Dunia aku telah
menjadi gelap walaupun dalam kesiangan. Tiada apa lagi yang boleh dilihat
seolahnya aku ini Kassim Selamat.. Kejamnya kegembiraan itu kerana dengan
sepantas kilat telah pergi dari aku tanpa ehsan. Satu tamparan pada aku kerna
aku tahu selepas ini aku tidak lagi berpeluang untuk melihat senyuman Nurul
seperti kebiasaannya. Tiada lagi detik-detik dimana kami sering berbalas
pandangan dari mata ke mata lalu turun ke hati. Tiada lagi aku mendengar
kidungnya dan tiada lagi gelak tawanya yang mewarnai harian aku selama ini.
Aku terkesima.
Tidak menyangka sama sekali kemuncak cerita aku dan Nurul rupanya berakhir
begini. Aku menyangkakan keindahan itu berpanjangan namun aku tersilap. Ketika
kami dilingkari kegembiraan ketika itu juga kesedihan datang bertandang. Ianya
perpisahan berorientasikan keterpaksaan dalam kerelaan atas dasar mengejar
cita-cita. Macam dalam filem orang-orang kaya, si heroin akan pergi belajar ke
luar negara dan meninggalkan sang hero terkontang-kanting meneruskan kehidupan
seperti biasa. Maklumlah, sang hero bukanlah orang yang berpelajaran tinggi.
Dan seperti yang kita sudah tahu, pertengahan jalan cerita itu akan bermulanya
pergolakan antara mereka kerana jurang perbezaan.
Begitu juga
kami. Aku sedar, dalam jarak yang jauh, tanpa ada perantaraan yang boleh
mendekatkan antara aku dan dia, aku hanya mampu membayangkan aku dan Nurul dari
hari ke hari akan semakin jauh dan terus jauh. Tak ada apa lagi yang aku boleh
harapkan. Pasrah, redha, terima, telan bulat-bulat dan apa-apa lagi perkataan yang seangkatan
dengannya telah di set dalam kepala otak.
Pada zaman aku
waktu itu, tidaklah semoden mana. Hanya orang yang benar-benar kaya sahaja yang
mampu memiliki handset yang ketika itu sebesar gajah. Orang akan terpegun pada
sesiapa yang mempunyai telefon tangan. Disebabkan itu, aku agak susah hati
kerana aku tahu aku dan Nurul tidak akan dapat berhubung dalam tempoh yang
lama. Kalau cuti sebulan pun aku dah teruk cuba bayangkan kalau sampai tempoh
bertahun-tahun. Laman-laman sosial seperti FB dan Twitter pun masih belum wujud
lagi ketika itu. Apa kejadahnya internet pun aku tak tahu semasa tahun 1998.
Hanya pada tahun 1999 baru aku tahu apa itu MIRC. Kalau la masa dulu FB sudah
wujud, dah tentu aku bervideo call dengan Nurul hari2..Dah tentu dia akan like
banyak2 apa yg ada di wall aku. Bayangkan masa aku mula kenal kampung chat tu pun aku dah dapat seorang kakak angkat sehinga ke hari ini. Inikan pula kalau masa tu aku dan Nurul dah ada FB, tentunya sekarang kami sedang di taman permainan bermain dengan anak-anak kami. Tapi itu semuanya imaginasi palsu.
Bagi aku jarak kami sangat jauh walaupun Nurul
hanya belajar di Persiaran Brash Ipoh. Ya la, aku mana tahu nak jalan-jalan ke
sana berseorangan. Tak pernah dibuatnya aku. Lain la kalau sekarang, seminggu
sekali pun aku sanggup. Huhu…Aku tak ada jalan lain lagi untuk berjumpa dia
selain dari pasrah membiarkan dia pergi untuk belajar. Siapalah aku untuk
menghalang?..Lagipun memang aku nak kan dia berjaya lantas menyambung pelajaran
ke tahap yang lebih tinggi. Aku tumpang gembira. Dia memang berhak semua tu.
Lain la aku, pemalas.
Pada satu hari di
hari minggu, kelas kami mengadakan gotong rotong membersihkan kelas. Kebetulan minggu itu adalah minggu terakhir
Nurul di situ jadi dia pun turut serta. Kami berdua telah setuju untuk berjumpa
selepas itu. Maklumlah, buat kali yang terakhir. Dipendekkan cerita, selepas
menitiskan peluh dan bersusah payah mengilatkan kelas, semua orang pun balik
kecuali beberapa orang. Aku, Nurul, Hafiz, Fishah, K.E dan juga Norizan.
Kiranya 3 pasang kami waktu tu. K.E juga dapat tawaran ke sekolah teknik
Taiping tapi Norizan tak. Lebih kurang macam majlis perpisahan la kununnya.
Aku dan Nurul
berbual-bual manakala mereka yang lain juga sama cuma tempat kami berasingan
dan agak jauh namun masih lagi didalam kelas. Aku tak kisah sangat pada diaorang sebab aku cuma fokuskan pada
Nurul. Kami face to face pada masa tu. Sebenarnya aku agak malu sebab aku
memang lemah bila berdepan dengan dia. Tambah-tambah bila Nurul tengok mata
aku. Memang aku malu-malu kucing.Hehehe…Banyak yang kami sembangkan.
Kadang-kadang sedih jugak. Nurul juga kata dia sedih tapi nak buat macam mana.
Dia nak belajar ke tahap yang lebih tinggi nanti. Aku faham.
Aku masih ingat
lagi, waktu tu suasana memang sangat sentimental. Kalau dalam filem
Hindustan, berbesen-besen dah air mata
penonton mencurah-curah. Keadaan ketika tu memang memilukan sehinggakan filem
ombak rindu pun tak boleh nak lawan akan kepiluan keadaan yang kami lalui.
Macam biasa, sang hero sedikitpun tidak goyah dan nampak tenang walaupun Nurul
hampir sebak. Aku menahan diri. Tak kan aku nak meraung-raung depan dia?. Jatuhla
air muka aku yang nampak macam gangster ni. Aku cuma dapat mengkiaskan sesungguhnya air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Aku memberi
kata-kata semangat pada Nurul. Belajar rajin-rajin dan selepas itu memasuki
alam universiti. Pada masa yang sama juga dia memberi semangat supaya aku
belajar bersungguh-sungguh. Tapi sesungguhnya dia tidak sedar, dia pergi dengan
membawa semangat aku bersama dia. Aku Cuma mengiyakannya. Dia juga berkata dia
tak akan lupakan aku. Dan yang paling tak tahannya dia kata dia bertuah sebab
mengenali aku. Pada masa tu aku merasakan seolah-olah aku nak berlari
mengelilingi sekolah 13 kali kerana terlalu bangga. Heheh…
Selepas berbual,
acara seterusnya adalah bergambar kenang-kenangan. Yang menjadi mangsa
mengambil gambar tentulah kawan baik aku K.E (a.k.a kawan makan kawan)..Itulah
pertama kalinya kami mengambil gambar bersama. Detik tu aku tak kan lupakan.
Kelas 4 Sastera Iktisas menjadi saksi bisu kami. Aku dah blur sangat memikirkan
cara macam mana nak posing. Ya la, 1st time bergambar dengan
perempuan tambahan pulak dengan Nurul. Aku hanya mampu tersipu malu. Sedang
leka kami mengambil gambar tiba2 ada pengawas ternampak kami dan kami tahu dia
melulu merepot kepada Ustaz. Kami terus bersurai namun malangnya kami semua disekat
oleh pengawas…….
Bersambung……….
No comments:
Post a Comment