Sunday, April 28, 2013

saya pilih mengundi vol ii ..........



Penamaan calon telah pun berlalu pada 20 April yang lalu. Aku agak kecewa dengan Pas kerana hanya bertanding sebanyak 77 kerusi parlimen. Walaupun ianya bertambah 10 kerusi dari Pru12 yang lalu, namun bagi aku itu masih belum memadai. Aku lebih suka kalau Pas bertanding lebih banyak kerana aku mahukan Pas menjadi parti dominan dalam PR. Jadi tak perlulah Pas mengalah dalam banyak perkara kepada PKR dan DAP. Bertanding 77 kerusi tak bermakna menang kesemuanya. Pru12 yang lalu Pas hanya menang 23 kerusi dari 67 kerusi yang dipertandingkan. Diantara yang paling sedikit dalam PR. Bagi Dap mereka bertanding 51 kerusi dan Pkr sebanyak 99 kerusi. Perlu diingatkan, walaupun Dap bertanding 51 kerusi, mereka masih lagi menjadi parti pilihan kebanyakan orang Cina. Mungkin kali ni menang lebih dari 29 kerusi yang dimenangi pru12 yang lalu. Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang Cina lebih pandai berpolitik. Mereka suka Umno dan Pas tidak bergabung kerana itu boleh melemahkan mereka. Mereka juga banyak menumpukan kerusi di Bandar-bandar berbanding orang Melayu yang kebanyakannya di luar Bandar.

2 – 3 hari yang lepas aku ada menonton berita dimana Tuan Guru Dato Dr.Harun Din mengatakan jika PR memerintah mereka tetap akan melaksanakan Hudud. Tak lama selepas itu, Karpal Singh yang hanya mampu duduk di wheel chair tetap menegaskan pendirian Dap menolak pelaksanaan Hudud di Malaysia. Dan selepas itu seperti yang aku jangka, ada pemimpin Pas mengatakan isu Hudud bukan isu utama berbanding menakluki pemerintahan dari BN.Aku keliru sebenarnya dengan pendirian pemimpin-pemimpin dalam Pas. Aku sangat menghormati Tuan Guru Dr.Harun Din.Dalam ramai-ramai pemimpin Pas, aku merasakan beliau merupakan orang yang paling layak untuk mengemudi Pas.  Aku yakin jika beliau menjadi Presiden, sokongan terhadap Pas akan semakin meningkat. Tidak seperti Hj. Hadi yang aku lihat terlalu banyak mengalah kepada Pkr dan Dap.

Parti Pas merasakan mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain. Samada dari pemimpin dan juga penyokong mereka. Sehingga mereka terlupa, parti Pas adalah parti yang di pelopori oleh manusia biasa. Pemimpin pas ini tidak lari dari melakukan kesilapan. Mereka tidak maksum. Manusia-manusia yang mempunyai kuasa dan pangkat lebih besar godaannya berbanding kita orang biasa. Banyak perlakuan mereka yang aku pertikai.  Mereka tidak mahu bersatu dengan Umno kerana mereka sangat membenci dan berdendam dengan parti itu. Aku tak faham, Pas mengatakan mereka memperjuangkan Islam tetapi apabila diajak bersatu mereka menolak. Meraka lebih sanggup bersekutu dengan Dap yang terang-terangan menolak Islam untuk menjatuhkan saudara Islam yang lain. Mereka sanggup mengatakan Umno itu kafir dan sembahyang tidak mendapat pahala kerana Umno mengikut perlembagaan kafir dan menolak Hudud. Namun di negeri yang mereka (Pas) tadbir tidak pula menjadi agenda mereka untuk melaksanakan hudud. Banyak pula alasan yang mereka berikan. Tidak pula mereka mengatakan kafir sesama sendiri.  PKR juga menyatakan pendirian tidak melaksanakan Hudud namun tidak pula Pas mengatakan mereka kafir. Kafir mereka hanya untuk orang Umno. Umno tidak mengatakan mereka menolak Hudud cuma buat masa ini ianya masih belum sesuai untuk Malaysia memandangkan orang Islam disini masih belum menguasai ekonomi dan kurang pemahaman mengenai Hudud. Jadi disinilah aku merasakan Pas dan Umno perlu duduk semeja untuk berbincang mencari jalan bagaimana untuk mendidik orang Islam berkenaan hukum Allah itu. Aku juga termasuk dalam golongan yang kurang arif mengenai Hudud. Para agamawan dan pemimpin negara seharusnya memainkan peranan untuk memajukan Islam bukan sebaliknya yang hanya mahu mendapatkan kuasa dengan memusuhi saudara seagama.

