Saturday, December 29, 2012

my 1st luv story - luv at 1st sight episode 21


permulaan satu perpisahan vol.7

Setiap hari kini aku sangat dekat dengan Nurul. Bayangkan, tempat dia di hujung depan sebelah kiri manakala aku pulak nun hujung di belakang sebelah kanan. Kami berdua betul-betul dipenjuru yang bertentangan. Diakui, tempat kami sangat strategik.Yang paling untungnya tentulah aku. Manakan tidak, sangat mudah untuk aku memerhatikan dia sepanjang masa.Tak kan ada orang yang akan perasan. Itulah yang membuatkan aku bertambah gembira. Aku boleh melihat dia sepuas-puasnya. Kalau sesi kelas ada 7 jam, aku akan memerhatikan dia selama 7 jam 5 minit. 5 minit tu masa Nurul nak pulang dari sekolah…Hehe…Kalau aku tengok cikgu didepan pun, aku tetap akan nampak dia. Bertuah sungguh badan. Inilah yang dikatakan hobi aku yang terindah.

Rupa-rupanya Nurul juga mempunyai hobi yang sama dengan aku. Dia juga sekejap- sekejap akan berpaling ke belakang melihat aku. Lagipun dia tahu aku juga selalu memerhatikan dia. Disebabkan itu kami saling berbalas-balas pandangan. Hehe..Memang satu keterujaan. Sungguh bombastik sebab dia tak lekang dengan senyuman manis dia. Fuhh…Ingin saja kami menyanyi lagu industan dalam kelas tu bagi menterjemahkan kegembiraan kami namun kami masih waras. Tak ada puisi yg dapat menggambarkan rasa hepi ni dengan kata-kata. Kadang-kadang aku buat kiraan berapa kali dia berpaling kearah aku. Ada masanya sampai puluhan kali dari pagi sampai waktu rehat. Cuba bayangkan kalau sampai time balik? Woowww, tak beratus kali jumlahnya?..Aku?? Tak payah dikira….7 jam full…..hehehe….

Lama-kelamaan, disebabkan Nurul selalu berpaling belakang untuk melihat si hero, akhirnya rahsia kami terbongkar. Geng-geng perempuan telah mendapat tahu. Apa lagi,mula lah timbul gosip. Tak ada sapa yang tahu pasal kami sebelum ni. Ya la, dalam kelas kami tak berjumpa, tak berbual-bual. Mana lah kawan-kawan boleh syak. Tapi Nurul ni jenis hati kering, dia tak pedulikan dengan kata2 belakang. Dia tetap dengan hobinya iaitu melihat wajah si hero. Aku? Dah tentulah super duper hepi. Kalau Nurul dah tak kisah, aku lagi la tak kisah. Bagi aku, biarlah seluruh dunia tahu. Lagi ramai lagi bagus. Tak ada lelaki yang akan ganggu Nurul. Yessss….Satu kemenangan bagi aku….

Gosip antara kami memang telah menular dengan pantas didalam kelas.Aku hanya mampu tersimpul malu.Tak mengapala, lagipun kawan-kawan tak ada yang bersikap negatif.Semuanya hanya membiarkan.Lagipun, didalam kelas aku dan nurul seolah-olah tidak mempunyai hubungan baik. Tambahan pula kami geng-geng lelaki tidak menyibuk aktiviti pelajar perempuan. Jadi mereka pun tak menganggu kami. Kelas kami berada dalam keadaan penuh kesejahteraan. Geng-geng perempuan sporting.Semua buat hal sendiri tak ada nak menyibuk hal orang lain. Silaturahim antara kami juga dalam kondisi yang rapat. Saling bekerjasama.nKami selalu meminjam kerja sekolah geng2 perempuan. Sampaikan kami sanggup ke rumah semata-mata untuk meniru. Begitulah akrabnya hubungan kami.Hehe.

