Tuesday, August 10, 2010

Bulan puasa...

Sedar-tak sedar rupanya dah hampir setahun masa berlalu.Dan tanpa aku sedari, bulan Ramadhan menjelma lagi..Aku cuma berharap kali ini ianya akan lebih bermakna dan meriah dari tahun-tahun sebelumnya..

Dan di bulan puasa jugak,menu wajib di kedai-kedai kampung aku tentunya kerang rebus dan kerang bakar..Menu yang amat popular di bulan puasa.Tambah dicicah dengan kuah kacang, perrgghh...sedap tul..Mungkin, kalau nak dibandingkan dengan sekarang ni, era aku muda-muda dulu lebih meriah.Hampir semua kedai ada menyajikan menu ini.Entah la, aku sendiri pun tak berapa nak faham kenapa kerang ni hanya famous pada bulan puasa.Jawapan yang tak dapat aku jawab..Aku sendiri yang tak minat kerang pun mesti lepas tarawikh cari kerang..Heran aku...

Apa2 pun, sempena bulan Ramadhan ni aku nak memohon maaf kepada sesiapa saja andai aku ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan atau apa2 perbuatan aku yang menyakitkan hati..Dan harapan seandainya ada, maafkan lah aku....

No comments:

Post a Comment