Saturday, October 8, 2011

saya sayang mak saya

Mak aku adalah mak yang terbaik dalam dunia. Dan pastinya semua orang juga berpendirian begitu terhadap ibu masing. Begitu juga aku..

Mak aku bukan seorang yang berpelajaran tinggi malah tak pernah bersekolah pun. Namun aku tetap bangga dengan mak aku. Cara mak mendidik dan cara mak membesarkan anak2 dipenuhi dengan kesabaran. Sebab itulah kami semua lebih terarah kepada mak.

Seingat aku, mak tak pernah meninggikan suara pada aku. Dan juga pada adik beradik aku yang lain. Kalau marah pun, mak akan cakap elok-elok serta penuh dengan kelembutan. Aku juga tak pernah tengok mak marah-marah. Mak selalu steady..

Keluarga aku bukan dari orang yang senang. Banyak kepayahan yang terpaksa dilalui oleh mak ngan ayah. Namun, mak aku tak pernah merungut. Mak aku taat pada suaminya. Turut membantu ayah dalam mencari nafkah untuk anak-anak.

Dulu mak pernah mengikut ayah pergi mencari kayu api di kawasan paya bakau di tepi laut.. Walau hujan kilat menyambar, mak tak pernah merungut. Mak berkorban demi suami dan anak-anaknya. Masa tu, cuma aku dan kakak aku saja yang belum bekerja dan masih bersekolah. Jadi mak ngan ayah membanting tulang mencari rezeki untuk kami berdua.

Selepas ayah meninggal, hanya tinggal mak seorang saja untuk menguruskan kami. Mak tak pernah jemu untuk itu. Mak akan sentiasa pastikan kami cukup pakai dan makan.

Kadang-kadang mak bekerja dengan mengambil upah turun ke bendang. Mak aku tak pandai membawa basikal jadi untuk ke sawah, mak akan berjalan kaki 3-4 kilometer jauhnya. Mak juga tak pernah merungut.

aku masih ingt lagi, ada satu hari tu, masa mak balik dari bendang, ada seorang yang tumpangkan mak dengan motor. Nak dijadikan cerita, motor itu terbabas dan mak jatuh. Bila sampai dirumah, lutut mak membengkak dengan cepat. Lebih besar dari bola tenis. Mak juga sedikit pun tk mengeluh. Bila sembuh, mak tetap turun ke bendang.

Kakak aku juga sama bekorban. Dia telah berhenti sekolah dan bekerja bagi menampung keluarga kami. Sejak itu, mak aku tidak lagi turun ke bendang. Aku suka kalau mak tak bekerja. Bagi aku, biarlah mak duduk dirumah dan berehat. sudah sampai masa kami pula yang mencari rezki dan membantu mak. Oleh itu, aku juga pergi kelaut apabila hari cuti.

Bila aku bekerja di Pulau Pinang, aku menetap disini. Hanya pada sabtu ahad barulah aku pulang ke kampung. Aku masih ingat lagi, setiap kali aku balik, mak selalunya masak makanan kegemaran aku. Kadang2 goreng ikan palotan dan kadang2 ayam goreng. Bila aku duduk di rumah, baring2 atau tengok tv, mak mesti buatkan teh untuk aku. Seronok rasanya.

aku sebolehnya nak menjadi anak yang baik. Aku selalu patuh cakap mak aku. Apa yang mak nak, aku cuda buatkan sebaik mungkin. Bagi aku, masa inilah untuk aku membalas jasa mak.

Masa mak sakit, aku cuba membantu semampu aku. Tapi aku tak mampu untuk menghilangkan kesakitan mak. Aku tahu mak menanggung kesakitan yang amat. Terseksa hati aku bila melihat mak tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku merasa sedih sangat.

Aku rasa, tak terbalas jasa aku diatas segala pengorbanan mak kepada anak-anaknya dan keluarga. Apa yang aku buat selama ni tak kan setanding dengan apa yang mak buat. Benar, kami tak dapat melakukan seperti apa yang mak buat. Hati mak terlalu tabah dan kuat demi keluarganya.

Kini aku tak ada sapa2 lagi. Aku sangat merasa kehilangan.Dulu, apa yang aku lakukan, aku akan berfikir mengenai mak dan sekarang, semuanya terarah kepada diri sendiri. Aku akan merindukan mak sampai bila2. Terlalu rindu..Senyuman mak, gelak tawa mak akan aku simpannya dalam sanubari aku. Aku mendoakan roh ayah dan mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Terima kasih mak untuk segalanya. Saya sangat sayang mak. Saya sangat sayang mak. Saya sangat ayang mak.Pengorbanan mak tidak akan saya lupakan..


Al- Fatihah

13 Januari 1995. 12.31 pagi..
24 september 2011. 08.05 mlm..

3 comments:

  1. Al Fatihah............ moga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh.....Ameen

    ReplyDelete
  2. al-fatihah...sentiasa berdoa kepadanya..

    ReplyDelete