Hal gosip langsung tidak membuatkan hobi aku dan Nurul terhenti sebaliknya semakin mengasyikkan. Memang hari yang penuh dengan suasana romantis. Dan disebabkan itu juga kawan aku ingin menumpang kebahagiaan aku dengan dia menjalinkan hubungan dengan perempuan kelas kami juga. Banyak yang terjadi dalam kelas kami sebenarnya. Maklum la, kami hanya berempat.  Tambahan kami mempunyai sifat-sifat terpuji yang membuatkan perempuan mudah cair. (perasan). Betul, kami berempat ada seseorang dalam kelas tu cuma kami tak bising-bising. Orang tua-tua kata, carik rambut jangan la sampai tepung berselerak. (apa aku merepek ni?) Kami berempat masing-masing ada seseorang. Biasala, dorongan untuk belajar dengan lebih rajin.

Satu hari, aku dan sorang lagi kawan aku Hafiz telah mengaturkan satu pertemuan antara kami berempat. Biasala, time tu tempat yang femes mesti la di ban pecah. Bukan apa, tempat tu berdekatan dengan rumah Nurul dan sorang lagi kawan kami. Jadi tak nak menyusahkan mereka untuk travel jauh-jauh. Lagi pun zaman kami masa tu kenderaan yang femes hanyalah basikal. Kami lelaki tak apa, kayuh jauh mana pun sanggup. Pengorbanan seorang lelaki.hehe…

Bila kami berempat jumpa di satu tempat, tak sempat kami berbual panjang tiba-tiba Hafiz menjerit. “weh, ayah fishah lalu. Ayah Fishah lalu”..Kami terkejut dan tergamam. Tanpa cakap banyak kami pun bertempiaran mengayuh basikal menghilangkan diri entah kemana. Ke empat-empat kami masing-masing membawa haluan sendiri. Hilang.

Bila keadaan kembali tenang, aku berjumpa dengan kawan aku tapi kehilangan Nurul. Entah kemana dia pergi. Aku mengayuh basikal mencari Nurul di sekeliling kawasan namun tak berjumpa. Aku mengagak dia dah balik rumah tapi aku masih tak berputus asa untuk mencarinya. Setelah sekian lama mencari, dengan penat lelah dan peluh bercerau satu badan, akhirnya kami kembali dijodohkan. Hanya aku dan Nurul. Berbual ditepi jalan dan tidak ditepi pantai yang indah,.nak buat macam mana, dah nasib.Lagipun, bersama Nurul tak kira dimana pun lokasi ianya tetap indah.

Kami berbual-bual. Sementara itu kami tersedar kami telah membuat tindakan yang tak sepatutnya. Bila kami berfikir balik, kami melakukan sesuatu yang orang putih kata silly. Manakan tidak, yang lalu tadi ayah Fishah. Tak ada kena mengena langsung dengan kami. Dia kenal kami pun tak tapi kami tetap lari jugak. Huh.Buang masa. Aku dan Nurul hanya mampu gelak. Dah la bukan mudah nak berjumpa tapi bila berpeluang, jadi macam ni pulak. Nasib badan….

Kami bukan lah berbual di tempat sunyi tapi disebelah rumah orang dan di tepi jalan orang lalu lalang. Kalau tak tak kan la sampai orang sound kami nak bercinta pun jangan la ditepi jalan.Hehe..malu gak kami time tu. Kami tak berjumpa lama pun. Lepas tu kami pun balik.

Bersambung……

Saturday, December 22, 2012

my 1st luv story - luv at 1st sight episode 20

Permulaan satu perpisahan vol 6


Akhirnya, seperti yang aku harap-harapkan, permohonan kami diterima dengan penuh keikhlasan. Aku sendiri macam tak percaya. Manakan tidak, kelas tu adalah top two dalam sekolah. Nama pun sedap. 4 Sastera Iktisas ataupun lebih femes sebagai 4 SI. Waa, aku akan dikelilingi kawan-kawan yang pandai dan juga yg penting, kawan-kawan yang cantik..Hehehe…(saham naik sikit)..

