Monday, December 10, 2012

My 1st luv story - luv at 1st sight episode 18

Permulaan satu perpisahan vol.4
 
Keesokan harinya, hati aku sudah bersedia untuk tersenyum riang. Hari yang aku tunggu-tunggu. Aku ke sekolah dengan keadaan bercanda ria. Aku gembira. Bukanlah disebabkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan tapi sebaliknya aku tahu hari ini aku akan bertemu dengan Nurul. Keputusan exam? Ahh, aku tahu keputusan aku tak seberapa. Jadi aku tak mengharapkan apa-apa. Biasa la, hati kering. Ikut rasa hati ja manjang. Yang dalam kepala ni cuma nak keseronokan saja.

Disekolah, aku mencari-cari kelibat Nurul. Aku ingin melihatnya lama-lama. Tebus balik selama sebulan lebih tak bertemu mata.Huhu..Akhirnya di koperasi aku tengok ramai orang berkumpul. Aku rasa mesti keputusan diambil disitu. Aku tak pergi lagi.Biarlah dulu. Hanya menungu dibawah.Orang masih ramai.Bukan lah kesukaan aku untuk berada ditempat yang orang ramai. Semuanya kelam kabut untuk mengetahui keputusan masing-masing. Aku masih lagi rilex. Taknya hilang kalau amik lambat pun.

Tiba-tiba aku ternampak pujaan hati. Hati kembali berbunga.Aku dibawah sambil memerhatikan dia diatas. Dia pun perasan aku. Kami sempat berpandangan buat seketika dan yang paling untungnya, dah tentu senyuman dia pada aku yang sekian lama aku nantikan. Aku hanya memerhatikan dia. Biasala, dah menjadi hobi tak bertabiat aku…Hehehe..

Aku melihat Nurul menulis sesuatu di cebisan kertas kecil. Dia melipatnya dan membaling pada aku. Mak aih, macam cerita Hindustan la pulak. Disaat si heroin ingin menyampaikan luahan hati kepada sang hero akibat daripada larangan ibu-bapanya untuk kami berjumpa. Aku pun perlahan-lahan mengambil cebisan itu dan terus membacanya. Aku sangkakan ianya satu kata-kata yang indah dari Nurul tapi  ternyata jangkaan aku tersasar. Rupa-rupanya Nurul menulis keputusan peperiksaan PMR aku. Dengan serta merta senyuman aku bertukar menjadi kelat.
3 B, 3 C, 1 D dan 1 E.  Aku agak tergamam. Tak terkata. Terkejut. Itu lah, aku dah pesan pada diri sendiri, kalau nak amik result exam, kena ambil awal-awal. Kalau lambat, A dan B orang lain akan ambil dulu. Natijahnya, yang tinggal cuma C dan D sahaja untuk aku.. Jadi, aku tak ada pilihan lain selain dari menerima dengan pasrah keputusan aku itu. Dan yang membuatkan aku bertambah malu adalah disebabkan Nurul orang pertama yang mengetahui keputusan aku. Tu pun tanpa kerelaan aku.

Aku macam tak percaya aku gagal dalam satu subjek. Kemahiran Hidup. Bukan salah aku pun. Kerja kursus yang aku buat dibengkel telah hilang. Aku tak tahu macam mana boleh hilang. Cikgu pernah bgtau aku akan gagal dalam subjek ni. Aku masih ingat lagi cikgu tu. Cikgu Tarli.  Aku memang tension. Aku boleh terima kalau ianya salah aku cuma aku rasa subjek ni aku boleh dapat result yang baik. Aku ralat.

Aku agak sedih. Aku tahu Nurul kecewa dengan keputusan aku. Aku lebih kecewa..Bukan disebabkan keputusan aku, tapi sebab aku telah menghampakan dia. Tak ada apa yang aku nak katakan lagi  selain dari pulang dengan kegembiraan yang sirna. Aku malu pada Nurul. Tak tahu apa yang nak cakap pada dia lagi.Aku persiakan harapan dia pada aku…Dan aku akui, memang pelajaran aku merosot teruk tahun ni.

No comments:

Post a Comment