Wednesday, June 30, 2010

my 1st love story..(love at 1st sight)

mata aku
mata kamu...
saat terpana bertemu
jiwa larut meresap kalbu
namun kau dan aku
sesungguhnya tak bersatu......



Krriiinngggg..Loceng telah berbunyi..Nyaring dan agak lama..Suasana hingar bingar di kantin ..Dipenuhi dengan manusia manusia bergelar pelajar.Hari ini adalah hari pertama persekolahan.Setelah agak lama bercuti,aku rasa agak gembira kerana kembali bersekolah..Aku dapat rasakan kawan-kawan aku pun seperti aku.Semuanya berwajah ceria..Rindu sungguh aku pada suasana persekolahan..

Aku seronok hari ini..Mana taknya, aku telah bergelar pelajar sekolah menengah..Rasa macam dah dewasa..Sedikit bangga dalam hati ini..Aku membuktikannya dengan bangun awal sejak pagi-pagi buta lagi..Datang ke sekolah pun dengan senyuman yang meleret..Begitu bersemangat sekali..Tak sabar aku untuk mengharungi suasana baru..Kawan-kawan baru dan tak lupa juga pada awek-awek baru.

Hari ini adalah hari suai kenal.Semua pelajar baru brkumpul dikantin.Aku dan kawan-kawan duduk di satu tempat sambil berbual-bual..Suasana masih lagi bising..Semua pelajar berbual-bual.Agaknya telah lama tidak berjumpa dengan rakan masing2..Mata aku liar..Sekejap tengok sana,skejap tengok sini.Ramai orang yang tidak aku kenali disini..Dan peglihatan aku juga tertumpu kepada pelajar-pelajar perempuan..Biasa la lelaki.Meninjau pelajar-pelajar baru..Heheh.

Sedang asyik memerhati,tiba-tiba pandangan aku terpana.Mata aku tak berkedip..Mulut aku terhenti.Anak mata dan kornea aku tidak beralih..Agak lama juga aku merenung.Ya, aku nak menikmati setiap saat-saat ini..Aku jadi leka..Aku suka dengan apa yang aku sedang lihat..Seorang perempuan yang tidak jauh di depan aku..Dari cara dia bercakap,senyum dan gelak tawa dia membuatkan aku seolah-olah membeku..Kalau lah saat ini adalah seperti babak dalam cerita hindustan,ianya seperti hero yang tidak sedar tangannya sedang memegang bara api..Begitu kusyuknya melihat heroin didepannya.Begitu tak sedarnya diri hero itu..Hebat sunguh..Tapi nasib baik aku masih sedar diri ini..

Dia tidak lah cantik tetapi aku seolah-olah terpukau dengannya..Sejuk hati dikala memandangnya.Hati aku telah larut..Sel-sel darah aku mengalir dengan laju dan membuatkan jantung aku berdegup tidak keruan.Senyuman dia yang manis dan gerak gaya yang sopan..Fuuuhh..Aku suka.Aku khayal..Mata ini teruja melihatnya lantas ia perlahan-lahan turun ke hati..Tiiidaakk...Maaakk, tolong la aku..Apa salah aku?...Kenapa pada hari pertama persekolahan pun hati ni dah mula suka pada perempuan??.Aku datang sekolah bukan untuk ini..Aahhhh, kacau bilau aku....Hati ini meronta-ronta ingin mengenalinya..Kalau lah aku seberani hero dalam cerita hindustan..Sudah tentu saat ini aku menyanyi bersamanya di tepi pantai yang indah....



bersambung......

No comments:

Post a Comment