Cumanya hanya kami bertiga yang terpilih. Seorang lagi kawan aku tidak diluluskan. Kami agak sedih tapi apa nak buat, life must go on. Namun apabila mengenangkan impian aku untuk kembali sekelas dengan Nurul telah terlaksana, kekecewaan aku terubat. Ini mungkin akan masuk dalam book of records sekolah  dimana jumlah student lelaki hanya 4 orang berbanding  28 orang perempuan.Kami akan menjadi jejaka rebutan nampak gayanya…..Hehe…

Apabila seseorang memenangi wang tunai sebanyak RM 1 juta, apabila seorang suami diizinkan untuk berpoligami, (sebab aku blm kawen), ianya masih lagi tidak dapat menggambarkan kegembiraan aku kerana sekelas dengan Nurul. Speechless. Cuma membayangkan kami melayari hari-hari bahagia bersama anak-anak. Erk, kejap, tu dah menyimpang jauh. Tak kisah la, tapi yang pastinya, memang aku hepi sehepinya. Penantian aku selama ni rupa ada hikmah disebaliknya. Sungguh tak disangka.Adakah cikgu sengaja mengaturkan semua ini agar aku boleh melayari hari-hari yang bahagia?...Owhhh…Indahnya…

Pada ketika itu, hujan lebat, guruh berdentum sekalipun pasti akan aku jejakkan juga kaki ke sekolah. Kalau lah hari persekolahan ada 365 hari, aku akan hadir selama 366 hari. Kalau ada anugerah kedatangan 100 peratus, pastinya orang itu adalah aku. Betapa super rajinnya aku ke sekolah. Kalau lah ketua kampung tahu akan kerajinan aku ini, sudah tentu aku akan dinobatkan pemuda harapan kampung .Aku juga akan dijadikan ikon kerajinan pada para pelajar sekolah aku. Apa lagi yang boleh membandingkan dengan kerajinan aku untuk kesekolah?...

Nurul telah menjadi dorongan aku. Aku bersemangat dan bergembira kerana adanya dia. Hidup aku seolah-olah lengkap. Susah untuk aku membayangkan betapa gilanya perasaan ni. Bukan aku tak cuba melawan, cuma aku rasa biarlah aku melaluinya untuk mencari pengalaman.Aku tahu, walaupun kami tak bersama satu hari nanti, ianya pasti akan menjadi kenangan indah untuk aku. Setiap saat cerita aku dan dia pasti akan aku kenang sepanjang masa.Tambahan pulak ianya dari pandangan pertama. Susah untuk mendapat peluang seperti itu. Aku tahu cerita yang aku ciptakan kali ini akan menjadi kenangan indah pada satu hari nanti..

 Aku sedar, setiap sesuatu  tu bukanlah satu kepastian.Sebab tu aku hanya ingin terus menikmati detik-detik yang aku rasa boleh menggembirakan. Gembira itu lumrah,bersedih juga lumrah. Tak ada perjalanan yang setiap masanya penuh dengan gembira. Perjalanan hidup adalah panjang tapi yang pastinya ia semakin pendek.Harus menghargai setiap peluang yang ada. Memang untuk melupakan kesedihan adalah  sangat sukar. Memakan masa untuk kembali bangun. Sejarah tetap tidak akan terpadam oleh itu biarlah ia menjadi landasan untuk kita menghadapi hari muka. Seperti kata pepatah, Kalau kita dapat  melihat  masa depan dah tentu kita takkan biarkan masa yang berlalu.

Eh, kenapa tiba-tiba cerita aku menjadi mood sedih ni?..Ok, tukar ke mood hepi balik. Biasala, setiap kisah percintaan mestilah disulami dengan suka duka, gembira bersedih, lucu dan sentap, gaduh-gaduh dan manja. Setiap scene adalah sesuatu yang mengujakan. Macam filem Hindustan la, semua babak ada. Tu lah yang membuat jalan cerita lebih thriller.Saspen dan menyeramkan.Hehe..

Bersambung….




Geng aku yg berdiri tu nama Azhar. Yg sebelah kiri tu Azli. Yg purple tu Hafiz. Dan yg depan tu mesti la aku. Sang hero...hehehe..Pic ni diambil selepas SPM 2000. Inilah kelas aku. 5 Sastera Iktisas. Kelas ni adalah yang terbaik bagi aku.  Kawan2, cikgu2, semuanya best...kalau boleh diulang, aku akan pilih tahun ni...

Tuesday, December 18, 2012

my 1st luv story - luv at 1st sight episode 19

permulaan satu perpisahan vol 5


Kini musim persekolahan telah pun tiba. Aku ke sekolah dengan gembira kerana aku tahu setiap hari aku akan bertemu Nurul.  Cuma keputusan PMR yang buruk masih lagi menghantui aku. Aku rasa tak ada gunanya untuk aku menangis darah sekalipun kerana benda telah pun jadi. Tak ada sesiapa yang harus aku persalahkan kecuali hanya diri sendiri. Biar padan muka aku. Malas sangat. Malu aku pada Nurul. Dia pandai, Kalau nak dibandingkan dengan dia, keputusan dia dah tentu lebih baik dari aku.

Walaupun begitu, life must go on. No turning back. Apa yang penting sekarang adalah masa yang akan datang. Sekarang ni, apa yang aku nak fokuskan adalah Nurul. Eh, salah. Pelajaran. Eh..Salah lagi..Yang sebetulnya kedua-duanya…Hehe….Absalutely.. Ala, kan ada pepatah mengatakan disebalik kejayaan lelaki dibelakangnya adalah seorang wanita..Aku pun macam tu jugak. Nurul tu adalah dorongan dan semangat aku.

Disekolah, semasa pembahagian kelas, aku hanya mengharapkan aku sekelas dengan geng2 kamceng aku. Ya la, nak harapkan sekelas dengan Nurul memang tak kan layak. Jadi, aku tak mengharapkan yang tu. Selepas semua pembahagian kelas selesai, memang aku mendapat seperti yang diharapkan. Aku sekelas dengan semua geng2 aku. Terubat juga rasanya. Dan yang paling bestnya, kelas Nurul bersebelahan dengan kelas aku. Kalau aku rindukan dia, aku cuma melangkah 2 – 3 tapak untuk mengintai dia..Macam lagu Exist, mengintai dari tirai kelas. Dan aku boleh cari bermacam-macam alasan hanya untuk melihat Nurul.Contohnya aku boleh menjadi tukang kebun untuk menyiram pokok bunga. Maklumlah, depan kelas kami banyak pokok2..Hehehe.

Sepertinya pengetua masih lagi memberikan aku peluang indah untuk berada dekat dengan Nurul. Nurul masih lagi perlu melalui kelas aku untuk kemana-mana pun. Seronoknya..Memang hari-hari persekolahan yang mengujakan. Masih banyak lagi sejarah indah yang akan kami ciptakan bersama. Waktu sebegini kalau dalam cerita Hindustan, si hero dan heroin  akan berlari-lari di kehijauan gunung sambil menyanyikan lagu romantis.Owhhh…..

Cumanya aku tak sukakan seseorang didalam kelas aku. Bukan aku saja, semua kawan-kawan aku yang lain pun sama. Manakan tak, dia seorang pembuli.  Sikap dia pun dh membuatkan kami malas nak layan. Tu yang membuatkan aku sedikit ralat. Bukan apa, aku sekarang ni dalam mode jiwang. Tiada lagi keganasan yang tersemat dalam jiwa.Bagi aku semua tu buang masa.  Tapi tu tak bermakna aku tak melawan. Dulu dia pernah  cakap kat aku, dalam banyak2 orang, aku sorang saja yang melawan. Haa, baru dia tau sapa aku. Geram tul aku, pagi2 datang kelas pun dh mengacau. Tu yang melawan tu. Saja aku bercerita pasal dia.(aku nk tunjuk kuat).Dia bukan objek utama dalam cerita aku. Dia hanya  iklan. Lagipun sekarang ni kami dah baik. Dah besar panjang la katakan.

