Akhirnya, setelah melalui dan
mengharungi segala onak dan duri selama hampir tiga minggu, kini terlerai sudah
belenggu yang penuh dengan irama suka dan duka. Berakhir sudah kursus intensif
di USM dan dengan itu juga aku
diisytiharkan merdeka buat sementara waktu. Lega rasanya. Otak yang selama ini
sudah sarat dengan segala benda dipaksa bekerja overtime kerana terpaksa memfokuskan pelajaran untuk melalui
peperiksaan.Fuhh, kembali ringan beban di otak. Lepas ni harus fokus pada final
exam bulan Jun nanti.
Apa pun, intensif ni aku agak
enjoy. Cumanya satu tabiat buruk tetap tak berubah..
Biasa la, ari ni exam, ari ni baru nak baca..Huhu..Aku masih ingat lagi tahun
lepas, selepas abis exam satu subjek tu, aku terus keluar tanpa bercakap dan
terus menuju ke rumah. Dah tak ada mood. Soalan yang aku rasakan tak ada
jawapan.,Tahun ni juga sama cuma aku
mengharapkan ianya akan lebih baik dari tahun lepas. Ditambah pula aku ada
kawan-kawan yang selalu membantu. Selalu buat perjumpaan. Selalu sering
mengingatkan. Masing-masing ada semangat nak compete antara satu sama lain. Bagus la macam tu.
Intensif dah abis namun yang
lecehnya aku akan kembali bekerja. Banyak tugas yang perlu dibuat. Belumpun
habis exam aku diberitahu tugas baru telah menanti. 3 minggu aku di alam bulan
madu dan kini semuanya akan kembali seperti dulu. Memikirkan kerja….Jeeemmm…..
cikgu pun berdebar menunggu result usm ni leman....18/2 dah nak muala sem baru
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteya?..tahniah la cikgu...hehe
ReplyDelete