Aku ada seorang
kawan. Perempuan. Tak la rapat tapi kami selalu bercontact-contact. Dari situ
juga kami banyak bertukar-tukar cerita. Aku dapat tahu dia ada berkawan dengan
seseorang. Dia cerita lagi, lelaki tu ada masalah kesihatan. Dia pernah eksiden dan cedera teruk
di jantung. Dah banyak kali buat pembedahan. Tindakan susulan di IJN. Banyak
kali dalam keadaan kritikal dan yang terbaru kawan aku tu cerita lelaki tu
diisytihar mati otak selepas buat pembedahan. Aku tak berapa tahu makna mati
otak dalam bidang perubatan ni. Hilang ingatan ataupun lumpuh..Aku tak mahu la
tanya lebih2. Nanti dia sedih..
Hubungan
diaorang ni baru lagi. Tapi kenal dari sekolah . Banyak yang dia ceritakan pada
aku macam mana diaorang boleh berkawan. Banyak kejadian. Kadang-kadang aku rasa pelik jugak tapi tak
kisahlah. Hanya diaorang saja yang faham.
Kadang-kadang,
bila difikirkan setiap orang ada cerita yang tersendiri. Suka dan duka. Kalau
kita rasa hidup kita susah dan mengecewakan, sebenarnya ada lagi orang yang
nasib lebih malang dari kita. Kalau kita tengok orang sekeliling hidup senang
dan menggembirakan, terdetik di hati kita alangkah bahagianya kalau kita
pun menjadi seperti mereka. Tapi pernahkah kita fikirkan apa yang mereka telah lalui?
Dia juga pernah bgtau pada aku lelaki tu kata dia kuat disebabkan kawan aku yg sentiasa ada dibelakangnya...Aku faham. Memang bila seseorang sentiasa ada untuk kita, ianya akan memberikan satu semangat dan kekuatan yang kita tak tahu dari mana datangnya....Aku dah rasa....
Aku cuma mampu menyuruh dia bersabar. Jangan bersedih...InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Yang penting berdoa..
Aku cuma mampu menyuruh dia bersabar. Jangan bersedih...InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Yang penting berdoa..
No comments:
Post a Comment