Bintang itu sirna.......
Aku seolah-olah dikejutkan dengan elektrik. Terkejut dan tidak menyangka sama sekali Nurul akan berjumpa dengan aku lagi dengan keadaan macam ni. Apa lagi yang boleh seorang hero rasakan setelah buah hati pujaannya datang untuk berjumpa dalam suasana yang mengharukan?. Detik-detik dramatik ini hanya berlaku dalam cerita 80-an Azura apabila si Zack masuk membuat khutbah didalam kelas si heroin Azura. Dan apabila generasi 90-an, aku pula mengambil alih cerita itu tetapi keadaan menjadi sebaliknya pula setelah si heroin yang datang berjumpa dengan si hero.
Aku seolah-olah dikejutkan dengan elektrik. Terkejut dan tidak menyangka sama sekali Nurul akan berjumpa dengan aku lagi dengan keadaan macam ni. Apa lagi yang boleh seorang hero rasakan setelah buah hati pujaannya datang untuk berjumpa dalam suasana yang mengharukan?. Detik-detik dramatik ini hanya berlaku dalam cerita 80-an Azura apabila si Zack masuk membuat khutbah didalam kelas si heroin Azura. Dan apabila generasi 90-an, aku pula mengambil alih cerita itu tetapi keadaan menjadi sebaliknya pula setelah si heroin yang datang berjumpa dengan si hero.
Aku sangat terharu. Sambil
jantung berdegup kencang, aku tersipu-sipu malu. Kawan-kawan kelas yang lain
semuanya melihat aku dalam keadaan separuh sedar kerana masa tu memang aku dah
tak mampu untuk sedar. “Sulaiman, ada orang nak jumpa”. Kata cikgu. Aku masih
ingat lagi cikgu subjek Sains itu. Cikgu Rokiah. Lalu aku pun bergerak menuju
ke luar untuk bertemu Nurul. Aku tidak pedulikan kawan-kawan yang lain.
Kekejutan masih lagi menyeresapi diri aku. Dalam masa yang sama juga aku
mengagumi Nurul kerana berani berbuat begitu. Sudah 2 kali. Aku akui, aku tidak
seberani itu walaupun dalam cerita ini aku adalah sang hero yang gagah dan
maskulin. Kalau aku, dah tentu aku akan menunggu hingga waktu balik untuk
bertemu Nurul.Huhu..Jangan salah faham, Bukan kerana aku tidak berani, Cuma aku
menghormati pelajar lain yang datang untuk belajar.
Tiba di luar, kelihatan Nurul
sedang menunggu aku. Dengan berbaju tshirt dan berseluar jeans, Nurul nampak
berbeza. Namun kecomelannya tetap sama. Dia menyambut aku dengan senyuman. Dan
itu menjadikan hati aku lega untuk seketika. Memang aku menantikan itu hari
demi hari. Namun aku sedar senyuman itu akan menjadi kali yang terakhir tak
lama lagi.
Kami berbual di satu tempat tidak
jauh dari kelas. Suasana agak sentimental. Kami hanya mampu tersenyum tapi
didalam, kalau hati boleh di xray, apa yang kelihatan adalah luka-luka yang
makin banyak ditarah. Macam selalu, apa yang Nurul katakan dia pergi sana
kerana terpaksa dan tidak sama sekali akan melupakan aku. Segala apa yang kami
lalui. Dia akan ingat aku sampai bila-bila. Tapi ianya tetap tidak mampu
meredakan kepahitan aku. Kerana hakikatnya aku tahu, tiada lagi kisah aku dan
dia selepas ini. Ingin aku mengungkapkan banyak kata-kata kepada Nurul, namun
aku tak mampu. Aku tak dapat meneruskan kata-kata dan yang membuatkan aku
ralat, aku tak meluahkan sesuatu yang sangat penting tentang perasaan aku.
Tentang apa yang aku rasa.
Selepas beberapa ketika, Nurul
pun pergi. Sebaik dia menoleh, aku sedari itu adalah kali terakhir aku akan
berjumpa dia. Kali terakhir akan melihat senyuman dia.. Aku ingin menahan dia
dari pergi namun aku tak mampu. Semakin dia melangkah, semakin berdarah hati
aku. Aku sangat menyesali kerana aku tak mengungkapkan perasaan aku kepada dia
sebelum dia pergi. Sebab itu Kalau aku melalui keadaan begini sekali lagi
dimasa depan, pasti aku akan meluahkan apa yang aku rasa. Bukan sekali, tapi
berulang-ulang kali. Aku dah tak peduli. Aku Cuma nak dia tahu, walaupun sudah
tak berpeluang untuk bertemu lagi, walaupun tak berpeluang untuk berhubungan
lagi, aku nak dia semat dalam hati, dia adalah seorang yang sangat penting
dalam hidup aku. Seseorang yang sangat bermakna. Segala apa yang aku dan dia
lalui, sangat berharga. Aku juga tak akan melupakan dia kerana dia juga telah
sebati dalam diri aku.
Dia berharap aku akan hidup
dengan kegembiraan, tapi dia terlupa satu perkara. Dialah kegembiraan aku.
Bagaimana aku nak gembira jika dia pergi dari aku?..Semangat aku pudar.
Walaupun banyak semangat yang dia taburkan, susah untuk aku menerimanya. Kerana
aku tahu, saat dia melangkah pergi, dia akan menjadi seseorang yang berbeza
nanti. Setiap langkahnya itu, mengheret satu demi satu senyuman dan gelak tawa
aku. Sudah tak ada apa yang mampu aku lakukan selain dari hanya melihat dia
melangkah dari aku. Semakin lama semakin jauh. Aku masih ingat lagi
detik-detik terakhir itu. Saat aku
merenung dia, saat kami bertentangan mata, hanya kesugulan yang beraja dihati.
Aku melihat dia melangkah sehingga hilang dari pandangan. Waktu itu, hati aku
seolah-olah tidak berfungsi lagi. Seakan-akan dirobek dengan kejam. Benarlah
kata orang, luka luaran boleh sembuh namun luka dalaman, bagai menusuk kalbu.
Berakhir sudah cerita aku dan dia.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment