatu…Ceeewaaaahhh….
Hari-hari yang
aku lalui cepat berlalu. Sekarang ni dah masuk pertengahan tahun. Peperiksaan
percubaan PMR telah pun lepas. Sebelum itu memang Nurul banyak memberi nasihat
dan semangat pada aku supaya study bersungguh-sungguh. Aku masih ingat lagi
katanya, dia nak kalau boleh biarlah kami nanti masuk ke sekolah berasrama
penuh bersama-sama. Memang masa tu aku sangat bersemangat. Kalau time tu ada
buku setebal 3 ribu mukasurat sekalipun, aku akan dapat habiskannya dalam masa
sejam. Begitu terujanya aku. Tapi biasa lah, semangat itu akan lesap dalam
sekelip mata. Aku tak bersungguh-sungguh dalam peperiksaan. Natijahnya, aku
mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan.
Nurul tahu
keputusan aku tetapi sedikitpun dia tak patah semangat pada aku. Dia tetap
memberikan sokongan moral dan kepercayaan yang penuh. Dia tetap di belakang aku
walau apa pun terjadi. Begitu tebal sekali harapan dia pada aku. Pendek kata,
susah senang bersama..kalau dalam bahasa filemnya seumpama “u jump I
jump”.(titanic) .Aku sangat-sangat terharu. Seolah-olah ada satu semangat dalam
diri yang memberikan aku kekuatan. Aku tak tahu apa lagi yang patut aku
lakukan. Aku takut kalau aku menghampakan dia nanti. Aku bukan dari golongan
bijak pandai. Aku sedar keupayaan aku.
Aku lebih suka bersederhana dalam segala hal termasuk bab pelajaran. Kalau
semua orang pandai, susah jugak nanti…(alasan abad 21)…
Pada satu hari
semasa aku dikelas, aku memberi sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di
depan.(kononnya).. Tiba-tiba aku terlihat Nurul. Aku memerhati Nurul yang lalu
di tepi kelas aku. Macam biasa, aku akan terus melihatnya sehingga hilang dari
pandangan. Tetapi kali ni lain. Tiba-tiba dia berhenti di depan pintu kelas
aku. Aku hairan. Lalu dia pun mengetuk pintu. Knock, knock… “Assalammualaikum cikgu”..Sapa Nurul..”Boleh saya berjumpa dengan Sulaiman?”…Semua kawan sekelas aku
terdiam. Apatah lagi aku. Terkedu dan terkesima. Aku terkejut beruk..Beruk pun
akan terkejut beruk kalau tengok aku terkejut. Kalau la aku sedang meminum air,
mau menyembur air tu…Jantung aku seperti berhenti berdegup..aku terkejut yang
teramat sangat. Kawan-kawan lain memandang aku. K.E juga..Ahhh, biarkan saja
mereka..Bisik hatiku..Aku terharu kerana perempuan comel ingin berjumpa aku bersaksikan keseluruhan kawan sekelas. Baru diaorang tahu siapa aku sebenarnya...hehehehehe...
“Waalaikumsalam..Boleh”..balas
cikgu..Dengan kaki aku seolah-olah tak berfungsi, aku terus berlalu dan berjalan tanpa mempedulikan keadaan
sekeliling. Bak seorang anak melayu yang sangat bersopan santun aku pun menuju
kearah Nurul dan kami berbual di luar kelas..
Rupanya tujuan dia berjumpa aku adalah untuk sama-sama menyerahkan
borang belajar di asrama penuh yang telah kami isi kepada cikgu. Aku hanya
menurut. Maklumla, Nurul begitu bersungguh walaupun dia tahu keputusan aku tak
seberapa. Bukan apa, aku tak berharap sangat sebab aku tahu keputusan aku tak
melayakkan aku untuk memohon. Aku tak mau dia berkecil hati kalau aku tak
serahkan borang tu..
Apa pun,kejadian
tadi membuatkan aku semakin kagum dengan Nurul. Tak sangka dia seberani dan senekad itu. Jujurnya, aku pun tak berani
nak buat macam dia buat. Belum pernah lagi ada seseorang yang sanggup berbuat
begitu demi aku. Biarpun tahu aku tak ada harapan, tapi masih terus berharap.
Aku rasa kalau dalam filem, si hero mau nangis berbesen-besen nih..Aku sangat
mengagumi dia. Dia adalah idola aku..Dia memang layak menjadi heroin dalam
cerita ni…Hari ke hari, semakin
menguatkan lagi perasaan aku terhadap dia…Owhhh..meera mann….Teera leye.....
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment