Dalam keterpaksaan aku merelakan K.E mempermainkan Nurul
sebegitu rupa. Aku sebolehnya tak nak mencampuri urusan diaorang. Agak sukar.
Di sebelah sini kawan baik aku, disebelah sana seseorang yang bermakna bagi
aku. Aku tak boleh memilih antara satunya. Aku berasa serba salah. Tak tahu nak
berpihak kepada siapa.
Nurul melalui
hari-hari yang menggembirakan. Tak kan aku nak merosakkannya?..Namun aku tahu,
satu hari nanti dia akan kecewa. Sebolehnya aku tak mahu Nurul jadi begitu. Aku
nak kan dia selalu hepi. Dan sebab itu aku sanggup dia terus berkawan dengan
K.E sampai bila-bila. Aku mahukan dia terus tersenyum. Biarpun senyuman itu
bukan kerana aku tapi senyuman dia akan tetap menjadi penawar.
Aku masih menjadi orang perantaraan antara mereka. Aku
terima. Biarlah mereka gembira. Aku juga gembira walaupun hakikatnya aku
sendiri tahu apa yang aku rasa. Biar lah asalkan aku tak kehilangan mereka
berdua. Sekurang-kurangnya aku masih boleh melihat Nurul tersenyum dan kami
masih boleh selalu berhubung. Lagipun, panggilannya memang selalu aku
tunggu-tunggu. Kalau tak bercakap sehari lain aku rasakan.
Satu hari aku keluar dengan K.E. Tanpa di rancang dia
mengajak aku untuk berjumpa Nurul. Walaupun kami tak tahu rumah dia, kami akan
cuba cari sebab kawasannya kami tahu. Apa yang kami tahu, rumah Nurul
berdekatan dengan pantai. Pantai Ban Pecah.
Bila kami sampai disana, kami sangat bernasib baik sebab kami berjumpa
dengan sepupu Nurul yang mana dia juga sekelas dengan kami. Kami pun
ditunjukkan rumah Nurul. Dipendekkan cerita, kami berjumpa Nurul setelah
dipanggil oleh sepupunya.
Biasalah, aku hanya menjadi pelakon tambahan. Menjadi penunggu
mereka berdua berjumpa bersaksikan pantai ban pecah yang cantik. Aku tipu kalau
aku tak jeles tapi apa yang mampu aku buat?…Ombak-ombak menjadi saksi betapa
sugulnya aku melihat mereka berdua di kejauhan. Indah bercengkerama. Dalam masa
yang sama, aku gembira sebab aku dapat berjumpa Nurul diluar hari persekolahan.Aku juga dah tahu
rumah dia. Bukan apa, senang nak masuk meminang nanti…Hehehe…
Selepas tu, macam biasa, rutin telinga aku mendengar cerita
tentang Nurul dari K.E. Macam-macam dia ceritakan. Eiiii…Kecik ja aku tengok K.E ni..Kalau la
dia tak da kena mengena dengan aku, memang aku buat smack down dah kt dia.
Kenapa la dia ni tak nak faham apa yang aku rasa.....
Hari berlalu dengan pantas. 2-3 bulan tu tak terasa
berlalunya. Namun perasaan aku masih sama. Kebimbangan aku juga. Aku tahu aku tak dapat nak menghalangnya dari terus
terjadi. Aku tahu sebab K.E banyak menceritakan pada aku. Walaupun dia merasa
simpati pada Nurul sebab layan dia begitu tapi dia terpaksa lakukan. Akhirnya
sampai juga detik-detik yang aku tak inginkan berlaku. Saat dimana kegembiraan
Nurul akan dirampas. Aku hanya mampu menjadi pemerhati. Di satu petang yang
dingin, aku menjadi saksi bisu antara mereka.
Bersambung…….
No comments:
Post a Comment