Berbalik kepada kisah romantik aku, aku melihat kelas Nurul Cuma ada seorang pelajar lelaki. Waa, aku sangat lah jeles.Mana taknya, dikelilingi awek-awek yang jelita. Nurul merupakan salah seorang dari mereka. Ini  menyemarakkan lagi api kecemburuan aku. Mana tahu satu hari nanti dia akan mengayat Nurul. Atau Nurul sukakan dia. Geram juga bila memikirkannya. Ahh, aku cemburu. Suka fikir bukan-bukan. Bukan apa, aku tak mahu kehilangan dia walaupun aku tak memiliki dia. (Ayat tak bole blah)


Nak dijadikan cerita, aku berjumpa dengan As. Dia kawan baik Nurul dan juga kawan aku dari sekolah rendah lagi. Dia mengajak aku untuk join kelas dia. Dia kata boleh buat permohonan. Dia pancing-pancing nama Nurul. Tak bole jadi ni.Dengar nama Nurul membuatkan aku seolah-olah lupa daratan dan kelayakan aku. Terus aku mengajak lagi 3 orang geng aku membuat permohonan. Mana la tahu kan. Untung sabut timbul. Kalau diterima, fuuhhhh..Tak dapat untuk aku katakan. (Sambil-sambil berimaginasi aku dan Nurul bergelak ketawa berdua di dalam kelas)..

Kami berempat pergi berjumpa cikgu sambil membuat muka simpati.Kami sedar, dengan kurniaan wajah yang kacak ini, ditambah dengan membuat mimik muka cute-cute, permohonan kami pasti akan berjaya. Dan sudah pasti, aku adalah insan yang paling gembira dalam dunia….Lagipun, awek2 kelas itu pastinya tidak bersemangat untuk belajar memandangkan kumbang hanya seekor.Tidak ada penyeri. Lainlah kalau dengan kehadiran kami. Pastinya mereka teruja setiap hari.


Bersambung

Monday, December 10, 2012

My 1st luv story - luv at 1st sight episode 18

Permulaan satu perpisahan vol.4
 
Keesokan harinya, hati aku sudah bersedia untuk tersenyum riang. Hari yang aku tunggu-tunggu. Aku ke sekolah dengan keadaan bercanda ria. Aku gembira. Bukanlah disebabkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan tapi sebaliknya aku tahu hari ini aku akan bertemu dengan Nurul. Keputusan exam? Ahh, aku tahu keputusan aku tak seberapa. Jadi aku tak mengharapkan apa-apa. Biasa la, hati kering. Ikut rasa hati ja manjang. Yang dalam kepala ni cuma nak keseronokan saja.

Disekolah, aku mencari-cari kelibat Nurul. Aku ingin melihatnya lama-lama. Tebus balik selama sebulan lebih tak bertemu mata.Huhu..Akhirnya di koperasi aku tengok ramai orang berkumpul. Aku rasa mesti keputusan diambil disitu. Aku tak pergi lagi.Biarlah dulu. Hanya menungu dibawah.Orang masih ramai.Bukan lah kesukaan aku untuk berada ditempat yang orang ramai. Semuanya kelam kabut untuk mengetahui keputusan masing-masing. Aku masih lagi rilex. Taknya hilang kalau amik lambat pun.

Tiba-tiba aku ternampak pujaan hati. Hati kembali berbunga.Aku dibawah sambil memerhatikan dia diatas. Dia pun perasan aku. Kami sempat berpandangan buat seketika dan yang paling untungnya, dah tentu senyuman dia pada aku yang sekian lama aku nantikan. Aku hanya memerhatikan dia. Biasala, dah menjadi hobi tak bertabiat aku…Hehehe..

Aku melihat Nurul menulis sesuatu di cebisan kertas kecil. Dia melipatnya dan membaling pada aku. Mak aih, macam cerita Hindustan la pulak. Disaat si heroin ingin menyampaikan luahan hati kepada sang hero akibat daripada larangan ibu-bapanya untuk kami berjumpa. Aku pun perlahan-lahan mengambil cebisan itu dan terus membacanya. Aku sangkakan ianya satu kata-kata yang indah dari Nurul tapi  ternyata jangkaan aku tersasar. Rupa-rupanya Nurul menulis keputusan peperiksaan PMR aku. Dengan serta merta senyuman aku bertukar menjadi kelat.
3 B, 3 C, 1 D dan 1 E.  Aku agak tergamam. Tak terkata. Terkejut. Itu lah, aku dah pesan pada diri sendiri, kalau nak amik result exam, kena ambil awal-awal. Kalau lambat, A dan B orang lain akan ambil dulu. Natijahnya, yang tinggal cuma C dan D sahaja untuk aku.. Jadi, aku tak ada pilihan lain selain dari menerima dengan pasrah keputusan aku itu. Dan yang membuatkan aku bertambah malu adalah disebabkan Nurul orang pertama yang mengetahui keputusan aku. Tu pun tanpa kerelaan aku.

