masanya dah tiba...
Aku melalui hari-hari yang penuh
semangat. Aku juga tak berasa masa yang pantas berlalu. Kegembiraan telah
membuatkan aku lupa putaran masa. Nurul sentiasa ada dengan aku. Setiap hari
kami dapat berjumpa di kelas. Aku dan dia juga bertambah faham diri
masing-masing. Dan kerana itu aku tahu, walaupun aku tak menyatakan apa yang
aku rasa pada dia tapi aku tahu Nurul faham perasaan aku. Dia memahami aku.
Jadi tak perlu aku menjelaskan dengan kata-kata. Aku juga tak perlu penjelasan
dari dia. Sudah memadai dengan cara dia melayan aku. Aku dapat merasakan
perasan aku dan dia sangat dekat.
Hubungan kami setakat dikelas dan
dalam telefon. Tu pun jarang. Tak macam budak-budak sekarang, kecik-kecik lagi
dah dating merata. Macam-macam lagi yang menakutkan bila kita dengar cerita
budak-budak sekolah zaman ni. Begitu mencabar. Masa zaman kami nak dengar
pelajar bunting adalah sesuatu yang sangat jarang. Ianya boleh mengejutkan
beruk tapi zaman sekarang ianya seolah-olah dah jadi perkara biasa. Sebab apa
perkara biasa?? Sebabnya dah terlalu banyak benda ni terjadi.
Apa la aku ni. Masuk bab masalah
sosial pulak kali ni. Dah lari topik tu. Ok2..Dalam kelas, kami seperti biasa.
Aku tengok dia, dia tengok aku. Balik sekolah, tido lepas tu keesokan hari
datang sekolah lagi. Melalui hari yang sama. Tapi aku gembira. Apa lagi yang
perlu dirungutkan andai setiap hari dua ada bersama aku. Selain tu,kalau kelas
membuat program membersihkan kelas pada hari cuti, aku akan hadir dengan
rajinnya. Ya la, geng-geng laki la yang akan mengangkat benda-benda berat ni.
Maklumla, gagah..Hehehe….
Pada petang-petang juga aku dan
Azli selalu pergi meronda. Dalam ramai-ramai kawan, dia yang ada motor. Aku
baik dengan dia. Kami saling bertukar-tukar cerita. Dia juga ada seseorang
dalam kelas tu. Biasala, kalau dah kasanova, berada pula dalam kelas yang
majoritinya perempuan, semestinya akan ada seorang teman berlainan jantina untuk
menjadi tempat mengadu masalah. Normal la tu..Nak mengadu pada sama-sama
jantina rasanya seolah-olah mencurah air di daun keladi. Tak kan nk mengadu
masalah perasaan pada kawan2?..jatuhlah standard. Tempat yang selalu kami ronda
dah tentu la rumah yang kami admire. Kan orang tua-tua ada mengatakan, tak
dapat tengok orang, tengok bumbung rumah pun jadi la…kiranya itu pun dh memadai
bagi kami. Dah menjadi hobi baru kami..
Memang aku tak berasa masa silih
berganti dengan cepat. Pantas tanpa menunggu walau sesaat pun. Dan aku
merasakan masa itu sesungguhnya mencemburui detik-detik kegembiraan aku bersama
Nurul. Disaat aku sedang diulit bahagia, sedang aku tersenyum setiap masa,
dengan tiba-tiba aku tersentak. Aku merasakan seolah-olah kegembiraan aku
dirampas dengan kejam. Perasaan aku di ragut dengan cara yang tak
sepatutnya.Aku terkesima. Runtuh perasaan aku. Aku tak menyangka detik
indah aku dan Nurul hanya sementara
untuk aku. Apa salah aku? Aku baru mahu menjalani kehidupan yang sempurna namun
kini semua itu hanya tinggal harapan. Aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku hanya
mampu pasrah apabila diberitahu Nurul akan pergi meninggalkan aku. Nurul
mendapat tawaran menyambung pelajaran di sekolah Teknik…Aku tak terkata…..Dunia
aku gelap….
No comments:
Post a Comment