Sunday, August 22, 2010

my 1st love story..(Love at 1st sight) part 6

1998 ( tingkatan 3 )

Permulaan pagi yang ceria.Dingin angin masih dapat aku rasakan namun tak dapat mendinginkan perasaan aku yang sedikit hangat.Suasana masih lagi sunyi.Namun tidak di hati aku.Seperti burung-burung yang berkicauan. Terasa tenteram dan nyaman..Begitulah bila rasa gembira bertaut di hati.Sesuatu yang sukar untuk aku gambarkan.Rasa berbunga-bunga. Rasanya kalau ada orang menempeleng aku saat ini aku masih lagi boleh tersenyum..

Aku tidak sabar untuk ke sekolah.Dari awal2 lagi aku sudah bersiap.Aku gembira. Sambil-sambil aku menyanyikan lagu yang sedikit bergenrekan jiwang. Tak lekang senyuman aku yang dah sampai ke telinga. Aku amat bersemangat..Memang benar kata orang, hidup ni adalah sesuatu yang mengujakan.Pelik, aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan diri aku..

Disekolah, kegembiraan aku berkali ganda.Mana taknya, kelas aku kini hanya bersebelahan dengan Nurul. Wah,untungnnya.Macam mendapat durian runtuh. Kini semakin dekatlah hati aku dengan hatinya..Eh,aku dengan dia.hehe..Dan yang seronoknya,untuk ke kantin atau kemana-mana, jalannya hanya dengan melalui kelas aku...1 lagi peluang yang baik.Dapat juga aku tengok dia setiap kali dia keluar..Inilah yang membuatkan aku rasa macam nak melompat.Nasib amat mnyebelahi aku kali ini..

aku tidak merancang strategi baru..Aku rasa taktik tradisional masih boleh dipraktikkan.. Senyuman. Ya, Hanya itu senjata yang aku perlukan bagi memulakan perhubungan yang terhenti agak lama.Walaupun aku masih malu-malu.Tapi, di hati aku ni, aku mahu.. Hehe.. Biasala..Cover line..Dan macam biasa, taktik aku berhasil.Ianya tidak mengambil masa yang lama.Ini mungkin disebabkan senyuman aku..(perasan ja lebih.) Macam biasa, langkah demi langkah, sedikit senyuman yang mana akhirnya akan kembang menguntum..Dan aku yakin hubungan aku dengan dia akan menjadi seperti dulu.Rapat dan selalu berkongsi suka duka.

Dipendekkan cerita ,seperti dulu, aku dikejutkan dengan panggilan dari Nurul.Dan semenjak itu,ia menjadi lebih kerap.Hampir setiap hari.Selepas balik dari sekolah, dia akan menghubungi aku..Dan aku sebolehnya akan balik awal untuk menunggu panggilan dia.Emak aku pun dah lali dan tak kisah pasal ni.Bila ditanya,Jawapan aku tetap sama, kami hanya berkawan. Namun kadang-kadang, perasaan ingin tahu mak tu membuat aku sedikit segan. Aku tidakk memberikan jawapan yang jelas. Memang antara kami tiada apa2. Jd, betullah jawapan aku tu.

Bergayut ditelefon semakin hari semakin menjadi rutin harian kami. Asyik dan melekakan.Rasa tak sedar masa berlalu dengan pantas.Kami menjadi kawan yang amat baik dalam telefon..Tetapi lain di sekolah, aku dan dia jarang bercakap.Kadang-kadang tak ada kesempatan pun.Mungkin sebab agak payah untuk bersemuka..Jadi, bergayut di telefon merupakan cara kami berhubung.Namun aku tetap gembira..Suaranya yang aku nanti-nantikan.Huh, memang melekakan..

Hubungan kami kali ini lebih serius..banyak yang kami kongsi.Dia tahu K.E kawan baik aku dan aku juga tahu kawan baik dia AS..Dan kadang2 juga K.E menjadi posmen antara kami..Menghantar surat-surat rahsia..Kalau nak harap aku,memang segan berbuat macam tu..Jadi, K.E lah yang menjadi pengantara tak bergaji kami..Dia tak kisah.Dia memahami aku..Dari dulu aku tak menyembunyikan apa2 dari dia.Dia paham perasaan aku pada Nurul.Dan dia juga selalu memberi semangat..

Nurul selalu katakan pada aku, tiada rahsia antara kami.Dan aku berpegang pada kata-kata dia..Bagusla begitu.Aku suka bila dia menceritakan tantang masalah2 ataupun perkara yang remeh temeh.Aku tak kisah asalkan dia berkongsi cerita.Ianya membuatkan seolah-olah aku wujud dan penting dalam hidup dia.Terasa seperti di perlukan..Dan aku ingin sangat menjadi teman saat dia gembira dan berduka..

Semakin kami rapat semakin aku dapat memahami Nurul.Dan itu juga membuatkan aku semakin tak dapat mengagak apa yang bermain dalam hatinya.Agak kompleks.Benarlah kata orang, agak susah untuk memahami perempuan.Kadang-kadang kita merasakan dia menghargai kita dan kadang-kadang pula sebaliknya.Ntah.Aku keliru.Mungkin status dia sebagai anak sulung sedikit sebanyak mempengaruhinya.Aku pulak bongsu jadi agak susah untuk aku faham apa yang dia rasa.Mungkin perasaan dia sedikit bergolak..Tapi aku tak kisah, selagi dia mahu aku berkawan dengannya, selagi itu akan aku sandarkan bahu aku untuk dia..Fuhh,Ayat power..heheh..

Lama kelamaan, aku rasa sudah sampai masanya untuk aku memberitahu dia apa yang aku rasa..Walaupun sebenarnya aku takut,tapi aku patut mencuba.Aku tak berapa yakin..Samada dia terima atau tidak, aku pasrah..Aku kena hadapi risiko itu.Aku ingat lagi,Masa tu seminggu sebelum hari lahir aku.Aku mengajaknya berjumpa disekolah pada hari sabtu.Lagipun dia ada program kelas.Dan dia bersetuju..Aku sedikit resah.Aku sedar, kalau dia tak terima ini bermakna perhubungan kami juga akan berakhir..Aku menghitung hari dan hari-hari yang ditunggu itu tiba juga akhirnya....

bersambung....

No comments:

Post a Comment