Aku menyokong jika Hudud dilaksanakan. Namun sebelum itu, orang Islam di Malaysia perlu betul-betul memahami apa itu hukum Hudud. Selain itu, peratusan ekonomi orang Islam mestilah tinggi bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini. Ingat, andai orang Islam tidak menguasai ekonomi, kita akan terpinggir. Kes-kes jenayah seperti mencuri kebanyakan oleh orang Islam. Banyak lagi isu-isu yang perlu diperincikan sebelum kita boleh melaksanakan Hudud. Aku tidak mempertikaikan hukum ini, ini hukum Allah. Cumanya aku mahukan orang Islam bersedia untuk menerima dan memahami sepenuhnya Hudud. Dan aku juga mahu ia dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Tidak seperti Pas yang mahu dilaksanakan hanya kepada orang Islam. Jika dilaksanakan, biarlah kepada semua kerana mereka semua warganegara Malaysia. Dalam hal ini, Pas dan Umno seharusnya duduk semeja bagi membincangkan pelaksanaannya bukan saling bermusuhan yang merugikan kita umat Islam di Negara kita sendiri. Apa salahnya jika mereka bersatu demi agama dan sekurang-kurangnya berbincang dalam merangka draf undang-undang Hudud terlebih dahulu. Selepas itu, apabila orang Islam bersatu dan kembali kuat, pada masa itulah hukum ini dilaksanakan sedikit demi sedikit. Ini tidak, Pas tetap tidak mahu bersatu sedangkan Umno telah membuka pintu rundingan pada sedikit  masa dulu. Aku pun tidak faham dengan kerajaan perpaduan yang telah di cadangkan oleh beberapa pemimpin Pas sebelum ini. Ia telah mendapat tentangan yang hebat dari pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam. Pemimpin yang aku maksud kan adalah Tuan Guru Nik Aziz. Susah untuk aku mengerti pemimpin seperti Nik Aziz menolak perpaduan demi agama ini kerana dendam beliau terhadap Umno. Hj Hadi telah bersetuju namun Nik Aziz tetap dengan pendiriannya dan lebih suka bersatu dengan Dap.

Pas tidak akan dapat melaksanakan Hudud selagi bekerjasama dengan Dap. Itu fakta. Pkr pula tidak boleh diharap. Kebanyakan pemimpin mereka adalah beragama Kristian dan disebabkan itu mereka menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible. Pas bertanding 77 kerusi dan jika ditakdirkan menang kesemuanya, masih belum mampu untuk meminda undang-undang dalam perlembagaan. Ini kerana penggubalan itu akan mendapat tentangan dari orang bukan Islam seperti Dap, Mca, Mic dan parti-parti lain yang bukan Islam. Pas memerlukan lebih dari 112 kerusi untuk meminda perlembagaan. Perlu diingatkan, jika Pas menang kesemua 77 kerusi bermakna Umno akan kalah teruk kerana Pas bertanding dalam melawan Umno. Sebab itu untuk melaksanakan Hudud Pas dan Umno perlu bergabung. Tetapi disebabkan mahukan kuasa, mereka saling tidak mahukan semua itu berlaku. Segala pertelingkahan mereka selama ini amat merugikan umat Islam dan yang menguntungkan tentulah kepada puak-puak kafir. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk memerintah negara kita. Disebabkan itu jika kita lihat kaum Cina kini bersatu hati walaupaun mereka mewakili BN. Namun sayangnya, orang Melayu tidak begitu. Orang Melayu adalah majoriti namun kita memilih untuk berpecah kepada 3 parti politik yang menjadikan kita semakin menjadi minoriti. Aku mahukan orang Melayu sedar permainan kaum lain. Aku akan rasis sekiranya melihat bangsa aku diganggu gugat ditanah air sendiri. Walaupun suara aku tidak didengar oleh pemimpin politik namun aku merayu agar pintu hati mereka akan terbuka untuk bersatu dan seterusnya menjadikan agama dan bangsa gemilang di bumi bertuah ini. 

