Monday, August 30, 2010

puasa dan merdeka....

ari ni ari isnin.30hb 8 2010 bersamaan dengan 20 Ramadhan.Sedar tak sedar tinggal 10 hari saja lagi untuk berpuasa.Tak sabonya aku..Heheh..So far, aku rasa Ramadhan kali ni lebih bermakna..Lebih epi..Lebih terisi..Dan kali ni jugak aku rasa sikit kelainan dari segi berbuka.Aku kurang makan..Makan sikit saja tapi dah rasa kenyang.Kadang2 makan bubur, kadang2 makan murtabak.Tu pun dh cukup..Mungkin badan keletihan kot.Tambahan pulak minum air banyak..Kalau makan ngan kawan ataupun famili, aku lah orang pertama yang habis dulu..

Kali ni jugak aku kurang berminat nak pg bazar beli2 juadah berbuka.Kuih2 pun tak..Kalau nak dibandingkan dengan tahun2 lepas,agak berbeza.Dulu selalu pergi bazar.Jauh pulak tu.Tengok tu nak, tengok ni nak, sumanya nak.Tapi bukannya makan sangat pun.Nafsu ja lebih..Alhamdulillah tahun ni agak terkawal.Mungkin ekonomi jgk main peranan..Heheh..Tapi apa pun, favourite di bulan puasa ni mst r kerang ngan murtabak.1 lagi, popia goreng..Dan aku masih belum berkesempatan nak merasai popia.Di penang ssh skit nk cari.Kalau ada pun, agak jauh..Balik kampung ni kalau ada kesempatan, aku nak borong.Lepas geram..

Dan esok juga adalah hari kemerdekaan yang ke 53.Aku dapat rasakan suasana sambutan kali ni agak hambar.Tiada lai kemeriahan jalur gemilang..Dan di kenderaan juga tiada.Aku pun tak tahu apa sebabnya.Kalau nak dibandingkan dengan 4 - 5 tahun dulu,jauh sangat bezanya.Sini sana kibaran jalur gemilang.Memang meriah..Mungkin faktor-faktor ekonomi.Tapi walau apapun,semangat patriotik mesti ada dalam diri..n I luv my country...Semoga perayaan kemerdekaan dan aidilfitri akan lebih bermakna kali ini..

No comments:

Post a Comment