Wednesday, June 23, 2010

memalukan part 2...

Kejadian ni dah lama..Seingat aku darjah 6..Pada satu hari tu, aku dengan kawan2 aku pergi makan laksa di kedai yang selalu kami pergi..Kedai tu memang legend bagi kami..Laksa seposen ,cucur udang tiga, telur separuh masak 1, air sirap..Completed..Tak sampai seringgit..Kenyangnya, fuh...,kembung perut..Kedai tu mmg femes r time tu..Ramai..Bawak tiga kupang pun boleh kenyang..Kedai pak Kadim orang kampung panggil..Sekarang dah arwah..
Nak dijadikan cerita, masa tu aku dibelikan sebuah basikal baru untuk kesekolah..Memang seronok sangat..Tambahan lagi kawan-kawan pun ada basikal diaorang masing2..Memang kami selalu merayau sama-sama..Kedai Arwah lah menjadi sasaran kami petang-petang..Hari tu selepas kekenyangan dan selepas puas bersembang, kami pun balik r..Sambil menuju ke basikal kami masih lagi bergelak ketawa dan aku pun terus mencapai basikal baru aku itu..Aku perasan ada seorang perempuan sedang merenung tajam ke arah aku.Pelik juga aku namun aku tidak menghiraukannya.Aku pun berlalu.Aku masih lagi hairan kerana perempuan itu masih lagi merenung aku..
Sedang aku mahu mula memecut basikal aku itu, aku menarik brek..Dengan tiba-tiba aku perasan sesuatu yang lain..Brek aku tu lain sangat..Aku tertanya-tanya dalam hati..Dan dengan tiba-tiba, MasyaAllah, air muka aku terus berubah dengan drastik...terkejut beruk aku..Beruk pun tk terkejut sampai tahap itu..Rupa-rupanya aku tersalah capai basikal..Tu bukan basikal aku..Dari kejauhan aku lihat perempuan tu masih lagi merenung aku..Aku rasa bukan setakat dia saja, kawan2 dia pun begitu jugak..Patut lah dari tadi renung aku lain macam..Alamak, malunya aku..Tak tau nak gambarkan dah..Dah la macam tu, bayangkan aku kena patah balik perlahan-lahan untuk menghantarnya..Tebal muka ni jgn diceritakan..Kalau la aku boleh pakai topeng otomen..kan bagus..Tapi nak tak nak aku terpaksa juga buat..Dengan buat selambe,perlahan-lahan aku kayuh dan meletakkannya balik ke tempat asal.Dia masih lagi merenung aku..Aku tak peduli dah..Aku capai basikal aku dan terus memecut laju sampai lah hilang dari pandangan dia..Kawan2 aku jangan kata la, gelak gila2 kat aku..Malu tul..Tu la akibatnya klu basikal sama dan cuai..Warna merah pun sama...Malunyaaa..Aku rasa mesti 1 kedai tu dah tahu..Aduhhhh....Macam mana nak kaber line nih?.mmm..Biarkan ja lah..Benda dah nak jd...huhu..

No comments:

Post a Comment