Tuesday, April 16, 2013

saya pilih mengundi................



Memandangkan sekarang ni musim pilihanraya, jadi kali ni mood aku nak berbicara tentang politik negara kita. Aku bukan lah pandai sangat dalam politik ni tapi aku selalu ambil tahu perkembangan semasa. Apa yang aku nak tuliskan ni hanyalah pandangan peribadi aku. Sesungguhnya setiap orang ada pendapat masing2..


Kali ni mungkin aku menulis dengan agak panjang. Maklumlah, ni perkara panas. 1st sekali, Parlimen telah dibubarkan oleh PM kita pada 03 April 2013 yang lalu. Tarikh genap 4 tahun dia dilantik dan juga genap umur aku meningkat lagi setahun. (umur dirahsiakan demi kesejahteraan umum) .Sebaik dibubarkan, perang dingin telah bermula baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Rata-rata kita lihat poster telah banyak kelihatan di jalan-jalan dan ada juga yang kreatif dengan pelbagai idea bagi menarik perhatian orang ramai.


Disini aku nak terangkan objektif parti-parti politik. Matlamat paling utama sesebuah kerajaan diseluruh dunia adalah untuk mengekalkan keupayaan untuk memerintah. Manakala bagi pembangkang pula adalah untuk menjadi pemerintah. Oleh sebab itu, bagi aku, politik adalah sesuatu yang saling bertentangan. Pernahkah kita dengar kerajaan puji melangit pembangkang? Pernahkah kita dengar pembangkang puji menggunung kerajaan? Setiap apa yang mereka lakukan mesti akan dibantah oleh lawan masing-masing. Itulah dasar politik. Pada PRU 12 lalu, pembangkang telah memenangi banyak kerusi. Sebenarnya, kemenangan besar pembangkang telah membawa kebaikan kepada rakyat. Ini kerana kerajaan akan berusaha semaksimum mungkin untuk kembali memenangi hati rakyat. Banyak yang telah dilakukan oleh Najib sejak 4 tahun ni. Banyak kalau aku nak sebut. Semuanya 1Malaysia. Aku juga turut mendapat Baucher buku 1 Malaysia.


Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal tu. Apa yang aku nak sampaikan sekarang adalah kesan politik kepada perpaduan antara kita. Rata-rata aku lihat, disebabkan ideologi politik berbeza, orang kita saling berbalah dan yang lebih teruknya, bermusuhan antara satu sama lain seolah-olah politik telah memisahkan tali persaudaraan. Memang aku sangat sedih dalam hal ni. Politik telah mengakibatkan kita saling tuduh menuduh sedangkan kita seagama. Aku tak tahu kenapa orang Melayu semakin berpecah belah hanya kerana tak sefahaman dalam politik walaupun secara dasarnya kita semua adalah bersaudara. Aku adalah orang yang agak realistik, politik tidak member kesan kepada aku.Kalau Umno membuat sesuatu yang salah, aku tetap katakan salah. Begitu juga dengan Pas. Aku Cuma berminat bercerita mengenai Umno dan Pas kerana bagi aku hanya parti ini yang diwakili oleh orang Islam.


Aku berpendapat kerajaan sekarang masih lagi relevan. Kenapa aku berkata begitu?..Ok, secara asasnya, untuk memerintah negara, sesebuah parti politik itu harus memenangi 2/3 kerusi parlimen negara. Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi. Ini bermakna, jika parti politik memenangi 112 kerusi, maka merekalah yang akan mentadbir negara. Namun harus diingatkan, majority kecil seperti itu hanya akan membawa keburukan dalam membuat sesuatu dasar kerajaan disebabkan majoriti yang sedikit.. Oleh sebab itu, Najib meminta rakyat memberinya mandat yang lebih besar  untuk mentadbir negara kita. Pada pilihanraya 2008 yang lalu, kedudukan kerusi parlimen adalah seperti berikut :


Jumlah kerusi yang dimenangi UMNO = 77

Jumlah kerusi yang dimenangi PKR = 25 (Selepas ditolak MP lompat parti)

Jumlah kerusi yang dimenangi PAS = 23

Jumlah kerusi yang dimenangi DAP = 29


(merangkumi parti2 utama)..Tak termasuk parti2 lain dan calon bebas.


