Wednesday, March 2, 2011

Malang kita malang lagi Hairuman



Pertama kali aku melihat dia di dalam paper beberapa minggu yang lepas. Mangsa kejutan elektrik. Memang aku terkejut sangat dan pada masa yang sama juga aku bersimpati. Mana taknya, kecederaan yang dialaminya sangat parah. Kaki dan tangannya terpaksa dipotong.

Dapatkah kita bayangkan kalau perkara sebegitu terjadi kepada kita.?Sedangkan apabila hanya dengan melihat saja hati kita dah tersentuh..Ya Allah..Sangat berat dugaan yang dia hadapi.

Kadang-kadang aku terfikir, kalau nasib sedemikian rupa terjadi kepada aku, macam mana aku nak hadapi hari2 yang mendatang..Tanpa tangan dan kaki yang menjadi nadi utama dalam kehidupan harian..Dan aku sangat bersyukur kerana aku dikurniakan Allah sempurna sifat dan tubuh badan. Adakah masih perlu terdapat lagi ketidakpuasan hati aku terhadap apa yang aku ada dan apa yang aku miliki selama ini?Aku percaya, andai diberi pilihan diantara satu, jika terdapat sesuatu yang aku tidak berpuas hati terhadap hidup aku selama ini, dan keadaan seperti Hairuman, sudah tentu aku akan memilih ketidakpuasan hati itu walaupun tahu ianya tetap kurang.

Sebab itu aku rasa kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Janganlah kerana kita tidak mendapat sesuatu yang kita hajati atau yang kita impikan selama ini, kita telah merasakan yang diri kita ini amat malang.Kerana sesungguhnya apabila difikirkan kembali, akan ada lagi orang lain yang lebih malang dari diri kita.

No comments:

Post a Comment