Sunday, July 25, 2010

my 1st love story..love at 1st sight part 4

Aku melalui hari-hari persekolahan dengan agak suram. Walaupun senyumannya sering membuatkan aku gembira, namun aku tak dapat nak menafikan yang aku masih lagi mengharapkan keajaiban..Gila betul perasaan ni..Perasaan yang aku tak dapat nak kawal walaupun aku mencubanya..Perasaan yang seboleh-bolehnya aku cuba untuk elak.Terus terang, aku tak suka dengan keadaan aku ni..Aku adalah seorang yang ceria.Aku suka dengan hidup aku dulu..Gembira dan tidak ada sebarang masalah.Tambah-tambah lagi bab-bab hati..Memang aku surrender..Dulu aku pernah juga sukakan perempuan tapi tidaklah seperti sekarang.Kacau bilau aku..Betullah kata2 orang tua, sekuat mana pun lelaki itu, akan tewas juga dengan perempuan..Apatah lagi aku, lagi la teruk..

Hari-hari aku masih sama.Seperti rutin yang dulu..Mencuri pandang dan meneruskan strategi yang telah diatur..Berharap aku dan dia akan menjadi rapat. Aku dah tidak kisah.Sebagai kawan pun tak apa asalkan aku boleh dekat dengan dia..Senyuman dia masih lagi aku perlukan.Ahh, senyuman yang menjadi penawar hati aku..Kalaulah aku boleh bawak balik senyuman tu, gembiranya aku…

Dan hari demi hari hajat aku menjadi seperti yang aku harapkan.Aku dan dia menjadi rapat.Aku sudah boleh bergurau dengan dia.Aku juga boleh berbual dengan dia pada bila-bia masa yang aku nak..kadang2 bila kelas ada kelapangan,kami bermain batu seremban sama-sama..Seronoknya aku.. Dalam ati aku ni,tak tahu cam na nak gambarkan perasaan aku..Gembira sangat..Dan aku juga boleh melihat senyuman dia dengan dekat.Best best...

Kini aku ke sekolah dengan lebih gembira..Senyum aku sampai ke telinga. Itu menunjukkan betapa gembiranya aku.Walaupun aku tahu status dia aku tak kisah.Aku hanya ingin berkawan dengan dia.Lagipun aku sedar diri ni.Tak kan lah aku nk ngorat dia..Tapi bila sampai masa nanti, aku akan Tanya dia.Dan aku nak dengar sendiri dari mulut dia betulkah khabar berita yang aku dengar tu.Agar aku lebih pasti.Bukan apa, tak nak lah rapat sangat dengan awek orang..Nanti timbul gossip..Heheh..Tak mengapa, aku akan menunggu hari itu dengan sabar..

Step by step..Dan kerapatan kami ni ke peringkat selanjutnya..Satu ari tu masa cuti sekolah, aku dikejutkan dengan sesuatu yang aku tak jangkakan..”adik, ada telepon dari Nurul”.Kata mak aku.Terperanjat aku.Betulkah apa yang aku dengar ni??Seolah-olah tak percaya..Tapi kalau tk betul, tak kan lah mak aku nak sebut nama dia sedangkan mak aku tak kenal pun dia..Huh.Dengan segera aku mencapainya..Dan aku terdengar suara yang sangat aku kenali..Aku memang rindukan suara tu..Terkejut beruk aku masih belum hilang namun pada masa yang sama dah tentu la aku hepi..Hepi sangat..Kami berbual-bual kosong. Perbualan itu tidaklah lama namun ianya sesuatu yang sangat-sangat mengujakan.Rasa macam nak melompat..

Sebenarnya, aku agak malu pada mak aku..Ya la, jarang orang perempuan menelefon aku..Ni siap bgtau nama sekali..Berani betul dia.Aku kagum .Kalau aku, huh, tak dapat la nak buat semua tu.Jenis pemalu la katakan..Kih3..Jenuh jugakla aku bagi alasan pada mak aku.Bukan sebab mak aku marah, Cuma aku segan.Aku jarang menceritakan bab2 macam ni..Takkan aku nk bgtau yang aku ni angau..Buat gelak mak ngan kak aku nanti..Air muka kena r jaga..Aku juga ada berpesan pada Nurul, kalau telefon tu, tak payah la sebut nama..Dia setuju walaupun agak keberatan.

Peristiwa tu merupakan sejarah bagi aku.Sesuatu yang tak dapat aku gambarkan..Yang tak dapat aku luahkan..Seperti kaki yang tidak memijak tanah. Melayang di awang-awangan..Khayalku melebihi realiti..Anganan aku telah membuatkan aku lupa diri..Owh, biarlah aku menikmati saat2 indah ini.Saat2 indah di dunia ciptaan aku sendiri..

Semenjak itu juga kami menjadi semakin rapat..Dia selalu juga menghubungi aku..Banyak yang kami kongsikan..Dan akhirnya aku mendapat tahu gossip antara dia dan Amir itu sememangnya betul tapi ia hanya kisah di zaman sekolah rendah..Waah,satu lagi berita yang amat menggembirakan aku..Awangan aku kini lebih tinggi..Harapan aku juga..Cuma aku menunggu masa yang sesuai untuk membiarkan dia tahu perasaan aku..Apa yang aku rasa dan apa yang aku harapkan dari dia..Mahu saja aku luahkan pada dia namun aku tahu masa belum sesuai.Lagipun, aku tak tahu apa yang dia rasa.Jadi aku akan tunggu dan lihat.

Masa berlalu dengan begitu pantas.Mungkin kerana hari-hari yang gembira,aku tidak begitu menyedarinya. Sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung tahun..Peperiksaan akhir tahun telah pun berlalu..Dan aku risau dengan keputusannya..Aku tahu sejauh mana pencapaian aku..Tidak begitu memuaskan..Banyak subjek-subjek yang aku lemah.Lagipun, didalam kelas ramai yang pandai-pandai dan aku memang tidak dapat menandingi kawan-kawan aku..Aku kena terima dengan redha..Ptut menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi.

Akhirnya, keputusan telah diperolehi.Walaupun kedudukan aku bukanlah diantara yang terakhir,namun ianya tetap teruk..Dan mimpi ngeri aku juga bermula. Aku mendapat tahu tahun depan aku akan diturunkan kelas..Sesuatu yang menyedihkan.Dan yang lebih menyedihkan tentulah kisah aku dan Nurul..Pengakhiran yang belum ada permulaan.Aku belum lagi cakap pada dia apa yang aku rasa.Dan mungkin itu juga rahmat sebab kalau aku dah cakap, ini adalah sesuatu yang memalukan bagi aku. Aku tak layak..Nampaknya biar aku simpan saja apa yang aku pendam..Dan aku juga merasakan ianya telah berakhir..

bersambung....

No comments:

Post a Comment