Dari segi matematiknya kita ketahui bahawa Umno adalah kerusi terbanyak dalam parlimen dan disebabkan itu juga, ketua mereka yakni Najib dilantik menjadi Perdana Menteri. Ini kerana didalam perlembagaan mengatakan parti yang paling banyak memenangi kerusi itulah yang akan memerintah negara dan perdana menteri dilantik oleh wakil dari parti tersebut. Kita juga tahu sesungguhnya Dap adalah parti kedua terbesar yang mempunyai kerusi terbanyak.


Undang-undang Dun negeri pun begitu juga. Lebih kurang sama dengan parlimen. Siapa yang banyak kerusi Dun dialah yang akan membentuk kerajaan negeri. Contoh di Perak. Dap telah memenangi majority kerusi DUN tetapi kenapa bukan wakil dari parti mereka yang menjadi Menteri Besar Perak?.Ini adalah kerana dalam undang2 tubuhnya negeri Perak mengatakan hanya orang yang berbangsa Melayu saja yang boleh dilantik menjadi Menteri Besar. Oleh itu, Sultan Perak memilih Nizar Jamaludin yang mewakili parti Pas untuk menjadi Menteri Besar walaupun mereka hanya memenangi beberapa kerusi. Nasib baik perlembagaan negeri perak diperuntukkan sebegitu. Kalau tidak, aku tak tahu la macam mana nnt. Dan disebabkan itu juga, Dap kini sudah mula mengambil orang Melayu menyertai parti mereka. Semuanya bersebab...


Sebenarnya, pemerintah zaman dahulu sudahpun memikirkan tentang masa hadapan dan kesan akibat mengenai Malaysia yang didiami oleh berbilang bangsa. Mereka tahu satu hari nanti kedudukan orang Melayu akan terancam di bumi sendiri. Ramai yang berkata, mereka tidak bangga menjadi Melayu.mereka berbangga menjadi islam. (kebanyakannya orang Pas).. Betul..Itu tak dinafikan.Memang aku bangga dan bersyukur menjadi orang islam. Tetapi secara tersiratnya pemimpin dahulu telah menggubal dasar undang-undang yang seterusnya menjadi perlembagaan negara semuanya bersebab. Dalam perlembagaan tersebut menyatakan, orang MELAYU MESTILAH BERAGAMA ISLAM. Perlembagaan itu bukan dibuat sekadar untuk suka-suka sebaliknya untuk melindungi hak orang Melayu dan secara tersiratnya bermaksud hak Islam. Bila seseorang pemimpin itu berkata akan mempertahankan hak melayu hingga keakhirnya dalam masa yang sama mempertahankan kesucian agama Islam.  Bukan apa, sekarang ni kaum lain sudah mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu. Apa yang orang Melayu dapat, mereka juga ingin menuntutnya dengan alasan mahukan kesamarataan. UITM yang hanya untuk orang Melayu buat masa sekarang masih lagi dapat dipertahankan oleh pemimpin kita. Cuba bayangkan jika kaum lain juga layak masuk. Apa lagi yang tinggal untuk generasi muda Melayu?..Kerajaan mahukan generasi muda Melayu (orang Islam) terjamin dalam mendapat pendidikan yang tinggi. Sedar tak kita, di setiap negeri wujudnya UITM. Kenapa kerajaan membina begitu banyak?.Sudah tentunya untuk orang Melayu. Telah puluhan ribu orang Melayu yang telah mendapat pendidikan di UITM sejak dulu lagi. Kerajaan ingin memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam pendidikan kerana sedar kaum lain lebih bijak menghargai pelajaran. Tidakkah didalam Islam menggalakkan setiap umatnya menuntut ilmu..Kerana itulah kerajaan tetap dengan pendirian...Itupun masih ada lagi segelintir Melayu yang bersetuju kemasukan kaum lain ke UITM hanya kerana kepentingan politik semata-mata..Hal ini sebenarnya turut terjadi kepada MRSM..


