Buat masa sekarang ni aku hanya mempunyai satu hajat. Hajat yang boleh dikatakan sebagai mimpi yakni dalam bahasa omputehnya dream..I have a dream..Tapi mimpi aku kali ni adalah realistik dan aku tidak takut sekalipun aku terjaga dari tidur kerana ianya tetap akan ada...InsyaAllah....
Apakah mimpi aku kali ini?..Yaaa,, aku inginnnn..........sangat teringin untuk memiliki rumah. Tempat berteduh buat isteri dan anak aku.Aku rasa mungkin dah sampai masa untuk aku membuat tindakan selanjutnya. Aku agak menyesal kerana di waktu muda aku melengah-lengahkan mempunyai aset. Dan sekarang walaupun agak terlambat namun aku masih mempunyai masa....Aku nekad..Susah macam mana sekalipun aku akan tetap membelinya...
Bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang namun aku mahu keselesaan kepada keluarga aku. Aku berasal dari keluarga yang susah. Aku sebolehnya taknak anak aku melalui apa yang aku lalui dulu. aku mesti cepat kerana saban tahun harga rumah semakin meningkat. Walaupun rumah ni boleh dikatakan mahal dan menjerut leher sendiri tapi aku tak kisah. InsyaAllah rezeki tu tetap ada. Setahun dua ni memang sukar namun kemudian hari aku berdoa agar dimurahkan rezeki kami anak beranak.
Kalau di ikutkan loan aku tidak lulus tapi kalau combine dengan wife, loan boleh lulus. Mungkin ini yang dinamakan rezeki dikurniakan tuhan kerana aku sangat-sangat bernasib baik. 1 personel loan aku tinggal lagi setahun dan aku telah melangsaikannya. Loan kereta milik abang aku yang menggunakan nama aku pun baki lagi setahun. Juga telah dilangsaikan demi untuk membuat pinjaman perumahan Dan tahun depan ada dua kenaikan gaji. Dan sedikit sebanyak mengurangkan beban kami.
Untuk ansuran rumah ni aku membayar hampir seribu sebulan. Wife aku cuma tambah sedikit. Mujur rumah masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada Disember tahun depan. Oleh itu, ansuran bulanan mungkin dalam 9 ratus kerana pembinaan rumah setakat ini siap dalam 65 peratus...masih ada sedikit talian hayat sebelum ansuran sepenuhnya pada tahun 2017. Kalau tahun depan full. mau makan ikan bilis hari hari...
Harapnya ada sinar di tahun depan....
No comments:
Post a Comment