Monday, July 25, 2011

Memalukan 3

Kejadian ni aku rasa terjadi lebih kurang setahun yang lalu. Baru lagi rasanya. Arakian cerita ini terjadi pada satu pagi yang hening dan aman. Nak dijadikan cerita, pagi tu aku terbangun agak lewat dari biasa. Terkejut gak aku. Kelam kabut jadinya untuk bersiap pergi kerja. Jadi aku menyiapkan diri dengan pantas. Biasa la lelaki.Bukan jenis yang bermekap-mekap..Hehe..

Dalam keadaan yang serba pantas, waktu juga tidak menunggu seolah-olah ingin menghukum aku kali ini. Sup sap sup sap dan dengan kejerihan dalam waktu yang terbatas,dalam keadaan yang agak gelap (aku tak on lampu time tu) kerana disokong oleh cahaya pagi aku berjaya juga bersiap.

Setelah siap menyarungkan kasut, dengan tergopoh gapah aku menuju ke motosikal dan memecut dengan agak laju.(90km sejam sahaja). Akhirnya aku telahpun sampai ke tempat kerja. Nasib baik aku masih sempat.

Aku naik lif dan seperti biasa, orang agak ramai. Maklumlah, sudah hampir pukul 8. Sebenarnya aku agak segan kalau lif penuh dengan orang tp memandangkan waktu tidak mengizinkan, aku pun join dengan selambanya. Macam biasala kalau lelaki pemalu ni, aku cuma tunduk kebawah saja la tengok lantai..Heheh..

Dengan tak semena-mena, aku terkejut. Aku terperasan sesuatu yang lain.. MasyaAllah.. Rupa-rupanya aku memakai kasut sebelah lain sebelah lain..Satu hitam satu lagi coklat. Terkejut tapir aku..Malunya...Dalam pada tu aku pun kepit kaki aku agar orang tak perasan..Huhu..Bila sampai di tingkat aku, aku pun keluar dengan selamba, sambil berjalan-jalan mengepit kaki macam anak dara..Aku tak tahu la ada orang perasan ke tak. Aku dah tak toleh ke belakang dah time tu..Aku keluar dengan cepat. Akhirnya hari tu aku bekerja dengan hanya memakai selipar. Aku tak bgtau pun kawan2 opis. Kalau diaorang tau. mau gelak tak abis nanti..Huhu..

Aku dah dapat pengajaran dari pengalaman kali ni. 1, jangan letak kasut dekat dengan kasut yang lain. 2, jangan pakai kasut di waktu gelap..Aku dah serik...

No comments:

Post a Comment