Aku macam tak percaya aku gagal dalam satu subjek. Kemahiran Hidup. Bukan salah aku pun. Kerja kursus yang aku buat dibengkel telah hilang. Aku tak tahu macam mana boleh hilang. Cikgu pernah bgtau aku akan gagal dalam subjek ni. Aku masih ingat lagi cikgu tu. Cikgu Tarli.  Aku memang tension. Aku boleh terima kalau ianya salah aku cuma aku rasa subjek ni aku boleh dapat result yang baik. Aku ralat.

Aku agak sedih. Aku tahu Nurul kecewa dengan keputusan aku. Aku lebih kecewa..Bukan disebabkan keputusan aku, tapi sebab aku telah menghampakan dia. Tak ada apa yang aku nak katakan lagi  selain dari pulang dengan kegembiraan yang sirna. Aku malu pada Nurul. Tak tahu apa yang nak cakap pada dia lagi.Aku persiakan harapan dia pada aku…Dan aku akui, memang pelajaran aku merosot teruk tahun ni.

Tuesday, December 4, 2012

my 1st luv story - luv at 1st sight episode 17



 Permulaan satu perpisahan vol.3

Cuti kali ni aku terasa masa amat panjang sekali. Waktu amat lambat berlalu. Aku merindukan dia. Sehari aku rasa bagai sebulan lamanya..Bayangkan kalau 30 hari..Woooww…Lama tu..Tambahan pula dia dah jarang menelefon aku sebab telefonnya dah di potong. Aku pun tak tahu kenapa. Jadi, Nurul hanya menelefon aku sekali sekala menggunakan public phone. Pada masa itu, penggunaan public phone memang popular. Tak macam budak-budak sekarang, baru masuk sekolah menengah dah pun ada handset. Canggih-canggih pulak tu. Kalau la time tu kami ada handset, dah tentu waktu tu adalah bulan madu untuk kami. Zaman semakin berubah.

Melalui hari-hari yang lambat berputar adalah satu penantian yang panjang. Ahhh, kalau la aku ada kuasa mempercepatkan waktu, dah tentu aku cepatkan. Tapi apakan daya. Aku hanya manusia biasa. Bagi aku cuti kali ni memang membosankan. Tatkala budak-budak yang lain nak kan cuti berpanjangan namun aku sebaliknya. Seboleh-bolehnya aku nak bersekolah keesokan harinya. Begitulah bersemangatnya aku untuk belajar..Semangat seperti itu kalau nak diterjemahkan dengan keputusan peperiksaan, sudah tentunya anugerah dekan dalam tangan selama 3 tahun berturut-turut.

Memang apa yang aku buat serba-serbi tak kena. Tapi aku pandai menyembunyikan tindak tanduk aku dari pengetahuan orang ramai  especially  family aku. Dalam kegelisahan aku sempat menunjukkan sikap seolah-olah kegembiraan zaman budak-budak aku begitu jayanya. Begitu profesionalnya aku dalam melindungi riak wajah seorang budak-budak yang ada masalah cintan. Cisssss, jatuh standard aku yang hatinya keras seperti batu kalau orang lain tahu. 

Dan dalam melalui hari-hari yang panjang, pejam celik pejam celik keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan keesokan harinya. Aku agak nervous namun dalam masa yang sama dah pastinya aku gembira. Maklum la, aku tahu aku akan dapat berjumpa Nurul esok…Hari yang aku tunggu-tunggu. Yeeaaaayyyyyyyyyyy…..

bersambung....