Wednesday, June 30, 2010

my 1st love story..(love at 1st sight)

mata aku
mata kamu...
saat terpana bertemu
jiwa larut meresap kalbu
namun kau dan aku
sesungguhnya tak bersatu......



Krriiinngggg..Loceng telah berbunyi..Nyaring dan agak lama..Suasana hingar bingar di kantin ..Dipenuhi dengan manusia manusia bergelar pelajar.Hari ini adalah hari pertama persekolahan.Setelah agak lama bercuti,aku rasa agak gembira kerana kembali bersekolah..Aku dapat rasakan kawan-kawan aku pun seperti aku.Semuanya berwajah ceria..Rindu sungguh aku pada suasana persekolahan..

Aku seronok hari ini..Mana taknya, aku telah bergelar pelajar sekolah menengah..Rasa macam dah dewasa..Sedikit bangga dalam hati ini..Aku membuktikannya dengan bangun awal sejak pagi-pagi buta lagi..Datang ke sekolah pun dengan senyuman yang meleret..Begitu bersemangat sekali..Tak sabar aku untuk mengharungi suasana baru..Kawan-kawan baru dan tak lupa juga pada awek-awek baru.

Hari ini adalah hari suai kenal.Semua pelajar baru brkumpul dikantin.Aku dan kawan-kawan duduk di satu tempat sambil berbual-bual..Suasana masih lagi bising..Semua pelajar berbual-bual.Agaknya telah lama tidak berjumpa dengan rakan masing2..Mata aku liar..Sekejap tengok sana,skejap tengok sini.Ramai orang yang tidak aku kenali disini..Dan peglihatan aku juga tertumpu kepada pelajar-pelajar perempuan..Biasa la lelaki.Meninjau pelajar-pelajar baru..Heheh.

Sedang asyik memerhati,tiba-tiba pandangan aku terpana.Mata aku tak berkedip..Mulut aku terhenti.Anak mata dan kornea aku tidak beralih..Agak lama juga aku merenung.Ya, aku nak menikmati setiap saat-saat ini..Aku jadi leka..Aku suka dengan apa yang aku sedang lihat..Seorang perempuan yang tidak jauh di depan aku..Dari cara dia bercakap,senyum dan gelak tawa dia membuatkan aku seolah-olah membeku..Kalau lah saat ini adalah seperti babak dalam cerita hindustan,ianya seperti hero yang tidak sedar tangannya sedang memegang bara api..Begitu kusyuknya melihat heroin didepannya.Begitu tak sedarnya diri hero itu..Hebat sunguh..Tapi nasib baik aku masih sedar diri ini..

Dia tidak lah cantik tetapi aku seolah-olah terpukau dengannya..Sejuk hati dikala memandangnya.Hati aku telah larut..Sel-sel darah aku mengalir dengan laju dan membuatkan jantung aku berdegup tidak keruan.Senyuman dia yang manis dan gerak gaya yang sopan..Fuuuhh..Aku suka.Aku khayal..Mata ini teruja melihatnya lantas ia perlahan-lahan turun ke hati..Tiiidaakk...Maaakk, tolong la aku..Apa salah aku?...Kenapa pada hari pertama persekolahan pun hati ni dah mula suka pada perempuan??.Aku datang sekolah bukan untuk ini..Aahhhh, kacau bilau aku....Hati ini meronta-ronta ingin mengenalinya..Kalau lah aku seberani hero dalam cerita hindustan..Sudah tentu saat ini aku menyanyi bersamanya di tepi pantai yang indah....



bersambung......

Wednesday, June 23, 2010

memalukan part 2...

Kejadian ni dah lama..Seingat aku darjah 6..Pada satu hari tu, aku dengan kawan2 aku pergi makan laksa di kedai yang selalu kami pergi..Kedai tu memang legend bagi kami..Laksa seposen ,cucur udang tiga, telur separuh masak 1, air sirap..Completed..Tak sampai seringgit..Kenyangnya, fuh...,kembung perut..Kedai tu mmg femes r time tu..Ramai..Bawak tiga kupang pun boleh kenyang..Kedai pak Kadim orang kampung panggil..Sekarang dah arwah..
Nak dijadikan cerita, masa tu aku dibelikan sebuah basikal baru untuk kesekolah..Memang seronok sangat..Tambahan lagi kawan-kawan pun ada basikal diaorang masing2..Memang kami selalu merayau sama-sama..Kedai Arwah lah menjadi sasaran kami petang-petang..Hari tu selepas kekenyangan dan selepas puas bersembang, kami pun balik r..Sambil menuju ke basikal kami masih lagi bergelak ketawa dan aku pun terus mencapai basikal baru aku itu..Aku perasan ada seorang perempuan sedang merenung tajam ke arah aku.Pelik juga aku namun aku tidak menghiraukannya.Aku pun berlalu.Aku masih lagi hairan kerana perempuan itu masih lagi merenung aku..
Sedang aku mahu mula memecut basikal aku itu, aku menarik brek..Dengan tiba-tiba aku perasan sesuatu yang lain..Brek aku tu lain sangat..Aku tertanya-tanya dalam hati..Dan dengan tiba-tiba, MasyaAllah, air muka aku terus berubah dengan drastik...terkejut beruk aku..Beruk pun tk terkejut sampai tahap itu..Rupa-rupanya aku tersalah capai basikal..Tu bukan basikal aku..Dari kejauhan aku lihat perempuan tu masih lagi merenung aku..Aku rasa bukan setakat dia saja, kawan2 dia pun begitu jugak..Patut lah dari tadi renung aku lain macam..Alamak, malunya aku..Tak tau nak gambarkan dah..Dah la macam tu, bayangkan aku kena patah balik perlahan-lahan untuk menghantarnya..Tebal muka ni jgn diceritakan..Kalau la aku boleh pakai topeng otomen..kan bagus..Tapi nak tak nak aku terpaksa juga buat..Dengan buat selambe,perlahan-lahan aku kayuh dan meletakkannya balik ke tempat asal.Dia masih lagi merenung aku..Aku tak peduli dah..Aku capai basikal aku dan terus memecut laju sampai lah hilang dari pandangan dia..Kawan2 aku jangan kata la, gelak gila2 kat aku..Malu tul..Tu la akibatnya klu basikal sama dan cuai..Warna merah pun sama...Malunyaaa..Aku rasa mesti 1 kedai tu dah tahu..Aduhhhh....Macam mana nak kaber line nih?.mmm..Biarkan ja lah..Benda dah nak jd...huhu..

Tuesday, June 22, 2010

andai ada maaf...................

Suasana agak mendung hari ini.Cuaca juga tidak panas..Begitu juga aku..Susah untuk aku gambarkan apa yang aku rasa..Semakin lama aku fikir, semakin aku rasa bersalah..Aku tidak dapat untuk mengubahnya...Aku tak dapat untuk berbuat apa-apa..

Sepanjang hidup ni,kita tak kan dapat lari dari kesilapan..Aku pun sama..Aku banyak melakukan kesilapan dan kesilapan yang aku kesalkan ialah kesilapan terhadap orang.Orang yang begitu baik pada aku.. Bila aku fikirkan balik, sebelum ni aku dah banyak menyakitkan hati orang, dan juga mengecewakan mereka..Mereka begitu baik pada aku tetapi akhirnya aku telah menghampakan mereka..Dan aku sedikit pun tidak menghiraukan kesedihan diatas apa yang aku lakukan..Dalam sedar, aku membiarkan mereka terus bersedih..

Mereka terlalu baik pada aku..Mengambil berat dan sentiasa mengharapkan kebaikan keatas aku..Biarpun aku telah menyakitkan hati mereka namun sedikit pun mereka tidak menyalahkan aku sebaliknya masih lagi berkawan dengan aku..Aku hanya mampu meminta maaf tapi dalam hati aku sedar yang ianya tidak mencukupi..Aku sedih diatas apa yang terjadi tapi ia bukanlah sesuatu yang dapat aku elakkan..Aku terpaksa walaupun mungkin perbuatan aku ini secara halusnya nampak kejam..Tapi hanya itu jalannya..Aku tidak pernah bercakap benar kepada mereka..Aku takut melukakan hati mereka tetapi akhirnya mereka dihampakan juga..

Aku sedar dan aku harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi kepada sesiapa..Aku takut....Aku hanya mampu memohon kemaafan kepada mereka dari jauh dan aku sangat mengharapkan kebahagiaan keatas mereka...

Monday, June 21, 2010

Selamat Penganti Baru

Aku pergi Alor Setar minggu lepas..Menghadiri kenduri kawan aku kahwin..Dugaan juga nak pergi sana..Kereta rosak..Terpaksalah singgah di Sungai Petani.Nasib baik kawan aku ada disana dan dia ada kenalan yang membuka bengkel..Kami sampai di SP hampir pukul 1 ptg..Sementara mekanik nak mencari sparepart kereta, jenuh juga kami menunggu.Hampir 2 jam..Kami dah mulai bosan dan hari pun semakin lewat..Risau jugak kami..Menunggu dan menunggu..Akhirnya kawan aku pun dengan sukarelanya membawa kami ke Alor Setar..Mahu tak mahu aku pun menerimanya..Bukan niat untuk menyusahkannya, tetapi hari semakin lewat..Jadi, aku fikir, redah kasi pecah ja la..Dah pukul 3, nak tunggu apa lg??Dan akhirnya kawan aku tu memandu dengan kakinya berbalut simen kerana keretakan tulang..Hebat...

Kami sampai disana hampir pukul 4 petang..Tetamu pun dah semakin kurang..Kelihatan pengantin masih berada di meja makan..Sempat juga kami berbual dengan pengantin..Kami pun menjamah selera dengan segera..Ini kerana kawan aku yang berbalut simen tu menunggu di kereta..Segan nak turun katanya..Aku tak dapat nk berbuat apa2..Hanya menurut sebagai menghormatinya..

Sambil menjamah makanan, aku melihat pengantin..Macam tak percaya ja dia kawen.Dah 5 tahun kami mengenali dan tinggal dirumah sewa bersama..Aku masih ingt lagi hari pertama bagaimana kami sama-sama melapor diri dahulu..Dan saat kami beramai-ramai ketawa kerana dia..

Sepanjang aku mengenali dia, kami tak banyak berkongsi cerita..Dia dengan hidup dia dan itu membuatkan aku sedikit segan untuk sama berkongsi..Apa yang aku tahu, sebelum kahwin, dia ada berkawan dgn seorang perempuan satu tempat kerja dengannya..Memang serius time tu..Sudah merancang untuk berkahwin..Tetapi tiba2 hubungan terputus ditengah jalan.Aku pun tidak tahu sebabnya..Dia tak pernah bercerita dan aku pun tk pernah bertanya..Mungkin, dia seorang yang kuat..Tidak pernah aku nampak kesedihan di riak mukanya..Ataupun, dia berselindung di sebalik itu..Siapa tahu..Kadang2 orang lelaki ni pandai menyembunyikan perasaan..Tapi aku tahu ada juga terselit kesedihan hatinya..Kadang2 bila aku bermain gitar, aku dan dia sama-sama menyanyikan lagu sedih..Mungkin dia meluahkan dengan cara dia tersendiri..Tapi, Semua itu sudah berlalu..Dia pun dah gembira kini.Bertemu dengan seseorang yang bersama-samanya disaat susah senang sehingga ke hari tua.InsyaAllah...Aku tumpang gembira dan aku mengharapkan mereka bahagia hingga ke anak cucu..Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada mereka..

Tuesday, June 15, 2010

rabun

Aku dapat rasakan sedikit kelainan pada penglihatan aku..Semakin lama semakin kabur dan kurang jelas..Tambah2 lagi melihat objek2 jauh..Dan aku semakin kabur untuk membaca tulisan2 yang kecik2..jenuh aku kecikkan mata ni dengan tujuan bagi clear..
Aku semakin risau dengan keadaan ni..Klu tgk org dari jauh pun aku tak berapa nak cam..Kang bila diaorang senyum kat aku, aku tak balas balik..Nmpak sngt cm aku ni sombong..Ya la, cmna nk senyum klu aku tk nampak..Klu aku senyum srg2 pun rasanya mcm tk patut ja...
Sebenarnya aku tk berapa nk suka pakai spek nih..Aku rasa cm pergerakan aku terbatas ja..Tk bebas..Aku ni dh la jenih aktif skit..Ssh r klu kena pakai spek..Rasa cm mat skema ngan mat student ja..huhu..tp klu tk buat, mata ni mst jd lg teruk..Nak tk nak, kena jugak buat.Aku tk dpt bayangkan cm na rupa aku bila pakai spek...Uwaaaa...tk suka..Tk suka...