Wednesday, December 29, 2010

Selamat tahun baru

Sedar tak sedar, 2010 sudah semakin sampai ke penghujungnya..Tak lama lagi 2011 pula akan menjelma..Mungkin, setiap orang telah melalui setahun yang boleh dikatakan singkat dalam pelbagai cara. Ada masanya susah, ada masa senang. Ada tikanya gembira dan ada tikanya berduka..Itu adalah sesuatu yang normal.Lumrah hidup..Perkara yang sedih, kita mengharapkan ianya tk kan berulang manakala sesuatu yang menggembirakan tentu kita akan mengenangnya sampai bila-bila dan mengharapkan ianya akan berulang lagi..Semua orang tidak berkecuali.Begitu juga aku..

Namun bagi aku, kalau nak dibandingkan dengan tahun 2009, maka rumusan tahun 2010 tak banyak perkara yang memberikan perubahan besar dalam kehidupan harian aku. Semuanya seperti biasa..Adakala susah adakalanya senang.Dan adakalanya susah memanjang..huhu..Biasa lah tu..Kalau senang memanjang nanti lupa diri pulak..Namun aku gembira kerana aku kini semakin boleh bergelak ketawa..Dan yang penting,setiap apa yang berlaku tu membuatkan aku lebih mengerti kehidupan ini iaitu kita tak akan memahami sesuatu itu seandainya kita tidak melaluinya dengan sendiri..

Boleh dikatakan dalam hidup aku ni, lebih banyak perkara yang menggembirakan dari dukacita..Contoh yang aku kenang sampai sekarang iaitu zaman persekolahan yang sangat mengujakan..Tak ada masalah kehidupan untuk difikirkan seperti sekarang..Tak ada beban untuk ditanggung..Yang menjadi masalah cuma homework.Biasa lah tu..

Bab2 lain banyak jugak. bersunat (hehe), 1st luv (cinta zaman sekolah),1st aku dapat kerja, 1st beli motor, 1st beli keta, 1st dapat kerja yang sekarang ni,macam2 lagi lah..Tk dapat aku nak ceritakan semua..Memang kegembiraan tu lebih banyak yang aku lalui..Dan aku gembira dengan kehidupan ni..Syukur...

Perkara sedih pulak sepanjang hidup aku tak la banyak sangat untuk dikenang. Cuma ada beberapa yang memberikan perubahan dan kesan besar yang membuatkan hingga sekarang aku tidak lupa. 13 Jan 1995 Arwah ayah aku kembali ke rahmatullah. Time tu aku darjah enam. Aku masih ingat detik2 tu..Aku masih kecik lagi dan seolah-olah tak dapat nk terima kenyataan.Macam tak percaya..Aku adalah orang yang last sekali meninggalkan kawasan perkuburan.Aku disabarkan oleh sepupu aku yang mana arwah ayah dia juga meninggal pada 10 Jan 1995. Kami senasib...

Tu dalam bab idup aku. Kalau bab ati pulak ada 2 kali aku frust..1st tu time sekolah menengah.Aku mula angau kt pmpuan seawal form 1..Haru tul..patutnya time tu time study..Tak payah nak semak2 pikir bab2 ati ni..Ntah la..Susah nak cakap..Banyak benda kami lalui yang tk dapat nak lupa..Tapi time dulu2 bukan macam skrg..Kami tak la kua pegi mana pun..Dating apa tah lagi..Kadang2 telefon ja menjadi penghubung kami.Dah la zaman tu student2 mana nak ada lagi handphone mcm budak2 sekarang..susah betul aku nak lupa kan dia..Bertahun-tahun mengambil masa..Sehinggalah aku kenal seseorang..

Dan kali kedua juga nasib aku sama macam dulu..Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh..Aku terima semua tuh..Bukan kita yang tentukan nasib kita akhirnya.Namun secara jujurnya walaupun perkenalan kami agak singkat namun kesan dia pada aku amat besar..Ya, aku akui..Rasanya yang 1st pun tak macam ni..Dan kini aku faham,rupa2nya macam ni lah rasanya frust..Susah nak aku gambarkan..Betul lah kata orang, kita tak kan tahu betapa berharganya seseorang selagi kita tak kehilangannya.Huhu..

Tapi, itulah hidup.Tak semua yang kita nak kita akan dapat..Tuhan tahu apa yang kita perlukan.So, hidup perlu diteruskan.memang kadang2 hidup ni menyakitkan tapi tu semua lumrah..Sekarang, apa yang perlu, jalan terus kehadapan.Tak payah nak toleh2 lagi..Dan seperti yang aku kata, hari-hari aku kini semakin gembira..Walaupun parut tu masih ada, aku suka sebab ianya adalah sebahagian dari hidup aku..

Aku berharap tahun 2011 ni akan memberikan lebih sinar dan makna dalam hidup aku..Dan bukan setakat aku saja, aku juga mahukan semua orang di sekeliling aku, yang aku kenal turut sama menjadikan tahu baru ini tahun yang lebih bermakna dan gembira untuk kita semua..Itulah yang aku harap2 kan..

Selamat tahun baru semua......

No comments:

Post a Comment