Akhirnya, seperti yang aku
harap-harapkan, permohonan kami diterima dengan penuh keikhlasan. Aku sendiri
macam tak percaya. Manakan tidak, kelas tu adalah top two dalam sekolah. Nama
pun sedap. 4 Sastera Iktisas ataupun lebih femes sebagai 4 SI. Waa, aku akan
dikelilingi kawan-kawan yang pandai dan juga yg penting, kawan-kawan yang
cantik..Hehehe…(saham naik sikit)..
Cumanya hanya kami bertiga yang
terpilih. Seorang lagi kawan aku tidak diluluskan. Kami agak sedih tapi apa nak
buat, life must go on. Namun apabila mengenangkan impian aku untuk kembali sekelas
dengan Nurul telah terlaksana, kekecewaan aku terubat. Ini mungkin akan masuk
dalam book of records sekolah dimana
jumlah student lelaki hanya 4 orang berbanding 28 orang perempuan.Kami akan menjadi jejaka
rebutan nampak gayanya…..Hehe…
Apabila seseorang memenangi wang
tunai sebanyak RM 1 juta, apabila seorang suami diizinkan untuk berpoligami, (sebab
aku blm kawen), ianya masih lagi tidak dapat menggambarkan kegembiraan aku
kerana sekelas dengan Nurul. Speechless. Cuma membayangkan kami melayari
hari-hari bahagia bersama anak-anak. Erk, kejap, tu dah menyimpang jauh. Tak
kisah la, tapi yang pastinya, memang aku hepi sehepinya. Penantian aku selama
ni rupa ada hikmah disebaliknya. Sungguh tak disangka.Adakah cikgu sengaja
mengaturkan semua ini agar aku boleh melayari hari-hari yang
bahagia?...Owhhh…Indahnya…
Pada ketika itu, hujan lebat,
guruh berdentum sekalipun pasti akan aku jejakkan juga kaki ke sekolah. Kalau
lah hari persekolahan ada 365 hari, aku akan hadir selama 366 hari. Kalau ada
anugerah kedatangan 100 peratus, pastinya orang itu adalah aku. Betapa super
rajinnya aku ke sekolah. Kalau lah ketua kampung tahu akan kerajinan aku ini,
sudah tentu aku akan dinobatkan pemuda harapan kampung .Aku juga akan dijadikan
ikon kerajinan pada para pelajar sekolah aku. Apa lagi yang boleh membandingkan
dengan kerajinan aku untuk kesekolah?...
Nurul telah menjadi dorongan aku.
Aku bersemangat dan bergembira kerana adanya dia. Hidup aku seolah-olah lengkap.
Susah untuk aku membayangkan betapa gilanya perasaan ni. Bukan aku tak cuba
melawan, cuma aku rasa biarlah aku melaluinya untuk mencari pengalaman.Aku
tahu, walaupun kami tak bersama satu hari nanti, ianya pasti akan menjadi
kenangan indah untuk aku. Setiap saat cerita aku dan dia pasti akan aku kenang
sepanjang masa.Tambahan pulak ianya dari pandangan pertama. Susah untuk
mendapat peluang seperti itu. Aku tahu cerita yang aku ciptakan kali ini akan
menjadi kenangan indah pada satu hari nanti..
Aku sedar, setiap sesuatu tu bukanlah satu kepastian.Sebab tu aku hanya
ingin terus menikmati detik-detik yang aku rasa boleh menggembirakan. Gembira
itu lumrah,bersedih juga lumrah. Tak ada perjalanan yang setiap masanya penuh
dengan gembira. Perjalanan hidup adalah panjang tapi yang pastinya ia semakin
pendek.Harus menghargai setiap peluang yang ada. Memang untuk melupakan
kesedihan adalah sangat sukar. Memakan
masa untuk kembali bangun. Sejarah tetap tidak akan terpadam oleh itu biarlah
ia menjadi landasan untuk kita menghadapi hari muka. Seperti kata pepatah, Kalau
kita dapat melihat masa depan dah tentu kita takkan biarkan masa
yang berlalu.
Eh, kenapa tiba-tiba cerita aku
menjadi mood sedih ni?..Ok, tukar ke mood hepi balik. Biasala, setiap kisah
percintaan mestilah disulami dengan suka duka, gembira bersedih, lucu dan
sentap, gaduh-gaduh dan manja. Setiap scene adalah sesuatu yang mengujakan.
Macam filem Hindustan la, semua babak ada. Tu lah yang membuat jalan cerita
lebih thriller.Saspen dan menyeramkan.Hehe..
Bersambung….
Geng aku yg berdiri tu nama Azhar. Yg sebelah kiri tu Azli. Yg purple tu Hafiz. Dan yg depan tu mesti la aku. Sang hero...hehehe..Pic ni diambil selepas SPM 2000. Inilah kelas aku. 5 Sastera Iktisas. Kelas ni adalah yang terbaik bagi aku. Kawan2, cikgu2, semuanya best...kalau boleh diulang, aku akan pilih tahun ni...
No comments:
Post a Comment