Kami
terperangkap. Cuba untuk melarikan diri namun gagal. Kami telah ditahan untuk
disoal siasat. Kemudian, datang seseorang yang menggerunkan kami. Ustaz yang
juga antara salah seorang guru displin. Dengan wajah bengisnya menghampiri
kami.
Dia bertanya apa
yang kami buat pada waktu-waktu tengah hari sebegini?.Kami menjawab saja
berbual-bual kerana baru selesai membersihkan kelas. Ustaz tersebut tidak
mempercayai kami. Namun Nurul dengan tegas bersuara kami tidak melakukan
apa-apa. Hanya bersembang sebelum balik ke rumah. Lagi pun kami bukan
berdua-duaan. Kami berenam. Akhirnya setelah puas menafikan, Ustaz melepaskan
kami dan berkata jangan mengulanginya lagi di lain kali kerana perbuatan
sebegitu tidak berapa elok. Kami mengangguk tanda faham dan berkata tidak akan
berbuat lagi. Akhirnya tanpa bercakap banyak kami pun balik.
Sekali lagi aku
mengagumi Nurul kerana dia berani dan tegas. Memang sesuai perwatakan dia
sebagai anak sulung. Namun aku akui, apa yang kami lakukan itu sebenarnya
memang salah dan tidak elok kerana disitu tak ada orang.. Yang salah tetap
salah. Aku tak menafikannya. Tu adalah
pengajaran untuk kami semua.
Kami pun pulang
kerumah masing-masing. Aku tidak lagi dapat berhubung dengan Nurul. Dah la dia
akan ke sekolah teknik minggu depan. Jadi, aku merasakan itu adalah kali
terakhir kami berjumpa. Aku sedikit ralat. Pengakhiran yang secara mendadak.
Tak sempat untuk aku mengucapkan selamat tinggal. Tapi aku sedar, aku tak mampu
untuk berbuat apa-apa.
Isnin…
Aku ke sekolah.
Namun aku tertinggal sesuatu. Semangat. Ntah kemana hilangnya. Suram dan tak
bermaya dalam hati. Tiada lagi rasa keterujaan untuk berada di dalam kelas. Aku
merindui Nurul. Walaupun dia dah tak ada, aku tetap melihat tempat duduk dia
yang kini orang lain mengambil alih. Aku pendam dalam hati. Orang lain tak kan
tahu apa yang aku rasakan. Mungkin di luaran, aku masih mampu tersenyum namun
di dalam, aku seperti kehilangan sesuatu. Ianya tak dapat dijelaskan dengan
kata-kata.
Jiwa aku di
awang-awangan. Cikgu mengajar di depan namun fikiran aku melayang nun jauh ntah
kemana. Sedang aku berada didalam mood kesuraman, tiba-tiba pintu kelas aku
diketuk. Knock2.. Semua orang terhenti seketika. Melihat siapa gerangannya. Aku
juga begitu. Terkejut. “Assalammualaikum cikgu, boleh saya berjumpa dengan
Sulaiman?” Tadi aku dah terkejut, sekarang ni aku dah 2 kali terkejut. Nasib
baik aku tak ada heart attack. Mana tak nya, orang itu adalah orang yang aku
rindukan.. Siapa lagi kalau bukan Nurul……Masa seolah-olah terhenti…..
No comments:
Post a Comment