Monday, June 21, 2010

Selamat Penganti Baru

Aku pergi Alor Setar minggu lepas..Menghadiri kenduri kawan aku kahwin..Dugaan juga nak pergi sana..Kereta rosak..Terpaksalah singgah di Sungai Petani.Nasib baik kawan aku ada disana dan dia ada kenalan yang membuka bengkel..Kami sampai di SP hampir pukul 1 ptg..Sementara mekanik nak mencari sparepart kereta, jenuh juga kami menunggu.Hampir 2 jam..Kami dah mulai bosan dan hari pun semakin lewat..Risau jugak kami..Menunggu dan menunggu..Akhirnya kawan aku pun dengan sukarelanya membawa kami ke Alor Setar..Mahu tak mahu aku pun menerimanya..Bukan niat untuk menyusahkannya, tetapi hari semakin lewat..Jadi, aku fikir, redah kasi pecah ja la..Dah pukul 3, nak tunggu apa lg??Dan akhirnya kawan aku tu memandu dengan kakinya berbalut simen kerana keretakan tulang..Hebat...

Kami sampai disana hampir pukul 4 petang..Tetamu pun dah semakin kurang..Kelihatan pengantin masih berada di meja makan..Sempat juga kami berbual dengan pengantin..Kami pun menjamah selera dengan segera..Ini kerana kawan aku yang berbalut simen tu menunggu di kereta..Segan nak turun katanya..Aku tak dapat nk berbuat apa2..Hanya menurut sebagai menghormatinya..

Sambil menjamah makanan, aku melihat pengantin..Macam tak percaya ja dia kawen.Dah 5 tahun kami mengenali dan tinggal dirumah sewa bersama..Aku masih ingt lagi hari pertama bagaimana kami sama-sama melapor diri dahulu..Dan saat kami beramai-ramai ketawa kerana dia..

Sepanjang aku mengenali dia, kami tak banyak berkongsi cerita..Dia dengan hidup dia dan itu membuatkan aku sedikit segan untuk sama berkongsi..Apa yang aku tahu, sebelum kahwin, dia ada berkawan dgn seorang perempuan satu tempat kerja dengannya..Memang serius time tu..Sudah merancang untuk berkahwin..Tetapi tiba2 hubungan terputus ditengah jalan.Aku pun tidak tahu sebabnya..Dia tak pernah bercerita dan aku pun tk pernah bertanya..Mungkin, dia seorang yang kuat..Tidak pernah aku nampak kesedihan di riak mukanya..Ataupun, dia berselindung di sebalik itu..Siapa tahu..Kadang2 orang lelaki ni pandai menyembunyikan perasaan..Tapi aku tahu ada juga terselit kesedihan hatinya..Kadang2 bila aku bermain gitar, aku dan dia sama-sama menyanyikan lagu sedih..Mungkin dia meluahkan dengan cara dia tersendiri..Tapi, Semua itu sudah berlalu..Dia pun dah gembira kini.Bertemu dengan seseorang yang bersama-samanya disaat susah senang sehingga ke hari tua.InsyaAllah...Aku tumpang gembira dan aku mengharapkan mereka bahagia hingga ke anak cucu..Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada mereka..

No comments:

Post a Comment