Mungkin penulisan aku agak bias kepada kerajaan. Kerana aku berpendapat kerajaan sekarang ini masih lagi relevan. Mereka masih lagi mempertahankan AA BA TA...(Agama, Bangsa, Tanah air) Cuma kita yang tidak berapa nampak. Banyak yang telah kerajaan lakukan untuk Islam. Universiti Islam, Kewangan Islam, Tabung Haji, Sekolah Tahfiz, Pondok, dan banyak lagi. Kemajuan untuk orang Melayu diutamakan. Ini kerana kerajaan tahu ekonomi negara tidak dipegang oleh orang Melayu. Kuasa melayu hanya tinggal pada politik. Andai politik pun tergadai, maka tiada apa lagi yang tinggal untuk kita. Kita ketinggalan kerana sikap kita sendiri. Bukannya kerana kerajaan. Kerajaan telah melakukan segala yang terdaya namun orang Melayu masih lagi tidak berubah dari dulu.Sifat dengki,tamak,tidak boleh tengok orang lain senang dan berdendam memang tidak dapat dipisahkan. Sekarang orang kafir dilihat semakin berani menentang orang Melayu kerana mereka sedar, akan ada juga Melayu yang akan menyokong mereka.


Pas selalu mengatakan mereka ingin menggantikan Umno. Tapi dari secara logiknya, mereka tidak akan dapat. Aku pun tak pasti apa yang dimaksudkan mereka, tetapi bagi aku apa yang mereka cuba sampaikan adalah seolah-olah menipu. Pada pilihanraya 2008 Pas hanya bertanding 67 kerusi parlimen berbanding Umno yang bertanding 117 kerusi. Diandaikan mereka memenangi semua kerusi parlimen itu, mereka masih lagi belum boleh menandingi Umno. Dan apa yang membuatkan aku kecewa dengan Pas adalah kerana mereka bergabung dengan Dap. Pada tahun 70an dulu, mereka memfatwakan kerjasama diantara Umno, Mca dan Mic adalah haram. Namun sekarang, mereka sanggup bekerjasama dengan Dap semata-mata untuk menjatuhkan Umno. Mungkin ramai yang kata, Umno bekerjasama dengan Mca tak mengapa, takkan Pas tak boleh dengan Dap?..Disini mereka agak silap. Didalam Barisan Nasional, Umno adalah parti dominan kerana mereka lebih banyak kerusi. Jika mereka kata A, maka A lah keputusan dalam BN. Disebabkan itu, keistimewaan hak melayu masih lagi terjamin. Tapi untuk Pas, dalam PR mereka adalah parti yang mempunyai kerusi paling sedikit iaitu 23. Pas tidak mampu untuk membuat keputusan dan bergantung harap kepada Dap dan Pkr. PAs juga sering mengalah dalam setiap dasar yang dibuat oleh PR. Sebab tu aku tidak bergantung harap kepada Pas.


Parti Pas selalu mengatakan mereka memperjuangkan agama. Disebabkan itu juga, mereka mengatakan Umno tolak Islam. Tolak hukum Allah. Dianggap kafir sebab tak melaksanakan Hudud. Tapi kenapa di Kedah dan Kelantan mereka tidak melaksakannya.?.Alasannya mudah, kerajaan persekutuan tidak meluluskan. Dulu Nik Aziz berkata Mahathir telah menolak draf Hudud mereka dan juga mengugut kerajaan Kelantan. Namun, Mahathir bukan menolak Hudud Allah. Beliau Cuma menolak Hudud Pas yang mana hukum itu hanya terpakai kepada orang islam. Hukum Allah itu adil tetapi kenapa dilaksanakan hanya untuk orang Islam didalam Malaysia?. Kesalahan yang sama tetapi berlainan hukuman untuk agama lain. Disebabkan itu Mahathir menolaknya. Tapi selepas Mahathir bersara, Kelantan masih lagi tidak melaksanakan Hudud sehingga sekarang dan hanya timbul apabila pilihanraya. Sedangkan didalam menifosto mereka tiada Hudud. Bah kan Hj hadi sendiri mengatakan Hudud bukanlah agenda pakatan Rakyat. Telah depersetujui oleh PR sekiranya mereka berjaya mendapat Putrajaya.


