Thursday, September 2, 2010

my 1st love story part 7 (love at 1st sight)

Kini tiba juga hari yang aku nantikan.Aku agak risau.Ntah, susah untuk aku katakan.Banyak benda yang bermain dalam otak aku ni..Kadang-kadang aku fikir,betulkah apa yang aku buat??Ini yang aku nak???Apa natijahnya nanti?Jika kesudahan seperti apa yang aku angankan ataupun sebaliknya?Cukup bersediakah aku untuk menerima sebarang keputusan?Arrggh, buntu..Aku was-was..Maklumlah, aku tak ada pengalaman.Bab-bab hati memang aku surrender..Walaupun saat ini telah aku nantikan sekian lama namun bila sampai waktunya aku jadi gugup..Aku jadi ragu-ragu.

Aku tahu aku akan melakukan satu kerja gila.Kerja yang betul-betul mencabar .Aku akan mencabar fitrah diri aku yang agak alah pada perempuan.Memang betul-betul mencabar keberanian dan kewibawaan aku.Persoalannya,beranikah aku??Aku tak tahu jawapannya.Kalau untuk dinilai, bila bercakap dengannya pun aku dah jadi kaku.Gugup.Kelu lidah.Jantung berdegup kencang.Badan jadi tak keruan.Inikan pula nak meluahkan perasaan...Fuuhh,tenat aku...Memang bukan sehari dua untuk aku ambil masa memikirkan semua ini.

Aku muhasabah diri.Fikirkan apa yang patut dibuat..Walau macam manapun aku tetap akan meluahkan apa yang aku rasa pada dia.Aku nekad.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..Alang-alang mandi biar basah.Alang-alang makan biar sampai kenyang.Kalau tak hari ini, bila lagi??Biarlah apa pun yang akan jadi.Aku dah tak kisah.Gembira atau kecewa aku akan terima.Yang penting aku mencuba.Mencuba dapatkan apa yang aku inginkan..Yeahh…Aku cuba kuatkan hati aku yang sedang gugup.

Aku menunggu Nurul ditempat yang kami janjikan.Kantin.Tempat pertama kali aku mengenali dia.Dan diisini jugalah aku akan menyampaikan rasa hati..Suasana tenang..Sunyi..Tiada manusia..Kalaulah hati aku setenang ini.Alangkah seronoknya...Bagus juga keadaan sebegini.Tiada siapa yang akan tahu aku berjumpa dengan dia selain K.E.Tapi kali ini K.E tidak menemani aku.Aku berseorangan .Hati berdebar-debar.Badan rasa seperti panas tak, sejuk pun bukan.Rasa macam nak berpeluh.Ambik exam pun tak nervous cm ni.Huhu..

Kelihatan Nurul sedang menungu aku di hadapan kantin.Di bawah penjuru bumbung.Dengan ber t shirt putih, berseluar slack.Dia kelihatan tenang.Seperti biasa bila memandang aku, dia akan senyum.Senyum yang menjadi penawar. Namun kali ini ianya tidak dapat menyembuhkan kegugupan aku.Sebaliknya senyuman itu menambahkan lagi kacau bilau..Aku menghampirinya. Berjalan perlahan dengan jantung yang berdegup pantas.Dup dap dup dap...Dalam diam Aku cuba mengatur kata agar tak terkelu nanti.Makin aku hampir makin aku sukar nak bernafas..Gelabah..

Aku berlagak cool seperti selalunya.Luaran yang tidak nampak kekacauan didalam.Bak kata pepatah,tangan kanan memberi biar tangan kiri tidak mengetahuinya. Aku memulakan bicara pertemuan.Intro..Dengan harapan gugup aku akan berkurang.Hanya kami berdua disitu.Angin berhembus sekali sekala.Kami hanya berdiri.Berbual-bual dan perlahan-lahan aku meluahkan apa yang tersirat dalam hati.Tak mengambil masa yang lama.Tiada susunan ayat.Tiada kata-kata romantik.Tak ada madah2..Abih ayat berterabur bila face to face..Apa yang aku atur semuanya habis hilang..Akhirnya,hanya ayat yang ringkas.Namun maknanya tetap sama.Malas nak panjangkan cerita.Biar aku tahu keputusannya dengan segera..Mudah dan cepat.

Nurul hanya tersenyum.Sambil memulakan kata, dia berterus terang dengan aku.Ayatnya juga ringkas.Straight to the point..Dia tidak dapat menerima aku.Alasannya dia hanya menganggap kami sebagai kawan baik.Tuppp..Aku seolah-olah kaku.Rasa macam terkena tamparan.Nafas macam terhenti.Sesak..Rasa gelap dengan tiba-tiba..Aku menarik nafas..Namun dengan pantas aku mengangguk tanda faham.Aku senyum kelat.Dengan spontan, segera aku berpaling dan beredar dari situ.Aku berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.Aku tak mahu dia tengok reaksi aku.Biar aku sembunyikannya.Dalam lemah langkah,aku gagahkan juga. Mungkin, kalau ini babak didalam filem,pasti tika ini hujan akan turun mencurah dan diiringi lagu yang sedih bagi menambahkan lagi feel kekecewaan.Namun didunia nyata,walaupun tiada sound effect, ianya tetap sama..Aku terus berlalu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.Dan juga Keadaan Nurul.Dia pasti tahu hati aku yang sedang lara..Saat ini, apa yang aku fikirkan hanyalah rumah…..


Bersambung…..

No comments:

Post a Comment