Aku di satu ketika
Merenung ke luar jendela
Mempunyai terlalu banyak masa
Untuk aku mengingati dia
Aku di satu ketika
Masih merenung ke luar jendela
Sangat sempit dihati terasa
Untuk aku mengenang dia…..
Keesokan harinya aku masih
bersekolah seperti biasa namun tak ada yang tahu luluhnya hati ini boleh
diandaikan bak kaca yang jatuh berderai. Moody dan tak mampu untuk berbicara.
Hanya sugul dan bermuram durja yang mampu di impresikan oleh riak muka. Raut wajah
seiring dan senada dengan apa yang bersarang dihati. Sudahla muka tak berapa
nak hensem, bertambah-tambah tak hensem la sekiranya asyik buat raut seperti
itu.
Ketika aku keluar kelas, aku
ternampak adik Nurul, Liana sedang berjalan dan menuju kearah aku. Aku agak
terperanjat dia berjumpa dengan aku dan memberikan sesuatu. Aku hairan
kerana kami tak pernah berbual apa lagi untuk beramah mesra. Aku juga tak
menyangka dia mengenali aku. Dia
menyerahkan sepucuk surat. Dari Nurul katanya. Tanpa membuang masa aku mencari
tempat yang sesuai untuk membaca kata-kata dari heroin.Aku sudah lupa apa
kandungannya dan surat itu juga telah hilang dari simpanan. Namun ayat-ayat
dalam surat itu telah mencairkan hati ini yang sekeras besi. Aku terharu. Kata-kata yang menyentuh hati laksana hero gagah yang membela seekor harimau perkasa namun telah beralih minatnya dengan membelai seekor kucing.
Tak ada kata yang dapat
menterjemah segala apa yang aku rasa pada waktu ini. Lelah, hampa dan kecewa
semuanya menjadi satu gambaran perasaan yang boleh aku katakan kacau bilau.
Serius, ianya menyesakkan. Manakan tidak, dia pergi ketika aku gembira. Terasa
seperti apa yang telah dilalui itu direntap dengan cara yang sungguh tak
berperikemanusiaan. Jika diandaikan ianya seumpama pertarungan tinju,
muktamadnya aku telah di knock outkan hanya dengan satu tumbukan. Tiada belas
ehsan dan aku kecundang dengan tidak berupaya untuk kembali bangun. Bahkan
tidak sedar.Aku lumpuh. Namun, sesungguhnya kecederaan luaran manakan sama dengan kecederaan dalaman. Luka-luka di muka boleh ditampal dengan sedozen plaster tetapi luka dihati akibatnya dengar lagu sedihla hari-hari.
Ianya satu
tamparan untuk aku. Bayangkan, setiap hari aku dan dia bertemu, kadang-kadang
berhubung namun dengan secara tiba-tiba semua itu tidak aku lalui lagi. Rutin harian kami lenyap
sekelip mata. Tak ada lagi senyuman, tak ada lagi gelak tawa, tak ada lagi
suara yang dulu setiap hari aku nantikan. Boleh dikatakan kini aku melalui
hari-hari yang kosong..Rutin aku tidak seperti dahulunya yang mana aku sentiasa
bersemangat dalam melakukan sesuatu. Namun sekarang tidak lagi..Susah untuk aku membiasakan diri buat masa ini.
Rupanya agak
sukar untuk aku menjalani kehidupan
seperti biasa. Susah untuk aku terangkan. Hanya orang yang alami saja yang akan
faham apa itu erti “hilangnya semangat”. Hilang tujuan seolah-olah memandu
namun tanpa destinasi. Aku sangkakan aku boleh menanganinya namun sebaliknya
berlaku. Mungkin kegembiraan lalu antara kami tetap menghantui dan mengekori
aku seperti bayang-bayang. Macam kata mat salleh, it comes over and over again.
Aku tak punya cara lain selain dari terus membiarkan hari berganti hari dan
cuma mampu mengharapkan agar masa itu menjadi penawar untuk semua ini.
Ketika
kawan-kawan lain bermain bola di padang sewaktu subjek Pendidikan Jasmani, aku
hanya memerhatikan mereka di tepi. Riuh tawa mereka tidak aku hiraukan. Aku
tidak punya minat untuk bermain walhal bermain bola adalah satu keghairahan
bagi aku. Bola tidak mampu untuk memadamkan kekosongan yang aku lalui. Angin
pagi yang bertiup menambahkan lagi mood sentimental yang boleh dikatakan tahap
jiwang karat. Jika ini babak dalam filem, babak inilah yang akan membuatkan
penonton sangat terharu kerana sang hero sangat down ketika ini. Hanya lagu
yang bergenrekan kesedihan berkumandang bagi menambahkan feel. Sesungguhnya,
keadaan aku memang seperti yang digambarkan oleh sang hero itu.
Aku masih ingat
lagi detik itu, kemuraman menyelubungi jiwa. Hanya mampu merenung alam sekeling
dengan pandangan tak ada makna. Meliar dan tidak berbicara. Tak ada sesiapapun
yang mengerti apa yang aku lalui. Aku tidak berkongsi rasa. Biarlah aku menanggungnya
seorang diri. Aku tahu, dia juga tak merasa apa yang aku rasa kerana hanya aku yang
merasa. Untuk itu, biarlah aku mengharunginya sendiri. Masa itu adalah penawar.
Aku berharap satu hari nanti aku boleh membuang rasa ini dan aku mahukan ianya
tidak kembali lagi.
bersambung........
No comments:
Post a Comment