Umno bukanlah parti yang menonjolkan agama dalam pentadbiran mereka. Urusan itu mereka serahkan kepada Jakim kerana mereka tidak mahu mencampuradukkan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Memang benar dalam Islam politik dan agama itu saling berhubung kait. Tetapi cara melaksanakan itu biarlah benar-benar berlandaskan Islam. Tidak menggunakan agama hanya untuk mengaut keuntungan. Umno itu tidak sempurna. Banyak kelemahan. Aku pun tidak setuju isteri pemimpin tidak menutup aurat. Kehidupan harian mereka penuh dengan kemewahan. Ada juga pemimpin yang banyak salah laku. Aku akui semua tu. Aku menyokong Umno bukan kerana mereka bagus, tetapi aku tak ada pilihan yang lain. Pas bukan lah tak bagus tapi aku masih kurang keyakinan kepada mereka.Banyak keputusan mereka yang aku pertikaikan.  Pas sekarang bukan seperti pas yang dulu. Pas dulu dipimpin oleh ramai ulama. Presiden mereka dulu Allahyarham Tuan Guru Fadzil Nor bagi aku lebih berwibawa dan aku merasakan beliau tidak akan sesekali bersekongkol dengan kafir. Pas sekarang hanya diketuai seorang saja ulama iaitu Tuan Guru Haji Hadi. Timbalan Presiden dan naib-naib presidennya bukanlah dari kalangan ulama. Aku tak mempercayai Timbalannya iaitu Mat Sabu. Andai beliau memegang tampuk pemerintahan Pas, lagi lah perpecahan sesama Islam akan merebak. Beliau pernah berkata beliau sanggup makan babi bersama Dap dari makan ayam bersama Umno. Adakah pemimpin sebegini yang kita nak angkat?...Walaupun itu hanya perumpamaan namun kata-kata seperti itu menunjukkan tahap kebencian yang sangat kepada Umno. Sesama Islam.  Aku berharap dia tidak akan menjadi presiden Pas. Aku juga terkejut satu masa dulu Haji Hadi dan Nik Aziz bersetuju kalimah Allah boleh dipakai dalam bible berbahasa Melayu. Aku sangat terkejut namun nasib baik majlis syura Pas tidak bersetuju dan mereka pun menarik balik. Alasan mereka sebab zaman dahulu orang bukan Islam juga menggunakan nama Allah.


Sebenarnya agenda kafir ini bukan lah untuk jangka masa pendek. Perancangan mereka adalah untuk 20 – 30 tahun lagi. Generasi anak cucu kita. Pada zaman dahulu, iman orang Islam sangat lah tebal.Diseksa sekalipun, mereka tidak akan sesekali menyekutukan Allah. Namun dalam puluhan tahun akan datang, aku takut begitu mudah mereka terpedaya. Adakah kita mahu dengar satu hari nanti orang islam berkata, aku beriman kepada allah namun aku beragama kristian. Jadi biarlah kita mencegah perkara itu berlaku dari sekarang. Aku bukan lah pandai bab2 agama tapi aku tak mahu anak cucu aku nanti terkeliru diantara Allah untuk orang Islam dan allah untuk agama kristian. Oleh itu, bagi aku kalimah Allah hanya untuk orang islam. Kita kena memastikan akidah anak cucu kita terpelihara dari agenda orang kafir. Selain itu, orang Kafir juga mahu melaksanakan IFC iaitu kesamarataan agama. Diantara salah satu tuntutan IFC adalah anak yang baru lahir tidak boleh beragama sehingga umur 18 tahun dimana mereka boleh memilih agama mana yang mereka suka. 


bersambung kalau aku ada mood.....huhu..